:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Sunday, December 30, 2012

:: winter yang busy ::

Assalamualaikum :)

Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru kan.. Aku plak busy dok buat part time dekat kilang roti sampai tak sedaq habaq.. Keluar g keja kul 5 petang balik kul 5 pagi terus tumbang.. Bangun tido masak siap2 gi keja lagi.. Macam tu la rutin aku bermula dari 5 hari lepas.. Hari ni kast day kerja yeayyyy ! Malam ni nak buat party la sket.. Actually aku nak cakap sebab tu la aku tak sempat nak usha blog mahupun update blog.. Boleh diterima bukan alasan aku? Kih3

Ok..nak tempek sket gambaran winter tahun ni yang dahsyat sungguh..

Cik hoii pun asyik membongkang ja depan heater sejuk2 ni.. Sian cik hoii mamanya busy dok buat part time tak sempat nak main2 ngn dia.. Sape2 takde keje nk buat tu bleh la mai melawat main2 ng ci hoii >.< cik hoii ni manja bangattttt macam tuan dia kott hahahahh :D

Ok lah..itu aje sedikit intro utk winter kali ni..nt2 aku update lg..banyak cerita2 yg terperam sebenarnya.. Tp apakan daya tak terdaya nak update.. Ayat apekah ini? Kah3

Bye ! Have a nice weekend :)













Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 20, 2012

:: BBQ at Tazawako ::

Assalamualaikum and good morning O.o

ohh harini suhu paling tinggi pun 7 darjah celcius paling rendah 2 darjah celcius.. sejuk2 ni jari mengeras tu yang payah sket nak menaip update blog ni.. *alasan.. keh3

ni nak cerita pasal last two weeks.. kl buat ikan pekasam ni dah bleh goreng dah ni.. hahahahh
memandangkan cuaca pun baik pada hari ahad tu so kitorang plan nak berBBQ di Tazawako.. tak jauh mana pun.. sejam lebih perjalanan saja..


 >.< 

so jom nikmati keindahan alam di sekitar tasik tu..

 momiji/mapple warna kuning..


semua tu dok keliling api bukan tolong bakar ikan pun.. memanaskan diri ja.. hahahahh 


sementara menunggu jejaka2 kacak bakar ikan dan udang kitorang sibuk berposing.. keh3 :D


autumn in my heart !! antara banyak2 musim autumn la paling aku suka sebab pemandangan cantik..


konon2nya real la kan.. padahal berlakon je lebih.. hahahahh 
ohh sapa yang ada instagram meh la follow aku.. fatin_othman
aku mmg selalu update gambar2 kemana saja aku pergi kat instagram.. kalau blog ni ikut mood la.. kalau rajin aku update la.. tapi selalunya malas la.. hahahahh 

rasanya ni entry last untuk musim luruh.. lepas ni beku la blog aku penuh ngan gambar snow pulak.. 


ceria-ceria selalu yaa.. tata

*minggu depan aku exam.. doakan aku ya.. dan jangan lupa jugak untuk doakan saudara seislam kita yang sedang berjihad tu ya.. till thenn 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, November 8, 2012

:: entry anak sulung dan autumn ::

Assalamualaikum..

hai.. hai.. hai.. terasa kaku plak jari nak menaip.. kih3..
ni pun sebab TERbaca post member kat fb.. katanya ANAK SULUNG DEGIL !! 
ehem..ehemm.. aku anak sulung tau.. aku rasa aku ni tak la degil sangat cuma orang kedah kata KETEGAQ sikit ja.. keh3.. 

meh aku paste kan post tu kat sini ya..

*****

1) ANAK MANJA EMAK ♥
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.

2) ANAK DEGIL
Anak pertama dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg betul. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

3) TAK PANDAI PUJUK
MJemang anak no 1 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.

4) BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban.

5) HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.

6) HATI
Anak no 1 ni juga nampak aje keras, tp hati dia lembut. Satu lagi perangai dia tak boleh ditegur.

7) BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tp kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

8) ARAHAN
Anak no 1 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

9) PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no 1 ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham je lah.

10) PAKAIAN
Nak semua up to date. Semua nak kemas.

*****


aku rasa 90% memang betoi lah.. aku tau la aku anak sulung.. rasa bangga pun ada jugak.. keh3.. cumanya aku tak berapa setuju dengan POINT 1.. aku jenis tak manja ngan mak.. mungkin sebab aku membesar dengan nenek aku kot.. banyak benda aku share ngan mak sedara aku yang sama2 dok jaga aku time kecik-kecik dulu.. 

siapa anak sulung tu leh la tepuk dada tanya diri sendiri.. betoi dak 10 point kat atas tu ada pada diri anda?.. selamat mencuba

*****

selingan.. entry untuk musim luruh 2012




meh ikut cikten10 jalan-jalan melihat pemandangan yang indah di musim luruh.. lets go !!




ini lah destinasinya.. untuk maklumat lebih lanjut pasal tempat ni sila KLIK SINI .. 

seronok oo naik gondola ni.. puas menikmati pemandangan yang indah.. ke ada orang gayat nak tempat tinggi ?

kalau korang nak tahu inilah salah satu tempat untuk penggambaran IRIS korean drama yang korang gila-gilakan tu.. aku bertuah sebab dapat naik gondola yg diorg guna tu.. ngeh3..


tayang muka.. mana tau kot kot ada hat berkenan nak buat bini or menantu kan.. kih3


ni terlebih seni namayna.. letak kamera celah rumput kering buat timer pi posing.. keh3 bijak kan aku ?  =p


ini namanya gaya entah apa-apa.. keh3 >.<


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, September 2, 2012

:: Tahun ni punya raya ::

Assalamualaikum..salam aidilfitri buat semua.. Semua orang pun update pasal raya kan.. Aku pun nak jugak tapi gambar ada la beberapa ketoi ja.. Maklum la busy basuh pinggan mana nak sempat amik gambar.. Tempek yang ada je la ea..

Gambar pertama tu ambik hari raya ke 2.. Kat kampung.. Tu semua sepupu sepapat lah tu.. Sekerat ja masuk gambaq pun

Gambar last pulak hari raya ketiga.. Majlis pertunangan sepupu aku.. Hebat tak hebat nak bertunang pukul 3 petang, pukul 10 pagi tu baru buat hantaran 7 dulang.. Keluarkan segala skill yang ada siap la 7 dulang.. Gambar dok dalam kamera lagi.. Xdapat nk tempek kat sini

Gambar kedua tu semalam.. Di majlis perkahwinam best friend aku.. Dah selamat jadik bini orang dah pun.. Alhamdulillah moga kekal bahagia hingga akhir hayat :)

Tu ja cerita raya aku.. Busy dengan majlis kawin dan tunang kawan2 je.. Last2 aku jugak yang single mingle lagi :p

Kuih raya tahun ni semua adik aku yang buat memandangkan dia cuti lama tunggu panggilan kerja..aku buat kek je 2 ketoi..

Sesapa free jom la gi jenjalan..aku plan nak ke johor..kalau ada rezeki nak lajak terus ke singapore.. Jom3 !! Cuti lagi sebulan !! :D

Pada yang dah masuk kerja balik tu selamat menjalankan tugas.. Pada yg masih bercuti tu selamat bercuti..hati2 ya :)






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, August 14, 2012

:: safely arrived ::

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah dah sampai pun tanah air tercinta..tak sempat nak snap gambaq pulak tempek kat sini kasi bukti kat korang aku dah sampai! Macam tak perlu je keh3

On sekarang aku on the way ke bandar tasik selatan.. Tujuan utama utk ke chow kit mencari pengurup wang.. Then patah balik KLIA flight ke kedah kul 1.55pm..

Selamat hari raya in advance dr cikten10 buat semua yang baca blog cikai ni.. :)) maaf la kalau ada silap dan salah dok komen2 tu ea :D

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, August 7, 2012

:: design t-shirt ::

Assalamualaikum.. ^^

hari ni 7 Aug !! Lagi 5 hari nak balik Malaysia yeayyy !! Kalau la aku tau kelas abes semalam 6 Aug, hari ni jugak aku amik tiket.. Tapi apakan daya dah terbeli 13 Aug so tunggu je la dengan sabar..

Ohhh.. Aku perlukan pendapat korang semua ni.. Actually aku tengah berusaha untuk men-design t-shirt tau.. Kat sini aku dah buat beberapa design bodoh-bodoh je.. Antara design2 yang kat bawah ni korang suka yang mana? Or kalau ada idea boleh usulkan ye.. Korang semua kreatif belaka kan.. So tolong la kasi komen ye :)

Yoroshiku :D

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, August 5, 2012

:: lip lap lip lap ::

Assalamualaikum..

pejam celik pejam celik dan 16 hari kita berpuasa kan.. alhamdulillah..
tup tup dah nak raya dah.. 

ada yang dah mula pasang " lampu lip lap " ke ?


kalau dulu pasang pelita sekarang ni lampu lip lap pulak..
lampu lip lap pun dah makin canggih dah.. macam-macam corak ada.. 


bentuk bintang la bulan la..
memang meriah kan.. ditambah pulak dengan bunyi mercun, bunga api lagi..
haishh.. tak sabar rasanya nak menunggu lagi 7 hari..
rindu sangat dengan suasana di kampung..

dah masuk pertengahan ramadhan ni mak-mak kak long semua mesti sibuk duk menguli kuih raya kan..
macam-macam jenis kuih.. nak yang kerlass sket almond london lah kan.. hahahh
kalau malas nak buat pergi je bazar berderet kuih dijual..
tapi family aku memang style tak beli kuih.. tiap-tiap tahun pun buat sendiri..
kalau tak sempat nak buat beli je kacang or kerepek.. pastu buat la kek sebijik dua..

sebagai kakak sulung aku lah orang kedua yang sibuk di dapur selepas mak aku..
setakat nak buat rendang tu celah gigi aku je.. keh3

sekarang ni aku tengah berfikir lagi..
menu apa ya aku nak masak untuk open house di hari raya nanti ?
korang ada cadangan menarik tak ?


*****


ada orang tak kenal kuih lopes rupanya..
tapi aku rasa bukan tak kenal.. tau rupa tapi tak kenal nama..
lelaki memang macam tu tau makan je tanya nama kuih haram tak tau..
betul tak ?? hahahahhh :D

untuk pengetahuan encik roy yang kacak tu inilah dia rupa kuih lopes ya.. ^^


first time ni aku buat kuih lopes cara modern..
xyah pakai daun pisang bagai masak je pulut dalam rice cooker..
sangat mudah bukan.. so kepada anak-anak dara tu rajin2kanlah diri anda ke dapur.. :p


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 30, 2012

:: Countdown ::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah hari ke 10 kita berpuasa.. Kejap je kan..

Actually aku masih ada lagi 2 paper.. Satu paper Khamis ni.. Lagi satu paper Isnin depan..

Tapi.. Otak aku sekarang dah sampai kat Malaysia.. Tinggal jasad je ka Akita ni.. Mood nak study pun dah kelaut.. Adoii parah

Sebelum balik ni banyak hal jugak nak kena settlekan kat sini..

1. Buat medical check up
2. Settle kan sewa rumah untuk bulan Aug dan Sept
3. Settle bil-bil rumah
4. Cari pengasuh hoii dan jugak tukang siram pokok bunga

Memandangkan hari ini dah 30/7 .. Makanya tinggal lagi 13 hari untuk aku settlekan semua tu.. Untuk makluman semua flight aku ke KL pada 13/8 jam 11.45pm waktu Jepun.. So aku akan sampai KL keesokan pagi lebih kurang jam 6.30am waktu Malaysia.. InsyaAllah..

Tak sabar nak balik ni !!! Baju raya tak beli lagi.. Nak buat kuih raya lagi.. Excited lebih pulak..haha

Pape pun korang doakan la aku rajin study lagi 2 paper ni.. Dapat result gempak baru la syok nak balik kampung kan.. Korang yg dh keja tu pastikan dapat gaji gempak2 ler before balik kampung.. Bodek bos ye :p

P/s : hari ni aku buat lopis sebagai juadah berbuka.. Apa juadah berbuka korang hari ni ?

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 25, 2012

:: Exam ::

Assalamualaikum :)

Exam.. Korang suka tak ? Mesti tak suka kan ? Ke ade jugak orang yg suka exam ? Huhu

Actually aku baru lepas bersahur.. Sekarang pukul 1.43 pagi.. Lebih kurang 1 jam lagi nak masuk waktu subuh.. Kat sini berbuka lebih kurang jam 7.00 petang.. So kira sendiri la berapa jam aku berpuasa setiap hari.. :p

Hari ni selesai sudah 3 paper aku kerjakan.. Walaupun tidak begitu memuaskan tapi alhamdulillah aku dah cuba setakat yang mampu.. Esok ada 2 paper lagi.. Lusa cuti sekejap..

Untuk paper esok pun aku belum abes study lagi apatah lagi untuk paper seterusnya di minggu hadapan.. Dasar pemalas suka study last minit macam ni la.. Last2 baru nak kelam kabut.. Aishhh jangan dicontohi tabiat buruk ni ya kawan-kawan :D

Doakan aku ya kawan-kawan.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 21, 2012

:: Marhaban ya Ramadhan ::

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah sebab kita masih dipanjangkan umur dan berpeluang untuk bertemu lagi sekali dengan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini.. ^^

Amacam ?? Pagi tadi bangun bersahur tak? Aku sahur makan roti sosej aje..alhamdulillah :)

Best la mereka-mereka yang dapat menyambut Ramadhan bersama keluarga tercinta di kampung tu.. Dapat la bersahur dengan masakan mak yang sedapp.. Kepada mereka yang jauh di perantauan tu, mesti tak sabar menghitung hari untuk pulang ke pangkuan keluarga kan ?? Aku ler tuu kih3 :p

Ape-ape pun semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya.. Akhir kata terimalah ucapan special dari Cikten10 buat semua kawan-kawan di blog ni dan juga umat islam di seluruh dunia ^^


p/s : lagi 25 hari nak balik malaysia
p/s 2 : next week exam :(




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 18, 2012

:: Tembikai/suika ::

Assalamualaikum :)

Semalam masa on the way balik rumah dari kelas singgah supermarket nak beli bawang.. Then aku ternampak tembikai ini..

¥2480 = RM99 !!!

Bayaq RM99 baru dapat sebijik tembikai..kalau dekat malaysia tanah airku dengan harga tu dah bleh angkut selori tembikai dah.. Memang aku tak beli la..

Kalau dah kebuloq sangat nak makan suika ni..aku akan pi kat bahagian tester..kalau naseb baik ada la tembikai..bleh la aku makan..test la konon ..hahahh


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 16, 2012

:: Teaser ::

Assalamualaikum.. >.<

ehem.. ehem.. 


(",)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 12, 2012

:: Hoii dan cactus ::

Assalamualaikum ;)

Hujan rahmat dipagi khamis.. Walaupun hujan agak lebat, aku redah jua untuk kelas pagi ni.. Sebelah tangan pegang handle basikal sebelah tangan pegang payung.. Alhamdulillah tamat sudah kelas hari ni.. :)

Ok.. Back to the topic.. And let the pictures do the rest >.<


Cactus ni aimi belikan semalam..
Aku letakkan atas rak buku..



Si Hoii ni bangun tido terus meluru ke arah cactus aku.. Hidu2.. Dia hidu2 duri tercucuk kat hidung terus lari.. Hahahh padan muka


Lepas tu dia panjat tingkap pulak.. Buas betul anak aku sorang ni.. Haishhhh *geleng kepala




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 10, 2012

:: rabun jauh ::

Assalamualakum.. 

     Ok..aku boleh dikategorikan dlm golongan nenek2 bila kena pakai cermin mata..yess!!aku rabun jauh..ceritanya macam ni..

     Awal tahun ni yakni bula April..yess kat jepun tahun baru dia start bulan April..time bulan 4 ni la budak2 nak daftar masuk sekolah bagai..aku pulak sambung buat degree dekat Akita Universiti..pejam celik pejam celik dah nak abes semester 1 dah pun..


     Back to the topic..macam biasa la..mula2 masuk U kena buat medical check up..tang lain semua ok ja mai tang mata hancusss !! Ok mata aku mmg teruk..padan la masa mula2 masuk kelas aku xnampak dengan jelas tulisan sensei dekat blackboard kat depan..padahal xde la aku dok belakang sangat pun..Patah seribu hatiku bila mengenangkan mataku yang sudah rabun!!!! Huuuu 


     Kemudian aku berfikir sejenak..apa benda yang aku buat sampai boleh rabun ni??aku xpuas hati sungguh la..fikir punya fikir aku dapat beberapa faktor yg mungkin menjadi penyebab kenapa aku boleh rabun..antara sebabnya.. 


 1.crochet 
     Yessss..sepanjang cuti musim bunga selama sebulan lebih sikit2 tu aku banyakkan abes mada dengan membelek crochet..hasilnya siap sehelai selimut dan jugak handbag! Aku ni bila start belek benda tu selagi tak siap aku macam takleh nak stop..sampai makan pun tunggang langgang..buat benda tu kan kena teliti..so mungkin mata aku terlampau fokus dalam masa yang berpanjangan sangat sampai tak cukup rehat tu pasai la mata aku merajuk kot..sekarangg nahhh! Padan muka aku..rabun terus 


 2.drama korea 

     Ni salah drama korea la ni!!! Kalau aku penat buat crochet..aku stop layan drama korea pulak..sampai sakit kepala baru aku tidoq..see?? Aku kejam gila terhadap mata aku..huaaa 


 3.screen protector 


     Ini mmg salah aku..aku dah beli berkurun lamanya screen protector utk desktop tapi aku tak pasang..merenung desktop lama2 tanpa screen protector mendedahkan mata aku direct dgn cahaya dr screen.. Aku plak style dok dekat2 depan screen..mmg rabun la ! akuu menyesal !! 


     Dah la tu sket2..buat sakit hati ja..padahal aku sendiri yang carik penyakit.. Huhu kepada yang tak rabun tu jaga la mata anda elok2 ye.. Allah dah tarik sedikit nikmat penglihatan aku..korang jangan jadi macam aku pulak ye.. 


     Ok..aku dah tertinggal ni..sensei dah tulis penuh kt blacboard so kena salin laju2 kl x exam nanti nganga la ! Bye ! :p


p/s : jangan update blog dalam kelas ye rakan-rakan.. keh3 :p







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 8, 2012

:: Status FB ::

Assalamualaikum..

tadi aku dok belek2 FB..
tiba-tiba terlintas kat fikiran aku..

katakanlah.. aku ni seorang cikgu yang semua benda pn nk update dekat FB

status hari ini...




kemain seronok dapat date ngn buah hati..
hati berbunga-bunga.. maka terus update status dekat FB..
*mood happy macam nak loncat-loncat nonstop ! pastu mula la ayat2 menggelikan kat wall fb..

status keesokan harinya..


hati meletup macam gunung berapi..
muncung kalah muncung itik..
frust bagai nak ghakkk !!
*mood marah macam nak baham orang.. masa ni maki hamun tak hengat dunia..



agak-agak kan.. kalau anak murid follow and baca semua status merapu meraban cikgu dia ni..
apa agaknya tanggapan anak murid dia terhadap cikgu dia tadi tu ??

moral : tak semua benda perlu diupdate kat fb.. tak semua benda perlu disebarkan satu dunia.. melainkan kalau korang tak tahu malu.. betul tak ?


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 5, 2012

:: Habit 1 ::

Assalamualaikum (,")


Habit 1 --> nyanyi/memekak dalam shower room..

korang ada habit macam ni jugak ke ???
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, June 21, 2012

:: Aku dan makanan dewan makan ::

Assalamualaikum..

tengah-tengah melukis graf.. tetiba teringat pasal ikan goreng dewan makan..
maklum la 5 tahun duduk asrama.. 5 tahun jugak mengadap makanan di dewan makan tu kan..
so memang banyak la kenang-kenangannya..
aku pasti korang pun mesti ada jugak kan memori kat skolah dulu..
so jom ikuti kisah aku dan makanan dewan makan..

dekat asrama aku dulu.. tiap2 minggu memang menu yang sama ja..
so dlm kepala otak ni mmg dah hafal lah ari ni lauk apa esok apa lusa apa..
dan antara banyak2 menu, menu yang paling aku ingat adalah menu hari rabu kalau tak silap..
menu tu memang terbaik lah !!


tudia sedikit gambaran kasarnya..
ikan goreng.. ada sayur yang tak berapa nak segar sket.. mak cik tu kutip kat hutan belakang sekolah mungkin.. ngan nasik..

elehh.. setakat ikan goreng pun nak kecoh-kecoh..
kuceng aku pun tak heran wehh ikan goreng ! keh3
tapi bagi aku itulah menu yang paling best yang terbaik punya !!
apa yang bestnya ???


ikan goreng ni kalau baling dekat dinding.. silap2 dinding pun retak..
ikan tu dok melengkoi elok ja dalam pinggan.. 
cuba ang gigit.. silap2 gigi yang tak berapa nak kuat luruh berterabur dalam pinggan wehh.. keh3

tapi kan.. aku rasa kami bijak bestari sebab ikan goreng tu la kot.. keh3
 korang hado ????



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, June 15, 2012

:: Sunset ::

Assalamualaikum semua :)

dua hari lepas.. aku ngan aimi bawak Hoii jalan2..
bawak dia gi tengok sunset.. hebat tak kucing aku ? tgk sunset woo.. korang ade ? keh3 :p


subhanallah.. cantik sangat sunset.. korang suka tak tengok sunset ??


nampak tak Hoii melompat ? hahaha


bila letak dalam sangkar ni dia mengiaww nak keluar..
bila bawak keluar dia takut pulak.. tak biasa gamaknya dengan tempat yg dia xkenal..


tengok macam mana dia berjalan.. bukan berjalan pun macam menyulur je.. agaknya dia takut kot so rendahkan badan dia.. kelakar sangat.. hahahh

**********

" Subhanalllah, Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana `ala dinik "

maksudnya :
Wahai tuhan yang menetapkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu..

iman kita kan menaik dan menurun kan.. so selalu lah amalkan doa ini.. semoga iman kita terjaga.. insyaAllah :)

**********



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, June 7, 2012

:: Hoii ^^ ::

Assalamualaikum ! ^^

memperkenalkan ..my lovely cute baby girl :)


hye !! nama saya Hoii.. 
boleh panggil saya Hoii chang ^^ yoroshiku onegaishimasu ^^





ini antara aksi2 yang saya pertontonkan time saya sedang beradu..


selain daripada tidur.. bermain FB jugak antara aktiviti kegemaran saya time waktu lapang..


ini saya tengah dichargekan.. penat main.. kena charge.. 


sekian sahaja intro dari saya.. bye2 ^^

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...