Assalamualaikum
Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur untuk bertemu lagi sekali dengan Ramadhan tahun ini. Ramadhan tahun ni sangat berlainan dengan Ramadhan yang lepas-lepas. Sebabnya ;
1. Dah bertukar status sebagai isteri orang
Dah jadi isteri orang ni kena jadi mak mak la ye dak. Bangun awal pagi siapkan sahur untuk encik suami. Petang-petang lepas solat asar siapkan juadah berbuka. Aku rasa bersyukur sangat sebab dapat suami yang tak banyak kerenah. Masak je ape pun dia makan ja. Katanya sedap bini dia masak. Ikhlas sedap or just nak jaga hati tu aku tak pasti. Yang pastinya aku cuba untuk siapkan juadah yang terbaik untuk encik suami. Ikhlas tau aku masak dengan penuh kasih sayang. Hehe
2. Puasa berbadan dua
Buat mereka-mereka yang tak tahu lagi tu, sebenarnya aku dah mengandung 7 bulan dah. Agak mencabar jugak ye puasa berbadan dua ni. Tapi alhamdulillah aku masih kuat dan sihat untuk terus berpuasa. Ramadhan tahun ni la aku nak rebut peluang puasa penuh. Nanti tak payah kalut pikir nak ganti puasa. Hehehe jangan jelous tau buat adik-adik aku yang kena ganti puasa nanti tu. korang berlumba la dua org sapa ganti habis dulu nanti. :p
3. Duduk di rumah sendiri
Aku baru ja berpindah ke Johor last week, 26 Jun hari Jumaat lepas. Bukan rumah sendiri pun. Rumah kerajaan. Keadaan aku yang berbadan dua ni membataskan pergerakan aku untuk membersihkan sendiri rumah yang sangat luas ni. Luas la bagi aku ngn suami. Kami berdua je. Rumah 2 tingkat. Jenuh la kalau nak sental and mop lantai seluruh rumah berdua dengan encik suami je. Nasib baik la encik suami angkut 4 orang anak buah dia untuk datang sental lantai luar dalam rumah. Nak hidang air dah bulan puasa pulak so encik suami bagi la upah sket kt diorang. Puas hati diorang sental lantai. Alhamdulillah :) senang kerja aku. Heheh
4. First time nak sambut raya di rumah mertua
14 hb ni aku dan encik suami akan berangkat pulang ke terengganu. Tahun ni turn beraya di rumah mertua. Sedih la tak dapat bersama family di pagi raya tapi dalam masa yang sama excited jugak nak menyambut raya bersama family mertua. Mesti lain suasananya nanti. Satu pengalaman yang baru buat aku. So, aku plan nak buat kuih sikit nak bawak balik kampung nanti. Nak buat dua jenis je. Baby la ni teringin nak makan kuih cornflakes madu and biskut mazola. Kena buat kuantiti yang banyak la sbb nak bawak balik kampung mak mertua pastu nak bagi dekat mak aku jugak. Walaupun xdapat balik beraya kuih raya tetap kukirim. Kirim kuih raya uolss bukan kad raya. Kad raya xleh makan kuih raya bleh makan. Hahaha kira nak makan je mak buyung sorang ni ;p
Tu ja cerita Ramadhan aku tahun ini.
Macam mana dengan Ramadhan korang pulak?
Beraya kat mana tahun ni?
Pape pun di kesempatan ini aku nak minta maaf pada semua sekiranya ada silap dan salah. Terlebih tekurang kata tu minta dimaafkan ya. Panjang umur kita update cerita raya pulak. InsyaAllah. Selamat hari raya aidilfitri in advance uolss :D
No comments:
Post a Comment