:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Wednesday, May 8, 2013

:: SAKURA dan Ashikaga Flower Park ::

Assalamualaikum.. 
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu disni.

Kali ni nak cerita sedikit saja pasal program yang aku join masa Golden Week yang lepas.
program yang diberi nama SAKURA singkatan bagi Salam Kedatangan Untukmu Rakan ini telah diadakan di 鴨川,千葉県 (Kamogawa, Chiba-ken)selama 3 hari dua malam bermula 3 Mei hingga 6 Mei 2013.
 Alhamdulillah ramai yang turut serta dalam program SAKURA ni.
dalam masa 3 hari tu dapat banyak sangat input yang selain dapat jumpa sahabat-sahabat yang belajar di seluruh pelosok Jepun. Sangat seronok. Detail tentang pengisian sepanjang program tu akan aku kongsikan di kemudia hari. InsyaAllah :)

so.. kali ni aku nak bawak korang semua ke Ashikaga Flower Park yang terletak di Gunma.
untuk english version boleh klik << s.i.n.i >> 
sesiapa yang berminat nak melawat Ashikaga Flower Park ni silalah lawati laman web dengan klik link dia atas. Time aku masuk ni kira macam waktu kemuncak la bunga banyak kembang. Yuran masuk 1600¥ tu aku rasa sangatlah berbaloi nak dibandingkan dengan keindahan taman syurga Allah di dunia ni kan :)


ni lah dia rombongan Cik Fatin ke Ashikaga Flower Park.
dari kiri Arafah, Kak Nani dan Kak An.
selepas tamat program SAKURA aku ngan Arafah terus ke Gunma, bermalam di rumah Kak An.
keesokan harinya, 7 Mei kami pi melawat flower Park tu.
Tak jauh sangat pun. Dari rumah Kak An dalam 30~40 minit saja naik kereta :)
Kami sampai tu dah pukul 1 petang kalau tak silap.
Memang ramai orang.


Flower Park ini sangat luas ya. Jenuh jugak la aku nak menapak ke semua tempat. Perasaan teruja aku tu membuatkan aku terus lupa penat nak berjalan. Semua pun aku terjah. Excited lebih. hahaha


Ada tempat nak berehat santai-santai jugak.



Subhanallah. Unik kan pokok ni? bunga dia berjuntai macam langsir yang luas ni datangnya dari satu batang pokok tau. Baunya sangat harum.



Inilah rupa bunga yang berjuntai-juntai tadi tu. ふじの花 (Fuji no Hana) namanya.
Aku difahamkan pokok ini telah berusia 150 tahun. Walaupun dah tua tapi masih keluarkan bunga yang cantik dan wangi kan. Hebat sungguh ciptaan Allah kan :)


Bunga ni pun berjuntai-juntai jugak tapi jenis lain. Tak sama macam yang purple kat atas tu.


Ini pokok bunga warna putih pulak. Berjuntai-juntai jugak. Bunga warna putih ni bau dia lagi harum berbanding yang warna purple tadi. Bau dia lebih kurang macam bau bunga melur tapi lagi sedap bau dia berbanding bunga melur. Tu citarasa hidung aku la. Kalau korang rasa deria bau hidung kurang baik tu sila korek hidung dengan segera.. kah3



Ini rupa bunga putih tu dari dekat.


Ini pulak versi dalam pasu.


Gambar kenang-kenangan. Tahun ni aku rasa nak melancong sebanyak yang boleh ke seluruh pelusuk Jepun. Ye lah tinggal lagi 11 bulan je lagi kat sini before grad tahun depan, insyaAllah. So taknak lepaskan peluang yang ada untuk menikmati keindahan ciptaan Allah di bumi sakura ni. Lepas ni aku plan nak ke Hokkaido, tempat paling sejuk kat Jepun tu. InsyaAllah. 


Sebelum balik kami pi try makan eskrem perisa bunga tadi tu. Sedap !!! Alhamdulillah.

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan kan.. memang betul la tu. Selagi kita dikurniakan nikmat sihat, nikmat lapang marilah kita manfaatkan sebaiknya.

Setakat ni saja kot coretan buat kali ni.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

9 comments:

Unknown said...

Indahnya bumi sakura.. ;)

NasQ said...

pokok apa yang terjuntai2 tu

Hafizin Jamil said...

semua pelajar pelusuk jepun..? wooo..aku ada kenal sorang budak belajar jepun wei..engine..

Hafizin Jamil said...

tak sure u mana. tapi stay kat osaka kalau tak silap. nama faris hakimi. ada familiar ke nama tu?

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

sayammm ashikaga tue still kat dlm tochigi...ramai yg confuse gituew...ouch munger aji ni ai suka ketat² la...g masa 冬 jer koen ni 春 tak sempat terjah lg...baca kat kat situew if 春 mmg theyols advice g naik densha khen compare naik keta...

adan said...

Bertuah kau kan..belajar sambil melancong.. Kau balik annti tolong tapaukan bunga2 tu semua boleh?

ct kektus said...

cantek wehh !
siyessly. ni yg buat kan aku nak kumpul nak jalan2 p sana. hohoo :D

aReLaN said...

rindunya kat sume ni. wuuuuuu...sori lama tak jenguk sini ye.hehehe..gomen

kyo_9 said...

pergh..
x sangka ashikaga ni cantik giler..
nak pergi skang pun dah x sempat..
(-_-")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...