Assalamualaikum.
Usai solat Subuh tadi aku belek-belek gambar yang ada dalam phone. So aku nak share sedikit tentang aktiviti-aktiviti yang aku buat sepanjang Winter Gathering (27dec213~30dec2013).
27 Dec 2013
Seawal jam 8.30 pagi aku gerak ke Tonami,Toyama untuk menghadiri Winter Gathering anjuran IPIJ dimana WG kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran 3 orang uztaz yang tersohor. Mereka adalah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Ustaz Nik Abduh Nik Aziz.
Barisan ustaz yang baru sampai ni. Sejuk ye ustaz. kikiki
28 Dec 2013
Ni lah secebis pemandangan di sekitar tempat penginapan peserta selama 4 hari 3 malam. Sejuk tak payah cerita la. Tahap ketaq gigi weh. Tapi demi menimba ilmu kami gagah melangkah. cewahh. Alhamdulillah Allah bagi keinginan dan kekuatan untuk kami semua menghadiri majlis ilmu. Bukan senang nak dapat jumpa ustaz depan-depan kan. Kat Jepun pulak tu. Orang kat Malaysia pun belum tentu pernah jumpa depan-depan ngn 3 orang ustaz ni kan. kikiki
Hari kedua ada 3 kuliah.
1. Aqidah dan sirah
2. Susur galur aqidah Islam ke Tanah Melayu
3. Virus aqidah
**************************************************************************
Jasad kita memerlukan 3 perkara iaitu
1. kekuatan aqidah
2. Ibadah
3. kesempurnaan akhlak
Rasulullah berkata : meninggalkan sembahyang umpama kamu menanggalkan Islam dari jasad kamu.
Punca kehancuran akidah ialah
1. kebendaan
2. hiburan yang melampau
3. runtuhnya sistem kekeluargaan Islam
**************************************************************************
Riadah petang ada pertandingan buat snowman/yuki daruma.
29 Dec 2013
hari ke 3 ada 2 kuliah.
**************************************************************************
1. Sebarkan aqidahmu
* sebelum sebarkan akidah kepada orang lain fahamkan diri sendiri dahulu.
* peringkat dakwah terbahagi kepada 3 iaitu
1. Dakwah diri sendiri
Bina kekuatan akidah, ibadah dan akhlak.
2. Dakwah untuk pasangan hidup, keluarga terdekat
Betulkan niat. Apa tujuan kita berumahtangga? Kemana perkahwinan itu akan bawa kita. Syurga
atau neraka?
Sebab tu penting untuk kita memilih pasangan hidup. Pilihlah pasangan yang boleh bawa kita ke
syurga Allah.
3. Dakwah kepada masyarakat di sekelling kita
*Kahwinilah wanita yang...
1. mudah dalam urusan perkahwinan dengannya
2. murah mas kahwinnya
3. yang inginkan zuriat yang ramai
**************************************************************************
2. Forum Muslimcare
* Selain daripada menziarahi orang tua, Rasulullah sangat menjaga kebjikan anak yatim.
* Takkan bau syurga jika kita tidak menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara islam kita yang memerlukan bantuan. Apa kita nak jawab dihadapan Allah nanti?
* Gerakan bantuan kemanusiaan mengikat diri kita dengan akhirat.
**************************************************************************
Then ada LDK : Produk dakwah dimana kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk membentangkan mengenai produk yang kami boleh ketengahkan di peringkat antarabangsa sambil menyebarkan ilmu tentang Islam. Memang banyak idea-idea menarik yang telah dikongsikan disini. Alhamdulillah.
Riadah petang itu adalah explorace dalam salji.
Dalam gambar ni terdiri daripada 8 generasi kosen. Dari kiri kak aimi, aku, Ila, Arafah, Syida, Irra, junior xingat nama pulak sorry, Mazni dan last skali yang dukung budak kecik tu ialah Mira. Seronok sangat bersama mereka. Semoga ikatan ukhuwah yang terbina ini kekal hingga ke syurga. insyaAllah. amin :)
30 Dec 2013
Hari terkahir.
Kami peserta perempuan dapat 1 slot khas bersama-sama ustaz tanpa kaum adam. Antara topik yang menjadi perbualan adalah peranan seorang muslimah dalam perjuangan, kepentingan memilih pasangan hidup dan poligami dalam perkahwinan. Ada banyak lagi sebenarnya persoalan-persoalan yang diajukan sebenarnya. Ilmu mencurah-curah bagai coklat tumpah ke ladang gandum. Alhamdulillah.
**************************************************************************
Persoalan 1 :
Dah lama tinggal kat Jepun ni. Macam mana nak adapt dengan perubahan budaya dan cara hidup yang berbeza dengan kehidupan di Jepun? Macam mana nak kekalka identiti baik kita yang macam kat Jepun ni?
Jawapan ustaz :
1. Ikat diri dengan jemaah
* ikut gerakan yang ada unsur tarbiyah, dakwah dan siasah.
* libatkan diri dengan kerja amal islam
p/s : Gagal memilih pasangan hidup adalah salah satu faktor yang membawa kepada kecundangan seorang muslimah. Maka pilihlah pasangan yang minat dan terlibat dengan kerja-kerja dakwah/amal islam.
2. Jangan terlarut dalam larutan masyarakat yang kurang baik
* Jangan hidup kamu bagaikan lalang yang tidak berpendirian. Rasulullah tinggal panduan untuk
kita berada pada landasan yang betul iaitu Al-Quran dan hadis.
* Perkara yang jahat itu memang menarik daripada buat benda baik. Jadi untuk buat baik kena ada
HIMMAH : kemahuan yang tinggi.
* Ingatlah bahawa setiap perbuatan kita ada dosa dan pahala. Tak ada satu pun yang tertinggal.
3. Istiqamah dengan agama
* Allah membolak-balikkan hati-hati manusia. Jadi kita perlu ISTIQAMAH dalam agama.
p/s : ISTIQAMAH bukan bermaksud konsisten saja tapi ada penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Contoh : memperbaiki solat
* Bawa peribadi/akhlak yang baik. Bawa pada diri sendiri dan seterusnya pada rumahtangga dan
masyarakat.
* Jadikan diri kita sebagai PENGGERAK.
**************************************************************************
Jam 12.00 pm. Sesi bergambar sebelum bersurai.
Inilah dia peserta-peserta Winter Gathering 2013. Semoga perjumpaan ini diredhai dan mendapat keberkatan Allah.
Akhir kata. Aku berharap agak aku dan juga sahabat-sahabat lain terus istiqamah dalam memperbaiki diri dan membantu agama Allah. Jangan dilupa akan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Semoga setiap langkah dan perbuatan kita dalam keredhanNya. insyaAllah.
Semoga yang membaca juga dapat sedikit input yang berguna dengan catatan yang tak seberapa ini. Betulkan kalau ada yang salah. :)
Wallahualam.
3 comments:
tengok gambar salji tu pun dah rasa sejuk dah...
good job kak tin ! insyaAllah moga kita semua istiqamah di jalan Allah :)
Fatinnnn..aku baru tau hang sepupu kak wahida...haha aku satu tempat kerja dgn diaaaaaa. kuang3
Post a Comment