:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Showing posts with label Bumi Sakura. Show all posts
Showing posts with label Bumi Sakura. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

:: Fruits picking ::

Assalamualaikum

Cerita semalam. Memandangkan cuaca panas terik semalam. So kami pun decide untuk fruits picking. Orang Jepun kata kudamono gari.  

Tempat yang kami pi ni terletak dekat Akita jugak. berhampiran Tennou Kouen. Nak masuk tak payah bayar. Ambik raga dan gunting dekat entrance, then masuk la petik sebanyak mungkin yang kita suka. Ada sesetengah tempat tu kita bayar curtain2 harga then kita masuk and petik makan kt dalam tu jugak sebanyak mana pun yg kita suka. Kalau nak bawak balik kena bayar lain pulak. So aku rasa better sistem timbang buah tu kan. Ye la. Larat nak makan buah banyak2 dalam satu masa tu kan. Lain la kalau perut dinosour. haha


Seperti yang tertera dekat gambar diatas. Ada buah epal, anggur hijau, anggur purple, pair. Actually kiwi pun ada jugak tapi masim belum boleh dipetik lagi sebab belum sampai masa. Tak kesah pun sebab aku memang tak gemar  makan kiwi. 

Gambar paling atas kiri tu adalah hasil tuaian aku. Apple 2 bijik, anggur hijau segugus dan pair 3 bijik. Total semua tu 760¥ bersamaan RM25.19 mengikut rate matawang semasa. Memang murah la dan berbaloi sebab dapat pengalaman petik buah yang fresh sendiri. Buahnya memang manis. Serius tak tipu.

So itulah dia aktiviti aku hujung minggu ni. So korang pulak apa cerita?




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 8, 2013

:: SAKURA dan Ashikaga Flower Park ::

Assalamualaikum.. 
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu disni.

Kali ni nak cerita sedikit saja pasal program yang aku join masa Golden Week yang lepas.
program yang diberi nama SAKURA singkatan bagi Salam Kedatangan Untukmu Rakan ini telah diadakan di 鴨川,千葉県 (Kamogawa, Chiba-ken)selama 3 hari dua malam bermula 3 Mei hingga 6 Mei 2013.
 Alhamdulillah ramai yang turut serta dalam program SAKURA ni.
dalam masa 3 hari tu dapat banyak sangat input yang selain dapat jumpa sahabat-sahabat yang belajar di seluruh pelosok Jepun. Sangat seronok. Detail tentang pengisian sepanjang program tu akan aku kongsikan di kemudia hari. InsyaAllah :)

so.. kali ni aku nak bawak korang semua ke Ashikaga Flower Park yang terletak di Gunma.
untuk english version boleh klik << s.i.n.i >> 
sesiapa yang berminat nak melawat Ashikaga Flower Park ni silalah lawati laman web dengan klik link dia atas. Time aku masuk ni kira macam waktu kemuncak la bunga banyak kembang. Yuran masuk 1600¥ tu aku rasa sangatlah berbaloi nak dibandingkan dengan keindahan taman syurga Allah di dunia ni kan :)


ni lah dia rombongan Cik Fatin ke Ashikaga Flower Park.
dari kiri Arafah, Kak Nani dan Kak An.
selepas tamat program SAKURA aku ngan Arafah terus ke Gunma, bermalam di rumah Kak An.
keesokan harinya, 7 Mei kami pi melawat flower Park tu.
Tak jauh sangat pun. Dari rumah Kak An dalam 30~40 minit saja naik kereta :)
Kami sampai tu dah pukul 1 petang kalau tak silap.
Memang ramai orang.


Flower Park ini sangat luas ya. Jenuh jugak la aku nak menapak ke semua tempat. Perasaan teruja aku tu membuatkan aku terus lupa penat nak berjalan. Semua pun aku terjah. Excited lebih. hahaha


Ada tempat nak berehat santai-santai jugak.



Subhanallah. Unik kan pokok ni? bunga dia berjuntai macam langsir yang luas ni datangnya dari satu batang pokok tau. Baunya sangat harum.



Inilah rupa bunga yang berjuntai-juntai tadi tu. ふじの花 (Fuji no Hana) namanya.
Aku difahamkan pokok ini telah berusia 150 tahun. Walaupun dah tua tapi masih keluarkan bunga yang cantik dan wangi kan. Hebat sungguh ciptaan Allah kan :)


Bunga ni pun berjuntai-juntai jugak tapi jenis lain. Tak sama macam yang purple kat atas tu.


Ini pokok bunga warna putih pulak. Berjuntai-juntai jugak. Bunga warna putih ni bau dia lagi harum berbanding yang warna purple tadi. Bau dia lebih kurang macam bau bunga melur tapi lagi sedap bau dia berbanding bunga melur. Tu citarasa hidung aku la. Kalau korang rasa deria bau hidung kurang baik tu sila korek hidung dengan segera.. kah3



Ini rupa bunga putih tu dari dekat.


Ini pulak versi dalam pasu.


Gambar kenang-kenangan. Tahun ni aku rasa nak melancong sebanyak yang boleh ke seluruh pelusuk Jepun. Ye lah tinggal lagi 11 bulan je lagi kat sini before grad tahun depan, insyaAllah. So taknak lepaskan peluang yang ada untuk menikmati keindahan ciptaan Allah di bumi sakura ni. Lepas ni aku plan nak ke Hokkaido, tempat paling sejuk kat Jepun tu. InsyaAllah. 


Sebelum balik kami pi try makan eskrem perisa bunga tadi tu. Sedap !!! Alhamdulillah.

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan kan.. memang betul la tu. Selagi kita dikurniakan nikmat sihat, nikmat lapang marilah kita manfaatkan sebaiknya.

Setakat ni saja kot coretan buat kali ni.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 2, 2013

:: Next destination ::

Assalamualaikum.. 
sihat ? alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk mencoret sesuatu disni :)
sebenarnya tengah excited sebab terjumpa satu flower park yang sangat menakjubkan..
view kat situ subhanallah cantik yang amat sehingga tak terucap dengan kata-kata.
so my next destination untuk Golden Week tahun ni adalah Ahikawa Flower Park

kat bawah ni nak tayang sket bayangan Flower Park yang sangat superb itu.
cilok gambar member dulu nanti kita pi tengok dengan mata sendiri yeayyy !




superb kan ? tunggu nanti aku sampai ! insyaAllah


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 29, 2013

:: Kembali ::

Assalamualaikum.. Apa khabar korang semua? Alhamdulillah aku dah selamat kembali ke Jepun Rabu lepas.. Sekarang dah sampai Akita dah pun.

Sampai je Tokyo hatiku berbunga-bunga walaupun pada mulanya berat hati sangat nak tinggalkan Malaysia. Nak tau kenapa hatiku berbunga? Tengok gambar kat bawah :))






Sekarang dah musim bunga.. dekat area Tokyo sakura tengah berkembang mekar / mangkai. Dekat Akita belum lagi. masih ada sisa-sisa salji lagi kat Akita ni.. bulan 5 kot baru nak dapat tengok sakura kembang kat Akita nih. 

Cerita-cerita percutian aku kat Korea pulak dah ada dalam draft cumanya gambar aku blom manage lagi.  Ntah bila aku nak rajin manage gambar yang beribu dalam phone ngan kamera tu aku sendiri tak pasti. semakin rajin maka semakin cepat la cerita-cerita tu di publish.. kalau tak?... bhahahahaha

k la.. nak ngemas umah lak.. nanti aku jejaki cerita hangat korang ya.. 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 21, 2013

:: 送別会秋田2012/2013 ::

Assalamualaikum :)

Tahniah diucapkkan kepada semua seniors yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang,gemilang dan terbilang ! yeahh ! alhamdulillah setelah mengharungi ombak tsunami bagai akhirnya berjaya jugak korang sampai ke garisan penamat.. buat yang nak balik Malaysia tu selamat pulang ke tanah air.. buat yang akan bekerja di nihon tu selamat bekerja ! jangan dilupakan adik-adik comels anda di Akita ni ya :D

ohh untuk makluman semua.. students kat Jepun grad bulan 3.. so semalam bagi meraikan seniors yang grad tahun ni, maka kami meng-organize kan satu majlis perpisahan.. terpaksa la buat majlis awal sket sebab cuti dah start so semua pun dah tak sabar nak bercuti.. ada yang balik bercuti di Malaysia. aku ler tu ! keh3 so marilah kita sama-sama melihat kemeriahan majlis ang berlangsung semalam ya :) enjoy!

inilah backdrop yang tak seberapa..


ini menunya.. untuk main menu ada nasi minyak dengan ayam masak merah dan jugak acar timun.. thanks kepada Alin sebagai main chef dan adik-adik junior yang membantu.. dessert plak ada triffle, puding limau dan tart gulung.. itu aku ngan aimi punya kerja.. bhahahaa maaf la ye kalau ada terkurang kat mana-mana.. harap semua enjoy makanan semalam :)


persembahkan.. team kami sebagai organizer majlis semalam :) terasa comel plak berbaju kurung sebab dah lama tak pakai baju kurung kot.. ke dah memang comel ? hahahaa


sementara dok menunggu ketibaan senpai maka kami pun bergambar ! hahaha
dar kiri nisa, aimi, ermi, me!, alin dan ain.. perut dok bergendang dah sebenarnya.. sibuk sangat sampai tak sempat nak makan pun.. majlis patutnya start pukul 5.30 tapi disebabkan salji lebat dan faktor-faktor lain so lambat sket la.. pape pun alhamdulillah sebab majlis berjalan lancar :)

kat bawah ni sesi fotografi.. macam-macam hado ! hahaha


inilah dia senpai-senpai yang diraikan .. :) 







gambar tak bape elok sangat sebab snap pakai ipong ja.. pape pun majlis semalam best sangat ! kepada senpai sume ganbatte.. jangan lupa kitorang kat sini.. thanks atas segala bantuan anda selama disini :) 



inilah kami.. warga Akita :)

tak larat dah nak menaip.. cukup sampai sini saja.. :D


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, December 30, 2012

:: winter yang busy ::

Assalamualaikum :)

Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru kan.. Aku plak busy dok buat part time dekat kilang roti sampai tak sedaq habaq.. Keluar g keja kul 5 petang balik kul 5 pagi terus tumbang.. Bangun tido masak siap2 gi keja lagi.. Macam tu la rutin aku bermula dari 5 hari lepas.. Hari ni kast day kerja yeayyyy ! Malam ni nak buat party la sket.. Actually aku nak cakap sebab tu la aku tak sempat nak usha blog mahupun update blog.. Boleh diterima bukan alasan aku? Kih3

Ok..nak tempek sket gambaran winter tahun ni yang dahsyat sungguh..

Cik hoii pun asyik membongkang ja depan heater sejuk2 ni.. Sian cik hoii mamanya busy dok buat part time tak sempat nak main2 ngn dia.. Sape2 takde keje nk buat tu bleh la mai melawat main2 ng ci hoii >.< cik hoii ni manja bangattttt macam tuan dia kott hahahahh :D

Ok lah..itu aje sedikit intro utk winter kali ni..nt2 aku update lg..banyak cerita2 yg terperam sebenarnya.. Tp apakan daya tak terdaya nak update.. Ayat apekah ini? Kah3

Bye ! Have a nice weekend :)













Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 20, 2012

:: BBQ at Tazawako ::

Assalamualaikum and good morning O.o

ohh harini suhu paling tinggi pun 7 darjah celcius paling rendah 2 darjah celcius.. sejuk2 ni jari mengeras tu yang payah sket nak menaip update blog ni.. *alasan.. keh3

ni nak cerita pasal last two weeks.. kl buat ikan pekasam ni dah bleh goreng dah ni.. hahahahh
memandangkan cuaca pun baik pada hari ahad tu so kitorang plan nak berBBQ di Tazawako.. tak jauh mana pun.. sejam lebih perjalanan saja..


 >.< 

so jom nikmati keindahan alam di sekitar tasik tu..

 momiji/mapple warna kuning..


semua tu dok keliling api bukan tolong bakar ikan pun.. memanaskan diri ja.. hahahahh 


sementara menunggu jejaka2 kacak bakar ikan dan udang kitorang sibuk berposing.. keh3 :D


autumn in my heart !! antara banyak2 musim autumn la paling aku suka sebab pemandangan cantik..


konon2nya real la kan.. padahal berlakon je lebih.. hahahahh 
ohh sapa yang ada instagram meh la follow aku.. fatin_othman
aku mmg selalu update gambar2 kemana saja aku pergi kat instagram.. kalau blog ni ikut mood la.. kalau rajin aku update la.. tapi selalunya malas la.. hahahahh 

rasanya ni entry last untuk musim luruh.. lepas ni beku la blog aku penuh ngan gambar snow pulak.. 


ceria-ceria selalu yaa.. tata

*minggu depan aku exam.. doakan aku ya.. dan jangan lupa jugak untuk doakan saudara seislam kita yang sedang berjihad tu ya.. till thenn 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, November 8, 2012

:: entry anak sulung dan autumn ::

Assalamualaikum..

hai.. hai.. hai.. terasa kaku plak jari nak menaip.. kih3..
ni pun sebab TERbaca post member kat fb.. katanya ANAK SULUNG DEGIL !! 
ehem..ehemm.. aku anak sulung tau.. aku rasa aku ni tak la degil sangat cuma orang kedah kata KETEGAQ sikit ja.. keh3.. 

meh aku paste kan post tu kat sini ya..

*****

1) ANAK MANJA EMAK ♥
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.

2) ANAK DEGIL
Anak pertama dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg betul. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

3) TAK PANDAI PUJUK
MJemang anak no 1 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.

4) BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban.

5) HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.

6) HATI
Anak no 1 ni juga nampak aje keras, tp hati dia lembut. Satu lagi perangai dia tak boleh ditegur.

7) BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tp kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

8) ARAHAN
Anak no 1 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

9) PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no 1 ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham je lah.

10) PAKAIAN
Nak semua up to date. Semua nak kemas.

*****


aku rasa 90% memang betoi lah.. aku tau la aku anak sulung.. rasa bangga pun ada jugak.. keh3.. cumanya aku tak berapa setuju dengan POINT 1.. aku jenis tak manja ngan mak.. mungkin sebab aku membesar dengan nenek aku kot.. banyak benda aku share ngan mak sedara aku yang sama2 dok jaga aku time kecik-kecik dulu.. 

siapa anak sulung tu leh la tepuk dada tanya diri sendiri.. betoi dak 10 point kat atas tu ada pada diri anda?.. selamat mencuba

*****

selingan.. entry untuk musim luruh 2012




meh ikut cikten10 jalan-jalan melihat pemandangan yang indah di musim luruh.. lets go !!




ini lah destinasinya.. untuk maklumat lebih lanjut pasal tempat ni sila KLIK SINI .. 

seronok oo naik gondola ni.. puas menikmati pemandangan yang indah.. ke ada orang gayat nak tempat tinggi ?

kalau korang nak tahu inilah salah satu tempat untuk penggambaran IRIS korean drama yang korang gila-gilakan tu.. aku bertuah sebab dapat naik gondola yg diorg guna tu.. ngeh3..


tayang muka.. mana tau kot kot ada hat berkenan nak buat bini or menantu kan.. kih3


ni terlebih seni namayna.. letak kamera celah rumput kering buat timer pi posing.. keh3 bijak kan aku ?  =p


ini namanya gaya entah apa-apa.. keh3 >.<


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...