Assalamualaikum.
Antara masalah dunia yang sering membelenggu wanita/perempuan adalah...[ nak masak apa pulak hari ni ? ] .serius ini antara masalah besar bagi mereka2 yang bergelar wanita/perempuan especially mereka2 yang dah berumah tangga.
Baru aku faham kenapa mak aku dulu-dulu selalu dok tanya abah aku. Tanya kami adik-beradik. Sebelum abah pi kerja, sebelum kami pi sekolah. Masa dok pakai kasut kat pintu rumah tu mesti mak aku tanya. Harini hampa nak makan apa ?
Baru aku faham dilemma yang dihadapi mak aku. Dan sekarang, aku juga turut merasa walaupun belum berumah tangga. Haaa la. Kat sini kalau xmasak nak makan apa oitt. Lain la kalau kat Malaysia kan. Bleh pi makan luar. Takpun beli kat pasar malam. Aku ? Nak taknak kena la masak untuk memuaskan tekak dan perut yang kadang2 suka mengidam macam2 tau. Time kat sini macam2 terasa nak makan tapi bila dh balik Malaysia tak makan tera mana pun. Dok sibuk berjalan sana sini. Hahah
Tapi bila dipikirkan balik. Bagus jugak. At least aku boleh mengasah skill memasak aku kan. So kepada mak2 yang tengah cari calon menantu dan jejaka2 kacak yang sedang mencari calon isteri tu boleh isi resume ye! Setakat nak masak sate tu celah gigi je! Hamboii berlagak bukan main kannn. Hahaha kalau tak up diri sendiri sapa lagi yang nk tolong up kan ye dak ? Skali skala apa salahnya. Kih3
Terima kasih kepada masalah dunia yg sedang membelenggu aku buat masa ini. Atas jasa baik anda maka terhasillah entry ini. Hahah
Sekian ! Aku nak google resepi2 best untuk makan malam ni pulak. Kalau ada idea best sila la komen ya :D
6 comments:
singgah sini
borang kekosongna jawatan suami tu ada kosong lagi tak... ingat nak apply la... tambah seri orang kata...
betul2..kadang2 taktau nak masak apa
terutamanya kalo bulan posa...
huhuh
huhu mmg masalah utama tu..keh keh...
akak ni blom balik keje..masih kat opis pon dah pikir..balik ni nak masak apa yer.. hehehe
ak bru start nk blaja masakkk..wiwiwi
setuju sangat.sama dgn aku sllu pening xtau nk pelbagaikan resepi apa dh
Post a Comment