:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Showing posts with label Earth Quake. Show all posts
Showing posts with label Earth Quake. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

:: Setahun berlalu ::

Salam readers

hari ni 12 Mac 2012 kan ? pejam celik pejam celik dah setahun berlalu..
masih segar di ingatan aku kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Japan tanggal 11 Mac 2011..

untuk dapat gambaran yang jelas keadaan before and after bencana boleh klik link di bawah ni..


pengalaman yang takkan aku lupakan sampai akhir hayat aku..

kalau ada yang tertinggal boleh klik link di bawah ni

pengalaman yang tak dapat kulupakan part 1
pengalaman yang tak dapat kulupakan part 2
pengalaman yang tak dapat kulupakan part 3

aku ingat lagi..
malam kejadian tu aku tidur2 ayam dalam keadaan bersedia..
pakai cukup lengkap.. tudung letak kat sebelah..
takut2 gempa besar datang lagi.. senang nak lari bila semua dah siap sedia tinggal nak sarung tudung je..

memang pengalaman yang sangat menakutkan..
but then.. aku rasa bertuah.. sebab terpilih untuk merasai pengalaman yang tak semua orang dapat..

banyak benda yang aku belajar daripada pengalaman ni..
dan aku kagum sekali apabila aku melihat kanak-kanak kecil masih mampu tersenyum  girang walaupun kediaman mereka musnah dipukul ombak.. ada yang kehilangan ahli keluarga.. lagi aku kagum dengan sikap penduduk Jepun.. apa yang aku kagum ialah..

sikap masyarakat jepun yang berdisiplin.. serta kerjasama antara satu sama lain..


lokasi : supermarket

diorang tengah beratur untuk dapatkan bekalan makanan.. macam ular dah line.. 


yang bawa anak kecil pun ada..

bayangkan.. mereka boleh beratur berjam-jam tanpa mengeluh.. tak ada pun orang yang bising2 menjerit segala.. 

kalau tak silap aku.. masa tu kami beratur lebih kurang 3 jam untuk beli barang.. masa tu bekalan makanan terhad kan.. so setiap orang pun dihadkan beli 3 item sahaja.. 

bayangkan.. 3 jam beratur tapi dapat beli 3 item sahaja.. walaupun macam tu xde pun yang mengeluh atau marah-marah..

aku perhatikan je gelagat mereka ni.. dalam hati aku kagum sekali.. kenapa ?

sebab..

mereka tak beragama tetapi mereka beradab.. ada disiplin yang tinggi.. ada sikap saling menghormati.. jadi tak hairan lah kalau diorang boleh bangun semula dengan cepat walaupun ditimpa bencana yang besar.. 

rasa malu tak pada mereka kalau kita tak beradab ? tak ada disiplin ? tak tahu nak hormat orang sedangkan kita beragama ???

 ini hanyalah sebahagian daripada pemerhatian aku sepanjang aku merantau di bumi matahari terbit ni.. 
renung-renungkanlah..




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 21, 2011

:: Gegaran ::

cube korang perhatikan dua ketul gambar kat bawah ni.. 







nampak tak perbezaannya ???  bila tengok lelama rasa kelakar plak gmba 1st tu.. hahaha

rumah yang kat bwah tu lebih stabil sebab dibina untuk tahan gegaran..
kalau bangunan kat jepun ni tak tahan gegaran alamtnya dah lama runtuh bangunan hostel aku ni..

malas nak terang panjang2.. aku pun tak berapa arif sangat.. so korang tengok je la video ni ea.. :)




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, December 3, 2011

:: Pengalaman yang tak dapat kulupakan Part 3 ::


untuk kali ini.. nah aku paparkan rakaman ketika kejadian tsunami sejurus selepas gempa bumi yang berpusat di laut miyagi berlaku..


gerun kan ???

actually gempa bumi besar diramalkan berlaku setiap 4 tahun sekali di kawasan Miyagi-ken.. setakat ini, bencana yang melanda Jepun pada Mac 2011 adalah yang terbesar..

pusat gegaran gempa bumi yang berlaku haritu berada pada dasar lautan.. itu yang menyebabkan berlakunya tsunami / 津波.. 


mereka dah jangka akan berlaku tsunami.. so kerajaan jepun dh buat persediaan macam benteng untuk menahan air laut dr melimpah ke darat dan sebagainya.. tapi jangkaan mereka meleset apabila tsunami yang datang adalah 1o kali lebih besar dari jangkaan mereka.. makanya jadilah padang jarak padang terkukur apabila semua kereta, rumah-rumah hanyut dibawa arus..

sebelum aku cerita macam mana rakyat jepun berhadapan dengan bencana besar yang melanda negara mereka apa kata kalau kita tengok dulu seteruk mana kemusnahan selepas ditimpa bencana..


gelombang tsunami


musnah dipukul ombak


masih ada bangunan yang gagah berdiri


kesan bencana yang teruk

hari tu aku sempat berbual-bual dengan sensei aku.. katanya sepanjang dia hidup setakat ni, ini pertama kali dia merasai gempa yang paling kuat.. dia sendiri pun panik masa tu.. apatah lagi aku yang asal dari tempat yang langsung tak dak gempa bumi kan.. so kita patut bersyukur.. tapi kita kena jaga-jaga.. kalau Allah kata kunfayakun maka tak mustahil jugak untuk bumi Malaysia mengalami bencana seperti gempa bumi.. kuasa Allah siapa yang tahu kan.. mungkin dia nak beri peringatan buat kita semua..

kalau tak silap aku.. plat dimana terletaknya bumi matahari terbit ni telah bergerak 2.3 meter daripada kedudukan asalnya akibat daripada gempa bumi tersebut.. maknanya peta dunia pun dah berubah la.. tak mustahil jugak negara kita pun akan masuk ke kawasan lingkaran gunung berapi.. kan ?..

*****

setakat ini je la buat kali ni.. kalauu sambung semua kang terlebih panjang pulak.. tggu next part ea.. :)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, November 27, 2011

:: Pengalaman yang tak dapat kulupakan Part 2 ::


part 1

.....

sesekali mata aku melirik pada jam tangan..

" eh asar dah masuk lama ni.. aku belum solat lagi.." aku bermonolog sendirian..

nak balik solat kat hostel.. aku rasa macam cuak nak menjejakkan kaki ke aras 3.. dibuatnya datang lagi gegaran besar mahu luruh jantung aku gamaknya..  aku minta permission daripada lecturer aku untuk pulang menunaikan solat sekejap.. aku minta member aku budak lelaki dari Indonesia untuk teman aku pulang ke hostel.. sampai ke depan pintu bilik aku ajak dia teman.. dengan pantas aku capai tudung dan kain telekung beserta sejadah.. aku bawak peralatan solat semua ke aras satu aku solat di bilik aras satu berdekatan dengan pintu keluar.. kalau ada gegaran kuat pun senang nak melarikan diri..

masa aku solat tu pun sesekali datang gegaran membuatkan aku kurang khusyuk dalam solat.. aku baca yang wajib je.. seriusly takut aku tadi masih belum hilang.. ketakutan tu agak lama berbekas dalam diri aku..

seusai solat aku pun kembali ke bilik kuliah tadi.. lepas tu kami semua diarahkan berkumpul di dewan kuliah besar.. salji yang makin lebat turun membuatkan kami menggigil kesejukan.. so bila semua berkumpul kat dalam dewan tu kurang la skit sejuk..

aku rasa sedikit tenteram apabila rakan-rakan aku yang terkandas di bandar dapat pulang ke kolej lewat jam 12 tengah malam lebih kurang.. pada masa tu kami 6 orang pelajar malaysia seorang pelajar vietnam dan seorang indonesia.. 3 perempuan dan yang lainnya lelaki..

pada malam tu kami lihat berita di televisyen (guna generator mcm kat pasar malam utk nyalakan tibi).. baru aku tahu apa sebenarnya yang telah berlaku.. melihat rakaman video kejadian tsunami serta gempa bumi itu menyebabkan hati aku tidak tenang.. keluarga dan sahabat handai di tanah air pasti risaukan keadaan kami disini.. namun aku tak dapat berbuat apa-apa memandangkan line telefon dan juga internet terputus.. pegawai kedutaan juga pasti cuba untuk menghubungi kami yang berada di tempat kejadian..

ada jugak pelajar yang kelihatan sangat risau.. nak2 mereka yang tinggal berdekatan dengan pantai.. entah maca mana nasib family mereka.. yang pastinya seorang member sekelas dengan aku hanya tinggal sehelai sepinggang kerana rumahnya lenyap ditelan tsunami.. namun dia bernasib baik kerana ahli keluarga dia semua selamat.. mujur diorang tiada di rumah semasa kejadian berlaku..

bangunan kolej ni lebih kukuh berbanding bangunan hostel.. memang dibina tahan gegaran..so pada malam kejadian tu kami semua tidur di bilik kuliah.. satu bilik menempatkan pelajar lelaki dan satu lagi pelajar perempuan.. ada jugak mereka-mereka yang terkandas di separuh jalan untuk pulang ke rumah dari pejabat tumpang tidur di tempat kami.. tidur pun tidur-tidur ayam je.. gegaran masih lagi tidak henti-henti..

aku tidur pun dengan tudung masih lagi dikepala.. risau jugak buatnya masa tengah tidur tiba-tiba ada gegaran kuat.. jenuh jugak nak meraba mencarik tudung gelap-gelap tu.. dalam keadaan panik benda depan mata pun boleh tak nampak kan..

tiba-tiba.. sebelum aku nak lelapkan mata aku terdengar telefon aku berbunyi !!! panggilan dari encik bf !! aku sempat bercakap beberapa minit dengan dia sebelum panggilan terputus.. aku cuba kol family lepas tu tapi tak boleh.. line tak kuat untuk aku membuat panggilan.. nasib je panggilan dari encik bf dapat menembusi talian.. tapi aku sempat pesan kepada encik bf.. mintak dia tolong inform mak aku yang aku selamat.. alhamdulillah aku bersyukur.. at least family aku xde la risau sgt.. malam tu aku dapat la tidur dalam sejam dua.. mungkin aku keletihan sangat kot sampai terlena.. terasa macam tidur dalam  buaian je..

beberapa hari lepas tu talian telefon dan internet dah pulih... selepas menghubungi pihak kedutaan, masing-masing pun sibuk berhubung dengan keluarga di tanah air..

kami terpaksa menghadapi hari-hari yang mencabar selama seminggu sebelum dibawa ke kedutaan di Tokyo.. dalam masa seminggu tu agak pedih jugak la.. bekalan makanan semakin berkurang.. bekalan air yang tertakung pun makin kering.. kami terpaksa kumpul salji then cairkan.. guna air tu untuk buang air.. untuk dapatkan bekalan makanan pulak.. hanya beberapa pasaraya je yang buka.. setiap customer dihadkan 3 items ja.. itupun kami terpaksa beratur selama 3,4 jam..

selama seminggu jugak kami tak mandi.. memang la salji turun dan cuaca sejuk, tak berpeluh.. tp kulit kering.. aku punya kulit kering sampai berdarah.. pedih tahu.. time tu aku lap badan dengan towel basah then sapu losyen pelembap je la.. nak gi klinik, klinik pun tak buka..

dalam masa seminggu tu jugak gegaran masih lagi tak henti2.. kalau tak silap aku gegaran susulan still ada even dua bulan lepas kejadian.. kegawatan bertambah bila disiarkan di dada-dada akhbar tentang berita tentang plan nuclear di Fukushima.. memandangkan sendai terletak bersebelahan dengan Fukushima maka kami diberi warning agar tidak mendedahkan diri kepada hujan.. nak keluar pun kena pakai mask.. sebab angin yg bertiup kuat mungkin membawa kesan radiasi..

seminggu lepas tu.. bus dari embassy sampai untuk bawak kami ke kedutaan.. perjalanan memakan masa yang agak lama berbanding biasa memandangkan salji turun dengan lebatnya.. driver terpaksa pasang rantai pada tayar bus untuk langkah keselamatan.. bayangkan dekat tayar bus pasang rantai besi.. pening jugak la kepala aku dok bergegar beberapa jam dalam bus tu..

yang menghairankan.. cuaca tersangatlah pelik.. sebab selalunya bulan 3 salji dah nak abes.. dah tak turun lebat dah lagi.. tapi sejak kejadian tsunami dan gempa tu salji turun mencurah2..

*****

di Tokyo kami tumpang umah pegawai kedutaan Malaysia.. hari 1st kat Tokyo kami diarahkan untuk settlekan visa serta re-entry permit.. sampai saja di depan bangunan imigresen Tokyo.. masyaAllah.. ramainya orang !! sampai ke luar banguna org beratur.. padahal masih awal lagi time tu.. pejabat pun belum buka.. tapi urusan kami mudah sebab disediakan kaunter special untuk warga Sendai.. maklum la kami datang dengan passport semata-mata tanpa sebarang dokumen dari pihak kolej and so on.. alhamdulillah.. selesai sahaja urusan visa dan re-entry permit kami lepak-lepak dekat Tokyo sementara menunggu pihak MAS dan embassy menguruskan tiket untuk menghantar kami pulang ke tanah air..

betapa leganya aku bila dapat berita kami akan dihantar pulang ke tanah air.. tiket balik ke Malaysia disponsor oleh Majlis Keselamatan Negara.. manakala tiket untuk pulang kembali ke Jepun disponsor oleh JPA sendiri.. thanks buat kedua-dua pihak !

lama jugak la aku bercuti dekat Malaysia.. 2 bulan.. bila aku tengok balik berita-berita tentang tsunami yang disiarkan di Malaysia.. aku terkejut.. pihak media hiperbola sangat ! padahal kami kat Jepun alhamdulillah ok je.. padanlah family kat Malaysia risau.. kesian pihak Wisma Putera yang terpaksa melayan panggilan-panggilan dari pihak family.. bukan seorang dua student malaysia dekat jepun ni.. jenuh jugak la kalau nak menjawab panggilan setiap family..

apa-apa pun aku bersyukur sangat.. sebab tak ada pelajar Malaysia yang terkorban.. ahamdulillah.. syukur ya Allah..

aku rasa setakat ni sahaja coretan aku tentang tragedi tsunami dan gempa bumi ni.. di lain entry aku akan cerita apa yang aku kagum mengenai masyarakat jepun setelah bencana besar melanda negara mereka..







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 22, 2011

:: Pengalaman yang tak dapat kulupakan ::

ehemm.. tajuk entry aku kali ni mengingatkan aku pada zaman persekolahan.. zaman dimana aku sungguh liat kalau bab nak siapkan homework Bahasa Melayu.. jenuh perah otak aku untuk siapkan satu-satu karangan.. sampai tertonggeng tertunggang semua cukup la gara-gara nak memerah otak untuk mendapatkan sebutir idea ! hahhh sampai gitu sekali terseksanya aku nak menulis sesebuah karangan..

sungguh terasa bahagia bila siapnya sesebuah karangan tu.. bahagianya terasa macam dunia ini aku yang punya !! terlebih sudah.. ok lah.. back to the topic..

Pengalaman yang tak akan pernah aku lupakan ialah pengalaman menghadapi gempa bumi yang melanda Jepun pada 11 March 2011 hari Jumaat..

actually time tu sudah bermula cuti musim bunga.. ada rakan-rakan yang pulang ke tanah air.. ada yang pergi melancong.. ada yang terlebih rajin macam aku tak balik or tak melancong tapi pergi lab konon-kononnya nak study sebagai persediaan awal untuk buat research..

bukan senang aku korbankan cuti sebulan semata-mata untuk study kan.. selalunya tiap kali cuti panjang kompom aku lesap ! tup tup dah ada depan pintu rumah.. membuatkan mak aku terkejut beruk tengok anak dia yang sorang ni tiba2 memunculkan diri.. keh3.. aku memang suka buat surprise.. awas kalau anda menghidap sakit jantung.. better beware dengan aku.. keh3

aku ni pelik sikit.. time cuti bangun awal pun mata ni terasa segar semacam je.. tp time tak cuti mata ni liat bebenar nak celik.. syaitonn itu sungguh kejam !! haha

so pagi Jumaat tu.. cuaca mendung.. angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.. sejuknya sampai ke tulang.. usai breakfast aku pun melangkah ke lab.. tung tang tung tang kat lab.. lebih kurang jam 2.00 pm aku pulang untuk solat Zuhur dan makan tengahari..

plannya lepas lunch nak keluar Sendai.. nak join rakan-rakan aku yang tengah bergembira kat Sendai.. maka seusai solat aku pun masak simple-simple sbg alas perut before keluar.. lebih kurang jam 2.30 pm aku siap masak.. macam biasa la makan sambil layan movie depan laptop.. lungguk lauk dalam pinggan duduk depan laptop..

baru nak jemput nasik.. terasa goyang-goyang..

" eh eh.. aku goyang ke gempa bumi ni ? " bermonolog sndirian..

" ahhh xde ape lah.. lapar ! lapar ! " mengomel sendirian..

tiba-tiba time nak suap nasik ke mulut.. goyangnye tu makin pelik..

" aiii.. ni lain macam jek goyangnye.. " bermonolog lagi.. tapi hati dah macam tak sedap dah ni.. dup dap dup dap...

makin lama makin kuat pulak bergoyang.. aku tengok baju-baju yang tergantung turut sama menari-nari.. kedengaran bunyi kaca tingkap turut bergegar.. panikkkkkkk !!!

lalu aku terus bukak pintu berlari menuju ke bilik sebelah.. puas aku ketuk pintu bilik budak vietnam ni.. risau jugak sebab kat aras 3 ni kami berdua ja.. kang aku lari sorang-sorang tinggal dia tak elok jugak kan.. ketuk punya ketuk sampai sakit tangan takde pape respon.. time tu bangunan ni dah bergegar teruk.. kekiri kekanan.. sampai aku takleh nak berdiri dengan stabil..

tersedar yang diri ni kesorangan aku panik.. aku tak terlintas untuk bawa barang-barang penting seperti passport dan sebagainya.. yang sempat aku sambar hanyalah telefon bimbit.. dan yang terlintas di hati pada ketika itu hanyalah untuk menyelamatkan diri.. aku terus berlari menuju ke bawah.. aku menapak turun tangga macam org mabuk.. hampir-hampir aku tersepit pintu kecemasan yang terbuka tertutup akibat gegaran yang terlalu kuat..

sejurus aku keluar dari bangunan tu aku lihat orang ramai berlari-lari ke arah padang.. time tu gegaran masih belum berhenti.. apa yang jelas pada pandangan mata aku ialah.. bangunan bergoyang ke kiri ke kanan.. pokok bergoyang  bagai nak tercabut.. kereta di parking turut bergerak-gerak..

mengenangkan hari tu hari jumaat membuatkan aku bertambah takut.. sungguh tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata betapa takutnya aku pada saat itu.. apa yang bermain di mindaku adalah

" adakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ?? "

mulut aku terkumat kamit mengucap Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !!

semua berkumpul di padang.. pada ketika itu cuaca amat dingin.. aku yang hanya memakai sweater nipis serta berselipar tanpa stokin menggigil kesejukan sementara menanti gegaran reda.. kepala aku hanya bertudungkan hook yg ada pada sweater sahaja..

apa yang aku rasa agak kelakar ialah.. aku tersedar yang nasi dalam genggaman tangan aku hilang entah kemana.. jari jemari mulus aku dah kekeringan pun.. berbau ayam goreng..

lebih kurang satu jam kemudian.. gegaran hampir reda.. sesekali datang gegaran yang agak kuat.. salji mulai turun.. semakin lebat dan lebat.. maka kami berteduh di bilik-bilik kuliah sementara menanti arahan daripada pihak kolej..

......bersambung

*****

ada yang nak tau lagi tak ?? aku tak pandai sangat nak mengarang.. ni pun aku tulis hanya untuk kenang-kenangan aku di hari tua nanti.. kalau ada yang berminat untuk membaca coretan pengalaan aku ni boleh vote kt comment ea.. kalau permintaan ramai aku akan publish sambungannya..

*****

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 28, 2011

:: Cuak lagi ::


Assalamualaikum..

lebih kurang pukul 5 petang tadi.. aku masih di lab.. tiba- tiba

tinggg tanggggg tingggg tonggggg.. ( bunyi loceng lah !! )
tandanya ada pengumuman lah tu..

" Attention please.. pengumuman tergempar !! "

" gempa bumi magnitud 5 dijangka berlaku dalam masa 10 saat dari sekarang.. anda diminta mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak berlaku sebarang kemalangan.. sekian harap maklum.."

aku sambung buat keje aku.. tu hanyalah test je lah..!! bukan gempa betul2.. haha >.< 
tapi kan... sejak kebelakangan ni kerap jugak gegaran berlaku.. aku agak pasti akan ada gempa bumi lepas ni.. sebab tu pihak kolej ni dok buat macam2 langkah berjaga-jaga.. 


aku doa je la.. harap2 gempa bumi tu berlaku time aku dah selamat sampai M'sia.. cuak kot sorang-sorang ni.. dah la aku sorang je kat 3rd floor..

trauma gempa bumi 11 March hari tu pun tak hilang lagi tau.. masih segar di ingatan tatkala aku berlari turun tangga macam orang mabuk dari 3rd floor.. nasi yang aku tengah jemput untuk suap ke mulut tu entah ke mana hilang aku pun tak tau.. sedar2 je tangan aku dah kering.. haha >.<

tapi tu lah pengalaman yang paling takut yang pernah aku lalui sepanjang aku hidup di bumi ni.. pengalaman yang takkan pernah aku lupakan sampai mati.. 

korang ada tak pengalaman yang paling menakutkan ??? 
ce cite ce cite.. >.<



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 25, 2011

:: Mencuakkan !! ::


Assalamualaikum..

ohh sungguh cuak..
semalam.. lebih kurang pukul 3.50 pagi..
tika aku sedang lena dibuai mimpi-mimpi indah..
tiba-tiba terasa gegar yang amat kuat dan agak lama...

pantas aku melompat bangun dari katil..
tangan dengan pantasnya mencapai seluar lalu disarungkan ke kaki..
terus menilau buka lampu dan capai tudung..
pintu bilik dibuka.. 
kelihatan budak vietnam di sebelah bilik aku berdiri kaku dihadapan pintu dengan muka yang cuak campur mamai..

gempa bumi kembali mengamuk sejak akhir-akhir ni..
gegaran sekuat 5.0 dengan magnitud 6.2 pada jam 3.50 am..
memang cuak >.<

lagi 6 hari aku bakal jejakkan kaki ke M'sia..
harap gempa bumi boleh tenang buat sementara waktu ni.. huhu


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, June 20, 2011

:: Oh popia ku ::


Assalamualaikum.. (",)

ini kisah 2 hari lepas.. lebih kurang pukul 8.31 pm..
aku tengah layan maharaja lawak sambil makan popia goreng.. ngidam la katekan.. 

tiba2...

" Fatin sannnnn!!!! " budak vietnam sebelah bilik aku menjerit.. dia ni style blur2 and cepat panik.. bila org panik aku pn akn jd panik skali..

automatik aku terlempar popia goreng kt tgn aku tuh.. cis.. terkejut tau.. baru nk layan perasaan makan popi goreng.. potong line betul..

tp kan aku pn cuak jugak time tu sebab ada gempa bumi yg agak kuat time tu.. and gegaran agak lama.. aku dh sarung jeans and smbar tudung la.. in case kl gegaran tak stop jgak nk lari keluar la.. tgkat 3 woo.. goyang kalah buaian.. cuak beb.. 

tp gegaran tu xlama.. aku terus buka tibi tgk info psal gempa yg berlaku tu.. sblm tu aku kutip lu popia yg aku terlempar td.. huhu

 mlm tu aku tdo pakai sopan abes la.. mana tau kot2 ngah sedap tdo pagi2 buta buat dok goyang mcm hari tu.. kain batik terlondeh tgah jalan ke msa nk lari kuar kang.. xpsal2 maluu.. 



p/s : Sendai mmg tempat yg byk gempa bumi pn.. nasib baik aku xde penyakit jantung.. semoga Allah pelihara ktorang semua yg ade kt sini :)








Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 5, 2011

:: Berdebar-debar ::

Assalamualaikum..


mak cik kt office dtg bagi torch light sorang satu kt kitorang.. then dia ckp cm gini..


" torch light ni amik sorang satu.. elektrik akn terputus bila2 masa kalau ada gempa bumi yg kuat berlaku.. kemungkinan akan ada lg gempa bumi lepas ni so hati-hati.."

erkk.. hati terus berdebar2 bila dgr mak cik tu ckp cm gitu.. td pn ade gegar gak.. tp kejap je.. gegaran tu umpama macam org sentap kertas dari buku.. tak tahu nk describe mcm mana.. huhu


trauma babe !! so kena hati2.. nk tido pn kena pakai sopan2.. seluar panjang.. bju lengan panjang.. tudung dh get ready kt tmpat yg senang nk dicapai.. kang tengah2 malam tika asyik tido lena dibuai mimpi.. dibuatnya ada gempa besar.. panic kan.. tak terpikir dh time tu berbaju ke tak.. tahu nak lari keluar je.. dh la dua org je pmpuan kt 3rd floor nih.. menyeramkan =.=


harap2 jgn la ade gempa yg kuat2 lagi.. silap2 leh luruh jantung aku nih haa.. 




p/s : nak gi masak nasik lemak !! den mengidam nih haa.. dah sepuloh bulan da ngandung ni.. kih3







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 27, 2011

:: Ujian ::


Assalamualaikum


.....



suka husky voice dia.. (",)
.....

class aku sepatutnya start 6 April lepas..
tapi gara2 tsunami and earth quake last 11 Mac lepas..
class ditunda smpai 9 May..
maknanya aku ketinggalan kelas selama sebulan..
huhh jenuh nak cover balik..
mana dgn research yg blom start ape2 lagi..
nak kejar silibus lagi..
cuti pun tak senang duduk..
tapi sekarang pn tak boleh nk buat apa2..


2 hari lepas aku chat dgn mmbr vietnam..
dia dah ade kat sendai sekarang..
dia ckap nak study pun tak tenang sbb masih ade gegaran..
sampai bila agaknya keadaan akan kembali seperti biasa..


member2 aku yg belajar kt Fukushima lagi teruk..
sampai kena tukar ke kolej lain..
ada yg dah diterima oleh kolej lain dan ada yg belum..
lagi kesian.. nak kena tunggu..
ujian.. sabar je lah..


tentang masalah radiation di Fukushima ni..
dengar cite bacaan makin naik..
baby pun dilarang untuk minum susu badan sebab dipercayai radiasi tu dh capai tahap merbahaya.. 
Ya Allah.. semoga kawan2 aku disana baik2 belaka..
lg seminggu aku pun bakal pulang ke sana..


ada jugak org bertanya
tak mahu sambung belajar di Malaysia ??


kalau lah sesenang makan kacang da lama aku smbung belajar kt Malaysia..
tp apakan daya.. bukan senang nak tukar ke Malaysia..
banyak prosedure plak nk kna buat..
lagipun pihak tajaan takde cakap ape2 pun..
so teruskan macam biasa je lah..
harap2 dipermudahkan segala urusan..
runsing memikirkan hal ni..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, April 10, 2011

:: Korang tengok tak semalam?? ::

Assalamualaikum..


korang tengok tak MAJALAH 3 semalam ?








kalau tengok..


korang nampak kan bagaimana
rakyat Jepun menghadapi bencana besar 
yang menimpa negara mereka ??


korang nampak kan 
semangat bersatu padu yg ada pada mereka ??


korang nampak kan
betapa berdisiplin nya rakyat Jepun itu ??


Rakyat Jepun ni
diorang adu satu semangat
semangat bersatu padu dan saling membantu 
dalam apa jua keadaan sekali pun..


diorang beratur panjang
kadang2 sampai 5, 6 jam untuk isi minyak kereta


beratur dr awal pagi sampai ke petang 
untuk membeli makanan yg semakin terhad


agak2 kalau di Malaysia..
ada tak sebegitu rupa ???


apa pendapat korang setelah melihat bingkisan dari MAJALAH 3 semalam ??




p/s : aku bukan nk puji lebih2 rakyat Jepun.. tapi aku kagum dgn mereka.. kita jadikan sikap baik mereka itu sebagai contoh teladan.. 



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, April 8, 2011

:: Earth Quake again and again ::

Assalamualaikum..


pagi tadi..
sambil kemas umah aku tengok MHI..
menyiarkan pengalaman pasukan wartawan yang telah ke Jepun
bagi memantau keadaan di sana selepas 2 minggu ditimpa bencana..


kemudian..
terdengar berita mengenai 
susulan gempa bumi yg kuat telah melanda jepun semalam
gempa bumi bermagnitud 7.3 dengan frekuensi 6 itu melanda selama 1 minit
akibat gegaran yg kuat bekalan elektrik terputus
gempa bumi yg berlaku itu dipercayai berpunca di laut Miyagi ( boleh rujuk petadi bawah)


susulan gempa bumi ini
merupakan susulan yang terkuat selepas
berlakunya gempa bumi bermagnitud 8.8 pada 11 Mac lalu..




Sendai tempat aku belajar tu
adalah bandar terbesar di negeri Miyagi..
terletak di timur utara jepun..
jarak antara Tokyo dengan Bandar Sendai tu
lebih kurang jarak antara negeri Kedah dengan Kuala Lumpur..
naik bus ambik masa lebih kurang 5 jam..


gegaran semalam magnitud 7.3 tu
kat Tokyo pun terasa..
boleh bayangkan betapa kuatnya gegaran..
gempa magnitud 8.8 hari tu lagi lah kuat..


dah hampir sebulan berlalu
tapi masih ada gempa susulan sampai sekarang
aku tak nafikan ramai parents yg tak membenarkan
anak2 mereka yg masih belajar utk kembali ke Jepun
memandangkan keadaan masih belum stabil
ditambah pula dgn masalah radiasi yg melanda Jepun


aku pun sebenarnya risau..
aku akui aku fobia setelah berlakunya 
gempa bumi kuat yg melanda 11 Mac lalu
kalau ikut hati tak nak lagi pulang ke sana
tapi perjuangan aku perlu diteruskan..
masih banyak perkara yang perlu aku selesaikan di sana..


semalam aku dapat email dari Sensei aku




dah dipanggil pulang
dan aku dah pun beli tiket flight
3 May jam 11.30 pm aku akan berangkat pulang ke Jepun
harapnya keadaan dah stabil lah lepas tu
semoga dipermudahkan segala urusan
insyaAllah..


p/s : esok jam 9 malam MAJALAH 3 akan memaparkan bingkisan hasil dari lawatan pasukan wartawan ke Jepun yang telah meninjau keadaan di sana selepas 2 minggu dilanda bencana.. kalau korang nk tahu bagaimana mereka menghadapi bencana yang menimpa jangan lupa tonton MAJALAH 3 esok malam.. harap korang dpt something dari bingkisan tersebut.. 







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...