:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Thursday, June 27, 2013

:: Puasa yang yokk ::

Assalamualaikum (,")

Pejam celik pejam celik dah nak masuk Bulan Ramadhan dah kan. Aku ni bukan apa. Report nak kena hantar esok dah siap. Dok termenung depan laptop dekat lab ni terberangan la pulak. Teringat masa kecik-kecik dulu waktu mula-mula nak belajar puasa. Aku pasti semua orang ada kisah tersendiri kan.

Dulu-dulu tok aku suka buat bahulu. Aku sempat la merasa timbuk telur sampai kembang dalam pasu yang besaq tu. Lenguh gila kot nak timbuk sampai telur tu betul-betul kembang. Tapi syok. Rugi la sapa yang tak berpeluang nak merasa pengalaman timbuk telur nak buat bahulu. Sekarang ni pakai hand mixer ja kan. Pastu bakaq pakai oven. Tok aku dulu semua manual. Oven semulajadi. Bawah api kayu atas tu tutup ngan zink letak sabut bakar. Berasap tak payah cerita la. Mati habes 7 keturunan nyamuk-nyamuk semua. haha

Selalunya tok aku akan buat bahulu seminggu sebelum tibanya hari raya la. Aku masih ingat lagi. Waktu tu aku dah cerdik sikit la. Puasa pun dah penuh la. Tapi adik aku si Mimi tu baru dok belajaq nak puasa. Masa tu ramai la sepupu sepapat kat kampung. Meriah tok sah habaq la kan.

Masa tok aku dok buat bahulu tu. Aku ni tukang susun bahulu dalam balang. Bau bahulu yang baru keluaq dari oven tu hanya tuhan ja yang tau. Nasib baik iman kuat kalau tak dah bukak puasa awai dari orang. hahaha

Nak dijadikan cerita. Sambil aku dok susun dalam balang tu, aku bilang la dapat berapa ketul bahulu kan. Sekali tu aku macam hairan. Ishkkk... Awat macam kurang ja bilangan bahulu kali ni?.. maka aku pun mulakan penyiasatan. ala-ala Detective Conan gitu. haha

Aku pi cari la adik aku si Mimi dan sepupu sepapat yang seangkatan dengannya. Tau depa dok buat apa? Dok buat parti bahulu dalam pondok tempat tok wan aku simpan padi !!! Padan la bahulu hilang setengah. hahahaha kantoi sudah depa puasa yang yokkk.! Aku tak join sekali ok!.. hahahahah

Aku dulu setakat curi makan kuih 2,3 keping ja. So mak aku tak perasan la. Sambil dok susun kuih dalam tupperware tu ngap la sekeping dua. bhahaha. kita kena bijak jugak sekali sekala baru senang hati. hahaha tapi tu cerita dulu la. sekarang ni aku hanya mampu mengimbau kembali kisah-kisah dulu ja. beginilah nasibku di perantauan. sobss..

macam mana dengan korang pulak ? ada yang puasa yang yokk jugak tak ? hahaha baik ngaku :p







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 comments:

NasQ said...

lenguh tangan oooo kalau ketuk telur dalam pasu tu...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Pernah minum ayaq kolah ms kecik sbb x thn dahaga... Sedap nyer bahulu

Waqheh said...

gua buat2 lupa minum air dan bantai buah tembikai..

Hanamiko Sakura said...

err, lupa kot.. hahaha!

saya dulu budak baik.. ngehngehngeh

ash said...

sy kuar2 perut mak da pose penuh :P

aReLaN said...

pernah gak la puasa yang yokk tu tapi pastu menyesal tak sudah. hahaha...puasa & raya kat nihon ke tahun ni??? :)

ct kektus said...

hahaa. aku puasa yang yokk siap p main masak2 kau tau.
tapi main masak2 sembunyi2 r. siap bakar ubi bagai. time tu aku darjah 3 kott. hehee :D

Abu Bagi said...

Bertuah betul punya mimi hahahaha..

Aku pun suka makan bahulu jgk yg dri klantan tu sbb bakar pakai arang..skrng ni kbnyakan bahulu bakar pakai mesin pakai karan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...