:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Sunday, March 18, 2012

:: Luahan hati seorang sahabat ::


Salam readers !!

pagi-pagi makan chicken roasters, good morning to you readers ! =)

untuk which one di entry lepas tu..
terima kasih sangat-sangat kepada semua yang memberi komen yang sangat membantu aku membuat pilihan..
so daripada komen dan jugak pandangan korang, aku dah macam ada pilihan dah..


yang ini..


ataupun yang ini..

aku masih tengah fikir lagi ni.. yang mana satu..

kenapa aku pilih yang dua ni ?
sebabnya aku lebih selesa kenaakan baju yang simple but nice..
kaler yang soft sebab xnak la baju kalahkan artis pulak kan..
lagi satu aku nak baju yang boleh aku pakai selalu.. bukan hanya boleh dipakai time ada event sahaja..
baru berbaloi kan.. =)

abes intro yang panjang lebar !!  =p

**********

macam yang aku tulis kat tajuk entry aku tu..

aku ada seorang sahabat yang merangkap teman sepermainan tika aku kecik-kecik dulu..
aku dulu-dulu merupakan kanak-kanak yang lasak bangat !!
budak kampung kan.. tak panjat pokok tak terjun sungai bukan budak kampung lah namanya kan..

persahabatan aku dan dia dah berpuluh tahun la.. sekarang aku berusia 23.. dia pulak 24.. kami kawan sejak kecik-kecik lagi.. so kira sendirilah berapa tahun usia persahabatan kami..

antara ramai-ramai teman sepermainan tika kecil.. dia lah sorang-sorangnya yang rapat dengan aku sampai sekarang.. semua kisah dia aku tau.. kisah aku pun dia tau..

nak dijadikan cerita.. semalam aku kol dia..
sembang-sembang gelak-gelak.. tiba-tiba dia tersasul..

aku : ala ang bukannya nak ingat kat aku pun !! 
dia : sapa kata aku xingat ? mesti la aku ingat sebab "aku sayang hang" !..

gulp !! aku macam tertangkap tiga perkataan tu..

aku : hahh ? apa dia ? ulang skali lagi weh 
dia : xdak apa aih..
aku : hang jangan dok bohong lah.. baik hang cakap cepat !

then dia mula meluahkan isi hati dia pada aku..
seriusly aku tak sangka yang selama ni dia simpan perasaan terhadap aku..
ya la.. aku ada masalah bercinta dulu aku carik dia.. aku rasa nak menangis aku carik dia..
dia pulak selalu buat aku ketawa saat aku tengah bersedih.. saat aku dikecewakan..
so memang tak pernah terlintas dan terfikir pun dia suka dan sayang kat aku..

dia cakap dia menyesal tak luahkan isi hati dia awal-awal masa aku masih single dulu.. tapi dia kata dia percaya pada jodoh dan ketentuan.. asalkan aku bahagia dia dah cukup happy dah.. see ? betapa lembapnya aku bab2 ni. macam mana aku boleh tak sedar dia suka, sayang aku ???

kalau la dia tak tersasul cakap semalam.. sampai bila pun aku tak tau yang dia menaruh perasaan pada aku..

aku pun sayang dia sebagai seorang sahabat aku.. aku harap dia jumpa lah dengan jodohnya suatu hari nanti.. pape pun persahabatan kami tetap macam biasa.. insyaAllah sampai bila-bila =)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

20 comments:

zati embong said...

betul ckp dia dear, jodoh dah di tetapkan oleh Dia. cara dia pn mcm berserah je 2. yg pntg,shbat 2 xptus.

NurWahidah Abdullah said...

bju yg ats tu...hehe..
hmm..slalu dgaq.. adakah persahabatan di antara lelaki dan perempuan,,mmg ada,,..tp mgkin salah sorg tu laen perasaannya..

Juliet_iRa~" said...

fatin..bila dah berkwan ngan lelaki msti ada psaaan tu...heee.xlelaki...ppuan...

sbb ira pnh alami bnda y sm mcm fatin..sbiji..dia sgt baik..tp sbnrnya ada hati dgn kita..tp kira ok la dia tersasul n terus trg lepas tu..kisah ira...kwn y smpaikan..dia luahkan psaan ms pmainan true or dare..dpn kwn2 ira..ira xda dlm kelas.. (ms sekolah)..

tp skang..kami hanya sahabat..sbb ira explain kat dia..ira xleh tukar psaan syg tu jd cinta as bf n husband 1 ari nt...gambar dia pnh ada dlm blog ira..haha..org y unik..skg tgh smbg master..kalau tau teka cpe..haha..;p

just go on with the relationship as a sahabat...doakan y tbaik buat dia..:)

Tukang Karut said...

erkkk... mesti terkedu kan kan kan?

ABU said...

wah syoknya aku baca yg perenggan2 selepas intro ko tu... macam dalam tv pulak.. kasihan kat dia.. after all baru dia mngaku dia syng kat ko peeewitttt ada peminat diam diam hahaha..

aku yg baca ni pun terharu.. err* perlukah!! hahahaha

btw, apesal ada busana busana ni.. aku tertinggal ke entry2 ko.. ciss!!. pakai la mana mana pun.. orang cantik pakai apa pun tetap nampak cantik :P
limaposen limaposen..

Juliet_iRa~" said...

haha orgnya ada ms trip ira ke Penang..kuikuikui..selongkar la blk kalau nak..kalau tak igt la..;p

ira tak suka dia bkn sbb appearance dia okee!huuu..tp sbb hati..dia suka ira dr ira darjah 6..haha..smapai habis spm..dasyat tak?mmg 1st love kot...dia tunggu ira even ms f4 ira ada bf..after spm, ira break up dia cuba nk msk line ms ira kecewa...tp tu la org kata..mmg dia bkn jodoh y tbaik kot...dia paksa ira cuba suka dia..ira cuba..beberapa bulan..tp xleh tukar psaan tu..

last mcm ni la..tp ira still awkward ble jmpa dia..ms g penang tu pon..ira byk snyum..haha..sbb rs bsalah kat dia tu msih menebal...

panjang lagi cte ni tp ckup2 la..haha

fuh fuh panjangnya komen ira..haha

;p

pape pon doakan y tbaik utk kebahagiaan dia..kalau ada jodoh, pasti akan bsatu juga..chewaaa..

chemay said...

mesti sedih kalau satu hari tuh kita dah berpunya,
baru lah kawan kita tuh nak bagitau yang dia suka kita sebenarnya.
:'(

Juliet_iRa~" said...

btol2..:)

mmg akan rs bsalah tp kita xleh paksa hati kita kan..

ira mmg dah lama doakan y tbaik buat dia..smoga dia dapat jodoh y lebih baik dr ira...

kita ppuan sll xsdr ada org taruh psaan pd kita..sbb kita anggap dia mcm kwn..tp dia..anggap lain...ikutkan xleh salahkan kita tp rs bsalah tu ttp ada kan..hee

dia pnh ckp kat ira.. " kalau kita sygkan seseorang, lepaskan dia..kalau dia kembali pd kita..dia memang jodoh kita"

ira speechless..

tapi sekarang hanya sahabat sbb ira pon dah ada someone..sm mcm fatin gak...hanya iringan doa utk dia....:D

aReLaN said...

jodoh pertemuan di tangan tuhan.memang betul tapi dia pon patutnya masa ada peluang,kena la luah kan.kalau simpan,apa pon tak jadi.tapi ok la.dia mampu terima ketentuan kan.sahabat untuk selamanya.kalau itu yang terbaik untuk hangpa berdua kan.hehehe

syAzAnA said...

kalau syaz nak doakan korang bersama boleh takk? :P

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Ai pilih yg yellow color yg bawah ni
Malatop uols
Omg BFF luah perasan auwwww speechless khen
Sbb dulu Ada kes gini gak
Ni zmn single pilih betul2 pilihan hati ngeee
Sometime yg jd somi kiter nnt kiter x percaya dia lah prince charming taw

Hafizin Jamil said...

pergh cik ten..ada peminat dan penaruh perasaan rupanya..haha

syAzAnA said...

aten, haaaa, nak doakan korang. hik3.


eh, salam perkenalan dr syaz. :P

ShahzCudin said...

orang kata lelaki dan wanita ni x boleh berkawan terlalu rapat sebab end up salah sorang akan menaruh perasaan...

semoga kalian berdua dpt jodoh yang baik2..

Lea Isnawi said...

ada org ckp, lelaki biasanya tak buat baik dgn gilr jika tiada niat
means rasa cinta tu pasti ade,
kalo setakat kawan, takkan sungguh2 tolong kita..

takpe, kalo dh jodoh akan bersama jugak
tp cik ten dh ade ehem2 dh kannn

adan said...

yess.. aku jugak sperti sahabat ko tu.. pecaya pada jodoh.. ada jodoh adalah.. seperti entei aku sebelum ni "luah perasaan tak semestinya kapel kan..kan.."

oh ya,kenapa kau tak pilih baju yg aku pilih tu.. sampai hati kau kannnn.. hahaha..

klu ko bagi pilihan untuk dua gambar di atas.. aku pilih yg kedua.. coz yg petama tu terlalu soft beb..

si para para said...

yg penting hargai dia sebaiknya.. tak kisah la.. sahabat ke.. suami ke.. isteri ke... cikgu ke..
hargai dengan cara sebaiknya selagi ada..

:)

Rtp Farra Arisha said...

wah, this is 2 in 1 story. ada juga terselit love story ya hiks. :) you better choose the second one sebab it looks attractive on you!! :)

Juliet_iRa~" said...

hee..fatin..

what friends r for right..kadang2 kita perlukan org y ada kisah y sm utk tahu apa pengakhirannya..haha..:)

pape pon doakan kebahagiaan bersama..heee

;p

siti kektus said...

ada jodoh adalah. eceh. padahal kau pon dah nak kawen nanti kan. hehe :)


nanti dia jumpa lah tu jodoh yg sesuai. kan. kan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...