Assalamualaikum.
Ini antara gambar anak-anak kucing kesayangan aku. Aku kasih aku sayang dorang macam aku sayang dan kasih pada manusia jugak.
Aku sudah kehilangan 3 ekor anak kucing dan sekor kucing yang tengah mengandung. Menitis air mata saat aku terima berita dari mak di kampung tentang kematian mereka.
Gambar-gambar mereka yang akan menjadi peneman tatkala aku merindu mereka.
Ini kucing yang mengandung yang aku mentiom tadi tu. Dia mati tengahari tadi. Mak aku cakap keluar darah dari mulut dia. Anak kucing 3 ekor yang mati semalam tu pulak muntah-muntah keluar buih dari mulut. Mata berair je.
Kami suspek diorang makan tikus yang kena racun. Namun itu hanyalah asbab. Yang sebetulnya dah sampai ajal mereka. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah pinjamkan mereka kepadaku walaupun sebentar. Sesungguhnya mati itu pasti. Aku jugak bakal melalui saat kematian.
Doakan kesihatan kucing-kucing aku yang lain ya kawan-kawan.