:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Showing posts with label Update from Sendai. Show all posts
Showing posts with label Update from Sendai. Show all posts

Friday, March 9, 2012

:: Haru Yasumi ::

Salam readers =)

sekarang ni CikTen10 tengah bercuti..

春休み = Haru yasumi = spring break

selama sebulan.. 

semalam baru balik dari Akita.. alhamdulillah dah settle bab rumah sewa..
tunggu nak masuk rumah ja..
tapi barang2 belum dipacking.. uhuhhh malasnye..
siapa rajin packing barang ???? meh sini nak upah.. keh3

19hb malam gerak ke Tokyo..
21hb pagi maybe balik Sendai balik..
24 graduation day..
25 or 26 pindah ke Akita

sebenarnya.. hati ni berat nak pindah ke Akita..
banyak pengalaman pahit manis kat Sendai ni..
lagipun Sendai ni bandar besar.. Akita ni pekan je.. tak meriah macam kat Sendai.. huhu
memang boleh simpan duit banyak la bila pindah Akita nanti sebabnya tak banyak tempat shopping..makanannya pun murah berbanding kat Sendai.. itu satu kelebihannya..

blog ni mungkin akan terabai buat sementara waktu..
thanks la sape2 yg dtg mengunjung jgak wlpn tak berupdate.. ehh ade ke ? =p




gambar masa 送別会 = Soubetsukai = Farewell Party pada 2 March 2012 yg lalu..
kira majlis perpisahan untuk aku, Hang dan Arnold yang dah berjaya menamatkan pengajian selama 3 tahun di Sendai National College of Technology..

p/s : rasa excted sangat hari tu sebab dapat pakai baju kurung.. dah lama gila tak pakai baju kurung.. terserlah keayuan aku disitu ! keh3 =p

bye ! =)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, August 27, 2011

:: Secebis ucapan ::

Assalamualaikum..



di kesempatan ini..
aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca blog seposen ini..
sepuluh jari ku susun sebagai tanda mohon maaf andai terkasar bahasa tersalah bicara..

kepada yang akan pulang ke kampung..
hati-hati di jalan raya.. aku doa semoga kalian semua selamat sampai ke kg halaman..

buat yang dah berada dia kampung tu..
nikmatilah detik bahagia anda disamping keluarga tersayang..
raya nanti makan ketupat lemang jangan lupa aku kat sini ea.. ^^ 

buat mereka yang senasib dengan aku yang nun jauh di perantauan tu..
jangan sedih-sedih ea.. korang sedih aku pun sedih jugak..
hari raya nanti ramai-ramai pakat serbu embassy okeh.. ! kasik meletup umah pegawai JPA tuh.. haha

sekian sahaja ucapan dari bumi matahari terbit.. wassalam =)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 25, 2011

:: Mencuakkan !! ::


Assalamualaikum..

ohh sungguh cuak..
semalam.. lebih kurang pukul 3.50 pagi..
tika aku sedang lena dibuai mimpi-mimpi indah..
tiba-tiba terasa gegar yang amat kuat dan agak lama...

pantas aku melompat bangun dari katil..
tangan dengan pantasnya mencapai seluar lalu disarungkan ke kaki..
terus menilau buka lampu dan capai tudung..
pintu bilik dibuka.. 
kelihatan budak vietnam di sebelah bilik aku berdiri kaku dihadapan pintu dengan muka yang cuak campur mamai..

gempa bumi kembali mengamuk sejak akhir-akhir ni..
gegaran sekuat 5.0 dengan magnitud 6.2 pada jam 3.50 am..
memang cuak >.<

lagi 6 hari aku bakal jejakkan kaki ke M'sia..
harap gempa bumi boleh tenang buat sementara waktu ni.. huhu


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 30, 2011

:: Cuti gara-gara ribut taufan ::

Assalamualaikum.. ohayou.. (",)

 
ohh seperti yg diramalkan ribut taufan telah melanda jepun hari ni..
hujan lebat di kawasan yg dihilight kan seperti di atas..
dgn serta mertanya hari ni diumumkan cuti..
tp aku da mmg cuti pn setiap ari isnin.. kih3



hujan di seluruh jepun..
sepatutnya aku gerak ke Tokushima ptg ni..
harap2 keadaan kembali pulih sepertia biasa and train kembali berjln lah..

Perjalanan aku dr Sendai ke Tokushima naik bullet train memakan masa lebih kurang 8 jam.. tu yg aku bulat kaler merah tu.. about 1000km jgak lah..

doakan aku selamat pergi dan pulang ya..
insyaAllah khamis or jumaat aku kembali semuala ke Sendai..


.....

kpd incik bf..
sy doakan awk selamat pergi dan pulang dr ekspidisi tu ye..
take care.. i'm gonna miss u so much

.....


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 5, 2011

:: Berdebar-debar ::

Assalamualaikum..


mak cik kt office dtg bagi torch light sorang satu kt kitorang.. then dia ckp cm gini..


" torch light ni amik sorang satu.. elektrik akn terputus bila2 masa kalau ada gempa bumi yg kuat berlaku.. kemungkinan akan ada lg gempa bumi lepas ni so hati-hati.."

erkk.. hati terus berdebar2 bila dgr mak cik tu ckp cm gitu.. td pn ade gegar gak.. tp kejap je.. gegaran tu umpama macam org sentap kertas dari buku.. tak tahu nk describe mcm mana.. huhu


trauma babe !! so kena hati2.. nk tido pn kena pakai sopan2.. seluar panjang.. bju lengan panjang.. tudung dh get ready kt tmpat yg senang nk dicapai.. kang tengah2 malam tika asyik tido lena dibuai mimpi.. dibuatnya ada gempa besar.. panic kan.. tak terpikir dh time tu berbaju ke tak.. tahu nak lari keluar je.. dh la dua org je pmpuan kt 3rd floor nih.. menyeramkan =.=


harap2 jgn la ade gempa yg kuat2 lagi.. silap2 leh luruh jantung aku nih haa.. 




p/s : nak gi masak nasik lemak !! den mengidam nih haa.. dah sepuloh bulan da ngandung ni.. kih3







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

:: Tongkang pecah ::

Assalamualaikum..


morning.. ape khabar semua ?? aku alhmdllah.. sihat je.. jasad dh ade kt Jepun tp kepala otak masih kt umah lagi.. huhu


smlm mendarat kt narita kul 7.03 am wktu sini korang kat mesia (6.03 am) ngah nyenyak dibuai mimpi lg.. cuaca xbpe elok.. gedebushh2 kapal terbang langgar awan.. gegar jekk.. tp penat sgt tido smpai miss ntah bpe kali meal kt dlm flight.. last meal je aku smpat ambik.. tu pn aku telan buah ngn roti je.. 


dr narita gerak ke tokyo ngn train biasa.. dr tokyo gerak ke sendai kul 11.40 am nek shinkansen (bullet train) .. membuta je lah dlm shinkansen tu.. smpai sendai dh kul 2.25 pm.. trus gi makan.. solat.. tott tett tott tett sampai bilik kul 4.30 pm.. 


bukak je pintu bilik.. masyaAllah.. tunggang langgang!!! sblm balik ari tu aku da kemas angkt mna yg jauh kt lantai.. balik2 tengok sume kt atas dh dok bawah balik.. ni mesti sal gegaran susulan yg kuat ari tu.. nseb baik printer aku selamat je.. 


dh kemas bilik.. ari ni rehat2 kt bilik je.. esok bru nk keluar setle ape yg ptt.. lapar nasik lemak la pulak.. adoii.. ngidam ngalahkan org ngandung.. kih3


yg kerja ari ni selamat bekera.. yg ade class blaja molek2.. yg ngah exam all da best.. ganbatte !! ^.^



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 27, 2011

:: Ujian ::


Assalamualaikum


.....



suka husky voice dia.. (",)
.....

class aku sepatutnya start 6 April lepas..
tapi gara2 tsunami and earth quake last 11 Mac lepas..
class ditunda smpai 9 May..
maknanya aku ketinggalan kelas selama sebulan..
huhh jenuh nak cover balik..
mana dgn research yg blom start ape2 lagi..
nak kejar silibus lagi..
cuti pun tak senang duduk..
tapi sekarang pn tak boleh nk buat apa2..


2 hari lepas aku chat dgn mmbr vietnam..
dia dah ade kat sendai sekarang..
dia ckap nak study pun tak tenang sbb masih ade gegaran..
sampai bila agaknya keadaan akan kembali seperti biasa..


member2 aku yg belajar kt Fukushima lagi teruk..
sampai kena tukar ke kolej lain..
ada yg dah diterima oleh kolej lain dan ada yg belum..
lagi kesian.. nak kena tunggu..
ujian.. sabar je lah..


tentang masalah radiation di Fukushima ni..
dengar cite bacaan makin naik..
baby pun dilarang untuk minum susu badan sebab dipercayai radiasi tu dh capai tahap merbahaya.. 
Ya Allah.. semoga kawan2 aku disana baik2 belaka..
lg seminggu aku pun bakal pulang ke sana..


ada jugak org bertanya
tak mahu sambung belajar di Malaysia ??


kalau lah sesenang makan kacang da lama aku smbung belajar kt Malaysia..
tp apakan daya.. bukan senang nak tukar ke Malaysia..
banyak prosedure plak nk kna buat..
lagipun pihak tajaan takde cakap ape2 pun..
so teruskan macam biasa je lah..
harap2 dipermudahkan segala urusan..
runsing memikirkan hal ni..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, April 8, 2011

:: Earth Quake again and again ::

Assalamualaikum..


pagi tadi..
sambil kemas umah aku tengok MHI..
menyiarkan pengalaman pasukan wartawan yang telah ke Jepun
bagi memantau keadaan di sana selepas 2 minggu ditimpa bencana..


kemudian..
terdengar berita mengenai 
susulan gempa bumi yg kuat telah melanda jepun semalam
gempa bumi bermagnitud 7.3 dengan frekuensi 6 itu melanda selama 1 minit
akibat gegaran yg kuat bekalan elektrik terputus
gempa bumi yg berlaku itu dipercayai berpunca di laut Miyagi ( boleh rujuk petadi bawah)


susulan gempa bumi ini
merupakan susulan yang terkuat selepas
berlakunya gempa bumi bermagnitud 8.8 pada 11 Mac lalu..




Sendai tempat aku belajar tu
adalah bandar terbesar di negeri Miyagi..
terletak di timur utara jepun..
jarak antara Tokyo dengan Bandar Sendai tu
lebih kurang jarak antara negeri Kedah dengan Kuala Lumpur..
naik bus ambik masa lebih kurang 5 jam..


gegaran semalam magnitud 7.3 tu
kat Tokyo pun terasa..
boleh bayangkan betapa kuatnya gegaran..
gempa magnitud 8.8 hari tu lagi lah kuat..


dah hampir sebulan berlalu
tapi masih ada gempa susulan sampai sekarang
aku tak nafikan ramai parents yg tak membenarkan
anak2 mereka yg masih belajar utk kembali ke Jepun
memandangkan keadaan masih belum stabil
ditambah pula dgn masalah radiasi yg melanda Jepun


aku pun sebenarnya risau..
aku akui aku fobia setelah berlakunya 
gempa bumi kuat yg melanda 11 Mac lalu
kalau ikut hati tak nak lagi pulang ke sana
tapi perjuangan aku perlu diteruskan..
masih banyak perkara yang perlu aku selesaikan di sana..


semalam aku dapat email dari Sensei aku




dah dipanggil pulang
dan aku dah pun beli tiket flight
3 May jam 11.30 pm aku akan berangkat pulang ke Jepun
harapnya keadaan dah stabil lah lepas tu
semoga dipermudahkan segala urusan
insyaAllah..


p/s : esok jam 9 malam MAJALAH 3 akan memaparkan bingkisan hasil dari lawatan pasukan wartawan ke Jepun yang telah meninjau keadaan di sana selepas 2 minggu dilanda bencana.. kalau korang nk tahu bagaimana mereka menghadapi bencana yang menimpa jangan lupa tonton MAJALAH 3 esok malam.. harap korang dpt something dari bingkisan tersebut.. 







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, March 22, 2011

:: Fikir dahulu sebelum berkata2 ::

Assalamualaikum

seperti yang dijanjikan dalam  entry lepas
sebelum aku conteng pape
jom kita layan dulu video kat bawah ni okeh..

dengar dgn teliti tau..




Sebarang pembangunan yang mereka ingin lakukan
Seharusnya mengkaji dahulu keadaan sekeliling
dan mengaitkan dengan climate change dan green technology


apa itu climate change haa ?
dan apakah itu green technology ?

climate change is define as any change in global temperatures and precipitation over time due to natural variability or to human activity

green technology is the application of the environmental science to conserve the natural environment and resources, and to curb the negative impacts of human

itu definition yg aku dapat dr GoOgle lah..
dr definition tu
apa yg aku faham dr ulasan beliau ialah

bencana yang melanda Jepun kali ini
adalah akibat dari pembangunan yg dibuat
tanpa mengira kesan negatif ke atas alam semulajadi
 
persoalannya..

Adakah gempa bumi berlaku disebabkan 
pembangunan yg pesat di negara matahari terbit ini?

Apa pulak kaitan antara tsunami dengan 
climate change and green technology
seperti yang diperkatakan ??


.....

korang tahu tak yang kereta kat jepun ni semua ada eco ?


korang tahu tak Jepun lah paling banyak kitar semula ?

korang tahu tak susah gila nk jumpa secebis sampah kt Jepun ni ?

korang percaya tak budak2 tadika kt Jepun pun tahu berfikir sblm berkata2 ?


.....


negara kita ada semua tu ???


sampah bersepah merata tempat ..


hujan lebat sket terus banjir kilat ..


longkang tersumbat sana sini ..


.....


kalau korang nak tahu


negara kita adalah negara yg mengalami hujan asid yg tertinggi tahu ?


sebab apa ?


pembangunan terancang ke namanyatu ?


global warming tak yah cakap lah ..

korang rasa makin sejuk ke makin panas ??


.....


kalau korang datang hidup kat sini


baru korang nmpak dgn jelasnya


betapa bagusnya rakyat Jepun ni


bukan aku nak kutuk negara sendiri


tidak sama sekali


tapi aku harap


korang yg baca ni


dapat ambil pengajaran


dan buat apa yang patut


jangan nak bising sana sini


tapi langsung takde tindakan


tak guna semua tu


.....


negara kita Malaysia bernasib baik 
sebab tarletak di luar lingkaran gunung berapi
kalau tak sama jugak macam jepun


so 
takde kaitan pun gempa bumi and tsunami 
dengan climate change and green technology segala bagai tuh


Allah cakap jadi maka jadilah
pasti ada hikmah disebalik setiap yang berlaku
sekian ~





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, March 19, 2011

:: Bangun semula ::

Assalamuaikum..


okeh..
da boleh kembali senyum..
senyum tak perlu kata apa2~ 


gomen aku lmbat update..


hari khamis lepas..
kul 3 petang..
salji turun dengan lebat nonstop..
dtg 1 bus utk bawak kitorang ke tokyo..


maka berangkatlah kitorang ke tokyo..
redah salji yg lebat..
perjalanan mengambil masa 12 jam..
tiba di tokyo jam 3 pagi keesokan harinya..


" kau xnak balik ke? "


sape tak nak balik weyh?..
dengan bekalan air xde..
nak beli brg pn kena beratur 6 jam..
tak tahan weyhh..
kulit dah merekah2 
bibir kering smpai pecah2..
kl boleh xnk tggu seminit pun..
nk balik skrg2 jgak tau..


bukan senang2 boleh balik..
kena setle visa lagi..
dapatkan reentry utk pulang semula ke sini..
tiket flight lagi..
banyak procedure kl nak balik ni..


semalam..
seawal jam 6 pg dah gerak ke tokyo immigration centre..
utk setlekan visa and reentry..
dgn mata yg lebam mcm panda..
skru kat kaki mcm dh nak tercabut..
gagahkn diri beratur panjang..
alhmdllah setle jugak semalam


so skrg ngah tggu tiket flight 
insyaAllah kl ada seat ksong sampailah kitorang nt..
harap2 dipermudahkan segala urusan..


thanks utk korang yg ikut perkembangan aku kt sini..
terharu tau ada member cm korang..
nanti dah stabil..
hidup aku dh kembali normal
aku akan dtg lawat korang ye..
rindu sgt nk bca kisah korang tau..
korang pn jaga diri ye..
till then~
bubye 







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, March 16, 2011

::

Assalamualaikum..


Alhamdulillah.. 
wlpn masih ada gegaran..
tapi kitorang kat sini semua ok..


sepatutnya kitorang gerak ke tokyo pg ni..
tp disebabkan mslh transport..
kitorang terpaksa bermalam lg 1 hari kt sendai..
insyaAllah esok kitorang gerak ke Tokyo


hari ni salji turun melimpah ruah..
harap2 esok cuaca cerah..


em..
thanks utk korang yg bertanya khabar..
jom saksikan bbrp kemping gmbr yg smpat aku snap 
di hari kejadian 11 Mac 2011


Rak buku aku jatuh tersembam ke bawah..
abes pasu bunga aku terpelanting..

Pasu bunga pecah ditimpa cermin..
teddy bear pn bersepah je atas lantai..


tu je lah yg sempat aku snap..
gmbr ala2 pelarian tu nanti lah aku upload ea..


korang doakan semoga dipermudahkan segala urusan ea..
till then~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, March 15, 2011

:: 15 March 2010 ::

Assalamualaikum..


Alhmdllah skrg keadaan ok je..


ada yg tanya kenapa aku senyap xupdate..
bkn xnk update..
aku tau korg risau..
tp keadaan x mengizinkan..
skrg bru dpt coverage..
letrik dh ada..
tp bila2 msa bleh terputus balik..
kemungkinan besar akn ada lg erathquake dlm msa terdekat ni..
so dah get ready la skrg..


and skrg ni..
masalah letupan nuklear jugak..
radioaktif merebak..


so pray for us..
till then 



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 14, 2011

:: Update from Sendai ::

Assalamualaikum semua..


thanks kpd semua yg mendoakan aku..
alhamdulillah aku selamat..
walaupun gempa bumi betul2 berlaku kt tempat aku
tp xde yg cedera..
alhamdulillah..
aku xdpt nk update sbb xde coverage..
bru dpt coverage ari ni..
elektrik pn masih belum ada..
esk blom tau lg mcm mna..
gegaran masih ada susulan dr gempa yg kuat ari tu..
alhmdllah tsunami xsmpai ke tmpt aku..
korg doakan aku dan kwn2 disini ya..
till then





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...