:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Thursday, January 30, 2014

:: Apakah yang sudah aku lakukan? ::

Assalamualaikum.

Usai membaca surah Al-Mulk aku bertafakur sendirian.
Muhasabah diri.
Lalu aku teringat akan untaian kata dari Ustaz Riduan Mohd Nor.
Ingin aku kongsikan titik tolak yang telah menyedarkan aku dari kelekaan dunia.

Anda tahu kisah seekor burung pipit dan nabi Ibrahim?

Disini aku ringkaskan ceritanya.

Tikamana nabi Ibrahim dibakar, ada seekor burung pipit yng berusaha ulang-alik membawa air dengan paruhnya lalu disimbah keatas api yang membakar nabi Ibrahim. Makhluk Allah yang lain hairan.

Kenapa?

Secara logiknya banyak mana sangat air yang boleh dibawa dalam paruh burung yang kecil itu.

Tidakkah burung pipit itu sedar bahawa usahanya itu tidak akan membuahkan hasil ?
Dia pasti tidak berjaya memadamkan api yang besar itu.

Tetapi...

Jawab burung itu.

Memang aku takkan berjaya memadamkan api itu .
Tapi... Aku lebih takut kepada Allah.

Sebab...

Nanti, Allah tak tanya
Adakah kau berjaya memadamkan api itu?

Sebaliknya Allah akan tanya
APAKAH USAHA YANG SUDAH AKU LAKUKAN UNTUK MEMBANTU AGAMA ALLAH ?

So the point is :
Burung ini ada benda dia nak jawab depan Allah nanti.

So bagaimana dengan kita ?

Aku tinggalkan kamu semua dengan satu persoalan.

APAKAH YANG SUDAH KAMU LAKUKAN UNTUK MEMBANTU AGAMA ALLAH ?

Sama-samalah kita muhasabah diri. Ingat balik apa tujuan sebenar kita sebagai seorang khalifah.
Wallahua'lam.




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 20, 2014

:: winter holiday part 2 ::

Assalamualaikum

Sambungan dari cerita winter holiday aku
Next day tu we all jalan-jalan dekat Osaka
Sebelum tu singgah solat zohor jamak asar skali dekat Kobe Mosque


ni kat gate depan Kobe Mosque


Ini dia rupa Kobe Mosque. Alhamdulillah sampai jugak aku kesini :)


Ni kat dalam Kobe Mosque. Selesai solat sempat lagi berposing tu :p
Sangat bersih dan selesa. Alhamdulillah :)
Masa nak keluar dari masjid terserempak dengan segerombolan pak cik mak cik Jepun. Mungkin nak datang melawat masjid. Semoga Allah buka pintu hati mereka untuk menerima Islam insyaAllah :)


Selepas solat, sebelum meneruskan perjalanan ke Osaka, kami singgah lunch di Naan Inn yang terletak berdekatan dengan masjid tadi. Pekena nasi beriani ayam dulu. Sedap punya. Kalau tengok kat gambar atas ni Siti Nurhaliza, Zizan and Aizat penah datang kesini. So kalau yang nak datang Kobe boleh la singgah makan kat kedai halal ni ya :)


Pencahayaan yg kurang bagus or orang tu tak pandai amik gambar? Redha je la kan. Orang dah baik hati tolong amik gambar tu terima kasih je la :)

Ni dekat Osaka. Dari tengahari sampai ke malam kami jalan je kat Osaka. Banyak kedai yang kami masuk. Maklum la cari paling murah but nice. Kena bijak berbelanja ya. hihi


Lebih kurang jam 7.30 malam. Masing-masing dah keletihan. So pekena pulak takoyaki. Wajib makan takoyaki tau kalau datang Osaka. Takoyaki dia terbaik ! Takoyaki yang paling sedap yang pernah aku makan di Jepun. Memang tak dinafikan lagi keenakannya :)


Ni masa nak jalan balik dah. Walaupun dah kul 8 malam tapi still ramai orang. Maklum la tahun baru kan. Semua kedai pun nak sale aje.

Itu sahaja cerita di Osaka. Shopping dan makan takoyaki :)

Akan bersambung cerita keesokan harinya. Nak tau kemana kami pergi ? tunggu next entry ya :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 14, 2014

:: Winter Holiday dan 2014 - part 1 ::

Assalamualaikum

Dari Toyama ke Fukui dan seterusnya ke Kobe.
Ya Alhamdulilah akhirnya 31 Dec malam aku sampai jugak ke Kobe. First time okeh. So excited sikit. 


Kobe Port diwaktu siang.


Kobe Port diwaktu malam. View yang sangat best kan. Subhanallah :)


Buat penggemar seafoods jangan lepaskan peluang anda untuk meikmati segala jenis seafood yang sangat fresh di Fisherman's Market. Buffet. 2500¥ per person. Bleh makan selama 2 jam. 


Spagetti ada. nasi ada. macam-macam lah. nak tau apa lagi ada kena mai makan sendiri la noh. hihi
Memang aku syorkan datang Kobe. Bandar yang cantik dan convenience. Tak sesak sangat macam kat Tokyo. Just nice la.


Dekat luar bangunan Fisherman's Market tu ada deretan gerai-gerai macam dekat Melaka tu. Sebijik macam Jonker Walk. Ada macam-macam barangan kraf dijual kat sini.


Contohnya key-chain comel macam ni.


Rantai bunga-bunga berwarna-warni.


Ni ala-ala kat Venice la konon-kononnya. Ada sungai bagai. Seriusly aku suka dengan design bangunan dia kat sini sangat cantik dan tersusun plus surrounding view yang cantik memang sesuai la nak berposing-posing. :)


Waktu malam boleh naik ni jugak. Harga 600¥ per person. Boleh la tengok view bndar Kobe di waktu malam. Best gua cakap lu. :)


Datang Kobe wajib la snap gambar berlatarbelakangkan Kobe Tower tu kan. Kami dok pulun la set timer nak amik gmbaq bagi lawa sekali datang seorang pak cik bersama isteri dan dua orang anak dia offer nak tolong amikkan kami gambar. Thanks untuk anak pak cik tu yang pandai amik gambar. Selalunya kalau minta tlg org randomly gambar mesti gegaq. Blur. Kecewa. :(


Masa nak jalan balik tu ternampak pulak glove comel ni. Siapa sangka harga dia cuma 300¥ !! OMG !.. I'm so excited. Selalunya glove yang lawa and tebal cenggini harga mau 1000¥. Tapi sebab tahun baru kot so kedai tu buat SALE besar-besaran. So aku dan Ila beli la sorang sepasang. Sebagai tanda kenang-kenangan aku mai Kobe. Alhamdulillah we enjoy our trip so much ! :)

Kisah untuk next day iaitu trip ke osaka akan di update di next entry. InsyaAllah :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 5, 2014

:: Winter Gathering 2013 (the unwritten chapters) ::

Assalamualaikum.

Usai solat Subuh tadi aku belek-belek gambar yang ada dalam phone. So aku nak share sedikit tentang aktiviti-aktiviti yang aku buat sepanjang Winter Gathering (27dec213~30dec2013).

27 Dec 2013

Seawal jam 8.30 pagi aku gerak ke Tonami,Toyama untuk menghadiri Winter Gathering anjuran IPIJ dimana WG kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran 3 orang uztaz yang tersohor. Mereka adalah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Ustaz Nik Abduh Nik Aziz.


Barisan ustaz yang baru sampai ni. Sejuk ye ustaz. kikiki

28 Dec 2013


Ni lah secebis pemandangan di sekitar tempat penginapan peserta selama 4 hari 3 malam. Sejuk tak payah cerita la. Tahap ketaq gigi weh. Tapi demi menimba ilmu kami gagah melangkah. cewahh. Alhamdulillah Allah bagi keinginan dan kekuatan untuk kami semua menghadiri majlis ilmu. Bukan senang nak dapat jumpa ustaz depan-depan kan. Kat Jepun pulak tu. Orang kat Malaysia pun belum tentu pernah jumpa depan-depan ngn 3 orang ustaz ni kan. kikiki

Hari kedua ada 3 kuliah.

1. Aqidah dan sirah
2. Susur galur aqidah Islam ke Tanah Melayu
3. Virus aqidah

**************************************************************************

Jasad kita memerlukan 3 perkara iaitu 

1. kekuatan aqidah
2. Ibadah
3. kesempurnaan akhlak

Rasulullah berkata : meninggalkan sembahyang umpama kamu menanggalkan Islam dari jasad kamu.

Punca kehancuran akidah ialah

1. kebendaan
2. hiburan yang melampau
3. runtuhnya sistem kekeluargaan Islam

**************************************************************************

Riadah petang ada pertandingan buat snowman/yuki daruma. 


29 Dec 2013

hari ke 3 ada 2 kuliah.

**************************************************************************

1. Sebarkan aqidahmu

* sebelum sebarkan akidah kepada orang lain fahamkan diri sendiri dahulu.

* peringkat dakwah terbahagi kepada 3 iaitu
 1. Dakwah diri sendiri
  Bina kekuatan akidah, ibadah dan akhlak.
 2. Dakwah untuk pasangan hidup, keluarga terdekat
  Betulkan niat. Apa tujuan kita berumahtangga? Kemana perkahwinan itu akan bawa kita. Syurga
  atau neraka?
  Sebab tu penting untuk kita memilih pasangan hidup. Pilihlah pasangan yang boleh bawa kita ke 
  syurga Allah.
 3. Dakwah kepada masyarakat di sekelling kita

*Kahwinilah wanita yang...
 1. mudah dalam urusan perkahwinan dengannya
 2. murah mas kahwinnya
 3. yang inginkan zuriat yang ramai

**************************************************************************

2. Forum Muslimcare

* Selain daripada menziarahi orang tua, Rasulullah sangat menjaga kebjikan anak yatim. 

* Takkan bau syurga jika kita tidak menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara islam kita yang memerlukan bantuan. Apa kita nak jawab dihadapan Allah nanti?

* Gerakan bantuan kemanusiaan mengikat diri kita dengan akhirat. 

**************************************************************************

Then ada LDK : Produk dakwah dimana kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk membentangkan mengenai produk yang kami boleh ketengahkan di peringkat antarabangsa sambil menyebarkan ilmu tentang Islam. Memang banyak idea-idea menarik yang telah dikongsikan disini. Alhamdulillah.

Riadah petang itu adalah explorace dalam salji. 


Dalam gambar ni terdiri daripada 8 generasi kosen. Dari kiri kak aimi, aku, Ila, Arafah, Syida, Irra, junior xingat nama pulak sorry, Mazni dan last skali yang dukung budak kecik tu ialah Mira. Seronok sangat bersama mereka. Semoga ikatan ukhuwah yang terbina ini kekal hingga ke syurga. insyaAllah. amin :)

30 Dec 2013

Hari terkahir.

Kami peserta perempuan dapat 1 slot khas bersama-sama ustaz tanpa kaum adam. Antara topik yang menjadi perbualan adalah peranan seorang muslimah dalam perjuangan, kepentingan memilih pasangan hidup dan poligami dalam perkahwinan. Ada banyak lagi sebenarnya persoalan-persoalan yang diajukan sebenarnya. Ilmu mencurah-curah bagai coklat tumpah ke ladang gandum. Alhamdulillah. 

**************************************************************************

Persoalan 1 :
Dah lama tinggal kat Jepun ni. Macam mana nak adapt dengan perubahan budaya dan cara hidup yang berbeza dengan kehidupan di Jepun? Macam mana nak kekalka identiti baik kita yang macam kat Jepun ni?

Jawapan ustaz :
1. Ikat diri dengan jemaah
 * ikut gerakan yang ada unsur tarbiyah, dakwah dan siasah.
 * libatkan diri dengan kerja amal islam

p/s : Gagal memilih pasangan hidup adalah salah satu faktor yang membawa kepada kecundangan seorang muslimah. Maka pilihlah pasangan yang minat dan terlibat dengan kerja-kerja dakwah/amal islam.

2. Jangan terlarut dalam larutan masyarakat yang kurang baik
 * Jangan hidup kamu bagaikan lalang yang tidak berpendirian. Rasulullah tinggal panduan untuk
  kita berada pada landasan yang betul iaitu Al-Quran dan hadis.
 * Perkara yang jahat itu memang menarik daripada buat benda baik. Jadi untuk buat baik kena ada
  HIMMAH : kemahuan yang tinggi.
 * Ingatlah bahawa setiap perbuatan kita ada dosa dan pahala. Tak ada satu pun yang tertinggal.

3. Istiqamah dengan agama
 * Allah membolak-balikkan hati-hati manusia. Jadi kita perlu ISTIQAMAH dalam agama. 

p/s : ISTIQAMAH bukan bermaksud konsisten saja tapi ada penambahbaikan dari semasa ke semasa.
  Contoh : memperbaiki solat 

 * Bawa peribadi/akhlak yang baik. Bawa pada diri sendiri dan seterusnya pada rumahtangga dan
  masyarakat. 
 * Jadikan diri kita sebagai PENGGERAK.

**************************************************************************

Jam 12.00 pm. Sesi bergambar sebelum bersurai.

Inilah dia peserta-peserta Winter Gathering 2013. Semoga perjumpaan ini diredhai dan mendapat keberkatan Allah. 

Akhir kata. Aku berharap agak aku dan juga sahabat-sahabat lain terus istiqamah dalam memperbaiki diri dan membantu agama Allah. Jangan dilupa akan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Semoga setiap langkah dan perbuatan kita dalam keredhanNya. insyaAllah. 

Semoga yang membaca juga dapat sedikit input yang berguna dengan catatan yang tak seberapa ini. Betulkan kalau ada yang salah. :)

Wallahualam.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...