Assalamualaikum. :)
Hari dah masuk hari ke berapa dh kita puasa? Haha teruk sgguh aku. Tp lebih kurang dua mggu lagi nak raya kan. Cepat je rasa. Nak2 dengan student life aku yang busy sekarang ni. Stay lab buat research sampai kul 10,11 malam. Sabar je la. Dugaan bulan puasa. Jangan jadikan puasa tu satu halangan atau alasan untuk kita bermalas-malasan. :)
Harini aku dok rileks2 layan video iklan raya petronas dekat youtube. Aku rasa dalam banyak2 iklan yang ditayang dekat tv masa time raya, iklan yang paling best paling mantap tak lain tak bukan iklan raya petronas la kan. Aku paling suka iklan raya petronas tahun 2003. Iklan yang mengisahkan janda beranak tujuh tu. alaaa yang depa bawak balik sekoq lembu kat mak depa tu. pengsan mak depa tengok anak2 dia bawak balik lembu sekoq. Puas hati. Nak apa? Daging? Hati? Limpa? Semuaaa ada. Hahaha memang terbaik lah. So jom layan iklan ni. Sambil2 tu amik la mesej yang dia nak sampaikan. layann~
Sentuhan Yasmin Ahmad memang terbaik kan?. iklan yang kedua aku suka plak yang kat bawah ni. Iklan tahun 2008.
iklan yang mengisahkan kehidupan seorang budak kampung yang tak berapa nak senang berbanding kawan2 dia yang lain. Bapak dia tak mampu nak bagi apa yang dia nak macam orang lain. Tapi itu semua tak jadi satu halangan bagi dia. Sifat kreatif dan inovatif dia buat dia jadi lg hebat dari kawan2 dia yang lain. :D
ok. cukup la layan iklan raya sket2. Report banyak lagi tak buat ni.Nak buat report. Nak kena study untuk final exam. Dok ada lagi 2 paper. Dengan presentationnya lagi. Kombinasi yang cukup lengkap untuk sambut raya. Ganbarimashou !!
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua :)