Assalamualaikum..
di bulan yang baik ni aku nak join segmen dari Belog UBI
kebetulan tadi aku terdengar ceramah agama kat radio dan ustaz tu pun ada sebut mengenai hadis yang berbunyi
Rasulullah saw bersabda " Barangsiapa yang memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikitpun juga " ( HR Tirmidzi, shahih )
apa yang aku faham, hadis ini menekankan tentang amalan bersedekah di bulan Ramadhan..
ada banyak cara untuk bersedekah.. salah satu caranya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas.. iaitu memberi makan orang yang berbuka puasa..
contohnya.. kita sedekah sebiji kurma kepada orang yang berpuasa.. kita jugak turut dapat pahal puasa dia.. besar ganjarannya kan.. tu baru sebiji kurma.. kalau kita bagi banyak biji kepada banyak orang ?? tak terhingga ganjaran pahala yang kita dapat..
betapa indahnya bulan Ramadhan ni kan.. bulan bonus untuk kita mengumpul pahala sebanyak yang mungkin.. sama2 lah kita berbuat baik di bulan yang mulia ini.. semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.. :)








