:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Showing posts with label Masterchef. Show all posts
Showing posts with label Masterchef. Show all posts

Tuesday, July 7, 2015

:: Biskut mazola ::

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah 20 hari berpuasa. Kejap je masa berlalu kan. Lagi 10 hari je nak berpuasa. Kalau pi shopping mall sana sini berkumandang lagu raya kan.

So bagaimana dengan persiapan raya anda ? Baju raya dah beli ? Kuih raya ?

Kuih raya belum buat ? Tak tau nak buat kuih ape ?
Meh sini aku kongsikan resepi yang sangat ringkas dan mudah sebab tak memerlukan bahan-bahan yang banyak dan senang jugak untuk dibuat.

Resepi biskut mazola turun temurun dari mak aku. Mana mak aku dapat aku tak pasti. Tapi aku tengok buku resepi mak aku masa zaman dia muda-muda dulu. Buku tu pun dah macam nak reput dah so aku cepat-cepat salin segala resepi yang tercatat kat dalam buku tu dan aku kongsikan jugak disini. Mana tau kot2 buku yg aku salin tu pulak hilang kan. Hehe


Bahan-bahan

1 cawan kacang tanah yang telah dikisar halus
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula icing
Minyak jagung secukupnya
Kuning telur (boleh tambah pewarna kuning sikit)

Cara-cara

1. Campur semua bahan-bahan kering dan gaul rata.

2. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit. Gaul hingga menjadi doh seperti dalam gambar di bawah.


3. Terapkan mengikut acuan kesukaan masing-masing. Aku bulat-bulatkan aje macam kat bawah ni.


4. Penyetkan sikit dan susun atas dulang pembakar. Sapukan kuning telur.


5. Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 10 minit. Senang cerita nampak biskut bertukar warna perang tu kira masak dah la tu. 

6. Sejukkan sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

Senang aje kan? Aku buat 3 adunan kali ni. Separuh untuk bawak balik rumah mertua dan lagi separuh untuk bawak balik kampung aku. 1 adunan aku dapat dalam 100 bijik. Ikut saiz lah. Kalau korang buat besar-besar dapat sikit lah. 

Selamat mencuba :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 5, 2015

:: Prawns Aglio Olio Recipe ::

Assalamualaikum.

Apakah menu berbuka anda hari ini?

Hari ini si kecik dalam perut ni request nak makan Prawn Aglio Olio. Makanya jari jemariku ligat menari-nari atas keyboard mencari resepi yang menarik.


# tips mencari resepi mudah, simple dan sedap ialah :
search images dekat google. Then tengok randomly gambar yang nampak macam sedap ja...macam sedap ja yang ni.. Pilih la beberapa gambar then browse link dia. Bandingkan those recipe and method. Pilih la mana yang paling senang bagi korang.

So, untuk Prawn Aglio Olio ini, aku telah memilih resepi dari website << INI >>

Untuk tujuan rujukan di masa hadapan aku nak rekod sket lah kat sini resepinya. Ada aku olah sikit-sikit ikut suka hati aku. haha. Nak resepi asal sila rujuk kat link di atas ya :)

Bahan-bahan
Pasta
3 sudu besar olive oil
udang
bawang putih dicincang halus
cili padi (ikut tahap kepedasan masing2)
garam
black pepper

Cara-cara

1. Didihkan air didalam periuk bersama 1 sudu besar garam. Masukkan pasta rebus sampai masak. Setelah masak, toskan dan ketepikan.

2. Bersihkan udang. Kopek kulit dan kepala udang. Masukkan kulit dan kepala udang yang telah dikopek ke dalam periuk kecil. Masukkan sedikit air dan renehkan selama 5 minit untuk mendapatkan stok udang.

3. Panaskan olive oil di dalam frying pan. Masakkan udang. Seafood seperti udang tak perlu nak masak lama-lama sangat2. agak2 dah bertukar warna udang tu dah boleh angkat dan ketepikan.

4. Dengan menggunakan frying pan yang sama, tumiskan bawang putih bersama cili padi yang telah dipotong. Tumis hingga bawang putih bertukar jadi warna kekuning-kuningan.

5. Perlahankan api tahap minimum. Masukkan pasta, udang, dan stock udang secukupnya. Perasakan dengan garam dan black pepper. Gaul sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

p/s : Boleh tambah hirisan daun parsley untuk menambah lagi keenakan hidangan anda. Sebab aku xdak so so aku tak masukkan kali ni.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 19, 2012

:: Tahniah !! ::


aku nak ucapkan tahniah buat Ezani !!

sumber : facebook

kerana telah merangkul gelaran Juara Masterchef Malaysia yang pertama !!
yes ! aku tau aku lambat tapi aku still nak wish jugak.. tahniah !! tahniah !! hehe


tak lupa jugak ucapan tahniah aku untuk Wahidan sebagai pesaing Ezani di pusingan akhir.. Wahidan pun tak kurang jugak hebatnya.. tapi rezeki menyebelahi Ezani kan..

seriusly aku kagum dengan bakat memasak diorang ni.. 

untuk pengetahuan korang yang tak kenal Ezani or tak mengikuti Masterchef Malaysia, Ezani ni merupakan seorang dentist tau.. dah la berpelajaran tinggi.. pandai memasak pulak tu.. cantik.. pendek kata pakej cukup lengkap la wehh.. untung la sapa jadi suami dia.. leh makan sedap selalu.. mesti mak ayah dia bangga punya la dapat anak macam dia ni.. :)) kalau ada yang berkenan boleh la stalk dia kat sini

salah satu resepi dia yang aku sangat suka ialah cream puff !! favourite aku tu !! lepas solat subuh tadi aku try la search kt google.. ntah macam mana termasuk kat website Masterchef Malaysia ni.. so apa lagi.. jari aku ligat je carik resepi cream puff tu.. buat makluman korang cream puff Ezani ni tip top masa Ujian Ciptarasa dan mendapat pujian daripada chef-chef MC tau.. katanya cream puff Ezani mengalahkan cream puff yg terkenal kat jepun iaitu Beard`s Papa.. 

sumber : sini

yeayy !! akhirnya dapat jugak aku jejaki resepi yang aku idam-idamkan !! malam ni jugak nak try buat ! heee tak sabo bebena haaa.. kih3

kalau korang nak try jugak boleh la klik sini

dan dekat website Masterchef Malaysia tu ada lagi resepi-resepi lain daripada semua peserta-peserta MC yang lain.. so kalau korang ketandusan idea nak masak tu boleh la mencuba resepi-resepi baru yang mantap-mantap belaka.. :))

mulakan hari anda dengan bismillah dan senyuman yang manis ! 
bye !!



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...