:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Showing posts with label Resepi Cik TeN10. Show all posts
Showing posts with label Resepi Cik TeN10. Show all posts

Tuesday, July 7, 2015

:: Biskut mazola ::

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah 20 hari berpuasa. Kejap je masa berlalu kan. Lagi 10 hari je nak berpuasa. Kalau pi shopping mall sana sini berkumandang lagu raya kan.

So bagaimana dengan persiapan raya anda ? Baju raya dah beli ? Kuih raya ?

Kuih raya belum buat ? Tak tau nak buat kuih ape ?
Meh sini aku kongsikan resepi yang sangat ringkas dan mudah sebab tak memerlukan bahan-bahan yang banyak dan senang jugak untuk dibuat.

Resepi biskut mazola turun temurun dari mak aku. Mana mak aku dapat aku tak pasti. Tapi aku tengok buku resepi mak aku masa zaman dia muda-muda dulu. Buku tu pun dah macam nak reput dah so aku cepat-cepat salin segala resepi yang tercatat kat dalam buku tu dan aku kongsikan jugak disini. Mana tau kot2 buku yg aku salin tu pulak hilang kan. Hehe


Bahan-bahan

1 cawan kacang tanah yang telah dikisar halus
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula icing
Minyak jagung secukupnya
Kuning telur (boleh tambah pewarna kuning sikit)

Cara-cara

1. Campur semua bahan-bahan kering dan gaul rata.

2. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit. Gaul hingga menjadi doh seperti dalam gambar di bawah.


3. Terapkan mengikut acuan kesukaan masing-masing. Aku bulat-bulatkan aje macam kat bawah ni.


4. Penyetkan sikit dan susun atas dulang pembakar. Sapukan kuning telur.


5. Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 10 minit. Senang cerita nampak biskut bertukar warna perang tu kira masak dah la tu. 

6. Sejukkan sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

Senang aje kan? Aku buat 3 adunan kali ni. Separuh untuk bawak balik rumah mertua dan lagi separuh untuk bawak balik kampung aku. 1 adunan aku dapat dalam 100 bijik. Ikut saiz lah. Kalau korang buat besar-besar dapat sikit lah. 

Selamat mencuba :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 5, 2015

:: Prawns Aglio Olio Recipe ::

Assalamualaikum.

Apakah menu berbuka anda hari ini?

Hari ini si kecik dalam perut ni request nak makan Prawn Aglio Olio. Makanya jari jemariku ligat menari-nari atas keyboard mencari resepi yang menarik.


# tips mencari resepi mudah, simple dan sedap ialah :
search images dekat google. Then tengok randomly gambar yang nampak macam sedap ja...macam sedap ja yang ni.. Pilih la beberapa gambar then browse link dia. Bandingkan those recipe and method. Pilih la mana yang paling senang bagi korang.

So, untuk Prawn Aglio Olio ini, aku telah memilih resepi dari website << INI >>

Untuk tujuan rujukan di masa hadapan aku nak rekod sket lah kat sini resepinya. Ada aku olah sikit-sikit ikut suka hati aku. haha. Nak resepi asal sila rujuk kat link di atas ya :)

Bahan-bahan
Pasta
3 sudu besar olive oil
udang
bawang putih dicincang halus
cili padi (ikut tahap kepedasan masing2)
garam
black pepper

Cara-cara

1. Didihkan air didalam periuk bersama 1 sudu besar garam. Masukkan pasta rebus sampai masak. Setelah masak, toskan dan ketepikan.

2. Bersihkan udang. Kopek kulit dan kepala udang. Masukkan kulit dan kepala udang yang telah dikopek ke dalam periuk kecil. Masukkan sedikit air dan renehkan selama 5 minit untuk mendapatkan stok udang.

3. Panaskan olive oil di dalam frying pan. Masakkan udang. Seafood seperti udang tak perlu nak masak lama-lama sangat2. agak2 dah bertukar warna udang tu dah boleh angkat dan ketepikan.

4. Dengan menggunakan frying pan yang sama, tumiskan bawang putih bersama cili padi yang telah dipotong. Tumis hingga bawang putih bertukar jadi warna kekuning-kuningan.

5. Perlahankan api tahap minimum. Masukkan pasta, udang, dan stock udang secukupnya. Perasakan dengan garam dan black pepper. Gaul sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

p/s : Boleh tambah hirisan daun parsley untuk menambah lagi keenakan hidangan anda. Sebab aku xdak so so aku tak masukkan kali ni.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 12, 2013

:: 巻き寿司 ::


Assalamualaikum.

Semalam aku malas masak. Layan movie Korea dekat viki. Sejak aku install apps viki dekat ipad ni pantang free je mesti layan movie Korea sambil berbungkus dalam futon. Gara-gara asyik melayan movie Korea aku pun turut terjebak untuk cuba buat sushi cara Korea. Orang Korea panggil kimbap orang Jepun panggil 巻き寿司/maki zushi. 


Ini lah dia rupa kimbap hasil sentuhan kreatif dari aku.

Nak buat dia senang saja.
Korang memerlukan

1. Seaweed
2. Telur( telur dadar then potong panjang2 lebar 1 inchi)
3. Isi ketam
4. Tuna
5. Timun(potong panjang2)
6. Carrot(potong panjang2 and goreng kejap tanpa minyak)
7. Nasi panas gaul dengan minyak bijan dan garam( pakai beras jepun memang mantap)
8. Sushi maki/penggulung sushi

Dah ready bahan-bahan tu semua. Boleh la gulung.
Tempek nasik atas seaweed tu bagi rata penuh seaweed tu. 
pastu letak timun,carrot dan semua isi2 yg lain then gulung.



Gulung macam ni. Pastikan gulung ketat-ketat dan kemas supaya jadi cantik and dapat bentuk yg firm bila potong nanti. 

Dah siap gulung potong la agak2 tebal setengah inchi. Then sedia untuk dimakan !
Simple kan? Selamat mencuba !! 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 5, 2013

:: Resepi Bread Balls ::

Assalamualaikum

Usai solat maghrib tadi perut terasa lapar pulak.
Mulut terasa nak mengunyah something.
Lalu jari jemari laju menekan keyboard mencari idea.
Mata tersinggah pada resepi di blog terkenal abm
Resepi yang ringkas dan menarik.
Sesuai untuk habiskan bekalan roti yang bakal expired.
So jom ! Check out the recipy style campak2 aku.
Mana bahan yang ada ja aku campak.
Korang boleh ubah suai ikut citarasa masing2 jugak.


Nampak sedap kan? Memang sedap pun ! Haha
Nak cuba?
Resepi ada di bawah


Cara-caranya
1. Buang tepi2 roti yang hitam tu then potong kecik-kecik
2. Bawang besar dan fishcake pun kasik cincang saja.
3. Campur semua bahan(kecuali minyak) plus serbuk pati ayam secukup rasa(sorry lupa nk letak kt list bahan2).Gaul rata.
4. Bentukkan bulat2 then boleh goreng hingga warna brown.

P/s : kalau ada daun bawang/sup boleh masukkan jugak.
P/s : kalau rasa serbuk pati aym tu xcukup masin boleh tambah sedikit garam.pandai2 la perasakan ya.

Selamat mencuba !


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 22, 2012

:: Roti sosej ::

Salam readers =)

saje je tadi nak kemas fridge ternampak sosej ade lagi 3 batang..
pikir punya pikir terpikir nak buat roti sosej ni..
maklum la nak beli kat kedai tak halal kan..
so jumpak resepi ni .. simple dan mudah.. so try la buat..
aku buat separuh adunan je sebab sosej ade sket je..

ni lah hasilnya..



sosej tenggelam selepas dibakar sebab roti mengembang..
walaupun rupa tak indah mana.. tapi rasanya sedap ! ngee style puji diri sdri.. keh3

kalau nak lagi sedap boeh tabur cheese atas roti tu sebelum dibakar..
aku xde cheese so aku tuang mayonese ngan sos cili je..
nak lagi berkilat boleh sapu mentega sejurus selepas keluarkan roti dari oven.. biar lip lap lip lap gitu roti korang !! hahahh

ok la.. nak rest jap.. esok orang office datang nak check bilik..
dah rajin sket bersihkan bilik.. then smbung kemas bhgn dapur nak tengok mana yg nk angkut pi akita nanti..

p/s : kepada all SPM candidates 2011.. tahniah la utk anda semua.. pada yang kurang bernasib baik tu jangan berputs asa ya.. gagal kari ini tak bermakna gagal selama-lamanya.. anda masih ada jalan andai anda mahu berusaha.. =)

pss : kepada adik-adik yang berminat nak lanjutkan pengajian ke Jepun boleh la try mohon biasiswa Monbukagakushou (biasiswa kerajaan Jepun) !! nak tahu lebih lanjut boleh baca sini .. ataupun boleh jugak apply biasiswa JPA macam aku.. yang tu korang kena check sendiri dekat website JPA.. aku akan buat entry asing untuk cerita berkaitan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke Jepun.. insyaAllah esok aku post ya =)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 3, 2012

:: Resepi icecream cheese cake ::

gomen ne.. dah lama tak jenguk korang semua.. 
maklumlah sekarang tengah winter holiday maka aku pun bercuti dr berblog.. tak sempat nak jenguk yg lain.. 

*****

today aku nak share resepi icecream cheese cake 


***** STEP 1 *****

biskut oreo
butter (cairkan)

>> hancurkan biskut oreo
>> gaul rata bersama butter 
>> basekan kedalam loyang cake

# sukatan biskut oreo dan butter agak2 je la.. ikut tebal mana yg korang nak

***** STEP 2 *****

10 gm gula
2 biji kuning telur
100 gm cream cheese

>> pukul gula + telur sampai kembang
>> dah kembang, letak bowl atas air mendidih, sambung pukul selama 3 minit
>> angkat bowl dari air mendidih, kemudian masukkan cream cheese dan pukul sebati

***** STEP 3 *****

150 ml whipping cream (nama cream)

>> dalam bekas yang berasingan, pukul sampai pekat (sampai jadi macam nak sapu kat kek tu)

***** STEP 4 *****

>> campurkan kedua-dua adunan dan kacau sebati
>> tuang kedalam loyang yang telah dibasekan dengan biskut oreo tadi
>> bekukan dalam peti selama 3 jam (letak kat tempat beku ye)

untuk decoration ikut citarasa masing-masing :))



~ selamat mencuba ~







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 19, 2011

:: Madu itu manis ::

Madu itu manis tapi bermadu itu pahit.. setuju ???


nahh.. menu dinner malam ni.. 

ayam madu Cikten10

resepi dari kepala otak sendiri.. sapa-sapa yang malas masak tp nak makan sedap boleh la try ayam maduk Cikten10 yang sangat simple !! tak caya ???

*****

bahan-bahan

ayam
sos tiram
madu
black pepper (serbuk)

*****

cara penyediaan

1. basuh ayam, toskan
2. sos tiram + madu + black pepper lumurkan pada ayam
3. bakar dalam oven selama 1 jam 30 minit suhu 200 darjah celcius..

*****

tips : aku tutup bahagian atas ayam dengan aluminium foil pada minit yg ke 45 so that isi ayam tak terlalu kering.. :)

*****

selamat mencuba !!!

mood Cikten10 : menghitung hari.. menunggu kepulangan encik bf.. seminggu lagi.. huuuu


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 20, 2011

:: Resepi sponge cake ::


Assalamualaikum !!

hye ! hye ! 
macam biasa aku nak kongsi resepi sponge bob !! ehh tak !! sponge cake ! hehe >.<

yang ni terlebih garing sket sebab aku terlupa yang aku bakar kek !! tapi still lembut.. sengal kan aku ?? keh3
** bahan - bahan **

100 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
100 gm gula icing
3 biji telur
2 sudu besar minyak jagung
2 sudu besar susu segar
eseen vanilla

** cara - cara **

1. preheat oven 180 darjah celcius

2. ayak tepung gandum + baking powder

3. asingkan putih dan kuning telur

4. pukul kuning telur + 1/3 gula hingga menjadi keputihan

5. dalam bekas lain pukul putih telur + baki gula hingga betul-betul kembang

6. masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata

7. masukkan kuning telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan dan gaul rata

8. masukkan susu + esen vanilla + minyak jagung dan kaup balikkan hingga rata

9. masukkan dalam loyang bakar selama 30~40 minit

.....

bleh hias ikut kreativiti masing2..


kalau yang ini aku sapukan kek dengan krim..

pastu corakkan dengan coklat..

lembut ! sedap ! dan simple !

~ selamat mencuba ~




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 19, 2011

:: Resepi Cik Ten10 _ Tilapia ::

Assalamualaikum..

tadi barang2 yang aku order on9 dah sampai..

dah lama ngidam nak makan ikan tilapia.. so sampai je terus masak !!

ini lah dinner aku malam ni..

Ikan Tilapia versi campak Cik TeN10..


.....

bahan-bahan untuk di blend :

Cili kering 
bawang besar
bawang putih

.....

cara-cara memasak :

1. lumurkan ikan dengan garam kunyit.. goreng sampai masak..

2. panaskan minyak.. tumis bahan2 blend hingga naik bau..

3. masukkan sos tiram + sos cili

4. garam dan gula secukup rasa..

.....

actually aku nak masak sweet sour.. tapi tak cukup bahan.. so campak mana yang ade je lah.. simple kan ??

selamat mencuba !! (",)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, May 28, 2011

:: Resepi Cik Ten10 >> Bihun goreng singapore ::

Assalamualaikum.. (",)


korang masak ape petang ni ??
aku punya breakfast + lunch + minum petang ari ni ialah Bihun Goreng Singapore !! hahh bantai dr pg smpi ke petang telan bihun greng je.. haha sape2 nk trunkan berat bdn bleh contohi aku ye.. kih2

aku tak nak bebel panjang2.. nk kongsi resepi dgn korang..
dah ready pen and kertas ?? tak perlu lah !! print je.. sng cte kan..

.....

Bahan utk dikisar halus 
1. bawang merah
2. bawang putih
3. cili kering yg telah direbus dan dibuang biji
4. udang kering

Bahan-bahan lain
5. bihun 
6. telur 
7. isi ayam potong dadu (optional)
8. kobis + sawi ( ikut citarasa msg2 )
9. garam + gula + sos tiram
10. minyak

.....

Cara-cara memasak

1. panaskan minyak
2. tumiskan bahan-bahan yg telah dikisar
3. masukkan isi ayam
4. masuk garam + gula + sos tiram secukup rasa
5. pecahkan telur dan gaul rata
6. masukkan bihun, gaul rata ( api perlahan )
7. masukkan sayur, gaul rata

.....

siap untuk dihidang !! senang kan ? selamat mencuba ^.^



ohh triffle ni buat semalam sempena birthday my junior !! tak sempat nk buat kek triffle pn jd lah kn.. lg cepat dan mudah !! 

enjoy ur weekend !! bubye~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 6, 2011

:: Ayam Bakor Cik TeN10 ::

Assalamualaikum (",)


Ayam Bakor Cik TeN10


amacam?? nmpak sodap tak den masak ??

kite bakor !! kite bakor !!
ni semua gara2 tgk ABPBH la ni..

terus rasa nak makan ayam bakor !!

so hari ni nak share resepi ayam bakor ni
mudah dan senang bangat !!
kalau rsa malas nk masak
mmg resepi ini jadi pilihan aku selain sup ayam and tomyam !

bahan-bahan


     >>ayam
     >>bawang besar
     >>bawang putih
     >>serai
     >>halia
     >>cili kering (direbus dan dibuang biji)
     >>jintan manis
     >>sos tiram
     >>garam
     >>madu




cara-cara


     1. gaulkan ayam dengan sos tiram + garam + madu secukup rasa. rehatkan sebentar


     2. blender bawang besar + bawang putih + serai + halia + cili kering + jintan manis
         hingga lumat
     
     3. gaul ayam td dengan bahan2 yang telah dikisar


     4. perap paling kejap 20 minit


     5. bakar.. arang pun boleh oven pun boleh..


sukatan ?? 
erkkk aku tak tahu la nk bg sukatan 
sebab aku masak main campak2 
sesedap rasa hati aku je..
alahh korang rasa la bg sedap..

bawang besar lagi banyak lagi sedap..
bawang putih letak sket je..
serai dan halia untuk kasi bau.. 
garam and madu secukup rasa lah..

semalam aku rajin terlebih so bakar guna arang..
lagi sedap berbanding bakar guna oven..
tapi kalau malas masuk je dalam oven..
set time suhu dlm 200 darjah celcius 
biar je sampai masak..

makan dengan nasi panas2 and sup sayur..
sodap hingga menggigit jari !!


selamat mencuba !! (^.-)


p/s : agak2 kalau bakal mak mertua baca nih mesti dia bangga kan nak dapat menantu bertuah cam aku !! erkkkk syok sendiri~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 25, 2011

:: Home made triffle by Cik TeN10 ::

Assalamualaikum (",)


waaa perut kenyang hati manyak senang maa..




inilah hasil main masak2 tadi.. 
kejap je nk buat triffle ni..
sangat simple and boleh ubah ikut citarasa masing2..




sebenarnya aku dh janji ngn senior aku..
nk bagi resepi triffle ni kt dia..
dr tahun lepas tak bg2 lagi..
so ni aku nk share dgn korang..
jom ikut chef TeN10 sediakan triffle!..
ewahh.. hahaha




bahan-bahan:

  • agar-agar + air  (rebus sampai semua agar2 cair)
  • tepung kastard 
  • susu cair
  • gula
  • strawberry (boleh gnti ngn buah2an cmpuran dlm tin aka cocktail)
  • whipping cream ( kl takde boleh ganti ngn jelly )


ini yg aku guna kt sini..kt mesia aku tak tau cmne..
selalu ada jual kt kedai kek lah..
cara-cara:


1 . rebus agar-agar sampai semua cair

2 . bancuh tepung kastard dgn sedikit susu cair


3 . bila agar2 semua dh cair masukkan bancuhan tepung kastard. jgn benti kacau nt berketul     and pastikan api perlahan


4 . masukkan gula secukup rasa

5 . tuangkan separuh kastard yg dh dimasak tadi atas kek yg telah disusun dgn strawberry atau pn cocktail


letak lapisan kek dlm bekas..jgn terlalu nipis dan
jangan terlalu tebal..




6 . tindankan lagi satu lapisan sponge kek, then tuang lagi separuh lebihan kastard atas tindanan kek tu


7 . bila kastard dh sejuk and keras tuang whipping cream yg telah dipukul guna hand mixer atas lapisan kastard tadi..
     
p/s : if guna jelly.. bncuh serbuk jelly dgn air panas.. then tuangkan atas tu..tp pastikan kastard td sejuk terlebih dahulu


8 . tabur strawberry or cocktail di atas.. nk cantik bleh la hias bagai2 lagi


9 . sejukkan dlm peti sejuk.. then bleh la telan.. 


p/s : sponge kek aku beli yg dh siap ye.. kl xde sponge cake roll cake pn bleh je.. 20 minit pn bleh siap bnda nih.. 


simple kan?.. so selamat mencuba (",)







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 17, 2010

:: Let share!! ::


Salam kenal..

ermm..
sebelum ni sy suka baca blog orang..
da lama sy jd silent reader..
untuk mengisi masa lapang dan menghilangkan rasa sunyi dan bosan,maka wujudlah blog ini..

kenapa aku buat blog ni?..
sekadar untuk mengisi masa lapang..
dan share pengalaman aku sbg seorang anak perantau..sambil bertukar2 pendapat..

yoroshikuonegaishimasu!!(",)




.....



ari ni aku rse cm nk kongsi resepi ngn korg lah....puding castard kegemaranku...resepi ni dpat dr my mom lah...sng je nk wt puding ni..amatlah simple tp sdap..yummy2!!!..

bahan2 : tepung bird castard, susu cair, agar2, gula,buah2an koktail...

1.masak agr2 bg sume cair
2.msukkan gula
3.bancuh tepung bird castard ngn sket susu cair 4.msukkn dlm agar2+gula
5.msukkn lebihan susu cair
6.kacau smpi msak(20 minit cm2)
7.masukkn dlm bekas then sjukkan 8.kl nk sdap g taburkn buah2an koktail

nk hias bg nmpk cantik 2 ikut creativiti masing2 lah...
selamat mencuba~~~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...