:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Tuesday, October 29, 2013

:: Wanita dan masalah dunia ::

Assalamualaikum. 

Antara masalah dunia yang sering membelenggu wanita/perempuan adalah...[ nak masak apa pulak hari ni ? ] .serius ini antara masalah besar bagi mereka2 yang bergelar wanita/perempuan especially mereka2 yang dah berumah tangga.

Baru aku faham kenapa mak aku dulu-dulu selalu dok tanya abah aku. Tanya kami adik-beradik. Sebelum abah pi kerja, sebelum kami pi sekolah. Masa dok pakai kasut kat pintu rumah tu mesti mak aku tanya. Harini hampa nak makan apa ? 

Baru aku faham dilemma yang dihadapi mak aku. Dan sekarang, aku juga turut merasa walaupun belum berumah tangga. Haaa la. Kat sini kalau xmasak nak makan apa oitt. Lain la kalau kat Malaysia kan. Bleh pi makan luar. Takpun beli kat pasar malam. Aku ? Nak taknak kena la masak untuk memuaskan tekak dan perut yang kadang2 suka mengidam macam2 tau. Time kat sini macam2 terasa nak makan tapi bila dh balik Malaysia tak makan tera mana pun. Dok sibuk berjalan sana sini. Hahah 

Tapi bila dipikirkan balik. Bagus jugak. At least aku boleh mengasah skill memasak aku kan. So kepada mak2 yang tengah cari calon menantu dan jejaka2 kacak yang sedang mencari calon isteri tu boleh isi resume ye! Setakat nak masak sate tu celah gigi je! Hamboii berlagak bukan main kannn. Hahaha kalau tak up diri sendiri sapa lagi yang nk tolong up kan ye dak ? Skali skala apa salahnya. Kih3

Terima kasih kepada masalah dunia yg sedang membelenggu aku buat masa ini. Atas jasa baik anda maka terhasillah entry ini. Hahah

Sekian ! Aku nak google resepi2 best untuk makan malam ni pulak. Kalau ada idea best sila la komen ya :D






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...