Assalamualaikum
Cerita semalam. Memandangkan cuaca panas terik semalam. So kami pun decide untuk fruits picking. Orang Jepun kata kudamono gari.
Tempat yang kami pi ni terletak dekat Akita jugak. berhampiran Tennou Kouen. Nak masuk tak payah bayar. Ambik raga dan gunting dekat entrance, then masuk la petik sebanyak mungkin yang kita suka. Ada sesetengah tempat tu kita bayar curtain2 harga then kita masuk and petik makan kt dalam tu jugak sebanyak mana pun yg kita suka. Kalau nak bawak balik kena bayar lain pulak. So aku rasa better sistem timbang buah tu kan. Ye la. Larat nak makan buah banyak2 dalam satu masa tu kan. Lain la kalau perut dinosour. haha
Seperti yang tertera dekat gambar diatas. Ada buah epal, anggur hijau, anggur purple, pair. Actually kiwi pun ada jugak tapi masim belum boleh dipetik lagi sebab belum sampai masa. Tak kesah pun sebab aku memang tak gemar makan kiwi.
Gambar paling atas kiri tu adalah hasil tuaian aku. Apple 2 bijik, anggur hijau segugus dan pair 3 bijik. Total semua tu 760¥ bersamaan RM25.19 mengikut rate matawang semasa. Memang murah la dan berbaloi sebab dapat pengalaman petik buah yang fresh sendiri. Buahnya memang manis. Serius tak tipu.
So itulah dia aktiviti aku hujung minggu ni. So korang pulak apa cerita?
3 comments:
wah bestnyer petik sdiri.. so kat sana musim buah la skrg? sama la kat mesia ni
aktiviti hujung minggu saya adalah buat esaimen.. hahaha
bestnya petik buah epal sendiri:)
Post a Comment