:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Showing posts with label 11 March 2011. Show all posts
Showing posts with label 11 March 2011. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

:: Setahun berlalu ::

Salam readers

hari ni 12 Mac 2012 kan ? pejam celik pejam celik dah setahun berlalu..
masih segar di ingatan aku kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Japan tanggal 11 Mac 2011..

untuk dapat gambaran yang jelas keadaan before and after bencana boleh klik link di bawah ni..


pengalaman yang takkan aku lupakan sampai akhir hayat aku..

kalau ada yang tertinggal boleh klik link di bawah ni

pengalaman yang tak dapat kulupakan part 1
pengalaman yang tak dapat kulupakan part 2
pengalaman yang tak dapat kulupakan part 3

aku ingat lagi..
malam kejadian tu aku tidur2 ayam dalam keadaan bersedia..
pakai cukup lengkap.. tudung letak kat sebelah..
takut2 gempa besar datang lagi.. senang nak lari bila semua dah siap sedia tinggal nak sarung tudung je..

memang pengalaman yang sangat menakutkan..
but then.. aku rasa bertuah.. sebab terpilih untuk merasai pengalaman yang tak semua orang dapat..

banyak benda yang aku belajar daripada pengalaman ni..
dan aku kagum sekali apabila aku melihat kanak-kanak kecil masih mampu tersenyum  girang walaupun kediaman mereka musnah dipukul ombak.. ada yang kehilangan ahli keluarga.. lagi aku kagum dengan sikap penduduk Jepun.. apa yang aku kagum ialah..

sikap masyarakat jepun yang berdisiplin.. serta kerjasama antara satu sama lain..


lokasi : supermarket

diorang tengah beratur untuk dapatkan bekalan makanan.. macam ular dah line.. 


yang bawa anak kecil pun ada..

bayangkan.. mereka boleh beratur berjam-jam tanpa mengeluh.. tak ada pun orang yang bising2 menjerit segala.. 

kalau tak silap aku.. masa tu kami beratur lebih kurang 3 jam untuk beli barang.. masa tu bekalan makanan terhad kan.. so setiap orang pun dihadkan beli 3 item sahaja.. 

bayangkan.. 3 jam beratur tapi dapat beli 3 item sahaja.. walaupun macam tu xde pun yang mengeluh atau marah-marah..

aku perhatikan je gelagat mereka ni.. dalam hati aku kagum sekali.. kenapa ?

sebab..

mereka tak beragama tetapi mereka beradab.. ada disiplin yang tinggi.. ada sikap saling menghormati.. jadi tak hairan lah kalau diorang boleh bangun semula dengan cepat walaupun ditimpa bencana yang besar.. 

rasa malu tak pada mereka kalau kita tak beradab ? tak ada disiplin ? tak tahu nak hormat orang sedangkan kita beragama ???

 ini hanyalah sebahagian daripada pemerhatian aku sepanjang aku merantau di bumi matahari terbit ni.. 
renung-renungkanlah..




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 27, 2011

:: Ujian ::


Assalamualaikum


.....



suka husky voice dia.. (",)
.....

class aku sepatutnya start 6 April lepas..
tapi gara2 tsunami and earth quake last 11 Mac lepas..
class ditunda smpai 9 May..
maknanya aku ketinggalan kelas selama sebulan..
huhh jenuh nak cover balik..
mana dgn research yg blom start ape2 lagi..
nak kejar silibus lagi..
cuti pun tak senang duduk..
tapi sekarang pn tak boleh nk buat apa2..


2 hari lepas aku chat dgn mmbr vietnam..
dia dah ade kat sendai sekarang..
dia ckap nak study pun tak tenang sbb masih ade gegaran..
sampai bila agaknya keadaan akan kembali seperti biasa..


member2 aku yg belajar kt Fukushima lagi teruk..
sampai kena tukar ke kolej lain..
ada yg dah diterima oleh kolej lain dan ada yg belum..
lagi kesian.. nak kena tunggu..
ujian.. sabar je lah..


tentang masalah radiation di Fukushima ni..
dengar cite bacaan makin naik..
baby pun dilarang untuk minum susu badan sebab dipercayai radiasi tu dh capai tahap merbahaya.. 
Ya Allah.. semoga kawan2 aku disana baik2 belaka..
lg seminggu aku pun bakal pulang ke sana..


ada jugak org bertanya
tak mahu sambung belajar di Malaysia ??


kalau lah sesenang makan kacang da lama aku smbung belajar kt Malaysia..
tp apakan daya.. bukan senang nak tukar ke Malaysia..
banyak prosedure plak nk kna buat..
lagipun pihak tajaan takde cakap ape2 pun..
so teruskan macam biasa je lah..
harap2 dipermudahkan segala urusan..
runsing memikirkan hal ni..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, April 10, 2011

:: Korang tengok tak semalam?? ::

Assalamualaikum..


korang tengok tak MAJALAH 3 semalam ?








kalau tengok..


korang nampak kan bagaimana
rakyat Jepun menghadapi bencana besar 
yang menimpa negara mereka ??


korang nampak kan 
semangat bersatu padu yg ada pada mereka ??


korang nampak kan
betapa berdisiplin nya rakyat Jepun itu ??


Rakyat Jepun ni
diorang adu satu semangat
semangat bersatu padu dan saling membantu 
dalam apa jua keadaan sekali pun..


diorang beratur panjang
kadang2 sampai 5, 6 jam untuk isi minyak kereta


beratur dr awal pagi sampai ke petang 
untuk membeli makanan yg semakin terhad


agak2 kalau di Malaysia..
ada tak sebegitu rupa ???


apa pendapat korang setelah melihat bingkisan dari MAJALAH 3 semalam ??




p/s : aku bukan nk puji lebih2 rakyat Jepun.. tapi aku kagum dgn mereka.. kita jadikan sikap baik mereka itu sebagai contoh teladan.. 



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, April 8, 2011

:: Earth Quake again and again ::

Assalamualaikum..


pagi tadi..
sambil kemas umah aku tengok MHI..
menyiarkan pengalaman pasukan wartawan yang telah ke Jepun
bagi memantau keadaan di sana selepas 2 minggu ditimpa bencana..


kemudian..
terdengar berita mengenai 
susulan gempa bumi yg kuat telah melanda jepun semalam
gempa bumi bermagnitud 7.3 dengan frekuensi 6 itu melanda selama 1 minit
akibat gegaran yg kuat bekalan elektrik terputus
gempa bumi yg berlaku itu dipercayai berpunca di laut Miyagi ( boleh rujuk petadi bawah)


susulan gempa bumi ini
merupakan susulan yang terkuat selepas
berlakunya gempa bumi bermagnitud 8.8 pada 11 Mac lalu..




Sendai tempat aku belajar tu
adalah bandar terbesar di negeri Miyagi..
terletak di timur utara jepun..
jarak antara Tokyo dengan Bandar Sendai tu
lebih kurang jarak antara negeri Kedah dengan Kuala Lumpur..
naik bus ambik masa lebih kurang 5 jam..


gegaran semalam magnitud 7.3 tu
kat Tokyo pun terasa..
boleh bayangkan betapa kuatnya gegaran..
gempa magnitud 8.8 hari tu lagi lah kuat..


dah hampir sebulan berlalu
tapi masih ada gempa susulan sampai sekarang
aku tak nafikan ramai parents yg tak membenarkan
anak2 mereka yg masih belajar utk kembali ke Jepun
memandangkan keadaan masih belum stabil
ditambah pula dgn masalah radiasi yg melanda Jepun


aku pun sebenarnya risau..
aku akui aku fobia setelah berlakunya 
gempa bumi kuat yg melanda 11 Mac lalu
kalau ikut hati tak nak lagi pulang ke sana
tapi perjuangan aku perlu diteruskan..
masih banyak perkara yang perlu aku selesaikan di sana..


semalam aku dapat email dari Sensei aku




dah dipanggil pulang
dan aku dah pun beli tiket flight
3 May jam 11.30 pm aku akan berangkat pulang ke Jepun
harapnya keadaan dah stabil lah lepas tu
semoga dipermudahkan segala urusan
insyaAllah..


p/s : esok jam 9 malam MAJALAH 3 akan memaparkan bingkisan hasil dari lawatan pasukan wartawan ke Jepun yang telah meninjau keadaan di sana selepas 2 minggu dilanda bencana.. kalau korang nk tahu bagaimana mereka menghadapi bencana yang menimpa jangan lupa tonton MAJALAH 3 esok malam.. harap korang dpt something dari bingkisan tersebut.. 







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, March 22, 2011

:: Fikir dahulu sebelum berkata2 ::

Assalamualaikum

seperti yang dijanjikan dalam  entry lepas
sebelum aku conteng pape
jom kita layan dulu video kat bawah ni okeh..

dengar dgn teliti tau..




Sebarang pembangunan yang mereka ingin lakukan
Seharusnya mengkaji dahulu keadaan sekeliling
dan mengaitkan dengan climate change dan green technology


apa itu climate change haa ?
dan apakah itu green technology ?

climate change is define as any change in global temperatures and precipitation over time due to natural variability or to human activity

green technology is the application of the environmental science to conserve the natural environment and resources, and to curb the negative impacts of human

itu definition yg aku dapat dr GoOgle lah..
dr definition tu
apa yg aku faham dr ulasan beliau ialah

bencana yang melanda Jepun kali ini
adalah akibat dari pembangunan yg dibuat
tanpa mengira kesan negatif ke atas alam semulajadi
 
persoalannya..

Adakah gempa bumi berlaku disebabkan 
pembangunan yg pesat di negara matahari terbit ini?

Apa pulak kaitan antara tsunami dengan 
climate change and green technology
seperti yang diperkatakan ??


.....

korang tahu tak yang kereta kat jepun ni semua ada eco ?


korang tahu tak Jepun lah paling banyak kitar semula ?

korang tahu tak susah gila nk jumpa secebis sampah kt Jepun ni ?

korang percaya tak budak2 tadika kt Jepun pun tahu berfikir sblm berkata2 ?


.....


negara kita ada semua tu ???


sampah bersepah merata tempat ..


hujan lebat sket terus banjir kilat ..


longkang tersumbat sana sini ..


.....


kalau korang nak tahu


negara kita adalah negara yg mengalami hujan asid yg tertinggi tahu ?


sebab apa ?


pembangunan terancang ke namanyatu ?


global warming tak yah cakap lah ..

korang rasa makin sejuk ke makin panas ??


.....


kalau korang datang hidup kat sini


baru korang nmpak dgn jelasnya


betapa bagusnya rakyat Jepun ni


bukan aku nak kutuk negara sendiri


tidak sama sekali


tapi aku harap


korang yg baca ni


dapat ambil pengajaran


dan buat apa yang patut


jangan nak bising sana sini


tapi langsung takde tindakan


tak guna semua tu


.....


negara kita Malaysia bernasib baik 
sebab tarletak di luar lingkaran gunung berapi
kalau tak sama jugak macam jepun


so 
takde kaitan pun gempa bumi and tsunami 
dengan climate change and green technology segala bagai tuh


Allah cakap jadi maka jadilah
pasti ada hikmah disebalik setiap yang berlaku
sekian ~





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

:: Pengalaman Gempa Bumi ::

Assalamualaikum..


Semua sihat?
aku demam sejak hari jumaat lepas..
sakit tekak and badan panas..
mmg xde selera nk mkn..
pipi chubby dh cekung sket..
balik nt mesti mak bising2..
erkk sabo je la..


erm..
hari ni 1 group dh dihantar balik Malaysia..
flight kul 10.30 pagi and 1.30 petang..
aku?..
nasib kurang baik la..
insyaAllah kalau ada rezeki 
sampai lah aku kt KLIA 24 hb ni..
korg doa2 kan semoga dipermudahkan segala urusan ea..


meh kita tgk peta kat bawah ni ea..




sepertimana yg korang tau
11 March 2011 merupakan tarikh keramat bg Jepun
bencana yg melanda kali ini merupakan yg kedua terbesar slps Perang Dunia ke2
3 bencana dalam satu masa yg sama


1. gempa bumi
2. tsunami
3. nuklear


kpd yg masih belum tahu..
aku skrg belajar kat SENDAI..
yes!! SENDAI !!
earth quake magnitud 8.9
sejarah berulang kembali setelah 30 tahun bandar Sendai Di Miyagi tidak dilanda gempa bumi sekuat ni..
alhmdllah akibat dr kemusnahan gempa bumi yg terdahulu
kerajaan Jepun telah membaik pulih struktur binaan bangunannya
that why bangunan hanya gegar tapi tak runtuh..
just ada la retakan sikit2 pd dinding..


11 March 2011
time tu ngah cuti musim bunga..
tapi aku kena g lab sbb ade keje sket..
so pas abes keje tu
around 2pm aku balik hostel
lepas solat aku masak utk makan tengahari..
aym greng salut tepung and sawi greng je..
plan nk mkn sambil tgk movie..
baru je nk suap nasi
tiba2 bergegar..
aku rilex je la..
sbb aku ingt gegar cm slalu tu..
ingtkn gegaran tak lama and tak kuat sgt..
tapi makin lama aku rsa cm gegaran makin kuat..
bukan setakat almari je bahkan bilik turut skali bergoyang..
aku dh strat panic
trus keluar bilik
g ketuk bilik dak vietnam
tp tak de jwpn


aku dah berbelah bahagi
samaada nak lari selamatkn diri or nk tggu budak tu
aku kat aras 3 time tu
bangunan dah goyang teruk
so aku pn lari mcm org mabuk turun bawah
aku paling last keluar dr bangunan hostel tu


kt luar aku tgk kereta yg diparking bergerak2
cermin kaca bergetar2 bunyi mcm nk pecah
bangunan memang bergoyang sakan
pokok2 pun turut bergegar


gegaran terlalu kuat smpai aku tak leh nk berdiri dgn stabil
aku berpaut pada pokok
perasaan aku time tu?..
antara hidup dan mati
tu je yg ada dlm kepala otak aku
dah la hari jumaat kan
serius aku takut gila
seumur hidup aku tak penah rasa takut cmni


nasib baik time tu aku berpakaian sopan
time nak lari tu mmg xingt pape dh
aku sempat sambar hand phone je
dgn stoking tak pakai
sweater nipis je
tudung pn xsempat nk pakai
nasib baik sweater tu ade topi


gegaran berterusan selama 1 jam kl xsilap aku
salji plak start turun lebat
sejuk yg amat dgn pakaian yg nipis


pas keadaan dah reda sket
aku balik hostel
tu pn panic gila
aku takut nak dok kt 3rd floor lama2
gegar sket pn aku dah panic da


aku nek bilik jugak
nak ambil brg and pape yg ptt lah
aku tgk nasi yg aku xsempat mkn tadi masuk dalam laci
laptop atas meja jatuh ats katil
berterabur segala barang2


tapi aku bersyukur
sebab tak de kecederaan
ni lah satu2nya pengalaman yg tak kan aku lupakan
tak penah aku alami keadaan yg sgt teruk cmni
tak penah aku rasa takut and panic sebegini


drpd bencana yg berlaku ni
banyak benda yg aku bljr scra tak langsung
aku sangat kagum dgn rakyat jepun
wlpn negara dilanda bencana yg teruk sebegini
diorang lagsung tak merungut
malah diorg bg kerjasama yg sgt baik


dekat sendai skrg
hanya bbrp pasaraya je yg dibuka
so faham2 je la kn
mesti sume org berebut2 nk beli bklan mknn dan sebagainya kn
kalau kat Malaysia kan
aku rasa mesti org pakat serbu je kedai
bukan aku nk kutuk negara sdri tp itu lah hakikaktnya
betul tak?
tapi kat sni..
diorg beratur elok2..
tggu berjam2 utk smpai giliran beli brg..
sgt sistematik dan teratur


itu yg membuatkan aku sgt kagum dgn rakyat Jepun
that why negara diorg maju
anybody yg tak setuju dgn pendapat aku??
korang fikir2kanlah ea..


jalan rosak akibat gempa bumi


rumah2 runtuh hanyut dibawa arus


tu je la kot
sedikit perkongsian pengalaman aku


sebelum tu..
ada tak korang dengar ulasan isteri PM ttg tsunami yg melanda Jepun kali ini?
nantikan topik hangat ini di entry yg seterusnya ok..
till then ~









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...