:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Showing posts with label Diriku. Show all posts
Showing posts with label Diriku. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

:: Offer letter ::

Assalamualaikum
Senyum lebaq ni bak kata orang kedah.
Selalu memang dok senyum dah tapi kali ni senyum lagi lebaq.
Awatnya? Jeng jeng jeng


ingat tak pasal Career Fair minggu lepas?
Alhamdulillah dah dapat keja :)
tak sangka pulak nak dapat keja secepat ni.
semalam offer letter sampai.
pagi tadi dah sent balik surat ke company.

mak aku memang syok la dapat berita ni. nak2 aku dapat keja dekat Kedah pulak kan.
memang balik kampung selalu la jawabnya. hihi 

sekarang ni tinggal nak fokus kelas and research je
doakan aku berjaya lalui semuanya sampai grad bulan 3 next year insyaAllah :)
sekian







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 25, 2013

:: Bye nihon ! hye korea ! here i come :D ::

Assalamualaikum

hari ini, bermulalah cuti musim bunga aku..

petang ni flight ke Osaka(Itami) dari Akita jam 3.20 pm..
aku dah siap pun tengah tunggu member datang amik nak ke airport..
malam ni aku bermalam di Kansai Airport..
keesokan paginya aku terbang ke Korea..
seminggu aku jalan-jalan dekat Korea pastu aku terus terbang balik Malaysia..
setakat ini itulah plan nya..
hopefully all is well ! all is well ! all is well !
insyaAllah.. doakan aku selamat pergi dan pulang ya rakan-rakan..
byeeee >.<




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 10, 2012

:: rabun jauh ::

Assalamualakum.. 

     Ok..aku boleh dikategorikan dlm golongan nenek2 bila kena pakai cermin mata..yess!!aku rabun jauh..ceritanya macam ni..

     Awal tahun ni yakni bula April..yess kat jepun tahun baru dia start bulan April..time bulan 4 ni la budak2 nak daftar masuk sekolah bagai..aku pulak sambung buat degree dekat Akita Universiti..pejam celik pejam celik dah nak abes semester 1 dah pun..


     Back to the topic..macam biasa la..mula2 masuk U kena buat medical check up..tang lain semua ok ja mai tang mata hancusss !! Ok mata aku mmg teruk..padan la masa mula2 masuk kelas aku xnampak dengan jelas tulisan sensei dekat blackboard kat depan..padahal xde la aku dok belakang sangat pun..Patah seribu hatiku bila mengenangkan mataku yang sudah rabun!!!! Huuuu 


     Kemudian aku berfikir sejenak..apa benda yang aku buat sampai boleh rabun ni??aku xpuas hati sungguh la..fikir punya fikir aku dapat beberapa faktor yg mungkin menjadi penyebab kenapa aku boleh rabun..antara sebabnya.. 


 1.crochet 
     Yessss..sepanjang cuti musim bunga selama sebulan lebih sikit2 tu aku banyakkan abes mada dengan membelek crochet..hasilnya siap sehelai selimut dan jugak handbag! Aku ni bila start belek benda tu selagi tak siap aku macam takleh nak stop..sampai makan pun tunggang langgang..buat benda tu kan kena teliti..so mungkin mata aku terlampau fokus dalam masa yang berpanjangan sangat sampai tak cukup rehat tu pasai la mata aku merajuk kot..sekarangg nahhh! Padan muka aku..rabun terus 


 2.drama korea 

     Ni salah drama korea la ni!!! Kalau aku penat buat crochet..aku stop layan drama korea pulak..sampai sakit kepala baru aku tidoq..see?? Aku kejam gila terhadap mata aku..huaaa 


 3.screen protector 


     Ini mmg salah aku..aku dah beli berkurun lamanya screen protector utk desktop tapi aku tak pasang..merenung desktop lama2 tanpa screen protector mendedahkan mata aku direct dgn cahaya dr screen.. Aku plak style dok dekat2 depan screen..mmg rabun la ! akuu menyesal !! 


     Dah la tu sket2..buat sakit hati ja..padahal aku sendiri yang carik penyakit.. Huhu kepada yang tak rabun tu jaga la mata anda elok2 ye.. Allah dah tarik sedikit nikmat penglihatan aku..korang jangan jadi macam aku pulak ye.. 


     Ok..aku dah tertinggal ni..sensei dah tulis penuh kt blacboard so kena salin laju2 kl x exam nanti nganga la ! Bye ! :p


p/s : jangan update blog dalam kelas ye rakan-rakan.. keh3 :p







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 6, 2012

:: 2 hari lepas ::

Assalamualaikum..

alamak !.. blog terabai lagi..
dan kali ni aku kembali dengan berita yang.. emm.. xberapa nak enak 2 hari lepas.. tapi hari ni dah enak.. alhamdulillah..

ceritanya begini..
2 hari lepas.. hari ahad.. tetiba cuaca panas sangat..
pagi tu aku breakfast nasi goreng..
tengahari keluar makan sushi.. aku makan sikit.. 2 piring ja sebab tetiba xda selera makan..
lepas lunch tu jejalan makan ice cream..
petang tu balik umah dengan keadaan yang amat tidak bermaya..
xtahu kenapa aku rasa lemah satu badan..
balik tu aku terus baring atas katil.. tido..
bangun nak solat asar.. rasa mual..kepala terasa berat sangat..
pastu termuntah.. abes keluar sushi yg mkn tengahari tadi..
lepas tu cirit birit pulak..
asal bangun je muntah..
sampai kul 12 tengah malam masih berterusan jugak..
housemate aku bawak gi hospital..
ohh aku sangat tak suka dengan hospital ni..
bagi aku hospital ini antara tempat yang mengerikan tahu ?! tak suka !
disoal siasat cek sana sini..
kena la makan ubat.. nasib baik tak kena tahan kat hospital malam tu..
doc pesan suruh minum air banyak2 then jangan lupa makan ubat..

puncanya ??
sampai sekarang aku pun tak tahu..
nak kata keracunan makannan.. tak mungkin..
sebabnya.. apa yang aku makan aimi pun makan jugak.. tp dia ok je..
nak kata perut kosong pun mustahil la.. sebab pagi tu aku siap makan nasi goreng siap tambah2 lg..
kesimpulan yang aku dapat buat adalah mungkin kerana cuaca yang tetiba panas.. logik tak ???

ubat muntah + ubat cirit = 5000¥ (=RM200)
murah sangat kan ?? hahahah
takpe la yang penting sihat so that aku dapat menduduki exam dengan jayanya..
lepas ni kena claim balik duit bayaran hospital dengan jpa.. keh3 :D

*selingan


murtabak ni aku buat 2 minggu lepas kalau xsilap.. tetiba mengidam.. buat mini murtabak pakai kulit popia.. senang ! hahahh dasar pemalas memang cenggini :p


aku bela kucing sekarang ! Hoii namanya.. manja sangat2.. macam tuan dia jugak.. keh3 :p

esok ada test..
lusa ada 1 paper..
doakan aku ya kawan2..
sorry lah dengan cerita yang mengarut entah apa-apa itu..
tetiba rasa nak merepek.. huhu
sekian ~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, March 18, 2012

:: Luahan hati seorang sahabat ::


Salam readers !!

pagi-pagi makan chicken roasters, good morning to you readers ! =)

untuk which one di entry lepas tu..
terima kasih sangat-sangat kepada semua yang memberi komen yang sangat membantu aku membuat pilihan..
so daripada komen dan jugak pandangan korang, aku dah macam ada pilihan dah..


yang ini..


ataupun yang ini..

aku masih tengah fikir lagi ni.. yang mana satu..

kenapa aku pilih yang dua ni ?
sebabnya aku lebih selesa kenaakan baju yang simple but nice..
kaler yang soft sebab xnak la baju kalahkan artis pulak kan..
lagi satu aku nak baju yang boleh aku pakai selalu.. bukan hanya boleh dipakai time ada event sahaja..
baru berbaloi kan.. =)

abes intro yang panjang lebar !!  =p

**********

macam yang aku tulis kat tajuk entry aku tu..

aku ada seorang sahabat yang merangkap teman sepermainan tika aku kecik-kecik dulu..
aku dulu-dulu merupakan kanak-kanak yang lasak bangat !!
budak kampung kan.. tak panjat pokok tak terjun sungai bukan budak kampung lah namanya kan..

persahabatan aku dan dia dah berpuluh tahun la.. sekarang aku berusia 23.. dia pulak 24.. kami kawan sejak kecik-kecik lagi.. so kira sendirilah berapa tahun usia persahabatan kami..

antara ramai-ramai teman sepermainan tika kecil.. dia lah sorang-sorangnya yang rapat dengan aku sampai sekarang.. semua kisah dia aku tau.. kisah aku pun dia tau..

nak dijadikan cerita.. semalam aku kol dia..
sembang-sembang gelak-gelak.. tiba-tiba dia tersasul..

aku : ala ang bukannya nak ingat kat aku pun !! 
dia : sapa kata aku xingat ? mesti la aku ingat sebab "aku sayang hang" !..

gulp !! aku macam tertangkap tiga perkataan tu..

aku : hahh ? apa dia ? ulang skali lagi weh 
dia : xdak apa aih..
aku : hang jangan dok bohong lah.. baik hang cakap cepat !

then dia mula meluahkan isi hati dia pada aku..
seriusly aku tak sangka yang selama ni dia simpan perasaan terhadap aku..
ya la.. aku ada masalah bercinta dulu aku carik dia.. aku rasa nak menangis aku carik dia..
dia pulak selalu buat aku ketawa saat aku tengah bersedih.. saat aku dikecewakan..
so memang tak pernah terlintas dan terfikir pun dia suka dan sayang kat aku..

dia cakap dia menyesal tak luahkan isi hati dia awal-awal masa aku masih single dulu.. tapi dia kata dia percaya pada jodoh dan ketentuan.. asalkan aku bahagia dia dah cukup happy dah.. see ? betapa lembapnya aku bab2 ni. macam mana aku boleh tak sedar dia suka, sayang aku ???

kalau la dia tak tersasul cakap semalam.. sampai bila pun aku tak tau yang dia menaruh perasaan pada aku..

aku pun sayang dia sebagai seorang sahabat aku.. aku harap dia jumpa lah dengan jodohnya suatu hari nanti.. pape pun persahabatan kami tetap macam biasa.. insyaAllah sampai bila-bila =)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 1, 2012

:: Dulu dan sekarang ::

Salam readers =)

aku tengah senyum sampai ke telinga saat menaip entry ni..
alhamdulillah presentation pun dah selesai maka dengan rasminya bermula lah cuti musim bunga selama sebulan !! yeahhhh !!

cuti ni nak kena settle hal biasiswa dan jugak pindah rumah.. so aku tak balik Malaysia.. =p

pindah rumah ni buat aku serabut sket.. sebabnya..


3 tahun lalu iaitu pada tahun 2009..
aku datang Jepun hanya dengan beg roda seberat 30 kg sahaja..
itu pun terhegeh-hegeh nak tarik beg.. 


tetapi.. sekarang ni.. 30 kg tersebut dan bertukar menjadi....... 
erkkkkkk.. tak terungkap dengan kata-kata..
nak kena sewa lori untuk hantar barang ke rumah sewa..

inilah padahnya bila shopping tak ingat dunia.. keh3..

so misi pada minggu ini ialah mencari kotak-kotak besar di supermarket untuk mengisi aku punya harta karun !! sekian sahaja untuk berita hari ini.. tetiba je !!






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 21, 2012

:: Tabiat ::

Salam readers =)


dah menjadi tabiat dah..
setiap kali ngadap desktop nak menaip thesis mesti akan check FB, blog and email dulu..
then stuck kat situ berjam-jam !! adoiiii ! masa itu emas ye cik Fatin !! 

tapi aku rasa FB dan blog adalah keperluan bagi orang macam aku ni..ye la.. kalau tak berFb.. tak berblog.. celah mana aku nak bersosial ??.. silap-silap haribulan boleh gila aku dok kat bilik sorang-sorang tak de teman bebual.. makan sorang-sorang tengok tibi sorang-sorang.. tido pun sorang-sorang !! nak kawin !!! nak kawin !! tetiba je keh3

alhamdulillah dh siap thesis.. dh submit buat pertama kalinya.. harap-harap tak banyak sangat la nak kena repair.. 




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, February 19, 2012

:: Okonomiyaki ::

Salam readers =)

bila aku stress..


aku suka menconteng..

p/s : aku give up nak install photoshop kt mac.. so aku instal GIMP yang FREE.. tp aku masih merangkak nak guna benda alah tu.. pakai tangan lagi senang ! haha


dan aku suka makan !..

dinner malam ini adalah okonomiyaki..

お好み焼き = okonomiyaki

お好み = suka-suka
焼き = grilled/panggang

 dibuat dari campuran tepung gandum, sayur2an, ayam or seafood.. then dipanggang atas kuali rata yang dipanggil teppan/kuali besi


teppan = 鉄板 = kuali besi

oleh itu.. okonomiyaki dikategorikan sebagai makanan teppanyaki

鉄板 = kuali besi
焼き = grilled

鉄板焼き = teppanyaki

boleh dimakan macam tu je ataupun jadikan lauk makan ngan nasi.. aku lebih suka makan camtu je..
kalau pergi dekat restoran okonomiyaki ni.. kita order apa benda yang kita nak utk okonomiyaki kita.. then dia kasi bahan kita panggang sendiri la.. dah siap panggan letak sos okonomiyaki, mayonis kalau suka and then tabur katsuo..

apa korang buat kalau korang stress ??
dan korang penah tak makan okonomiyaki ??









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 18, 2012

:: kemuncak ::

Salam readers !!


saat genting.. fighting !! ^^



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 24, 2012

:: Mood rumah sakit ::


mood rumah sakit datang bila..


sedih nii.. huhu


summer holiday cepat la datang.. huhu


kosong !!  aku konpius.. stok makanan memang sikit ke aku yang makan banyak ??? hahahahh taknak ngaku jugak !! kih3


stok aku time malas or tak sempat nak masak.. marvellous !! sape tak tahan pedas memang nangis lah.. aku rasa macam nak adiahkan sebungkus dekat labmate aku.. mesti merah mura dia pekena Ruski tomyam ni.. silap-silap cirit birit tak tahan pedas nye pasal.. keh3.. ok ! niat tak baik sila hentikan !! ishkk


aku penah beli milo kat sini.. harga memang tahap cekik darah la.. tak sedap pulak tu.. rasa dia xlemak macam milo kat mesia.. kalau sedap aku tak kisah.. ni macam tak berbaloi je.. beli mahal2 tapi xsedap mana pun.. hampeh !

berangan je la kot2 barang2 ni jatuh bersama salji ke kan.. kah3

 *****

next week start final exam !! oh tidak !! bila nak start study ni ??.. tepuk dahi

papai ! >.<





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 22, 2012

:: Sunday morning ::


morning !! (",)

wake up in the morning..



hehe..


selak langsir..


OMG !!! tarik selimut.. haha



*****

pssssttttt


pulangkanlah.. *nangis2 sambil hentak kaki macam budak kecik nak toraaa !! 





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 15, 2012

:: Hobi saya ::


uwaaa.. tengok tajuk entry aku hari ni.. 
teringat masa sekolah rendah.. zaman hingusan dulu..
antara karangan yang popular dikalangan murid-murid.. 

> hobi saya
> keluarga saya

pendek kata semua nak ada saya la.. haha.. 

kalau dulu hobi aku memancing ikan kat sawah padi dengan tok (nenek) aku.. tapi sekarang hobi aku memancing jejaka kacak !! hahaha merapu !! aku baru sedar yang aku ni dari kecik sampai besar nakal !! hihi 

aku rasa aku tahu apa itu hobi masa darjah satu la kot.. mengikut pemahaman aku masa darjah satu dulu.. hobi ni benda yang kita suka buat diwaktu lapang.. tapi bagi aku sekarang ni.. aku rasa hobi ni sebagai salah satu cara untuk aku hilangkan boring dan release tension.. 

dan hobi aku buat masa ini ialah..


memasak.. macam-macam aku masak.. tak kisah la kek ke lauk ke.. yang pastinya aku suka mencuba resepi-resepi baru.. sumbernya berbagai.. mostly dari internet sebab mudah dan pantas.. pastu banyak choice.. satu masakan tu banyak cara penyediaan kan.. klik-klik cari resepi yang best then try !! dan aku suka resepi yang simple tapi sedap sampai boleh gigit jari !! >.<

minat memasak ni ada dalam diri aku sejak kecik lagi.. menurut mak dan tok aku, aku masa kecik-kecik suka sangat menyibuk kat dapur.. kalau mak aku tak bagi aku buat something mesti dia takleh nak masak sebab aku kacau.. haha


selain memasak aku juga minat mengait.. aku belajar mengait secara tak langsung dari mak sedara aku.. kalau tak silap aku aku mula mengait waktu umur 9 tahun.. time tu cuti sekolah.. mak sedara aku terima tempahan untuk mengait alas meja.. so aku perhatikan je mak sedara aku mengait.. then aku ikut.. dari situ bakat aku mula menyerlah.. dan sampai sekarang pun aku masih suka mengait.. memang memerlukan ketelitian dan kesabaran nak buat benda ni.. tapi bila dh dapat hasilnya memang sangat berpuas hati.. 

ada jugak yang bertanya.. aku tak jual ke benda-benda yang aku kait tu.. ex baby booties, beg, alas meja, blanket etc.. buat masa ni tak la.. sebab aku buat time aku free je.. banyaknya untuk kegunaan sendiri.. kadang2 aku jadikan present.. 

kepada yang berminat untuk belajar mengait ni.. anda boleh la cuba.. dekat youtube pun banyak tutorial untuk beginner.. tak pun boleh rujuk pada buku atau pun pada mereka-mereka yang pakar.. 


shopping !! yang ini memang takleh dinafikan lagi.. perempuan dan shopping memang tak dapat dipisahkan.. aku suka shopping lepas exam !! setelah bertungkus lumus memerah otak untuk menghabiskan exam, keluar bershopping adalah satu nikmat yang sangat tak terkata.. hilang semua tension !! terasa seperti dunia ini aku yang punya ! cewahh.. hihi ;p

tapi kena berhati-hati jugak.. shopping, shopping jugak.. jangan sampai koyak poket sudah la ea.. hihi sebagai seorang perempuan yang bakal bergelar suri rumahtangga.. aku rasa aku patut bijak berbelanja.. perju bijak menguruskan kewangan.. makum la kos hidup makin tinggi.. so kena berjimat cermat dalam berbelanja.. hopefully aku dapat menjadi isteri yang bijak berbelanja dan menguruska kewangan suatu hari nanti .. :)

selain tu aku jugak suka menconteng !! hasilnya seperti gambar-gambar yang tertempek di entry ni.. :)

itu je la sedikit perkongsian tentang hobi aku.. bagaimana pula dengan korang ???











Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, October 26, 2011

:: oreo cheesecake ::

you all sihat ? lately aku banyak abeskan masa kat atas katil je..
mana taknya.. makan ubat je tumbang.. asal tengok ubat je tumbang.. 

celik je mata pagi tadi.. tekak aku terasa perit sekali.. gagah jugak bangun mandi gi lab..
dok beberapa minit kat lab aku dah rasa tak larat sangat baru gedik pi bilik sakit cari ubat..
tu lah aku.. dah nyawa2 ikan baru reti nak cari ubat.. ubat dan aku macam KLCC dengan sawah padi.. >.<

besa la kan.. bila demam xde selera makan.. tapi aku pelik sket.. aku ngidam nak makan cheesecake !! curlass gitu perut aku kan.. haha


nahh.. oreo cheesecake utk orang demam.. keh3

makan cheesecake 2 slice.. pastu makan ubat.. aci la kan? 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, September 26, 2011

:: Memang seronok ::



komen yang sangat membina dari siti kektus

honestly aku takla sehebat chef wan..
tapi kalau setakat nak makan tu aku boleh ja masak..
dengan cara aku.. dan juga citarasa aku la..

ada la beberapa orang member aku ni..
dok tanya aku..

" awat hang masak sedap ahh ? mana hang belajaq ? "

rahsianya adalah 

*****

perhati + cuba buat sendiri

*****

aku dari kecik memang suka menyibuk kat dapur..
dah besar aku suka la msuk dapur tolong mak aku buat ape yg patut..
sambil2 tu aku tengok la cara mak aku sediakan sesuatu masakan tu..
then aku tanya la apa yang patut..

contohnya..

" mak, kalau kita campur tepung jagung sket tak leh ka ? baru rangup kan ? "

" kalau cek tak mau pakai hat ni cek nak buat macam ni boleh dak ? "

" macam mana kita nak tau dia dah masak ka belom ? "

haa.. dari situ la aku dapat macam-macam tips dan petua..
orang tua-tua memang banyak petua dalam bab masakan ni..

lepas tu.. aku akan cuab buat sendiri..
kena la berani mecuba.. confident tu penting tau !!
kalau 1st trial gagal tu biase la.. belajar dari kesilapan..
lama-lama mantap lah !

so aku nak bagi dorongan kepada sesiapa yang terasa rendah diri sebab tak pandai masak tu.. rajin-rajinkanlah diri mencuba.. kalau tak mencuba sampai bila-bila pun tak reti wehh..

pstttt.. lagi satu kan.. mak aku kata..
air tangan isteri tu penting tau untuk pikat hati suami..
so tunggu apa lagi !!
belajar la masak weii sebelum laki ampa lari pi makan umah sebelah ea.. keh3 >.<



p/s : sapa tak mau kawen wehh.. aku kalau leh nak kawin awai.. nak jadi mummy vogue gitu !! hahahh :p









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 22, 2011

:: Perlu ke pakai braces ??? ::

Hello.. 

ohh ya aku belom basuh muka lagi..
baru bangun tido muka comel2 gitu.. *sila muntah ! haha

ok2 .. back to the topic..
tadi aku ade la baca blog kembar aku.. si teyn teyn 
sila tepuk tangan ! nama kitorang sama cuma ejaan je lain2..

ceritanya dia konpius sama ada nak pakai braces ke tak..
giginya besar ngalahkan gigi arnab katanya..

tengok ni..


besar ke ?? 
aku tengok cantik je gigi dia..
cantik banyak berbanding gigi aku yang berterabur..
dah la besar tak teratur plak tu kan ! 
takpe ! aku bangga dan suka dengan gigi aku..

serius aku cakap gigi aku memang berterabur teruk yg amat !
siap ada gigi taring lagi dua2 belah pulak tu..
tapi aku tak penah terfikir pulak nak pakai braces..

sebab ?..

aku rasa xde masalah dengan gigi aku sekrang.. selagi tak sakit.. tak ganggu hidup aku.. ok je ! xde masalah !.. just aku kena jaga lebih sket la kan.. gosok gigi pun lama sket la sebab gigi aku suka main aci sembunyi !..

lepas tu.. aku bangga kot sebab bukan semua orang ada gigi macam aku.. ramai orang tertawan dengan senyuman aku yang menampakkan kedua-dua taring drakula aku ni.. dari situ aku merasakan yang gigi aku ini adalah satu eset buat aku.. so buatpe aku nak hapuskan eset aku kan.. tak ke rugi ?.. 

pastu kan.. aku rasa aku patut bersyukur dengan apa yang Allah bagi.. dan aku rasa macam tak perlu untuk aku ubah ape yg Allah dah bagi pada aku.. itu pendapat aku je lah.. ape yang aku rasa.. tapi aku xcakap la xleh nk pakai braces kan.. chill k ! :)

nak tengok gigi gajah aku yang berterabur dengan taring drakula aku ?..


walaupun aku senyum tak nampak gigi tapi taring drakula aku tetap nak terkeluar jugak.. itu pasai senyum jadik senget semacam je kan.. tapi en bf aku cakap comel je.. ! so aku berbanggga ! keh3


haa tudiaa gigi gajah.. keh3..

dah2.. aku nak pi mandi.. nak makan ayam goreng upin ipin.. 
bye !


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 15, 2011

:: Berat hati ::

Assalamalaikum

pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 15 puasa..
kejap je kan..
setakat ni ade tak yang tak terbangun sahur ?.

ari ni dah 15 Ogos.. hari isnin dah ..
isnin depan aku dah kena balik sana ..
berat sangat hati nak balik..
beratnya hati aku nak tinggalkan rumah dan family macam nak angkat lori kayu balak ..
walaupun tak dapat beraya dengan family tahun ni dapat berpuasa kejap pun jadik lah kan.. =) 

tart nenas aku dah siapkan ..
separuh untuk bawak balik sana sebagai buah tangan kat sensei aku ..
separuh lagi simpan kat umah la untuk raya nanti..
hari ni aku nak buat cornflakes madu pulak ..
korang buat kuih apa untuk raya ni ??
ke main kuih tunjuk-tunjuk je ??


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, August 7, 2011

:: Merajuk ::


" kuat merajuk jugak kau ni ehh..! "

" yes I am !! " dengan confident nya..!!  " so what ? "


hanya bunga dan coklat dapat pujuk aku.. demand2 !! kah kah kah

.....

p/s : thanks LAdy_dyLA for the chocs !!! =)

.....



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 30, 2011

:: Crochet ::


Assalamualaikum..

hehe.. aku tau korang tengah seronok dibuai mimpi nan indah..

tatkala korang seronok lena diulit mimpi aku tengah buat ini..


crochet blanket in the making.. >.<

salah satu hobi aku.. mengait !!! 
aku kalau dah start buat menatang ni memang susah nak stop..
sampai tak makan aku dok belek menatang ni.. selagi tak abes benang selagi tu la sku tak stop..
ni benang dah abes.. tu yg stop jenguk blog pulak sementara tunggu subuh..

dah lama aku tak mengait.. ntah macam mana semalam tertengok video kat YouTube cara-cara nak buat crochet balnket ni.. nampak menarik.. tangan aku pun da start gatal2 nak mengait semula.. so tadi petang lepas class terus kayuh basikal pegi beli benang..

nak buat menatang ni kena teliti dan kena sabar.. bukan boleh siap seminit dua.. even orang yang pro pun ambik masa 4 hari untuk siapkan crochet balnket ni.. aku tak tau la bape hari.. tapi aku akan cuba siapkan secepat mungkin sebab tak sabar nak tayang dekat korang.. haha >.<

esok dah kena packing..! ! yeayyy !! sape bermurah hati nak belanja aku berbuka puasa ??




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 26, 2011

:: Counting the day ::


Assalamualaikum..

ya.. aku tengah menghitung hari ni..
tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki di KLIA..

otak aku memang dah ada kat rumah dah ni..
jasad je tertinggal kat jepun lagi ni.. >.<

ohh.. aku harap adik aku tak perasan segala status kt fb..
nak kasik suprise kat family..

" hang balik tak raya ? "

" tak.. "

memang betul la aku jawab kan ??
aku balik time puasa je.. raya tak.. kih3 >.<

time to sleep.. esok ade kelas pagi.. 
nite semua.. oyasumi >.<


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 23, 2011

:: Harta karun ::


Assalamualaikum.. (",)

apa ada pada harga ?? yang penting aku suka dan memuaskan hati aku..
so jom tengok antara harta2 yang aku ada.. hihi


kamera ni aku beli 3 tahun lepas.. masa aku mula2 sampai Jepun.. 
niat di hati nak angkat DSLR.. tapi memandangkan aku malas nak usung kamera gedabak so ini lah yang menjadi pilihan hati.. kualiti mmg OK !! made in Japan lagi..!


phone kesayangan yang sangat berjasa !!.. dengan adanya phone ni la aku bleh merantau merayap seluruh pelusuk Jepun sorang2.. aku cek jadual train.. macam mana nak pergi suatu tempat.. dan berpandukan GPS aku redah merayap kat negara matahari terbit ni..


lappy ku !! lappy ni adalah gajet pertama aku beli guna duit sendiri..! so aku syg dia sangat2..
dgn lappy ni la aku bleh webcam dgn family dan jugak incik bf.. hihi ^^


actually jam ni couple set.. satu lagi ada pada ex aku.. ini pun aku beli kat sini setelah 3 tahun aku tak tukar jam.. hihi ^^


antara banyak2 handbag.. ni yang paling aku sayang..! 


boots from GAP.. ni beli masa kat tokyo..boots ni pakai time winter.. rasa seronok je sebab bulu2 tu memanaskan kaki aku so takla rasa sejuk sangat.. =) 
tapi boots ni kalau pakai kat Malaysia aku rasa berasap kot kaki.. haha ^^


aku penah berlari pakai boots ni sebab nak kejar last train.. hebat tak lari pakai heels?? haha


ni aku beli kat Malaysia.. tiap kali balik M'sia mesti aku beli kasut baru.. sebabnya dari sini aku pakai boots.. so takkan nak jalan2 kat mesia pakai boots kot ?? panas2 pakai boots?.. xkuasa aku.. hahahh =)

tu je la kot.. banyak lagi harta karun aku.. tak larat nak punggah semua..

hari ni aku nak keluar jalan2.. nak usha2 gajet.. maklum la bila aku nak balik mesti ramai yang suruh survey harga itu ini.. kamera la.. ps3 la.. so hari ni aku nak gi cuci mata usha gajet2.. dan shopping ape yang patut sebelum aku balik M'sia next wekk !!! yeahhh (",)

ape pulak harta kesayangan korang ye ??



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...