:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Showing posts with label Winter_Japan. Show all posts
Showing posts with label Winter_Japan. Show all posts

Monday, January 20, 2014

:: winter holiday part 2 ::

Assalamualaikum

Sambungan dari cerita winter holiday aku
Next day tu we all jalan-jalan dekat Osaka
Sebelum tu singgah solat zohor jamak asar skali dekat Kobe Mosque


ni kat gate depan Kobe Mosque


Ini dia rupa Kobe Mosque. Alhamdulillah sampai jugak aku kesini :)


Ni kat dalam Kobe Mosque. Selesai solat sempat lagi berposing tu :p
Sangat bersih dan selesa. Alhamdulillah :)
Masa nak keluar dari masjid terserempak dengan segerombolan pak cik mak cik Jepun. Mungkin nak datang melawat masjid. Semoga Allah buka pintu hati mereka untuk menerima Islam insyaAllah :)


Selepas solat, sebelum meneruskan perjalanan ke Osaka, kami singgah lunch di Naan Inn yang terletak berdekatan dengan masjid tadi. Pekena nasi beriani ayam dulu. Sedap punya. Kalau tengok kat gambar atas ni Siti Nurhaliza, Zizan and Aizat penah datang kesini. So kalau yang nak datang Kobe boleh la singgah makan kat kedai halal ni ya :)


Pencahayaan yg kurang bagus or orang tu tak pandai amik gambar? Redha je la kan. Orang dah baik hati tolong amik gambar tu terima kasih je la :)

Ni dekat Osaka. Dari tengahari sampai ke malam kami jalan je kat Osaka. Banyak kedai yang kami masuk. Maklum la cari paling murah but nice. Kena bijak berbelanja ya. hihi


Lebih kurang jam 7.30 malam. Masing-masing dah keletihan. So pekena pulak takoyaki. Wajib makan takoyaki tau kalau datang Osaka. Takoyaki dia terbaik ! Takoyaki yang paling sedap yang pernah aku makan di Jepun. Memang tak dinafikan lagi keenakannya :)


Ni masa nak jalan balik dah. Walaupun dah kul 8 malam tapi still ramai orang. Maklum la tahun baru kan. Semua kedai pun nak sale aje.

Itu sahaja cerita di Osaka. Shopping dan makan takoyaki :)

Akan bersambung cerita keesokan harinya. Nak tau kemana kami pergi ? tunggu next entry ya :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 14, 2014

:: Winter Holiday dan 2014 - part 1 ::

Assalamualaikum

Dari Toyama ke Fukui dan seterusnya ke Kobe.
Ya Alhamdulilah akhirnya 31 Dec malam aku sampai jugak ke Kobe. First time okeh. So excited sikit. 


Kobe Port diwaktu siang.


Kobe Port diwaktu malam. View yang sangat best kan. Subhanallah :)


Buat penggemar seafoods jangan lepaskan peluang anda untuk meikmati segala jenis seafood yang sangat fresh di Fisherman's Market. Buffet. 2500¥ per person. Bleh makan selama 2 jam. 


Spagetti ada. nasi ada. macam-macam lah. nak tau apa lagi ada kena mai makan sendiri la noh. hihi
Memang aku syorkan datang Kobe. Bandar yang cantik dan convenience. Tak sesak sangat macam kat Tokyo. Just nice la.


Dekat luar bangunan Fisherman's Market tu ada deretan gerai-gerai macam dekat Melaka tu. Sebijik macam Jonker Walk. Ada macam-macam barangan kraf dijual kat sini.


Contohnya key-chain comel macam ni.


Rantai bunga-bunga berwarna-warni.


Ni ala-ala kat Venice la konon-kononnya. Ada sungai bagai. Seriusly aku suka dengan design bangunan dia kat sini sangat cantik dan tersusun plus surrounding view yang cantik memang sesuai la nak berposing-posing. :)


Waktu malam boleh naik ni jugak. Harga 600¥ per person. Boleh la tengok view bndar Kobe di waktu malam. Best gua cakap lu. :)


Datang Kobe wajib la snap gambar berlatarbelakangkan Kobe Tower tu kan. Kami dok pulun la set timer nak amik gmbaq bagi lawa sekali datang seorang pak cik bersama isteri dan dua orang anak dia offer nak tolong amikkan kami gambar. Thanks untuk anak pak cik tu yang pandai amik gambar. Selalunya kalau minta tlg org randomly gambar mesti gegaq. Blur. Kecewa. :(


Masa nak jalan balik tu ternampak pulak glove comel ni. Siapa sangka harga dia cuma 300¥ !! OMG !.. I'm so excited. Selalunya glove yang lawa and tebal cenggini harga mau 1000¥. Tapi sebab tahun baru kot so kedai tu buat SALE besar-besaran. So aku dan Ila beli la sorang sepasang. Sebagai tanda kenang-kenangan aku mai Kobe. Alhamdulillah we enjoy our trip so much ! :)

Kisah untuk next day iaitu trip ke osaka akan di update di next entry. InsyaAllah :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 27, 2012

:: Yuki Daruma 2011 ::


Salam readers =)

memandangkan musim salji 2011 dah nak abes..
meh la aku tayang sket gambar kanak-kanak ribena bermain salji ye..


taraaa !! inila Yuki Daruma/snowman kitorang !! 


kitorang cilok penyodok hostel kejap.. keh3


the only girls


aku konpius.. adakah aku tengah berzapin ?? ke berjoget ? kih3


ini aku dengan hang (Vietnam mari) this time maybe the last time kami main salji sama-sama..
lepas ni aku pindah ke Akita dia pindah ke Tokyo..


that guy is Indonesian.. paling kanan tu exchange student from Thailand


di candid !! innocent tak muka aku ? keh3


ini lompatan gembira..
Yeayyy !! thesis dah submit !!
sambil lompat sambil menjerit.. hahahah


erkk.. gaya apakah ini ??
agak2 nanti anak aku tengok pic ni mesti dia geleng kepala kan.. keh3



last but no least.. ini special untuk my love dan jugak readers blog seposen aku ni .. =)
thanks ya untuk komen-komen korang semua.. =)



itu sahaja cerita penutup musim salji 2011..
lepas ni cerita sakura pulak ea.. 


p/s : tak sabar nak tunggu Selasa ni.. nak present !! lepas tu hooorayyy !!!
boleh la layan Vanila Coklat dengan tenang hati.. keh3





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 4, 2012

:: Winter 2011 ::


morning :)

nah.. buat tatapan anda semua yang suka bebenar nak tengok salji kan..
ada yang siap request suruh aku bawak balik salji lagi..
kalau boleh aku bawak balik berlori-lori kt korang dengan harapan berkurang la sket salji yang bertimbun ni.. kah3


cuaca pagi ni.. actually salji tengah turun dengan lebat time aku snap pic ni.. tapi dalam gambar tak nampak pulak.. bila selak langsir nampak salji tengah turun dengan lebatnya terus datang feeling winter sonata ! hahah over pulak i !


ni pulak pagi semalam time keluar nak pergi amik exam.. nasib baik la otak aku tak membeku skali.. kalau tak exam kelaut.. 


on the way nak pergi exam hall.. nah amik kau.. tenggelam kaki.. gara-gara ni la yang mebuatkan jari jemari kaki aku membengkak dengan jayanya ! 


berjalan sambil sepak salji dengan muka yang gembira setelah selesai exam ! alhamdulillah.. result belakang cerita.. hahah :p

itu sahaja untuk cerita hari ini.. semoga korang terhibur la tengok salji tu walaupun warnanya putih je.. aku taktau la apa yg orang excited sangat dengan salji ni.. huahua kata2 bila dah jemu tengok salji.. keh3..

ohh lagi satu.. kepada yang dah tengok Hafalan Shalat Delisa 
amacam ?? sungguh meruntun jiwa bukan ?? berapa kotak tisu korang abes tengok citer tu ?..takyah malu nak ngaku.. aku pun teriak xmau2 tengok citer tu.. hahahh

petang ni ada sesi fotografi untuk kami-kami yang tak lama lagi nak grad.. kena pakai suits la pulak.. huhu rasa macam nak pakai baju kurung lepas tu sarrung coat je.. aci tak ?.. 

lepas tu malam ni ada majlis makan-makan pulak a.k.a dinner .. malas actually nak pergi.. tapi dah orang buat untuk kita kan, pergi je la.. ok la.. nak kena siap-siap.. papai !







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 16, 2012

:: Rumah sewa ::

雪下ろし =  yuki oroshi  =  snow removal

tengok ni..


inilah satu kerja yang terpaksa dilakukan bila salji dah turun dengan lebatnya..
kalau dibiarkan silap-silap bleh runtuh bumbung rumah.. kang tak pasal-pasal ade yang tertimbus dalam rumah dek salji.. 

dekat Sendai salji bertimbun jugak tapi takde la setebal gini.. 
namun.. next winter aku terpaksa menghadapi cuaca yang lagi sejuk salji yang makin tebal.. sebabnye aku akan berpindah ke Akita insyaAllah bulan 3 ni.. 

alhamdulillah.. last winter holiday aku dah jumpa rumah sewa.. alhamdulillah awal bulan 3 ni dah boleh masuk.. penat jugak la nak packing barang aku.. baru tersedar yang barang aku sangat banyak.. dengan printer, desktop, speaker segala.. adoii..


ni plan umah sewa aku.. yang warna hijau tu bilik tidur.. yes ada dua bilik.. sebab aku duduk dengan aimi.. ex roomate aku masa buat preparation dulu.. kami ditemukan kembali setelah 3 tahun berpisah.. macam jejak kasih pulak kan.. nanti dia sekelas dengan aku.. so senang la.. lepas ni gi kelas dah ade teman !! yeayy ! :)))

bilik tidur tu japanese style.. ada tatami (lebih kurang macam tikar mengkuang kot).. aku lebih prefer tatami berbanding carpet.. sebabnya tak berhabuk.. senang nk bershkan.. :))

lagi satu.. aku suka bilik japanese style sebab ada ruang tempat simpan barang.. penah tengok citer doraemon kan ?.. haa.. tempat yang doraemon tidur tu la.. :)) pintu bilik pn sliding.. 

lagi satu sebab aku suka rumah ni.. dapurnya besar !! yes !! dapur besar adalah salah satu faktor penting dlm pencarian umah.. sebab aku suka meluangkan masa didapur tatkala keboringan.. :))


inilah dia rupanya umah sewa aku tu.. aku dah tengok semua.. bersih dan memuaskan hati..
alhamdulillah..

sewanya sebulan

¥48000 = RM1967 (mengikut matawang sekarang)

ini antara sewa yang termurah la untuk rumah 2 orang..

¥48000 bahagi 2 = ¥24000 sorang setiap bulan.. masuk bil-bil semua mungkin setiap bulan spend ¥30000 la.. 1/4 daripada duit biasiswa.. kos agak mahal berbanding duduk di hostel tapi bagi aku dah ok sangat dah tu.. tapi kena pandai-pandai la dalam berbelanja kan.. :))

aku tak sabar nak masuk rumah ! rasa seronok bila duduk di rumah sendiri berbanding di hostel.. lebih selesa.. pastu boleh deco-deco umah cantik2.. rumahku syurgaku.. :))

oppsss gomenasai (sorry) terbebel panjang pulak.. lastly doakan yang terbaik untuk aku dalam menyiapkan thesis dan jugak menghadapi last exam yang akan menentukan aku bleh grad ke tidak march ni.. babai ! (,")




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 28, 2011

:: 秋田 ::


morning :)

秋田  =  Akita

aku masih berada di akita.. tujuan asal datang carik umah sewa.. umah sewa dah dapat so time untuk jalan-jalan dan enjoy !!

korang nak tengok salji sangat kan ??? nah 3 keping gambar aku tempek kat sini.. 3 sudah la ea.. beku tangan nak snap gambar bebanyak.. enjoy !! >.<





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 22, 2011

:: おめでとう!! ::

hye ! (")

sana sini riuh dengan keputusan PMR yang keluar hari ini..



111 orang out of 126 candidates berjaya mendapat straight A !! korang memang hebat !!

おめでとう  =  omedetou  =  tahniah

aku pun tak nak ketinggalan untuk ucapkan syabas kepada junior-junior sekolah aku..
alhamdulillah.. tahun ni bekas sekolah aku a.k.a Sek. Men. Sains Pokok Sena berada di tangga teratas antara semua sekolah di negeri Kedah.. aku turut berbangga dengan pencapaian cemerlang adik-adik sekolah aku.. keep it up !!

tahniah untuk semua.. kepada yang tak dapat straight A tu.. jangalah berputus asa ya.. anggaplah ini sebagai satu cabaran, pengajaran dan teruskan usaha untuk masa akan datang.. gagal hari ini tak bererti gagal buat selama-lamanya.. :)

*****


selak je langsir pagi tadi.. putih je.. nasib baik ari ni last day.. esok start winter holiday yeayyy !!! time untuk enjoy dan berehat !!  :)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, December 17, 2011

:: 初雪 ::

morning :)
hujung-hujung minggu seronok je kan bermalas-malasan atas katil..
kalau kat umah mak masak nasik lemak ke.. takpun abah beli roti canai ke..
pastu breakfast sama-sama satu family..
uwaa seriusly I miss that moments !!

ok back to the topic !! hehhhh
bangun pagi.. selak je langsir..
uwaaaaa padan la semalam masa tidur sejuk semacam.. rupa-rupanya...


view dari beranda bilik aku.. ini baru 初雪 tau !! 

*****************************************

初 =  hatsu =  permulaan
雪 =  yuki =  salji

初雪  =  hatsuyuki  =  permulaan salji

*****************************************

baru permulaan ok.. bayangkan lagi seminggu, dua minggu, 3 minggu.. uwaaaaa


oh gambar ni mmg out.. pecah sebab aku snap pakai cik apple pastu aku zoom sbb nak tunjuk keta tu haa.. ini la terjadi kalau dah tiba fuyu ni.. pagi-pagi nak kena wipe yuki yang bertimbun atas keta.. tayar memang kena tukar la.. kalau pakai tayar biasa nanti meluncur la kete korang.. jalan licin..

seronok ooooo main baling-baling salji kat member pastu buat taktau.. tak pasal-pasal org lain yg tak bersalah kena baling balik.. hahaha :D

nasib baik basikal kesayangan aku park bawah bumbung.. kalau tak, mesti tertimbus..
tu je la sedikit coretan sebagai permulaan winter 2011.. nanti kalau aku pi buat 雪だるま, aku bebel lagi tempek gambar ea.. :)

***********************************

雪だるま  =  yuki daruma  =  snowman

***********************************

粉雪  = kona yuki  = titisan salji
nah lagu sempena musim salji.. :)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 12, 2011

:: 冬祭り (Fuyu Matsuri) ::

morning semua.. :)

ari ni nak bebel cerita ari sabtu lepas.. 

冬  =  Fuyu  =  Winter
祭り  =  Matsuri  =  Festival

冬祭り  =  Fuyu Matsuri  = Winter Festival

Fuyu Matsuri ni dah jadi acara wajib pada bulan December setiap tahun bagi kami-kami yang menetap di hostel.. mari menjamu mata tengok beberapa keping gambar yang aku sempat snap ea..


acara bermula seawal jam 10 pagi.. alhamdulillah cuaca cerah walaupun sejuk.. kalau tak silap dalam 4 or 5 darjah celcius.. 

**orang Jepun memang tak mandi pagi.. kebiasaannya diorang akan masuk ofuro sebelum tidur.. ofuro ni macam bath tab yang diisi dengan air panas dlm 40 darjah celcius.. berendam dalam air panas ni bagus untuk kesihatan katanya.. nanti aku cerita di lain entry bab ofuro ni ea.. *kalau aku rajin ! keh3


ini dalam proses nak buat mochi (rice cake kata Google).. mula-mula sekali masak beras mochi macam masak nasik.. pastu lepas masak, masa tengah panas-panas tu masukkan beras tu dalam lesung kayu macam kat dalam gambar kat atas ni.. 

hasil soal selidik aku.. beras mochi ni macam beras pulut la.. bila dimasak dia jadi macam melekit-lekit gitu..


pastu acara tumbuk menumbuk.. alaa lebih kurang macam orang-orang kampung dok tumbuk kerisik masa nak kenduri kawin tu.. tiba-tiba aku teringat kampung.. ngee 

aku pun sempat jugak try tumbuk.. berat jugak kayu penumbuk tu.. plus mochi tu melekit-lekit kat lesung penumbuk.. kalau tumbuk sorang-sorang mau tergeliat urat.. so pakat-pakat bergilir la tumbuk sampai lumat..


tapi tukang tengok lagi ramai daripada tukang tumbuk.. keh3..


taraaaa.. ini mochi yang dah siap !! mochi bila dah lumat ditumbuk jadi macam tepung beras yang kita bancuh ngan air pastu bentukkan bulat-bulat.. lebih kurang macam tu la.. tapi rasa dia lagi fresh la.. dan melekit-lekit macam pulut..

macam gambar kat atas ni.. ada 4 ketul kan.. yang sebelah kiri bawah tu mochi disalut dengan kacang merah.. favourite aku.. yang kiri atas pulak disalut dengan goma (bijan).. yang tu pun sedap jugak.. yang warna hijau tu zunda (refer gambar kat bawah ni).. pun sedap.. yang last skali tu kinako (toasted soybean flour).. pun sedap jugak.. pendek kata semua aku suka !! ngeee

4 ketul ni nampak macam sikit je.. tapi sangat mengenyangkan tahu..


korang tau tak kacang ni ?? korang panggil apa ya? kacang hijau ke? aku lupa lak nama dia..
kat jepun, kalau pi makan dekat Marumatsu (family restaurant) aku mesti order kacang ni.. kat sini dia rebus pastu salut garam skit.. sedap wehh !.. ka aku mmg spesies kuat makan ?? semua pun sedap !.. hahaha


pas makan mochi tu kami dihidangkan dengan sup sayur.. sedap wehh hirup sup sayur panas-panas time sejuk-sejuk gini.. aku xsure la sup apa ni.. yg pastinya aku suka.. aku tanya member jepun aku, dia pun taktau apa nama sup ni.. yang dia tau makan ja.. kih3.. tapi dalam sup ni ada macam-macam sayur.. rasanya tak pekat tapi sedap.. 

no wonder la kulit orang jepun ni licin and cantik je.. makanan diorang tak berminyak.. banyak sayur-sayuran pulak.. so kalau nak kulit cantik macam awek jepun, kurangkan makanan berminyak dan berkolestrol ya kawan-kawan.. :)

sekian sahaja bebelan untuk hari ini.. 

***

psttt.. pagi tadi aku email sensei cakap aku tak sihat.. then sensei aku yang baik hati tu bagi aku cuti hari ni.. dia suruh aku rehat.. nasib baik hari ni takde kelas.. aku dah rasa ok sket dari semalam tapi still sakit-sakit satu badan.. so aku nak rehat sambil layan running man.. tata~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, December 9, 2011

:: dingin salju ::


salji dah mula turun !!
maka bermulalah ceritera di musim saljuku..
musim untuk berhibernate.. mengembangkan pipi ini..
sekian.. bai !




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 26, 2011

:: Pengalaman pahit di musim salji ::

Winter 2010..hari pertama salji turun

hari ni suhu paling tinggi pun 9 darjah celcius.. sekarang ni dah malam.. suhu menurun ke 5 darjah celcius.. suhu yang makin menurun menandakan tibanya winter sonata

冬 = fuyu = winter

masa mula-mula menjejakkan kaki di bumi sakura kira-kira 3 tahun yang lalu.. aku sangat menantikan winter ni.. sebabnya begitu teruja nak tengok salji.. macam syok je tengok dalam drama korea/jepun kan.. so sekarang teringin nak tengok nak merasa salji tu sendiri..

waktu yang paling best adalah waktu salji mula-mula turun.. time tu memang terbaik lah nak layan perasaan !! kuch-kuch hotaheyyy~ (tetiba je)..feeling yang sangat best.. terasa macam tengah berlakon drama korea/jepun pulak.. panggg ! over sudah.. keh3

masa salji tengah turun tak sejuk sangat.. tapi bila salji dah bertimbun and mula cair.. haa time tu paling sedap berbungkus dalam selimut !! nak mandi pun termenung 3,4 jam even ade air panas.. sebabnye malas nak keluar dari selimut.. ngeh3..


setakat ni aku dah merasa salji 2 tahun.. masuk tahun ni 3 tahun la.. winter yang paling aku ingat adalah masa tahun lepas..

ada satu hari di hujung minggu.. aku nak keluar ke sendai.. sorang-sorang.. hari tu salji tak turun.. so aku decide nak nek beskal je ke eki (station train) berdekatan.. kalau jalan kaki amik masa dalam 15~20 minit jugak la.. borink r nak jalan sorang-sorang kan.. masa pergi tu selamat je la.. tapi time balik tu.. salji tengah mencair.. so jalan agak licin..

di satu selekoh.. gedebukkkkkkkk !! auchhhhh !! sakitnye ponggong aku !!! padahal aku bawak beskal slow je pun.. tapi jalan dah licin.. nasib baik tak terpeleot kaki aku.. cepat-cepat aku bangun.. nasib baik xde orang time tu.. so xmalu la.. ngeh3..

sejak dari kes tu aku dah serik nak bawak beskal time winter.. haaa dah kena baru tau nak serik kan.. kalau dah budak nakal mcm ni la.. ngeeeee padan muka aku !

hari pertama turun salji.. excited main salji !! time ni aku nak pergi convenience store berdekatan bagi mendapatkan bekalan coklat yang secukupnya.. ngeee

bagi aku.. musim winter ni musim yang sunyi sepi.. nak2 aku duduk keseorangan.. siang pendek.. malam panjang.. so banyak abes masa kt dalam bilik je la.. nak keluar salji bertimbun nak gerak pun susah kan.. rasa macam lonely gitu..

cuaca yang sejuk ni menyebabkan kulit aku yang sensitif mudah terluka.. even terkena paper pun boleh terluka.. dan luka lambat sembuh sket time winter.. aku pun tak tau kenapa.. last year jugak jari aku terluka masa aku nak bukak tin susu.. amik masa 2 minggu jugak la nak sembuh luka aku tu..

dannnn.. time winter jugak adalah time kemuncak kecabian aku !! sejuk-sejuk perut asyik menyanyi jek.. mulut asyik mengunyah je.. pastu jeans pun jadik ketat !!! tapi time winter je la.. lepas tu ok balik.. so aku sediakan jeans khas untuk winter bg keselesaan drumstick aku yang bahagia tatkala winter menjelma..

so itu lah dia cerita winter aku.. aku rasa tahun ni salji lebih tebal berbanding last year.. just wait and see.. bye !!



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...