:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Showing posts with label flowers. Show all posts
Showing posts with label flowers. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

:: SAKURA dan Ashikaga Flower Park ::

Assalamualaikum.. 
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu disni.

Kali ni nak cerita sedikit saja pasal program yang aku join masa Golden Week yang lepas.
program yang diberi nama SAKURA singkatan bagi Salam Kedatangan Untukmu Rakan ini telah diadakan di 鴨川,千葉県 (Kamogawa, Chiba-ken)selama 3 hari dua malam bermula 3 Mei hingga 6 Mei 2013.
 Alhamdulillah ramai yang turut serta dalam program SAKURA ni.
dalam masa 3 hari tu dapat banyak sangat input yang selain dapat jumpa sahabat-sahabat yang belajar di seluruh pelosok Jepun. Sangat seronok. Detail tentang pengisian sepanjang program tu akan aku kongsikan di kemudia hari. InsyaAllah :)

so.. kali ni aku nak bawak korang semua ke Ashikaga Flower Park yang terletak di Gunma.
untuk english version boleh klik << s.i.n.i >> 
sesiapa yang berminat nak melawat Ashikaga Flower Park ni silalah lawati laman web dengan klik link dia atas. Time aku masuk ni kira macam waktu kemuncak la bunga banyak kembang. Yuran masuk 1600¥ tu aku rasa sangatlah berbaloi nak dibandingkan dengan keindahan taman syurga Allah di dunia ni kan :)


ni lah dia rombongan Cik Fatin ke Ashikaga Flower Park.
dari kiri Arafah, Kak Nani dan Kak An.
selepas tamat program SAKURA aku ngan Arafah terus ke Gunma, bermalam di rumah Kak An.
keesokan harinya, 7 Mei kami pi melawat flower Park tu.
Tak jauh sangat pun. Dari rumah Kak An dalam 30~40 minit saja naik kereta :)
Kami sampai tu dah pukul 1 petang kalau tak silap.
Memang ramai orang.


Flower Park ini sangat luas ya. Jenuh jugak la aku nak menapak ke semua tempat. Perasaan teruja aku tu membuatkan aku terus lupa penat nak berjalan. Semua pun aku terjah. Excited lebih. hahaha


Ada tempat nak berehat santai-santai jugak.



Subhanallah. Unik kan pokok ni? bunga dia berjuntai macam langsir yang luas ni datangnya dari satu batang pokok tau. Baunya sangat harum.



Inilah rupa bunga yang berjuntai-juntai tadi tu. ふじの花 (Fuji no Hana) namanya.
Aku difahamkan pokok ini telah berusia 150 tahun. Walaupun dah tua tapi masih keluarkan bunga yang cantik dan wangi kan. Hebat sungguh ciptaan Allah kan :)


Bunga ni pun berjuntai-juntai jugak tapi jenis lain. Tak sama macam yang purple kat atas tu.


Ini pokok bunga warna putih pulak. Berjuntai-juntai jugak. Bunga warna putih ni bau dia lagi harum berbanding yang warna purple tadi. Bau dia lebih kurang macam bau bunga melur tapi lagi sedap bau dia berbanding bunga melur. Tu citarasa hidung aku la. Kalau korang rasa deria bau hidung kurang baik tu sila korek hidung dengan segera.. kah3



Ini rupa bunga putih tu dari dekat.


Ini pulak versi dalam pasu.


Gambar kenang-kenangan. Tahun ni aku rasa nak melancong sebanyak yang boleh ke seluruh pelusuk Jepun. Ye lah tinggal lagi 11 bulan je lagi kat sini before grad tahun depan, insyaAllah. So taknak lepaskan peluang yang ada untuk menikmati keindahan ciptaan Allah di bumi sakura ni. Lepas ni aku plan nak ke Hokkaido, tempat paling sejuk kat Jepun tu. InsyaAllah. 


Sebelum balik kami pi try makan eskrem perisa bunga tadi tu. Sedap !!! Alhamdulillah.

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan kan.. memang betul la tu. Selagi kita dikurniakan nikmat sihat, nikmat lapang marilah kita manfaatkan sebaiknya.

Setakat ni saja kot coretan buat kali ni.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 29, 2013

:: Kembali ::

Assalamualaikum.. Apa khabar korang semua? Alhamdulillah aku dah selamat kembali ke Jepun Rabu lepas.. Sekarang dah sampai Akita dah pun.

Sampai je Tokyo hatiku berbunga-bunga walaupun pada mulanya berat hati sangat nak tinggalkan Malaysia. Nak tau kenapa hatiku berbunga? Tengok gambar kat bawah :))






Sekarang dah musim bunga.. dekat area Tokyo sakura tengah berkembang mekar / mangkai. Dekat Akita belum lagi. masih ada sisa-sisa salji lagi kat Akita ni.. bulan 5 kot baru nak dapat tengok sakura kembang kat Akita nih. 

Cerita-cerita percutian aku kat Korea pulak dah ada dalam draft cumanya gambar aku blom manage lagi.  Ntah bila aku nak rajin manage gambar yang beribu dalam phone ngan kamera tu aku sendiri tak pasti. semakin rajin maka semakin cepat la cerita-cerita tu di publish.. kalau tak?... bhahahahaha

k la.. nak ngemas umah lak.. nanti aku jejaki cerita hangat korang ya.. 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 10, 2011

:: Dalam hati ada taman ::

aipp.. semua sihat?..


ada seekor ular datang.. ntah mcm mana ntah bleh melingkar kt bahu aku.. then aku geli.. trus nak tepis lah!.. tapi dia cm melekat kt leher aku!.. panic!!.. papp!!! dia patuk aku!.. parah!.. darah keluar berbaldi2.. aku ape lagi.. menangis tak mau2.. tup!!.. lohh.. mimpi je.. hihi


aku post la kt fb psal mmpi aku.. tba2 mmbr aku cakap camni..


ha..bukan org kata kalu mimpi camtu da org nk mai meminang...hehe

perghhh!!.. sampai 4 org like haa!.. minta2 betol la noo.. haha *gatai*

rock2 jugak beb!.. dalam hati tetap ada taman.. hehe malu plak..
dah2.. sebenarnya nk cerita.. td petang2 aku pi jalan2 kt Garden (kedai bunga dekat ngn hostel aku).. kat sini ada macam2 bunga.. aku kalau borink2 suka dtg jejalan kat sini.. kl tak beli pn aku dapat belek bunga2 pun da ok.. 

aku paling suka orkid.. and cactus.. 

tak yah la bebel pnjang2.. meh kita cuci mata tengok bunga2 yg sangat cantik!
macam2 jenis orkid ada.. 






yg ats tu gabera..yg bawah xtau nama

cactus

pesanan untuk para jejaka.. kalau awek ngah merajuk ke.. xtau nk pujuk cmne.. bagi la dia bunga.. mesti tersenyum lebar.. hilang terus muncung itik tu.. haha

skali skala apa salahnya buat suprise kan.. salu nk jmpa tgn kosong je.. skali skala bawak bunga.. mesti cair nye hati pompuan ni.. lu caye la sama gua!.. 

lepas ni dah musim bunga.. lagi banyak bunga yg cantik2 okeh selain sakura.. kalau nk tengok datang lah sini.. aku leh jd pemandu pelancong!.. hihi.. 

cukup membebel sket2.. penat dong.. daa~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...