:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Monday, January 20, 2014

:: winter holiday part 2 ::

Assalamualaikum

Sambungan dari cerita winter holiday aku
Next day tu we all jalan-jalan dekat Osaka
Sebelum tu singgah solat zohor jamak asar skali dekat Kobe Mosque


ni kat gate depan Kobe Mosque


Ini dia rupa Kobe Mosque. Alhamdulillah sampai jugak aku kesini :)


Ni kat dalam Kobe Mosque. Selesai solat sempat lagi berposing tu :p
Sangat bersih dan selesa. Alhamdulillah :)
Masa nak keluar dari masjid terserempak dengan segerombolan pak cik mak cik Jepun. Mungkin nak datang melawat masjid. Semoga Allah buka pintu hati mereka untuk menerima Islam insyaAllah :)


Selepas solat, sebelum meneruskan perjalanan ke Osaka, kami singgah lunch di Naan Inn yang terletak berdekatan dengan masjid tadi. Pekena nasi beriani ayam dulu. Sedap punya. Kalau tengok kat gambar atas ni Siti Nurhaliza, Zizan and Aizat penah datang kesini. So kalau yang nak datang Kobe boleh la singgah makan kat kedai halal ni ya :)


Pencahayaan yg kurang bagus or orang tu tak pandai amik gambar? Redha je la kan. Orang dah baik hati tolong amik gambar tu terima kasih je la :)

Ni dekat Osaka. Dari tengahari sampai ke malam kami jalan je kat Osaka. Banyak kedai yang kami masuk. Maklum la cari paling murah but nice. Kena bijak berbelanja ya. hihi


Lebih kurang jam 7.30 malam. Masing-masing dah keletihan. So pekena pulak takoyaki. Wajib makan takoyaki tau kalau datang Osaka. Takoyaki dia terbaik ! Takoyaki yang paling sedap yang pernah aku makan di Jepun. Memang tak dinafikan lagi keenakannya :)


Ni masa nak jalan balik dah. Walaupun dah kul 8 malam tapi still ramai orang. Maklum la tahun baru kan. Semua kedai pun nak sale aje.

Itu sahaja cerita di Osaka. Shopping dan makan takoyaki :)

Akan bersambung cerita keesokan harinya. Nak tau kemana kami pergi ? tunggu next entry ya :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 14, 2014

:: Winter Holiday dan 2014 - part 1 ::

Assalamualaikum

Dari Toyama ke Fukui dan seterusnya ke Kobe.
Ya Alhamdulilah akhirnya 31 Dec malam aku sampai jugak ke Kobe. First time okeh. So excited sikit. 


Kobe Port diwaktu siang.


Kobe Port diwaktu malam. View yang sangat best kan. Subhanallah :)


Buat penggemar seafoods jangan lepaskan peluang anda untuk meikmati segala jenis seafood yang sangat fresh di Fisherman's Market. Buffet. 2500¥ per person. Bleh makan selama 2 jam. 


Spagetti ada. nasi ada. macam-macam lah. nak tau apa lagi ada kena mai makan sendiri la noh. hihi
Memang aku syorkan datang Kobe. Bandar yang cantik dan convenience. Tak sesak sangat macam kat Tokyo. Just nice la.


Dekat luar bangunan Fisherman's Market tu ada deretan gerai-gerai macam dekat Melaka tu. Sebijik macam Jonker Walk. Ada macam-macam barangan kraf dijual kat sini.


Contohnya key-chain comel macam ni.


Rantai bunga-bunga berwarna-warni.


Ni ala-ala kat Venice la konon-kononnya. Ada sungai bagai. Seriusly aku suka dengan design bangunan dia kat sini sangat cantik dan tersusun plus surrounding view yang cantik memang sesuai la nak berposing-posing. :)


Waktu malam boleh naik ni jugak. Harga 600¥ per person. Boleh la tengok view bndar Kobe di waktu malam. Best gua cakap lu. :)


Datang Kobe wajib la snap gambar berlatarbelakangkan Kobe Tower tu kan. Kami dok pulun la set timer nak amik gmbaq bagi lawa sekali datang seorang pak cik bersama isteri dan dua orang anak dia offer nak tolong amikkan kami gambar. Thanks untuk anak pak cik tu yang pandai amik gambar. Selalunya kalau minta tlg org randomly gambar mesti gegaq. Blur. Kecewa. :(


Masa nak jalan balik tu ternampak pulak glove comel ni. Siapa sangka harga dia cuma 300¥ !! OMG !.. I'm so excited. Selalunya glove yang lawa and tebal cenggini harga mau 1000¥. Tapi sebab tahun baru kot so kedai tu buat SALE besar-besaran. So aku dan Ila beli la sorang sepasang. Sebagai tanda kenang-kenangan aku mai Kobe. Alhamdulillah we enjoy our trip so much ! :)

Kisah untuk next day iaitu trip ke osaka akan di update di next entry. InsyaAllah :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 29, 2013

:: Kembali ::

Assalamualaikum.. Apa khabar korang semua? Alhamdulillah aku dah selamat kembali ke Jepun Rabu lepas.. Sekarang dah sampai Akita dah pun.

Sampai je Tokyo hatiku berbunga-bunga walaupun pada mulanya berat hati sangat nak tinggalkan Malaysia. Nak tau kenapa hatiku berbunga? Tengok gambar kat bawah :))






Sekarang dah musim bunga.. dekat area Tokyo sakura tengah berkembang mekar / mangkai. Dekat Akita belum lagi. masih ada sisa-sisa salji lagi kat Akita ni.. bulan 5 kot baru nak dapat tengok sakura kembang kat Akita nih. 

Cerita-cerita percutian aku kat Korea pulak dah ada dalam draft cumanya gambar aku blom manage lagi.  Ntah bila aku nak rajin manage gambar yang beribu dalam phone ngan kamera tu aku sendiri tak pasti. semakin rajin maka semakin cepat la cerita-cerita tu di publish.. kalau tak?... bhahahahaha

k la.. nak ngemas umah lak.. nanti aku jejaki cerita hangat korang ya.. 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 9, 2012

:: Haru Yasumi ::

Salam readers =)

sekarang ni CikTen10 tengah bercuti..

春休み = Haru yasumi = spring break

selama sebulan.. 

semalam baru balik dari Akita.. alhamdulillah dah settle bab rumah sewa..
tunggu nak masuk rumah ja..
tapi barang2 belum dipacking.. uhuhhh malasnye..
siapa rajin packing barang ???? meh sini nak upah.. keh3

19hb malam gerak ke Tokyo..
21hb pagi maybe balik Sendai balik..
24 graduation day..
25 or 26 pindah ke Akita

sebenarnya.. hati ni berat nak pindah ke Akita..
banyak pengalaman pahit manis kat Sendai ni..
lagipun Sendai ni bandar besar.. Akita ni pekan je.. tak meriah macam kat Sendai.. huhu
memang boleh simpan duit banyak la bila pindah Akita nanti sebabnya tak banyak tempat shopping..makanannya pun murah berbanding kat Sendai.. itu satu kelebihannya..

blog ni mungkin akan terabai buat sementara waktu..
thanks la sape2 yg dtg mengunjung jgak wlpn tak berupdate.. ehh ade ke ? =p




gambar masa 送別会 = Soubetsukai = Farewell Party pada 2 March 2012 yg lalu..
kira majlis perpisahan untuk aku, Hang dan Arnold yang dah berjaya menamatkan pengajian selama 3 tahun di Sendai National College of Technology..

p/s : rasa excted sangat hari tu sebab dapat pakai baju kurung.. dah lama gila tak pakai baju kurung.. terserlah keayuan aku disitu ! keh3 =p

bye ! =)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 31, 2011

:: Aku nak balik yeayy !! ::


Assalamualaikum..

hari ni aku bangun awal.. semangat nak packing nih..
tapi niat tu terbantut sebab tersangkut kat blog pulak..

setakat ni aku baru packing passport + electronic ticket je.. ehh packing ke tu ?? kah3 >.<

aku tengah mencari-cari sape leh datang amik aku kat KLIA.. huhu
maklum lah budak2 uni kan tengah bercuti sekarang so member2 aku semua kat kampung lah..
lagipun hari 1st puasa aku sampai kan.. mesti semua sibuk nak berbuka dengan faimily kan..

malam ni aku gerak ke Narita.. esok pagi sampai Narita..
aku mandi tukar baju pakai cantik2 sikit.. check in luggage pastu pusing2 la kat airport kejap..
kul 10.30 am depart.. dijangka sampai 4.45 pm.. 
doakan aku selamat sampai ya.. =)

ohh kalau esok puasa malam ni dah start solat terawih la kan.. selamat berterawih dan menjalani ibadah puasa buat semua (",) .. semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.. 



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, April 21, 2011

:: Kenangan Terindah ::

Assalamualaikum..
wahhh rindu skali sama blog ini..
okeh2.. rileh babe rilex..
aku baru jekk sampai rumah semalam..
setelah beberapa hari aku lepak kt KL ngn member2..
and berdating ngn incik bf..
so mahu tempek2 gmbo je lah.. layan je k.. hihi


incik bf belanja makan sempena my birthday..
thanks awak :)


sedap yg amat !!!


incik bf mengidam nk minum air kelapa.. 


wang itu penting ya.. haha
cian incik bf kan kna pow ngn cik awek.. 

.
.
.

sekian..

.
.
.

haha sengaja xnk letak gmbr incik bf.. (^.-)

korang pun tak hingin nak tengok gmbar gedik aku kan ??
eh eh ke korang pun gedik nak tengok ??
baik ngaku.. haha bleh pulak mcm ni kan..
ok lah.. out dulu.. malam2 nanti aku free aku jenguk korang yekk..
till then~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 31, 2011

:: Sedapnya durian!! ::

Assalamualaikum..


sejak aku sampai rumah..
baru hari ni sang matahari menjelma..
baru la dpt sidai baju dgn girangnya..


setelah setahun x gi pasar malam..
aku ajak mmber aku gi pasar malam
dekat ngan umah sewa dia beberapa hari lepas


pusing kiri.. Sate !
pusing kanan.. Char koteow !!
pandang depan.. Nasi kerabu !!!
pandang belakang.. Hantu Kak Limah !!!!


rasa mcm nak je borong semua yg ada
kat pasar malam tu..
nasib baik iman masih kuat
nafsu masih dpt dicontrol


sekarang ni tiba2 ngidam nak makan pulut durian !!








kat sini berlonggok2 tepi jalan..
kat Jepun ade ??? huhu


bagi kita durian sgtlah sedap..
tapi org jepun bau durian mcm nak muntah..


aku masa kecik2 dulu mmg hantu durian
suke sangat makan durian..
korang suke ???







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, March 30, 2011

:: Senangnya dalam hati~ ::

Assalamualaikum..


semua sihat ???
aku dh give up mkn ubat dh..
dah seminggu lebih xhilang lg selsema aku..
aku da mmg liat bab2 makan ubat nih..


selalunya berukband ni laju sket dr nenek kura2 jekk..
tiba2 laju pulak line ternet kt umah aku pagi ni..
bagus3.. ni aku syg kau lebih ni berukband !!
mari kita gunakan sepenuhnya !!
ape lagi youtube lah !!
pagi2 ni meh kita layan lagu ni jap..




kenyang perut senang hati..
dok rumah mcm heaven..
keja makan ja..
xtahu nak wat pe..
mulut ni asyik nak ngapp je..
so keje aku skrg ni..
masak.. makan.. on9.. tido..

sila jeles ye.. haha

actually aku risau gak ni..
ntah bl aku bleh balik jepun balik..
class start bila pn xtahu lg..
cmne aku nk book tiket flight ni..
banyak benda nk kena setle bl balik nt..

sekarang ni musim ngah cuti musim bunga kt sana..
awal bulan april patutnya da start class..
tapi sebab bencana ari tu
class ditangguh maybe smpai hjung bln april ni..
so class da burn sebulan..

kemungkinan tinggi summer holiday aku burn..
utk ganti balik class yg tertinggal..
silap2 haribulan xdpat balik beraya lah aku..
huaaa sob2 ..
harap2 ade la cuti nanti..
seminggu pun aku nk gak balik beraya..
korang doa2 la bg aku dpt cuti ye..

daa~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 24, 2011

:: Kepulangan yg dinanti?? ::

Assalamualaikum


korang semua sihat?..
aku baru pas mandi..
tadi keluar makan koteow tomyam..


da siap packing da..
malam ni kena tido awal..
esok 6.30 am da nk gerak ke Narita..
flight ke Malaysia kul 10.30 am..
insyaAllah sampai KLIA around 4 pm..
doakan semoga semuanya selamat ye..


dinda mau beradu dulu ya..
oyasuminasai~


p/s : gembira sebab lastly dpt juga balik Malaysia.. tp sedih jugak sbb xde spe2 dtg jemput.. huhu 



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, March 6, 2011

:: Percutian bermula ::


Assalamualaikum..

Semalam xsempat nk blogwalking..
semalam sampai bilik pukul 1 am..
bila dah keluar berjemaah mmg cm gini lah jadinya..
tak reti2 nk balik awl..
tggu last train jugak..hihi
kalau kt umah balik lewat2 cm gini kompom kna sound!!kihkih

so..
plan untuk hari ini ialah...


yeahhhh!...ice skating.!!!


cuti2 aku akan dipenuhi dgn mcm2 aktiviti
so aku xpunya byk masa nk blogwalking..
nt ada msa free aku akn cba jenguk blog korang okeh..


p/s : nikmatilah cuti anda sepuas2nya.. hihi :)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 12, 2011

:: Jalan-jalan @ Hokkaido ::

morning everybody.. mulakan pagi anda dengan senyuman.. 


sekarang aku kat Sendai.. my destination is Hokkaido!!.. Hokkaido adlh pulau yang terletak di bahagian utara Jepun..










so lets go!!.. meh kita tengok apa yang best kat Hokkaido..





aktiviti menarik time winter adalah main ski!!! salji sangat tebal and really cold there.. 








and.. pantai yang sangat cantik.. 




Farm Tomita - Famous Lavender Farm in Hokkaido




when summer comes.. Hokkaido is where you can experience something different.. cantik gila kan!.. 








macam dlm cte hindustan pulak.. but really nice!.. oh hatiku tertawan..
if you wanna experience with the amazing scenery.. so come to HOkkaido around June or July.. 


what else interseting in Hokkaido haa?



Sakura


Cherry Blossoms or Sakura.. so ini adalah musim bunga.. Spring.. around May..




Sakura's PArk located near to Atsutaka Ishikari


kat taman ni ada lebih kurang 8000 pokok sakura.. kalau takde keje boleh la kira cukup ke x.. hihi.. and really2 amazing!. cantik sangat2..


zoom in sket macam mana rupa bunga sakura..








so inilah dia bunga sakura..


and.. what else.. 








ahaaa.. musim luruh.. daun berwarna-warni sebelum mula berguguran.. also nice.. 


ade lagi..


sushi
as we can see.. sushi!!. you boleh nikmati sepuas2nya sushi yang sgt sedap kat Hokkaido.. sure?.. maybe.. i don't know.. coz i haven't been there yet.. haha..of course sedap coz hasil ikan2 dia sangat fresh!.. 




macam menarik kan.. satu hari aku pasti akan menjejakkan kaki ke Hokkaido!..  kalau dapat honeymoon kat sini pun not bad kan.. cuaca yang sejuk dan dingin.. boleh peluk kuat2!! ohh no!.. da start nk merapu..


i got to go!.. tata~









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 28, 2011

:: Nak x kita wat cmni ?? ::

perbualan antara aku dan member aku .. A stand for me and H stand for him ..


H : ehh nanti kalau gi picnic.. nak tak kita wat camni ?..


A : buat macam mana ?..


H : setiap orang kena bawak makanan yang dimasak sendiri !..haaa baru best ..


A : orite ! set !..



ohh.. dah lama aku tak gi picnic.. kalau dulu time cuti sekolah mesti gi picnic dengan family.. selalunya kat air terjun lah.. bawak bekal.. nasi ngan lauk ke.. bihun goreng ke.. then ade keropok2.. lagi besh kalau dapat bakar aym ke.. rindunya..! bila la agaknya dapat gi picnic lagi ye.. selalu aku balik cuti sume orang xcuti pulak.. sedih2.. 


sekarang mesti meriah kat rumah .. ye lah cuti Raya Cina 1 week !.. oh jeles nya .. aku kat sini kena struggle utk exam ... start rabu depan ..pray for me ya .. 


kepada sahabat berbangsa Cina Happy Chinese New Year aku ucapkan.. and selamat bercuti untuk anda semua .. (",)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 14, 2011

:: Cik TeN10 and Da_Geng ::


hohoho..iklan Fresh&White tak berbayar!..
diperkenalkan dari kiri Tiq2...Husna...and tak lain tak bukan Cik TeN10!..

ni blom cukup kuota nak wat halaqah!
ada lagi sorang yang takde dalam gambar ni...
siapakah dia?..
jeng..jeng..jeng...


my best friend tak lain tak bukan ~aLiYa~ bucuk!! haha

gambar ni dirakamkan sebelum keberangkatan pulang Cik TeN10 ke jepun!
nak balik kena la jumpa buah hati -buah hati kesayangan dulu kan..(",)
happy sangat dapat lepak sesama walaupun kejap je..thanks u all!!!

ehhh ada org nk msuk line ke?..
ohh maaflah ea Tiq2 is not available!..
Husna and Aliya is still available!!..lelong2~~~haha
bukan murah ea..Cik TeN10 warning awl2 ni..hihi..


ni time pagi before diorg antar Cik TeN10 ke LCCT...
baru je lepas breakfast ni..Cik TeN10 sempat telan nasi lemak n milo ais je..
roti canai tak sempat pn nk makan..ohh kempunan!..


time ni da nk check out hotel da..
Cik TeN10 masih boleh tersenyum girang lagi time ni..
kat LCCT tu muke moyok masam mencuka je..malas tol nk balik!..
mcm mana pun perjuangan mesti diteruskan..

ohhh..hampir terlupa!..
masa lepak sesama kt times square tu kitorang sempat jmpe senior skolah dulu..
ohh perjumpaan yg tak dirancang..
seronok!...kelakar..gelak sampai keras urat perut!..
meh Cik TeN10 tunjuk sket jejaka ni.. :D


Pak Cik yang ntah ape2..
opsss jangan marah ea!..tolong promote!..hahah (^.-)
*harap2 dia tak baca lah! haha*

so..next time balik Malaysia Cik TeN10 nk plan g mna2 dgn da_Geng!!!harap2 korang free lah time aku balik nt ea...miss u all!!..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 11, 2011

:: Cik TeN10 @ M.e.l.a.k.a ::

hye!!!!
owyeahhhh!..Cik TeN10 da pun selamat sampai!..
da start klas da pn..
malas gila okeh!..pala otak ni asyk tringt umah je..
mana tak ingat kn..2 weeks kt umah dok senang lenang je kan..
huhu..really miss my family and my beloved friends!..
saat2 yang sangat berharga tu takkan dapat ku lupakan!..(",)

so..27 Dec 2010 Cik TeN10 pn smpai la kt mesia..
dijangka sampai LCCT on 6.30am!..
tapi hampeh je..flight dr japan delay 1 hour!!!
so araound 8 pm smpai LCCT..
lepak KL jap..cm biasa la tempat yg Cik TeN10 suka shopping baju!
mana lagi kalau bukan Time Square kn!..bju dia cantik2..style la..harga pn not bad la..

pas shopping baju utk pakai semasa percutian di Malaysia!..
ewah2..cm org kaya ja..berlagak kan..haha
beli baju ari ni esok pakai..ok!that me!
malas la nak usung baju dr jepun..wt berat beg je kan..

ok..so 27 petang tu gerak ke Melaka with my friend yg merangkap sbg my pemandu pelancong!..thanks to him!..i really enjoyed!!

so..jom kita tengok posing tak leh blah dr Cik TeN10 yang ntah ape2!  haha


petang around 7 smpai melaka trus check in!..
ok la..rm50 per night!..so total rm100 for 2 nights!..
mand2 golek2 jap atas katil kuar makan and amik2 gmbar!..
sangat cantik ok pemandangan time malam2!..
i like!!!...


at Dataran Sungai Melaka...


ni plak kat perkampungan melayu!..cantik sgt view wktu malam!...


A Famosa!..ehh kenapa "A" kenapa tak "B" or "C" ke?...


arghhh..anak dara tak senonoh!..bakal mak mertua tgk mesti kna reject awl2 kn?..huhu 
jadi andartu la Cik TeN10!!!ohh no!!!...mak!!saya mau kawin!..haha gatal sgguh Cik TeN1o ni!..


panjat2...sampai ats!..view dr atas sgt lah lawa ya aww aww!!


lindung pokok la pulak!..


terpaksa panjat atas balik arahan cameramn!!..
tapi berbaloi!!..coz i like this pic!!!


smile!!!(",)


Cik TeN10 in action!!hehe
action ja lebih..try punya try last2 aram tak beli pn!..kena jimat weyhh!!haha


kl naik kena bayar!..amik gambar free je!..so posing je lah kan..!jimat!!..jimat!...


apa nama ntah muzium ni!..Cik TeN10 dapat port baik punya utk duduk kejap!..hahah


nampak tak orang silver kt belakang tu?..
Cik TeN10 ingtkn patung tau!..hampir2 nk pi peluk dia!..
rupa2nya orang!!..nasib baik tak sempat peluk!!kalau tak merah menyala la muka tahan malu!!wuwuwu
nak amik gmbar ngn org ni 1 keping kena bayar RM2 tau!..
bayar RM2,org tu buat la posing macam2 gaya!..nk byak gaya byak la duit terbang kan!..pandai sunggoh depa cari duet!
tapi atas kebijaksanaan Cik TeN1o dan cameraman kitorg amik dr jauh!!..jimat lagi!!
RM2 dah boleh beli air tebu tau!..haha
see?..dapat jgak kn gambar org silver tu?..(^.-)


Cik TeN10 pantang jmpa bunga!!!suka sangat!!! wee~~


shhhhh!!jangan bising2 tau!!nk skodeng kena senyap2 nt kantoi malu la Cik TeN10!!!


amik angin petang kat tepi sungai!..best2...tenang je...


posing2 sebentar!...hehe nk wat cmne..hobi!..pantang nmpak camera!!
jalan plak dgn mat camera mmg best ahh posing!..baik punye snap kn!..


jom ikut Cik TeN10 masuk museum ni pulak!!! nk tgk apa ada kat dlm tu?..jom2!!


alaaa!!kenapa dia lagi tinggi!!!ishkk tak puas hati betul!!..


meh kita teropong tgok ada orang dok senyum sorang2!!haha kantoi la!...


ohh Cik TeN10 agak buas la!..slagi boleh panjat kita panjat!!owyeahhh!!!


Cik TeN10 psing ja!..cameraman snap byak2!!suka3!!!..wee~~


naik boat plak!..dia bwak pusing kat sungai Melaka!..
RM10 per person!..ok la kn..smbil menikmati view malam bleh la rehatkan kaki Cik TeN10 kejap!..penat woo jalan...tp besh~~


sangat cantik okeh view time malam2!!...

cukop la kan cerita sket2..kang boh sume gambar termuntah plak korang tgk!!huhu
percutian yang sangat best!...

Cik TeN10 sebenarnya kuat shopping!..
tapi kalau gi melancong Cik TeN10 lebih suka bergambar!..
sebab amik gmbar tak payah bayar duit!..
so selamat la fulus2 Cik TeN10 kan!..
paling kuat pun duit abes kat makanan ja kan?..tak la membazir!..
hehe..tu lah tips yg Cik TeN10 nk share dgn insan2 yg bergelar Shopaholic!!!
selamat mencuba!!!

:: percutian kat melaka..kenangan yg takkan Cik TeN10 lupaka..what happened?..biarlah rahsia..huhu::

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...