Assalamualaikum
Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bertemu kembali dengan Ramadhan kali ini.
Kat sini puasa 17 jam. Lama kan ? Tapi insyaAllah harap dipermudahkan. Diberi kekuatan.
Termenung kejap kat lab. Terkenang kembali zaman sekolah rendah dulu. Dulu bermula dari darjah 3 abah dah tak hantar aku pi sekolah dah. Naik basikal sendiri ulang alik setiap hari. Jarak dari rumah ke sekolah bukannya dekat. 3 km. sehari 2 kali ulang alik ke sekolah. Maknanya setiap hari aku kayuh basikal sejauh 12 km. tak hairanla kalau aku kurus kan. Hahah
Aku ingat lagi. Masa tu bulan puasa. Aku darjah 3. Dah puasa penuh dah time tu. Cumanya time kayuh basikal nak balik rumah waktu tengahari tu adalah dugaan yang amat besar bagi aku waktu tu. Dengan pancarah matahari yang terik atas kepala tu. Nak kayuh basikal naik bukit sungguh meletihkan.Tengok air sungai yang mengalir tu pun dah cukup untuk buat aku terliur. Betapa nikmatnya kalau dapat hirup air sungai tu time tengah panas tu kan. Kalau air sungai tu keruh sket aku akan terbayang air teh ais kedai Cik Mah. Kalau air jernih aku terbayang jus laici yang sejuk, kalau minum tu sungguh refreshing ! Sampai terbabas masuk semak sebab dok syok sangat berangan. Hahahaha koyak kain sekolah sangkut kat pagar yang ada duri2 tu. orang kampung paggil kawat?ka apa ntah.lupa dah. Sampai umah ja kena la soal selidik dengan ibunda. Penat kayuh basikal satu hal. Balik nak kena jawab soal selidik pulak. Sungguh meletihkan.
Jam 6 petang. Ibunda sibuk menydiakan juadah berbuka. Dan memang menjadi tabiat aku dan adik-adik bergelimpangan kat dapur. Lantai dapur kan sejuk. Time tu masing-masing pakat terkulai dah tak larat. Dok bilang jam ja tunggu nak berbuka. Yang kuak lentang, kuak kupu-kupu semua pn ada kat dapur. Aduhai. Kenangan semua tu. sekarang ni semua pun dah besar dah. Tinggal dua orang ja adik aku kat umah teman mak abah.
Tahun ni. Sedar tak sedar dah tahun kelima aku berpuasa di perantauan. Maksud aku di Jepun. Sayu je rasa hati. Teringatkan keluarga di kampung halaman dan juga kemeriahan bersahur serta berbuka di rumah bersama keluarga. Tak lupa jugak kemeriahan bazar ramadhan. Dah 5 tahun tak merasa semua tu. Harini kena stay kat lab buat eksperimen sampai kul 10 malam. Nampak gayanya menu berbuka harini adalah osciloscope !
Ya Allah. Kau permudahkanlah urusanku.
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua. Dan selamat berbuka. Ingat tau. Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan :)
5 comments:
17 jam...fuh!!!!
huhuhuh...17 jam tapi tak terasa pun dlu. takpela. pengalaman tu penting. tak sume orang dapat rasa pe kita rasa kan.selamat berpuasa ye.
17 jam tu boleh tahan lama tuu. tapi kalau dah biasa tak de hal lah beb. kan ? :)
alaa, kalau rasa rindu kg, buka masak makanan kg lah beb. hihii
slamat berpuasa wehhh. ^^
Oooo patutlah slim je sampai sekarang rupanya dulu kuat mengayuh basikal :)
tak apa.. kau anak yang baik. tabah puasa di perantauan. haha
Post a Comment