:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Thursday, January 30, 2014

:: Apakah yang sudah aku lakukan? ::

Assalamualaikum.

Usai membaca surah Al-Mulk aku bertafakur sendirian.
Muhasabah diri.
Lalu aku teringat akan untaian kata dari Ustaz Riduan Mohd Nor.
Ingin aku kongsikan titik tolak yang telah menyedarkan aku dari kelekaan dunia.

Anda tahu kisah seekor burung pipit dan nabi Ibrahim?

Disini aku ringkaskan ceritanya.

Tikamana nabi Ibrahim dibakar, ada seekor burung pipit yng berusaha ulang-alik membawa air dengan paruhnya lalu disimbah keatas api yang membakar nabi Ibrahim. Makhluk Allah yang lain hairan.

Kenapa?

Secara logiknya banyak mana sangat air yang boleh dibawa dalam paruh burung yang kecil itu.

Tidakkah burung pipit itu sedar bahawa usahanya itu tidak akan membuahkan hasil ?
Dia pasti tidak berjaya memadamkan api yang besar itu.

Tetapi...

Jawab burung itu.

Memang aku takkan berjaya memadamkan api itu .
Tapi... Aku lebih takut kepada Allah.

Sebab...

Nanti, Allah tak tanya
Adakah kau berjaya memadamkan api itu?

Sebaliknya Allah akan tanya
APAKAH USAHA YANG SUDAH AKU LAKUKAN UNTUK MEMBANTU AGAMA ALLAH ?

So the point is :
Burung ini ada benda dia nak jawab depan Allah nanti.

So bagaimana dengan kita ?

Aku tinggalkan kamu semua dengan satu persoalan.

APAKAH YANG SUDAH KAMU LAKUKAN UNTUK MEMBANTU AGAMA ALLAH ?

Sama-samalah kita muhasabah diri. Ingat balik apa tujuan sebenar kita sebagai seorang khalifah.
Wallahua'lam.




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

ct kektus said...

terkesan di hati ini. -_-

♥ p a a n i ♥ said...

first time dgr cerita ni...thanks for sharing

♥ p a a n i ♥ said...

22/3 graduation eh? hehehe tahniah..bru nak ajak dtg kenduri tarikh tu :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...