Assalamualaikum.
Sedikit coretan tentang hari gembira yang akan menjadi memori di suatu masa nanti.
Sabtu. 22 feb 2014.
Adik-adik junior buat majlis 送別会/soubetsukai iaitu majlis perpisahan buat kami semua pelajar tahun akhir. Alhamdulillah. Penat lelah 2 tahun kat Akita akhirnya sampai jugak ke penghujungnya.
Aku sangat gembira. Gembira sebab dah present fyp. Tapi masih tengah berhempas pulas untuk tulis thesis. Jumaat depan, 28 feb kena submit. Semoga Allah permudahkan urusan yang masih berbaki itu.
Too cute to eat ! Sayang nak makan tau. Sebelum masuk mulut tu snap gambar berpuluh-puluh kali dulu. Haha over sangat kan.. Kikiki
Habis je majlis aku dengan aimi terus ke taman permainan kat sebelah dewan tu. Aku pau belon yang diorang deco dewan tadi buat props untuk bergambaq pulak. Hahahah
Kebetulan masa nak bergambar tadi tu tetiba langit cerah. Memang syok la bergambar tak ingat dunia. Aku suka background langit cerah dengan tompok-tompok awan dan salji !
Ini semua akan menjadi kenangan.
Gembira sebab dah berjaya menamatkan pengajian selama 5 tahun kat Jepun. Alhamdulillah.
Tapi sedih untuk berpisah dengan sahabat-sahabat yang menjadi family dekat sini. Susah senang sama-sama. Dan sekarang tiba masanya untuk masing-masing bawa haluan sendiri. Pada yang nak sambung master tu all the best. Pada yang akan bekerja dekat Jepun tu selamat maju jaya. Bersiap sedia fizikal dan mental ya :) .. Dan pada yang akan pulang dan berkhidmat di Malaysia tu jom kita balik !! Hahahaha
Itu je kot coretan untuk kali ni. Aku doakan yang terbaik untuk semua orang.
4 comments:
tahniahhhhh beb ! :D
pejam celik pejam celik sekejap je 5 tahun kan.
buat elok2 thesis tu. moga dipermudahkan. :)
ehem...lepas ni terus kawen ke?
Dah ada calonnya belum....kita ada calon2 ni
tahniahh sygg.cepat khawin tauuu. heheeheh.
Post a Comment