:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Showing posts with label Foods. Show all posts
Showing posts with label Foods. Show all posts

Tuesday, July 7, 2015

:: Biskut mazola ::

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah 20 hari berpuasa. Kejap je masa berlalu kan. Lagi 10 hari je nak berpuasa. Kalau pi shopping mall sana sini berkumandang lagu raya kan.

So bagaimana dengan persiapan raya anda ? Baju raya dah beli ? Kuih raya ?

Kuih raya belum buat ? Tak tau nak buat kuih ape ?
Meh sini aku kongsikan resepi yang sangat ringkas dan mudah sebab tak memerlukan bahan-bahan yang banyak dan senang jugak untuk dibuat.

Resepi biskut mazola turun temurun dari mak aku. Mana mak aku dapat aku tak pasti. Tapi aku tengok buku resepi mak aku masa zaman dia muda-muda dulu. Buku tu pun dah macam nak reput dah so aku cepat-cepat salin segala resepi yang tercatat kat dalam buku tu dan aku kongsikan jugak disini. Mana tau kot2 buku yg aku salin tu pulak hilang kan. Hehe


Bahan-bahan

1 cawan kacang tanah yang telah dikisar halus
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula icing
Minyak jagung secukupnya
Kuning telur (boleh tambah pewarna kuning sikit)

Cara-cara

1. Campur semua bahan-bahan kering dan gaul rata.

2. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit. Gaul hingga menjadi doh seperti dalam gambar di bawah.


3. Terapkan mengikut acuan kesukaan masing-masing. Aku bulat-bulatkan aje macam kat bawah ni.


4. Penyetkan sikit dan susun atas dulang pembakar. Sapukan kuning telur.


5. Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 10 minit. Senang cerita nampak biskut bertukar warna perang tu kira masak dah la tu. 

6. Sejukkan sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

Senang aje kan? Aku buat 3 adunan kali ni. Separuh untuk bawak balik rumah mertua dan lagi separuh untuk bawak balik kampung aku. 1 adunan aku dapat dalam 100 bijik. Ikut saiz lah. Kalau korang buat besar-besar dapat sikit lah. 

Selamat mencuba :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 5, 2015

:: Prawns Aglio Olio Recipe ::

Assalamualaikum.

Apakah menu berbuka anda hari ini?

Hari ini si kecik dalam perut ni request nak makan Prawn Aglio Olio. Makanya jari jemariku ligat menari-nari atas keyboard mencari resepi yang menarik.


# tips mencari resepi mudah, simple dan sedap ialah :
search images dekat google. Then tengok randomly gambar yang nampak macam sedap ja...macam sedap ja yang ni.. Pilih la beberapa gambar then browse link dia. Bandingkan those recipe and method. Pilih la mana yang paling senang bagi korang.

So, untuk Prawn Aglio Olio ini, aku telah memilih resepi dari website << INI >>

Untuk tujuan rujukan di masa hadapan aku nak rekod sket lah kat sini resepinya. Ada aku olah sikit-sikit ikut suka hati aku. haha. Nak resepi asal sila rujuk kat link di atas ya :)

Bahan-bahan
Pasta
3 sudu besar olive oil
udang
bawang putih dicincang halus
cili padi (ikut tahap kepedasan masing2)
garam
black pepper

Cara-cara

1. Didihkan air didalam periuk bersama 1 sudu besar garam. Masukkan pasta rebus sampai masak. Setelah masak, toskan dan ketepikan.

2. Bersihkan udang. Kopek kulit dan kepala udang. Masukkan kulit dan kepala udang yang telah dikopek ke dalam periuk kecil. Masukkan sedikit air dan renehkan selama 5 minit untuk mendapatkan stok udang.

3. Panaskan olive oil di dalam frying pan. Masakkan udang. Seafood seperti udang tak perlu nak masak lama-lama sangat2. agak2 dah bertukar warna udang tu dah boleh angkat dan ketepikan.

4. Dengan menggunakan frying pan yang sama, tumiskan bawang putih bersama cili padi yang telah dipotong. Tumis hingga bawang putih bertukar jadi warna kekuning-kuningan.

5. Perlahankan api tahap minimum. Masukkan pasta, udang, dan stock udang secukupnya. Perasakan dengan garam dan black pepper. Gaul sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

p/s : Boleh tambah hirisan daun parsley untuk menambah lagi keenakan hidangan anda. Sebab aku xdak so so aku tak masukkan kali ni.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 12, 2013

:: 巻き寿司 ::


Assalamualaikum.

Semalam aku malas masak. Layan movie Korea dekat viki. Sejak aku install apps viki dekat ipad ni pantang free je mesti layan movie Korea sambil berbungkus dalam futon. Gara-gara asyik melayan movie Korea aku pun turut terjebak untuk cuba buat sushi cara Korea. Orang Korea panggil kimbap orang Jepun panggil 巻き寿司/maki zushi. 


Ini lah dia rupa kimbap hasil sentuhan kreatif dari aku.

Nak buat dia senang saja.
Korang memerlukan

1. Seaweed
2. Telur( telur dadar then potong panjang2 lebar 1 inchi)
3. Isi ketam
4. Tuna
5. Timun(potong panjang2)
6. Carrot(potong panjang2 and goreng kejap tanpa minyak)
7. Nasi panas gaul dengan minyak bijan dan garam( pakai beras jepun memang mantap)
8. Sushi maki/penggulung sushi

Dah ready bahan-bahan tu semua. Boleh la gulung.
Tempek nasik atas seaweed tu bagi rata penuh seaweed tu. 
pastu letak timun,carrot dan semua isi2 yg lain then gulung.



Gulung macam ni. Pastikan gulung ketat-ketat dan kemas supaya jadi cantik and dapat bentuk yg firm bila potong nanti. 

Dah siap gulung potong la agak2 tebal setengah inchi. Then sedia untuk dimakan !
Simple kan? Selamat mencuba !! 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 5, 2013

:: Resepi Bread Balls ::

Assalamualaikum

Usai solat maghrib tadi perut terasa lapar pulak.
Mulut terasa nak mengunyah something.
Lalu jari jemari laju menekan keyboard mencari idea.
Mata tersinggah pada resepi di blog terkenal abm
Resepi yang ringkas dan menarik.
Sesuai untuk habiskan bekalan roti yang bakal expired.
So jom ! Check out the recipy style campak2 aku.
Mana bahan yang ada ja aku campak.
Korang boleh ubah suai ikut citarasa masing2 jugak.


Nampak sedap kan? Memang sedap pun ! Haha
Nak cuba?
Resepi ada di bawah


Cara-caranya
1. Buang tepi2 roti yang hitam tu then potong kecik-kecik
2. Bawang besar dan fishcake pun kasik cincang saja.
3. Campur semua bahan(kecuali minyak) plus serbuk pati ayam secukup rasa(sorry lupa nk letak kt list bahan2).Gaul rata.
4. Bentukkan bulat2 then boleh goreng hingga warna brown.

P/s : kalau ada daun bawang/sup boleh masukkan jugak.
P/s : kalau rasa serbuk pati aym tu xcukup masin boleh tambah sedikit garam.pandai2 la perasakan ya.

Selamat mencuba !


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, September 15, 2013

:: Fruits picking ::

Assalamualaikum

Cerita semalam. Memandangkan cuaca panas terik semalam. So kami pun decide untuk fruits picking. Orang Jepun kata kudamono gari.  

Tempat yang kami pi ni terletak dekat Akita jugak. berhampiran Tennou Kouen. Nak masuk tak payah bayar. Ambik raga dan gunting dekat entrance, then masuk la petik sebanyak mungkin yang kita suka. Ada sesetengah tempat tu kita bayar curtain2 harga then kita masuk and petik makan kt dalam tu jugak sebanyak mana pun yg kita suka. Kalau nak bawak balik kena bayar lain pulak. So aku rasa better sistem timbang buah tu kan. Ye la. Larat nak makan buah banyak2 dalam satu masa tu kan. Lain la kalau perut dinosour. haha


Seperti yang tertera dekat gambar diatas. Ada buah epal, anggur hijau, anggur purple, pair. Actually kiwi pun ada jugak tapi masim belum boleh dipetik lagi sebab belum sampai masa. Tak kesah pun sebab aku memang tak gemar  makan kiwi. 

Gambar paling atas kiri tu adalah hasil tuaian aku. Apple 2 bijik, anggur hijau segugus dan pair 3 bijik. Total semua tu 760¥ bersamaan RM25.19 mengikut rate matawang semasa. Memang murah la dan berbaloi sebab dapat pengalaman petik buah yang fresh sendiri. Buahnya memang manis. Serius tak tipu.

So itulah dia aktiviti aku hujung minggu ni. So korang pulak apa cerita?




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, May 20, 2012

:: Entry rojak >.< ::

Assalamualaikum ! ehem3.. 

mintak maap la kawan2 blogger sekalian.. abg ABU kita yang kacak dan jugak abg yousof kita yang hensem lagi bergaya udah bising sebab cikten10 malas nak update blog ! keh3.. ya2.. aku memang busy sejak dua tiga menjak ni.. bukan busy study sangat pon.. tapi busy dengan segala macam aktiviti.. shopping la.. bbq la.. men badminton la.. jalan-jalan makan angin la.. sudahnya blog ni terbiar je.. huhu

banyak benda dah terperam nak cerita.. tapi tak menyempat.. so kali ni boh semuanya.. kita kasik rojak penang kaw2 punya ! keh3


ni dua minggu lepas kot.. malam gotong royong siapkan makanan untuk bbq.. ni lah dia jejaka-jejaka kacak yang tengah khusyuk dok cocok sate.. 


ini masa on the way nak gi tempat bbq tu.. konvoi dalam 9 bijik keta jugak kot.. cuaca mendung hari tu bukanlah satu penghalang yg besar untuk kitorang bbq.. keh3 kempunan punya pasal hujan pun redah jugak :p


nah.. ini lah menu bbq kitorang pada hari tu.. disebabkan cuaca yang sejuk maka tangan pun mengeras lalu susah untuk dibengkokkan.. makanya menyukarkan kami untuk menjemput nasik lalu disuapkan ke mulut.. pendek cerita makan nasik sket tapi makan sate yg banyak.. keh3 


ini pulak cerita khamis lepas.. tiba2 semua orang pn berpuasa pada hari khamis.. maka secara tak disengajakan kami pun membakar ayam percik untuk agenda berbuka puasa beramai2.. sambil bakar ayam dan prepare yang lain diiringi dengan alunan lagu raya terasa macam nak raya pulak.. keh3 


dan inilah dia hasil ketuk ketang di dapur.. menunya nasik kerabu bersama ayam percik sebagai juadah berbuka puasa.. alhamdulillah *gosok perut >.<


ini pulak pau musim bunga.. pau bentuk tulips tapi sekali pandang nampak macam bunga rose pn ade jgak.. inti coklat dan kacang merah..  :p

ok ! rojak penang siap !! sekarang aku nak keluar membeli barang dapur.. hari ni terasa nak makan pulut nyioq kukur bersama ikan kering.. keh3.. 

p/s : tahniah buat puan jat kita yang agak lama menyepi tiba2 muncul dengan berita gumbira.. katanya cikten10 bakal dapat anak buah ! yeayyy !! :) alhamdulillah.. semoga dipermudahkan semuanya insyaAllah :))



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 22, 2012

:: Roti sosej ::

Salam readers =)

saje je tadi nak kemas fridge ternampak sosej ade lagi 3 batang..
pikir punya pikir terpikir nak buat roti sosej ni..
maklum la nak beli kat kedai tak halal kan..
so jumpak resepi ni .. simple dan mudah.. so try la buat..
aku buat separuh adunan je sebab sosej ade sket je..

ni lah hasilnya..



sosej tenggelam selepas dibakar sebab roti mengembang..
walaupun rupa tak indah mana.. tapi rasanya sedap ! ngee style puji diri sdri.. keh3

kalau nak lagi sedap boeh tabur cheese atas roti tu sebelum dibakar..
aku xde cheese so aku tuang mayonese ngan sos cili je..
nak lagi berkilat boleh sapu mentega sejurus selepas keluarkan roti dari oven.. biar lip lap lip lap gitu roti korang !! hahahh

ok la.. nak rest jap.. esok orang office datang nak check bilik..
dah rajin sket bersihkan bilik.. then smbung kemas bhgn dapur nak tengok mana yg nk angkut pi akita nanti..

p/s : kepada all SPM candidates 2011.. tahniah la utk anda semua.. pada yang kurang bernasib baik tu jangan berputs asa ya.. gagal kari ini tak bermakna gagal selama-lamanya.. anda masih ada jalan andai anda mahu berusaha.. =)

pss : kepada adik-adik yang berminat nak lanjutkan pengajian ke Jepun boleh la try mohon biasiswa Monbukagakushou (biasiswa kerajaan Jepun) !! nak tahu lebih lanjut boleh baca sini .. ataupun boleh jugak apply biasiswa JPA macam aku.. yang tu korang kena check sendiri dekat website JPA.. aku akan buat entry asing untuk cerita berkaitan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke Jepun.. insyaAllah esok aku post ya =)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, February 19, 2012

:: Okonomiyaki ::

Salam readers =)

bila aku stress..


aku suka menconteng..

p/s : aku give up nak install photoshop kt mac.. so aku instal GIMP yang FREE.. tp aku masih merangkak nak guna benda alah tu.. pakai tangan lagi senang ! haha


dan aku suka makan !..

dinner malam ini adalah okonomiyaki..

お好み焼き = okonomiyaki

お好み = suka-suka
焼き = grilled/panggang

 dibuat dari campuran tepung gandum, sayur2an, ayam or seafood.. then dipanggang atas kuali rata yang dipanggil teppan/kuali besi


teppan = 鉄板 = kuali besi

oleh itu.. okonomiyaki dikategorikan sebagai makanan teppanyaki

鉄板 = kuali besi
焼き = grilled

鉄板焼き = teppanyaki

boleh dimakan macam tu je ataupun jadikan lauk makan ngan nasi.. aku lebih suka makan camtu je..
kalau pergi dekat restoran okonomiyaki ni.. kita order apa benda yang kita nak utk okonomiyaki kita.. then dia kasi bahan kita panggang sendiri la.. dah siap panggan letak sos okonomiyaki, mayonis kalau suka and then tabur katsuo..

apa korang buat kalau korang stress ??
dan korang penah tak makan okonomiyaki ??









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 10, 2012

:: Dinner ::

Salam readers !! (",)

hari ni nak cerita pasal dinner last week.. 4 Feb 2012 punya cerita la nih ! 
dinner ini dianjurkan oleh pihak hostel untuk kami-kami yang bakal grad bulan 3 ni..

sebelum pi dinner tu ada la majlis ucapa-ucapan dan penyerahan sijil kepada mereka yang berbakti sepanjang menetap kat hostel ni.. aku pun tak terkecuali.. terkejut jugak la.. tiba-tiba member aku suh aku duduk barisan paling depan sekali.. katanya nanti kami akan diberikan sijil penghargaan.. terkebil-kebil aku pun ikut je la.. hehe tak sangka lak dapat sijil.. =p

jom.. layan gambar je la ekk..


Royal Park Hotel.. terletak bersebelahan dengan Izumi Outlet.. cantik kan taman dia..


lalu kot taman ni buat aku terasa macam berada dalam filem winter sonata !! bab berangan aku memang kuat ! hehehh 

aku rasa hotel ni hotel 5 star. mmg mewah dan cantik sangat2 !! malangnya aku xsempat nk snap pintu masuk hotel ni.. sebabnya terlampau excited nampak taman cantik ni.. kih3

makanan diservekan one by one..


ini hidangan pembuka selera kami.. aku taktau nak sebut nama dia.. berbelit-beli lidah aku.. yg aku tau ni sejenis makanan dari France..


ini pulak herb salad plus udang.. dengan sos ape nama ntah.. sos sedap tp herb salad tu pahit ! aku telan satu je pastu sume aku tolak tepi.. bunga warna kuning tu pun leh makan tp aku syg nk makan sebab cantik sgt.. so aku letak je tepi.. keh3


then ada sup pumpkin.. yg ni aku suka.. lemak berkrim.. dalam sup ni ada dua ekor udang.. pastu diservekan dengan roti.. roti cicah sup labu ni mmg terbaik !! berketu-ketul roti aku telan.. style tak reti nak cover kebuluran.. haha


ini pulak grilled fish.. ikan ni sedap.. tp sekotet je.. 


ini dia main dish.. ikan ape ntah.. aku telan tak abes pun sebabnya ikan ni rasa macam mna ntah.. tekak aku rasa mual makan ikan ni.. aku sorang je dapat ikan time ni sebab daging tak halal kan.. mereka-mereka yang lain dapat lamb chop yg xmacam lamb chop sgt lah.. nipis semacam je dagingnye aku tengok.. dan daging nampak medium rare.. 


ini pulak penutup selera.. moist choc cake dengan seketul ais krim.. yg berbetuk telur tapi bujuk sket tu.. ini mmg fav aku ! tp choc cake dia rasa pahit sket.. selang seli makan ngan ais krim tu ok la.. 

tu je la citer pasal dinner aku.. saje nak tayang gambar makanan sedap-sedap kat korang.. keh3..



p/s : aku happy sebab semua paper aku lulus dengan cemerlangnya.. alhamdulillah.. tak sia-sia kau study last minutes.. keh3.. jangan tiru habit gila aku ni ea.. =p

pss : yang pasal entry lepas tu.. benda yang cacat ialah stokin aku la.. tahniah kepada yang berjaya meneka dengan jayanya !! *tepuk tangan !! stokin yang first tu ada belang-belang.. yang second tu belang-belang takde sebab aku lupa nak lukis.. keh3..




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 19, 2012

:: Tahniah !! ::


aku nak ucapkan tahniah buat Ezani !!

sumber : facebook

kerana telah merangkul gelaran Juara Masterchef Malaysia yang pertama !!
yes ! aku tau aku lambat tapi aku still nak wish jugak.. tahniah !! tahniah !! hehe


tak lupa jugak ucapan tahniah aku untuk Wahidan sebagai pesaing Ezani di pusingan akhir.. Wahidan pun tak kurang jugak hebatnya.. tapi rezeki menyebelahi Ezani kan..

seriusly aku kagum dengan bakat memasak diorang ni.. 

untuk pengetahuan korang yang tak kenal Ezani or tak mengikuti Masterchef Malaysia, Ezani ni merupakan seorang dentist tau.. dah la berpelajaran tinggi.. pandai memasak pulak tu.. cantik.. pendek kata pakej cukup lengkap la wehh.. untung la sapa jadi suami dia.. leh makan sedap selalu.. mesti mak ayah dia bangga punya la dapat anak macam dia ni.. :)) kalau ada yang berkenan boleh la stalk dia kat sini

salah satu resepi dia yang aku sangat suka ialah cream puff !! favourite aku tu !! lepas solat subuh tadi aku try la search kt google.. ntah macam mana termasuk kat website Masterchef Malaysia ni.. so apa lagi.. jari aku ligat je carik resepi cream puff tu.. buat makluman korang cream puff Ezani ni tip top masa Ujian Ciptarasa dan mendapat pujian daripada chef-chef MC tau.. katanya cream puff Ezani mengalahkan cream puff yg terkenal kat jepun iaitu Beard`s Papa.. 

sumber : sini

yeayy !! akhirnya dapat jugak aku jejaki resepi yang aku idam-idamkan !! malam ni jugak nak try buat ! heee tak sabo bebena haaa.. kih3

kalau korang nak try jugak boleh la klik sini

dan dekat website Masterchef Malaysia tu ada lagi resepi-resepi lain daripada semua peserta-peserta MC yang lain.. so kalau korang ketandusan idea nak masak tu boleh la mencuba resepi-resepi baru yang mantap-mantap belaka.. :))

mulakan hari anda dengan bismillah dan senyuman yang manis ! 
bye !!



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 3, 2012

:: Resepi icecream cheese cake ::

gomen ne.. dah lama tak jenguk korang semua.. 
maklumlah sekarang tengah winter holiday maka aku pun bercuti dr berblog.. tak sempat nak jenguk yg lain.. 

*****

today aku nak share resepi icecream cheese cake 


***** STEP 1 *****

biskut oreo
butter (cairkan)

>> hancurkan biskut oreo
>> gaul rata bersama butter 
>> basekan kedalam loyang cake

# sukatan biskut oreo dan butter agak2 je la.. ikut tebal mana yg korang nak

***** STEP 2 *****

10 gm gula
2 biji kuning telur
100 gm cream cheese

>> pukul gula + telur sampai kembang
>> dah kembang, letak bowl atas air mendidih, sambung pukul selama 3 minit
>> angkat bowl dari air mendidih, kemudian masukkan cream cheese dan pukul sebati

***** STEP 3 *****

150 ml whipping cream (nama cream)

>> dalam bekas yang berasingan, pukul sampai pekat (sampai jadi macam nak sapu kat kek tu)

***** STEP 4 *****

>> campurkan kedua-dua adunan dan kacau sebati
>> tuang kedalam loyang yang telah dibasekan dengan biskut oreo tadi
>> bekukan dalam peti selama 3 jam (letak kat tempat beku ye)

untuk decoration ikut citarasa masing-masing :))



~ selamat mencuba ~







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, December 18, 2011

:: kebosanan ::

morning !! :)


cheesecake.. buat kemarin dulu.. saja post gambar makanan nak bagi korang terliur.. terliur dak wehh ? hahaha

cheesecake ni aku buat pakai resepi dari vietnam.. aku suka sebab takyah guna gelatin.. *aku takde bekalan gelatin halal skrg !! cheesecake ni tak perlu bakar.. just masuk peti sejuk kat tempat beku selama 3 jam.. sedap wehh !! :p


ini project aku yang baru je siap semalam.. sarung kusyen.. boleh la peluk-peluk time sejuk..

aku sebenarnya bosan.. nak keluar malas pulak bila tengok salji yg memutih kat luar tu.. so time winter ni aktiviti aku dihujung minggu ialah

# main masak-masak
# makan, makan dan makan
# layan running man
# tidur

boring tak ? sungguh boring kan..
aku dok tunggu nak tengok ombak rindu ni..
tapi tak tau nak donlod kat mana..
ada sapa2 tau kat mana ak leh tengok/donlod ombak rindu tak ???
kasihanilah daku yang kebosanan ini.. 

>.<


latest project.. baby booties.. present utk member aku yg baru dapat baby.. :)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 19, 2011

:: Madu itu manis ::

Madu itu manis tapi bermadu itu pahit.. setuju ???


nahh.. menu dinner malam ni.. 

ayam madu Cikten10

resepi dari kepala otak sendiri.. sapa-sapa yang malas masak tp nak makan sedap boleh la try ayam maduk Cikten10 yang sangat simple !! tak caya ???

*****

bahan-bahan

ayam
sos tiram
madu
black pepper (serbuk)

*****

cara penyediaan

1. basuh ayam, toskan
2. sos tiram + madu + black pepper lumurkan pada ayam
3. bakar dalam oven selama 1 jam 30 minit suhu 200 darjah celcius..

*****

tips : aku tutup bahagian atas ayam dengan aluminium foil pada minit yg ke 45 so that isi ayam tak terlalu kering.. :)

*****

selamat mencuba !!!

mood Cikten10 : menghitung hari.. menunggu kepulangan encik bf.. seminggu lagi.. huuuu


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 8, 2011

Monday, October 31, 2011

:: pedih mata ::


sambal ikan bilis aku takyah letak garam dah..
masin ngan air mata je.. jimat dan cermat.. wakaka

penah tak korang menangis masa potong bawang ??
aku hairan dan curious.. apa benda ada dalam bawang ni ehh..
ada sesetengah bawang tu tak memedihkan mata.. 
tapi ada sesetengah tu buat aku menangis bagai nak rak ! *hiperbola gila.. haha
agaknya ada jenis bawang tak memedihkan mata dan memedihkan mata kot..

ade sape-sape tau tak kenapa bawang memedihkan mata ??
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, October 26, 2011

:: oreo cheesecake ::

you all sihat ? lately aku banyak abeskan masa kat atas katil je..
mana taknya.. makan ubat je tumbang.. asal tengok ubat je tumbang.. 

celik je mata pagi tadi.. tekak aku terasa perit sekali.. gagah jugak bangun mandi gi lab..
dok beberapa minit kat lab aku dah rasa tak larat sangat baru gedik pi bilik sakit cari ubat..
tu lah aku.. dah nyawa2 ikan baru reti nak cari ubat.. ubat dan aku macam KLCC dengan sawah padi.. >.<

besa la kan.. bila demam xde selera makan.. tapi aku pelik sket.. aku ngidam nak makan cheesecake !! curlass gitu perut aku kan.. haha


nahh.. oreo cheesecake utk orang demam.. keh3

makan cheesecake 2 slice.. pastu makan ubat.. aci la kan? 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, October 16, 2011

:: pecutan ::

*****

firstly..
this is the answer for entry lepas 
hope you all enjoy this song..
sambil kemas2 umah boleh la dengar ea.. (",)


*****
2nd thing


semalam dari pukul 4.30 petang aku masak.. dibantu assistance2 aku yang tak berapa nak betul..
pukul 7.30 start party !

*****

now.. aku busy siapkan segala benda untuk open campus next week..
this year atas permintaan ramai aku buat sate dan kuah kacang.. menu sampingan apam balik..
so dijemput datang ke Sendai National College of Technology pada 22 dan 23 October utk sama2 memeriahkan lagi open campus ni.. ;p

aku rindu nak terjah cerita2 panas lagi sensasi dari korang..
tapi masa tak mengizinkan aku untuk blogcrawling dengan senang hatinya.. huaa
ok lah ! aku nak siapkan banner utk booth kitorang..
nanti aku tempek gambar kat sini ea..
muahhh !!

*****



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, October 2, 2011

:: membuka selera ::

ohh no !!
esok dah ari isnin..
kenapa la weekend 2 hari je.. huhu


weekend je la perut aku riang gumbira..
sebab tuan dia akan jamu dengan masakan special sket..

so hari ni asam pedas !!!
sungguh menyelerakan..!! 
favourite aku nih !.. 

ohh..
ape motifnya entry ni ??
saja nak tayang kat korang ari ni aku masak special sket..
makan nasi tambah smpai 3 pinggan !!
nahhh.. amek ang.. kih3

korang makan ape ari ni ?

.....

lagi satu..
blanket aku dah siap !!!

taraaaa



cantik tak ?
olooo puji la penat tau aku mengait siang malam..
pasni aku nak kait blanket pattern lain plak..
ohh ye.. sekarang hobi aku yang satu ni dah dtg balik..
so kalau aku jarang update tu paham2 je la ea..

bubye !!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, September 24, 2011

:: Puteri ayu kelaparan ::

Assalamualaikum

hye ! korang ngah wat ape tu ??
mesti ade yang tengah sedap berdengkur kan..
aku mata masih terbeliak lagi..

tiba- tiba !!

aku rasa macam...

macam...

lapar !!!


aku lapar ini !!

kuih puteri ayu ..

makan kuih ni mesti jadi ayu macam aku .. *ok sila muntah biru

uwaa.. macam mana ni..
mana nak carik kuih ni kat japan..

nak buat sendiri takde kelapa parut lak..
hentam saje la kan ape yang ade..

ok.. kena tido awal sket..
esok bangun awal buat kuih puteri ayu !

sape-sape yang terasa rajin nak mencuba boleh try resepi kat :: sini ::

ok bai !! 
oyasuminasai =)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 20, 2011

:: Resepi sponge cake ::


Assalamualaikum !!

hye ! hye ! 
macam biasa aku nak kongsi resepi sponge bob !! ehh tak !! sponge cake ! hehe >.<

yang ni terlebih garing sket sebab aku terlupa yang aku bakar kek !! tapi still lembut.. sengal kan aku ?? keh3
** bahan - bahan **

100 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
100 gm gula icing
3 biji telur
2 sudu besar minyak jagung
2 sudu besar susu segar
eseen vanilla

** cara - cara **

1. preheat oven 180 darjah celcius

2. ayak tepung gandum + baking powder

3. asingkan putih dan kuning telur

4. pukul kuning telur + 1/3 gula hingga menjadi keputihan

5. dalam bekas lain pukul putih telur + baki gula hingga betul-betul kembang

6. masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata

7. masukkan kuning telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan dan gaul rata

8. masukkan susu + esen vanilla + minyak jagung dan kaup balikkan hingga rata

9. masukkan dalam loyang bakar selama 30~40 minit

.....

bleh hias ikut kreativiti masing2..


kalau yang ini aku sapukan kek dengan krim..

pastu corakkan dengan coklat..

lembut ! sedap ! dan simple !

~ selamat mencuba ~




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...