:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

:: Apakah yang sudah aku lakukan? ::

Assalamualaikum.

Usai membaca surah Al-Mulk aku bertafakur sendirian.
Muhasabah diri.
Lalu aku teringat akan untaian kata dari Ustaz Riduan Mohd Nor.
Ingin aku kongsikan titik tolak yang telah menyedarkan aku dari kelekaan dunia.

Anda tahu kisah seekor burung pipit dan nabi Ibrahim?

Disini aku ringkaskan ceritanya.

Tikamana nabi Ibrahim dibakar, ada seekor burung pipit yng berusaha ulang-alik membawa air dengan paruhnya lalu disimbah keatas api yang membakar nabi Ibrahim. Makhluk Allah yang lain hairan.

Kenapa?

Secara logiknya banyak mana sangat air yang boleh dibawa dalam paruh burung yang kecil itu.

Tidakkah burung pipit itu sedar bahawa usahanya itu tidak akan membuahkan hasil ?
Dia pasti tidak berjaya memadamkan api yang besar itu.

Tetapi...

Jawab burung itu.

Memang aku takkan berjaya memadamkan api itu .
Tapi... Aku lebih takut kepada Allah.

Sebab...

Nanti, Allah tak tanya
Adakah kau berjaya memadamkan api itu?

Sebaliknya Allah akan tanya
APAKAH USAHA YANG SUDAH AKU LAKUKAN UNTUK MEMBANTU AGAMA ALLAH ?

So the point is :
Burung ini ada benda dia nak jawab depan Allah nanti.

So bagaimana dengan kita ?

Aku tinggalkan kamu semua dengan satu persoalan.

APAKAH YANG SUDAH KAMU LAKUKAN UNTUK MEMBANTU AGAMA ALLAH ?

Sama-samalah kita muhasabah diri. Ingat balik apa tujuan sebenar kita sebagai seorang khalifah.
Wallahua'lam.




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 27, 2012

:: Mata terbeliak ::


Salam readers ! morning.. 

mulakan hari anda dengan bismillah dan senyuman.. :)

topik hari ini ialah


Apa yang menyebabkan mata kita terbeliak ???


***** pertama *****



melihat accident berlaku depan mata 


***** kedua *****


melihat orang pakai seksi

"adoi laa.. kurang pahala aku.. dah la puasa ! hilang pahala.. "


***** ketiga *****


terbeliak masa nak mati ...

yang terbeliak masa nak mati ni apa ??

--> dia nampak apa yang dia akan jumpa

--> dia tengok apa yang dia akan jumpa dalam kubur 

--> dia tengok apa yang dia akan jumpa dalam neraka

--> dia tengok apa yang dia pernah buat dalam dunia

Allah tunjukkan masa dia nak mati !

Apa yang pernah kita buat ???

sebelum mati Allah tunjukkan balik

# mata terbeliak
# nganga mulut
# dada berombak

nak mintak ampun dah tak sempat.. nak bercakap pun dah tak boleh..
dah dalam ambang sakaratul maut !!

moga Allah mematikan kita dalam keadaan 
Husnul khotimah

dan menjauhkan kita mati tidak beriman,
Suul khotimah.

Amin.

sumber : youtube.com






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, June 9, 2011

:: Mohon petunjuk ::

Assalamualaikum.. (",)

.....

dlm satu hadis ada mengatakan
" Nabi pernah mengajarkan kepada kami istikharah dlm berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al-Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu maka hendaklah ia solat dua rakaat kemudia berdoa.."

....


Setelah Al-fatihah bacalah surah Al-kafirun pada rakaat pertama, baca surah Al-ikhlas pada rakaat yg kedua..

.....
usai solat dua rakaat tadahlah kedua tangan mu dan berdoalah moga2 diberikan petunjuk..

.....

selalu lah amalkan solat sunat istikharah ini ya..
mungkin akn dpt petunjuk dr mimpi.. ataupun detik hati.. mcm2 cara Allah bg petunjuk kpd kita.. wallahualam


sama2 kita beramal ya (",)




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 25, 2011

:: Aku xsolat tp aku tetap berjaya ::

Assalamualaikum..

.....

" Dia tak penah solat pun.. tp dia tetap berjaya.. rezeki dia melimpah ruah.. sedangkan aku ? aku solat berdoa tiap hari tp kenapa susah nak berjaya ?.. mana aci.. "
korang penah tak terfikir macam ni ?

.....

aku terbaca satu note dkt FB..aku mahu ulaskn scr ringkas..
aku mahu untuk berkongsi pada korang semua..
sebab aku pun penah terfikir tentang hal ini suatu ketika dulu..

kat rumah mak pesan..
kena hormat guru supaya ilmu yg kita belajar itu berkat..
kat sekolah pulak ustaz pesan jangan tinggal solat dan selalu berdoa supaya terang hati dan dimurahkan rezeki..

kita dah buat semua tu.. taat pada perintah Allah..
tapi kawan kita yang tak penah solat..
malah yang berjudi mahupun minum arak..
mereka tetap berjaya malah lebih jauh ke hadapan berbanding kita..

kenapa begitu ??
tahukah kamu bahwa mereka itu adalah golongan yg dinamakan sbg Istidraj ??

Apa itu Istidraj ??

Istidraj adalah apabila Allah memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yg melimpah ruah untuk manusia itu lebih jauh dari sisi Allah swt..

mahukah kita menjadi seperti Qarun yg akhirnya ditenggelamkan Allah ke dalam bumi dengan seluruh hartanya itu ??
apakah itu yg kita mahu ??

maka apabila kitu diuji dlm menongkah arus hidup, maka haruslah kita rasa bersyukur.. Tandanya, Allah masih lg dekat dgn kita..Ujian itu tanda kasih sayang Allah pada kita sebagai hambaNya.. 

.....

semoga kita sama2 menghadapi cabaran dan dugaan dgn penuh kesabaran.. insyaAllah.. kalau nk baca full article boleh rujuk sini





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, April 26, 2011

:: Ilmu hitam ::


Assalamualaikum..


lately banyak je cite hantu keluar kat tv.. kt panggung wayang..
aku tak gemar sangat tgk cite hantu ni..
bukan takut tapi ntah.. tak minat..
and aku ade dengar ura2 mengatakan tengok cite hantu ni haram..
betul ke ?? ade sape2 tahu kebenarannya ??


.....


tahu ilmu hitam ??


minta dijauhkan lah dari segala benda2 yang tidak elok ni kan..


aku ada tengok kat tv9..
ustaz tu cakap..
ilmu hitam ni selalunya digunakan untuk memudaratkan orang lain..
hasad dengki.. iri hati.. cemburu dengan kesenangan org lain..
maka digunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan sesuatu pihak itu..


ustaz jugak ade pesan..
pesanannya berbunyi begini..


" Kalau ada ular hitam masuk rumah jangan dipukul kerana mungkin itu adalah jelmaan syaitan.. begitu jugak dengan kucing hitam.. "


persoalannya..
bagaimana untuk kita mengenal pasti sama ada binatang tersebut adalah jelmaan syaitan ??


ciri2 ular jelmaan


>> berwarna hitam
>> sisiknya bertentangan dgn sisik ular biasa
>> matanya berkelip2 (ular biasa matanya tidak berkelip)


ciri2 kucing jelmaan


>> berwarna hitam
>> matanya tidak berkelip (kucing biasa matanya berkelip)


so kalau jumpa ular or kucing yg mempunyai ciri2 seperti yg disebutkan tadi..
jangan pukul kerana khuatir akan mendatangkan mudarat kpd diri dan keluarga..


itu lah sedikit ilmu yg aku dapat and aku nk kongsikan dgn korang..
wallahualam..


.....





tahu tak lagu ini ? rock kapak ni weyhh ! hihi
aku baru jek tahu and TERsuka plak dgn lagu ini..
thanks incik bf for this song.. 
sedap rupanya suara incik bf.. hihi 
(",)


p/s : semalam bb buat hal.. line cm ciput.. nk upload 1 gmbr dr pg smpi ke petang xboleh2.. last2 tekan X tido !.. ha ha ha



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 17, 2011

:: Go straight don't belok2 ::

Assalamualaikum..


actually i'm not feeling well.. kepala berdenyut2 dr petang td.. cuba lelapkn mata tp tak dpt nk tido lena.. terasa nk update blog..


ingat tak masa kecik2 dulu?.. masa time mula2 pandai jalan?.. 


alololo..comelnya!!
go straight don't belok2 ye syg!.. (>.<)


nenek aku kata.. aku dulu2.. pantang lepa.. mmg tak leh terlepas pandang kl lepas aku kt luar rumah.. keliling umah aku kawad.. kl ada org kat belakang kejar lg laju aku lari.. kalah watson nyambek!  *tipu gila* 




lepas mandi.. time nak pakai baju.. nampak je skirt or dress mesti aku lari penuh umah tak nak pakai.. aku xsuka pakai skirt!.. tak tau la kenapa.. haha.. kalau aku nmpak mak aku pegang skirt aku pi punggah almari.. cari seluar and t-shirt then pakai sdri.. aku ingt lg nenek aku pesan..


"haaa.. pakai yg mana dulu?..kanan ke kiri?.."

ada satu hadis yang ingin aku kongsikan bersama korang..

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka.


so.. nak pakai baju ke.. seluar ke.. anting2 ke.. pakailah yg kanan dulu.. (",)


selamat beramal ya kawan2.. (",)


p/s : esok ada lg 2 paper.. so kna stdy mlm ni.. doakan aku ya kawan2.. incik bf teman lewat sket mlm ni sbb beliau ada tahlil.. 









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, February 13, 2011

satu cinta


Assalamualaikum.. (",) tak jawab dosa.. jawab sayang~ haha.. 

so.. i wanna share a song with you.. 

bersempena dgn maulidurrasul.. meh kita dengar sama2.. 




sekali sekala muhasabah diri.. (",)

sekian sahaja utk kali ini.. wassalam


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 11, 2011

:: Motivasi pagi ::


Salam ceria di pagi jumaat.. (",)




semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.. 
dan hari esok lebih baik dari hari ini.. 



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 7, 2011

:: Kerak Nasi Untuk Ibu ::

ohh sgt heaven sbb ptg ni takde kelas.. ptg2 cm gini nk stdy pun tak best kn.. sbb otak da letih.. so merayap2 kat iluvislam.com jap.. sungguh menyayat hati aku baca cerpen yang mengisahkan kasih sayang seorang ibu terhadap anak2nya.. jom kita baca sama2 ea.. smbil2 tu dgr lagu ni.. mmg sedih lah.. muhasabah diri kejap..


*************************************************************************************************************
Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.
Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.
"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."
Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.
Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.
Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.
Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya.
Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi.
Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..
Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :
"Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."
Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"
Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."
Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."
Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."
Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'
"Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'
Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
*************************************************************************************************************
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..
"YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."




hebat mana pun kita.. besar mana pun gaji kita.. handsome mana pun suami kita.. cantik mana pun isteri kita.. jangan lah sekali-kali kita lupakan kedua orang tua kita.. tanpa mereka siapalah kita.. dari sekecil ibu jari hinggalah dewasa kini.. tak ternilai jasa mereka membesarkan kita.. tak terbayar dengan wang ringgit.. hargailah mereka sementara mereka masih ada.. bagi yang dah pergi meninggalakan kita.. banyak2 lah berdoa buat mereka.. 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 30, 2011

:: Kawin salah tak kawin pun salah ::


grrr.. apesal lah aku kira xdapat2 ni ?.. take 5 jap .. meh kita tengok video nih sama2 .. 


betul tak aku cakap ?.. kelakar kan ?.. aku kalau penat study .. borink tak tau nk buat ape .. aku suka dengar ceramah Ustaz-Mohd-Kazim-Elias ni .. sambil2 ketawa dapat jugak ilmu .. 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...