:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Tuesday, July 7, 2015

:: Biskut mazola ::

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah 20 hari berpuasa. Kejap je masa berlalu kan. Lagi 10 hari je nak berpuasa. Kalau pi shopping mall sana sini berkumandang lagu raya kan.

So bagaimana dengan persiapan raya anda ? Baju raya dah beli ? Kuih raya ?

Kuih raya belum buat ? Tak tau nak buat kuih ape ?
Meh sini aku kongsikan resepi yang sangat ringkas dan mudah sebab tak memerlukan bahan-bahan yang banyak dan senang jugak untuk dibuat.

Resepi biskut mazola turun temurun dari mak aku. Mana mak aku dapat aku tak pasti. Tapi aku tengok buku resepi mak aku masa zaman dia muda-muda dulu. Buku tu pun dah macam nak reput dah so aku cepat-cepat salin segala resepi yang tercatat kat dalam buku tu dan aku kongsikan jugak disini. Mana tau kot2 buku yg aku salin tu pulak hilang kan. Hehe


Bahan-bahan

1 cawan kacang tanah yang telah dikisar halus
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula icing
Minyak jagung secukupnya
Kuning telur (boleh tambah pewarna kuning sikit)

Cara-cara

1. Campur semua bahan-bahan kering dan gaul rata.

2. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit. Gaul hingga menjadi doh seperti dalam gambar di bawah.


3. Terapkan mengikut acuan kesukaan masing-masing. Aku bulat-bulatkan aje macam kat bawah ni.


4. Penyetkan sikit dan susun atas dulang pembakar. Sapukan kuning telur.


5. Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 10 minit. Senang cerita nampak biskut bertukar warna perang tu kira masak dah la tu. 

6. Sejukkan sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

Senang aje kan? Aku buat 3 adunan kali ni. Separuh untuk bawak balik rumah mertua dan lagi separuh untuk bawak balik kampung aku. 1 adunan aku dapat dalam 100 bijik. Ikut saiz lah. Kalau korang buat besar-besar dapat sikit lah. 

Selamat mencuba :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 comments:

Tukang Karut said...

biskut yang paling paling aku suka... makan serdak mazola pun sedap...

Aku Lelaki said...

buat tak nak. tapi nak makan je. haha

Hafizin Jamil H.J said...

aku imagine buku resipi mak kau macam kitab kungfu cina yang lama2, dah nak pupus dah. Siap kena salin takut hilang. Hehehe. Btw, selamat hari raya ye. :)

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Hanny Vania said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...