:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Friday, April 8, 2011

:: Earth Quake again and again ::

Assalamualaikum..


pagi tadi..
sambil kemas umah aku tengok MHI..
menyiarkan pengalaman pasukan wartawan yang telah ke Jepun
bagi memantau keadaan di sana selepas 2 minggu ditimpa bencana..


kemudian..
terdengar berita mengenai 
susulan gempa bumi yg kuat telah melanda jepun semalam
gempa bumi bermagnitud 7.3 dengan frekuensi 6 itu melanda selama 1 minit
akibat gegaran yg kuat bekalan elektrik terputus
gempa bumi yg berlaku itu dipercayai berpunca di laut Miyagi ( boleh rujuk petadi bawah)


susulan gempa bumi ini
merupakan susulan yang terkuat selepas
berlakunya gempa bumi bermagnitud 8.8 pada 11 Mac lalu..




Sendai tempat aku belajar tu
adalah bandar terbesar di negeri Miyagi..
terletak di timur utara jepun..
jarak antara Tokyo dengan Bandar Sendai tu
lebih kurang jarak antara negeri Kedah dengan Kuala Lumpur..
naik bus ambik masa lebih kurang 5 jam..


gegaran semalam magnitud 7.3 tu
kat Tokyo pun terasa..
boleh bayangkan betapa kuatnya gegaran..
gempa magnitud 8.8 hari tu lagi lah kuat..


dah hampir sebulan berlalu
tapi masih ada gempa susulan sampai sekarang
aku tak nafikan ramai parents yg tak membenarkan
anak2 mereka yg masih belajar utk kembali ke Jepun
memandangkan keadaan masih belum stabil
ditambah pula dgn masalah radiasi yg melanda Jepun


aku pun sebenarnya risau..
aku akui aku fobia setelah berlakunya 
gempa bumi kuat yg melanda 11 Mac lalu
kalau ikut hati tak nak lagi pulang ke sana
tapi perjuangan aku perlu diteruskan..
masih banyak perkara yang perlu aku selesaikan di sana..


semalam aku dapat email dari Sensei aku




dah dipanggil pulang
dan aku dah pun beli tiket flight
3 May jam 11.30 pm aku akan berangkat pulang ke Jepun
harapnya keadaan dah stabil lah lepas tu
semoga dipermudahkan segala urusan
insyaAllah..


p/s : esok jam 9 malam MAJALAH 3 akan memaparkan bingkisan hasil dari lawatan pasukan wartawan ke Jepun yang telah meninjau keadaan di sana selepas 2 minggu dilanda bencana.. kalau korang nk tahu bagaimana mereka menghadapi bencana yang menimpa jangan lupa tonton MAJALAH 3 esok malam.. harap korang dpt something dari bingkisan tersebut.. 







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

17 comments:

lady-D said...

fuhhh, x dpt nak bygkan camne..mmg xleh pindah study m'sia ke yang??pepun take care oke..byk2kan berdoa..

Cik TeN10 said...

d_LA

emm susah la.. ikat kontrak ngn JPA kan.. xde pape arahan pn dr pihak JPA.. rsanya kl nk pindah ke Mesia banyak prosedure.. ssh plak.. tawakkal je la..

KUREKURE COMEL said...

mina risau pulak...hati hati nnti fatin....


ingatkan dah habis hari tu kan...
ni ada gempa pulakkan...


tak pernah lg mcm tu kan...

Cik TeN10 said...

mina

okeh.. :)

tu la.. da dekat sebulan je.. ari tu diorg ckp seminggu je gempa susulan.. maybe plat tergelincir trok kot.. gegaran kuat smpai plat gerak 2.3 meter..

yup.. 30 tahun lepas penah jd tp xde la smpai mcm kali ni teruknya..

pray for me ya :)

NurWahidah Abdullah said...

kita doa sume slmt nanti kat sana...truskn perjuanganmu..

skandaLdariLangit said...

semoga semuanya baik2 saja~

skandaLdariLangit said...

semoga semuanya baik2 saja~

Cik TeN10 said...

najihatussolehah

thanks dear :)
insyaAllah..

Cik TeN10 said...

skandal dari langit

harapnye begitu lah.. insyaAllah

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sgt menakutkan....

Noor Fatin said...

jaga diri baik2 tau. insyallah. doa byk2..

semoga tak ada apa2 berlaku lagi..

Cik TeN10 said...

meniti senja

seriusly takut.. pengalaman yg xkn dilupakan

Cik TeN10 said...

NOOR FATIN

insyaAllah.. thanks dear :)

zati embong said...

harap x berulang da tragedi lepas ni fatin..

Cik TeN10 said...

jat

harapnye cmtu la.. huhu

Eyka said...

eyka doakan awk leklok g sane tau cik ten10...hati2 dan jage diri aww~ :)

Cik TeN10 said...

Eyka

thanks Eyka !! awk pn jgn la sedih2 tau.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...