:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Showing posts with label Cik Hoii da Cat. Show all posts
Showing posts with label Cik Hoii da Cat. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

:: Hoii bersalin ::

Assalamualaikum.. :)

Saat ni jam menunjukkan pukl 4.53 pagi.. Azan subuh tengah berkumandang menandakan masuknya waktu subuh dekat Akita.. Ya, aku sedang memerhati Hoii dan anak-anaknya sementara menunggu waktu subuh..

So entry kali ni aku nak ceritakan first time pengalaman aku jadi bidan terjun bersama housemate aku,aimi..

Hoii start bleeding seawal jam 8 pagi tadi (22 Feb 2013).. Start dari tu dia dah tak tentu arah.. Kehulu kehilir.. Dari malam sebelum tu lagi dia asyik keluar masuk toilet.. Aku memang dah agak dah dia nak beranak.. Maybe dia rasa macam nak terberak padahal anak nak keluar..

Letak dia dalam kotak, dia lompat keluar.. Xnak duduk dalam kotak.. Last2 dia masuk dalam oshire/almari doraemon dok berehat.. Mungkin time tu hilang kejap rasa sakit dia... Lama jugak la dia dok termenung dalam oshire tu.. Memandangkan aku ngan housemate dah lapar dan hoii pun macam bertenang je so kami pun mengambil kata putus untuk keluar makan dan settle sewa rumah dan jugak bil-bil rumah.. Kami keluar dalam pukul 2 petang lebih kurang..

Kami balik rumah dah pukul 4 petang.. Time tu hoii dah start gelisah.. Contractions dah makin kerap.. Lebih kurang 1 jam 30 minit lepas tu dah nampak kepala anak terkeluar dah.. Nak keluar anak first tu take time jugak la.. Lebih kurang 30 hingga 40 minit.. Mungkin bukaan tu tak cukup luas so terpaksa tarik baby keluar..

Keluar je baby first tu dia pecahkan uri then dia jilat2, bersihkan anak dia pastu dia makan uri tu.. Lepas tu keluar pulak lagi sekor.. Anak yang kedua ni senang sangat keluar.. Tup-tup dah ada kt luar.. Aimi cepat-cepat pecahkan uri sebab takut anak lemas.. masa tu hoii masih sibuk dok jilat anak first dia yang nampak agak lemah..


Anak first dia macam lemah sket berbanding anak kedua.. Tapi bila diorang dah start jerit-jerit tu rasa lega sangat.. Tunggu pulak next baby sebab masa scan haritu doctor cakap maybe dalam 3 or 4 ekor kan.. Tekan, tekan perut dia rasa macam keras maknanya ada lagi la anak dalam perut tu.. Tapi tunggu punya tunggu sampai jam 10 malam tak jugak keluar2 next baby.. Aku dengan aimi dah start panic.. Takut anak lemas.. Mula cari klinik haiwan yang buka 24 hours malangnya tak ada klinik berdekatan yang buka.. Kitorang pun dah buntu tak tau nak buat macam mana..


ini anak first dia.. setakat ni kami panggil dia panjang..


ini anak kedua dia.. kami panggil bulat.. asyik menyusu je keja dia padan la badan bulat.. hihi

Sementara tu kitorang bagi anak-anak dia menyusu.. Anak kedua ok tapi anak first dia xnak menyusu.. Risau jugak takut xleh survive tapi alhamdulillah dua2 pun ok.. Jam 12 malam kami masih belum dinner so keluar makan jap.. Sebelum tu bagi hoii makan and minum dulu.. Kasi dia tenaga untuk push next baby..


Terserlah sifat keibuan hoii terhadap anak-anak dia.. Bila angkat anak dia dari kotak, terus bangun meow-meow.. marah, takut orang curi anaknya mungkin.. Betapa sayangnya dia dekat anak dia..


Lebih kurang pukul 1 pagi kitorang sampai rumah.. Nampak macam hoii sakit-sakit nak beranak next baby.. Lebih kurang jam 1.46 pagi keluar next baby.. Malangnya umur dia tak panjang.. Mungkin sebab dah lemas dalam perut.. Sayu hati tengok hoii dok membersihkan anak ketiga dia yang dah tak mampu nak survive tu.. Badan dia pun tak sempurna macam babies sebelum ni.. Xpe lah.. Rest in peace ya sayang..


Masa ni hoii bangun gi makan and minum.. Masuk toilet skali.. Seronok tengok dua beradik ni tidur :)) comel sangat.. Harap-harap diorang membesar dengan sihat.. Doakan ya.. :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 5, 2013

:: Cerita Cik Hoii dan kandungannya ::

Assalamualaikum..

Siapa tak kenal cik hoii? Cik hoii a.k.a kucing kesayangan aku lerr.. Cik hoii ni sejak dari kecik lagi mata dia berair ja.. Taik mata selekeh.. Dan makin menjadi- jadi lepas dia kena jangkitan virus masa summer tahun lepas.. So semalam bila dah tengok mata dia teruk sangat aku pun bawak la gi jumpa doctor.. Doctor cakap memang mata dia bengkak pun and doctor bagi gel untuk sapu keliling mata dia.. Hopefully sembuh la mata awak ye cik hoii syg..

Dan..! Yang paling syoknya.. Aku minta doctor scan sekali kandungan cik hoii ! Dan inilah hasilnya!..

Doctor kata yang dah nampak jelas 3~4 ekor.. Dan mungkin lebih.. Menurut doctor jantung diorang semua dah berfungsi dengan baik.. Alhamdulillah.. InsyaAllah dalam seminggu dua lagi beranak la cik hoii tu.. Macam mana la agaknya budak manja ni nak melahirkan.. Tak sabar nak menunggu.. Harapnya cik hoii sempat la lahirkan before aku berangkat ke korea 26 feb ni..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 31, 2013

:: yezza..aku bakal dapat cucu :D ::

Assalamualaikum.. :)

Adoi..lately mood nak berblogging kelaut dipukul ombak tsunami.. Dahsyat kan?.. Itu la blog ni terabai je haa.. Sekarang ni tgah final exam.. Alhamdulillah 2 paper dah selamat diselesaikan.. Tinggal lagi 2 paper next week.. Doakan aku ya :)

Aku tak sabar ni..

First, tak sabar nak dapat cucu.. cik hoii mengandung !!!! >.< selepas dia menghilangkan diri selama 6 hari akhirnya cik hoii pulang kerumah dgn membawa 'isi' .. Hahahah


Second, tak sabar nak tunggu cuti.. Aku bakal melancong ke korea 26feb ni.. InsyaAllah aku akan spend time 1 week kat sana then terbang balik ke Malaysia.. Tak sabarnyaaa nak balik rumah.. Rindu family,rindu kucing kat rumah.. :))

Ohhh korang nak tau apa cik hoii buat sejuk2 gini?

Saksikan....










Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...