:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Saturday, May 25, 2013

:: Job hunting ::

Assalamualaikum. 

Cuba teka aku kat mana sekarang? Ha ha ha.. Aku kat rumah Rad ! Mesti la korang tak kenal siapakah gerangan yang bernama Rad itu? Dia junior aku. Aku tumpang bermalam dekat rumah dia weekend ni sebab nak pergi Career Fair esok, 26 May. 

Career Fair ni organized by MSAJ ( Malaysian Student's Association in Japan ). Career Fair ni adalah peluang keemasan untuk budak-budak Malaysia yang belajar kat Jepun untuk mendapatkan kerja di Malaysia.Apahal ayat skema semacam ni? Abaikan. So aku pun tak ketinggalan untuk grab peluang yg ada depan mata ni. 

Ok kat sini aku nak selit something sket. Korang nampak tak betapa masa itu dititikberatkan kat sini? Kitorang belum grad tapi dah sibuk cari kerja dah. Habes je belajar balik mesia terus lapor diri and masuk kerja.Takde la kau buang masa sangat kan. Habes belajar baru nak tergagau-gagau mencari kerja kan. Aku suka part ni. Alhamdulillah :)

Kali ni 31 company Jepun dekat Malaysia ambil bahagian. Bukan senang tau nak dapat peluang macam ni. Kita hanya tinggal siapkan diri ja untuk interview. Kalau rezeki murah, tak sempat nak grad lagi dah dapat keja. Harap-harapnya macam tu lah.

Dalam 31 company yang datang, aku target Canon Opto. Company yang buat lens kamera. Memandangkan company ni nak fresh graduate dari Jepun dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Jepun maka aku pun terus target company ni. Menurut senior aku yang sedang bekerja di Company ni, interview dia dalam nihonggo. So aku macam confident nak gi interview dia. Maklum la bahasa inggeris dah berkarat. Kadang-kadang tu tengah speaking boleh pulak terkeluar nihinggo sepatah dua. Aku rasa macam lagi senang nak goreng dalam nihonggo.

Alhamdulillah aku dah prepare apa yang patut. Dan aku harap esok semuanya berjalan dengan lancar. Doakan aku ya kawan-kawan. Aku akan cuba buat sehabis baik yang aku mampu. All out ! InsyaAllah :D

Ok lah. Itu je kot aku nak kongsikan kali ni. Selamat berhujung minggu semua. Kepada budak-budak yang tengah cuti sekolah tu selamat bercuti lah. Manfaatkan cuti anda dengan sebainya. Kepada cousin aku yang telah selamat menjadi isteri orang semalam tu,tahniah aku ucapkan. Moga korang bahagia hingga akhit hayat. InsyaAllah :D



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

ct kektus said...

all the best beb !
mesti boleh punya.

malaysia boleh ! eeh. hihihii :D

aReLaN said...

ganbatte ne. masa career fair tu, satu pon tak dapat. hehehe... honda skang basic starting dah RM2700. dulu memang rendah. RM1800 je tau.

Ibnu Kassim said...

baa~ CAK!!

1st salary nnti blanje family.. baru dpt berkat...happy job hunting!!! best of luck.. ^^

Tukang Karut said...

so... amcam?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...