:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

:: Ramadhan kembali lagi ::

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bertemu kembali dengan Ramadhan kali ini.

Kat sini puasa 17 jam. Lama kan ? Tapi insyaAllah harap dipermudahkan. Diberi kekuatan.

Termenung kejap kat lab. Terkenang kembali zaman sekolah rendah dulu. Dulu bermula dari darjah 3 abah dah tak hantar aku pi sekolah dah. Naik basikal sendiri ulang alik setiap hari. Jarak dari rumah ke sekolah bukannya dekat. 3 km. sehari 2 kali ulang alik ke sekolah. Maknanya setiap hari aku kayuh basikal sejauh 12 km. tak hairanla kalau aku kurus kan. Hahah

Aku ingat lagi. Masa tu bulan puasa. Aku darjah 3. Dah puasa penuh dah time tu. Cumanya time kayuh basikal nak balik rumah waktu tengahari tu adalah dugaan yang amat besar bagi aku waktu tu. Dengan pancarah matahari yang terik atas kepala tu. Nak kayuh basikal naik bukit sungguh meletihkan.Tengok air sungai yang mengalir tu pun dah cukup untuk buat aku terliur. Betapa nikmatnya kalau dapat hirup air sungai tu time tengah panas tu kan. Kalau air sungai tu keruh sket aku akan terbayang air teh ais kedai Cik Mah. Kalau air jernih aku terbayang jus laici yang sejuk, kalau minum tu sungguh refreshing ! Sampai terbabas masuk semak sebab dok syok sangat berangan. Hahahaha koyak kain sekolah sangkut kat pagar yang ada duri2 tu. orang kampung paggil kawat?ka apa ntah.lupa dah. Sampai umah ja kena la soal selidik dengan ibunda. Penat kayuh basikal satu hal. Balik nak kena jawab soal selidik pulak. Sungguh meletihkan. 

Jam 6 petang. Ibunda sibuk menydiakan juadah berbuka. Dan memang menjadi tabiat aku dan adik-adik bergelimpangan kat dapur. Lantai dapur kan sejuk. Time tu masing-masing pakat terkulai dah tak larat. Dok bilang jam ja tunggu nak berbuka. Yang kuak lentang, kuak kupu-kupu semua pn ada kat dapur. Aduhai. Kenangan semua tu. sekarang ni semua pun dah besar dah. Tinggal dua orang ja adik aku kat umah teman mak abah. 

Tahun ni. Sedar tak sedar dah tahun kelima aku berpuasa di perantauan. Maksud aku di Jepun. Sayu je rasa hati. Teringatkan keluarga di kampung halaman dan juga kemeriahan bersahur serta berbuka di rumah bersama keluarga. Tak lupa jugak kemeriahan bazar ramadhan. Dah 5 tahun tak merasa semua tu. Harini kena stay kat lab buat eksperimen sampai kul 10 malam. Nampak gayanya menu berbuka harini adalah osciloscope ! 

Ya Allah. Kau permudahkanlah urusanku. 

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua. Dan selamat berbuka. Ingat tau. Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, June 27, 2013

:: Puasa yang yokk ::

Assalamualaikum (,")

Pejam celik pejam celik dah nak masuk Bulan Ramadhan dah kan. Aku ni bukan apa. Report nak kena hantar esok dah siap. Dok termenung depan laptop dekat lab ni terberangan la pulak. Teringat masa kecik-kecik dulu waktu mula-mula nak belajar puasa. Aku pasti semua orang ada kisah tersendiri kan.

Dulu-dulu tok aku suka buat bahulu. Aku sempat la merasa timbuk telur sampai kembang dalam pasu yang besaq tu. Lenguh gila kot nak timbuk sampai telur tu betul-betul kembang. Tapi syok. Rugi la sapa yang tak berpeluang nak merasa pengalaman timbuk telur nak buat bahulu. Sekarang ni pakai hand mixer ja kan. Pastu bakaq pakai oven. Tok aku dulu semua manual. Oven semulajadi. Bawah api kayu atas tu tutup ngan zink letak sabut bakar. Berasap tak payah cerita la. Mati habes 7 keturunan nyamuk-nyamuk semua. haha

Selalunya tok aku akan buat bahulu seminggu sebelum tibanya hari raya la. Aku masih ingat lagi. Waktu tu aku dah cerdik sikit la. Puasa pun dah penuh la. Tapi adik aku si Mimi tu baru dok belajaq nak puasa. Masa tu ramai la sepupu sepapat kat kampung. Meriah tok sah habaq la kan.

Masa tok aku dok buat bahulu tu. Aku ni tukang susun bahulu dalam balang. Bau bahulu yang baru keluaq dari oven tu hanya tuhan ja yang tau. Nasib baik iman kuat kalau tak dah bukak puasa awai dari orang. hahaha

Nak dijadikan cerita. Sambil aku dok susun dalam balang tu, aku bilang la dapat berapa ketul bahulu kan. Sekali tu aku macam hairan. Ishkkk... Awat macam kurang ja bilangan bahulu kali ni?.. maka aku pun mulakan penyiasatan. ala-ala Detective Conan gitu. haha

Aku pi cari la adik aku si Mimi dan sepupu sepapat yang seangkatan dengannya. Tau depa dok buat apa? Dok buat parti bahulu dalam pondok tempat tok wan aku simpan padi !!! Padan la bahulu hilang setengah. hahahaha kantoi sudah depa puasa yang yokkk.! Aku tak join sekali ok!.. hahahahah

Aku dulu setakat curi makan kuih 2,3 keping ja. So mak aku tak perasan la. Sambil dok susun kuih dalam tupperware tu ngap la sekeping dua. bhahaha. kita kena bijak jugak sekali sekala baru senang hati. hahaha tapi tu cerita dulu la. sekarang ni aku hanya mampu mengimbau kembali kisah-kisah dulu ja. beginilah nasibku di perantauan. sobss..

macam mana dengan korang pulak ? ada yang puasa yang yokk jugak tak ? hahaha baik ngaku :p







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, October 17, 2011

:: fenomena biasa ::

morning !! ohayou ! (",)


ini antara fenomena biasa yang  berlaku dalam kelas aku masa form 5..
fenomena ni selalu berlaku dalam kelas add math..

cikgu add math aku nama Cikgu Tempawan.. garang orangnya !

tapi ada sorang mamat dalam kelas aku tak serik-serik..
makanya selalu berlaku permainan baling kapur dalam kelas add math !

paling terer skali tak lain tak bukan cikgu tempawan lah !!
tepat kena kat kepala beliau yang sedang lena dibuai mimpi indah..
terkejut bangun muka blurr.. takleh blah.. haha

mamat ni jugak la yang kantoi pinjam buku latihan add math aku secara haram..
maklum la.. sapa yg siap latihan add math awal pasti jadi mangsa.. aku antara mangsa yg pemes amos ! hehhhhh

hangin aku bila datang sekolah pagi-pagi buku add math takde kat rak..
last2 terkantoi mamat ni la punya kerja..
hasil meniru kerja add math aku maka Add Math dia lulus dgn cemerlangnya time SPM..
kira aku dapat pahala secara tak langsung la.. hehehe

korang penah kena baling kapur jugak ke ???

*****

sekarang ni aku ngah layan cite A thousand kisses
busy cemana pun sehari at least 1 part mesti aku layan drama korea ni..
time to watching pasrt 2 ! heeeeeee bye!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, October 10, 2011

:: gerek ::

basikal.. orang kedah panggil gerek.. aku dulu kira jaguh la kayuh gerek ni..
sekolah rendah dari darjah dua ka tiga sampai darjah 6 aku kayuh gerek ulang alik dari rumah ke sekolah pagi petang.. jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang 3 kilometer.. seawal jam 7 pagi aku kayuh gerek kriukk kreekkk kriukk krekkk pi skolah.. pukul 1 tengahari kayu laju-laju balik rumah.. mandi, solat, makan.. pi mengaji kafa pulak.. kiranya satu hari aku kayuh gerek 12 km,.. ini lah rahsia aku maintain slim sampai sekarang ! owyeahhh.. bangga nih bangga.. haha

itu cerita zaman sekolah rendah punya.. sebenarnya aku nak cerita pasal gerek kat jepun ni.. gerek kat sini macam basikal tua tu.. hat tayar besaq.. macam gerek tok wan aku naik pi bendang tu.. disebabkan tayar dia besar, maka dengan sekali kayuhan gerek dah boleh bergerak dalam jarak yang lebih jauh.. paham kan?.. so lagi seronok la aku merempit dekat jepun ni..

nak tengok rupa gerek kat jepun ??

ini dia..


aku punya gerek kaler merah.. naseb baik dia buat style batang kat tengah antara tempat duduk dengan handle rendah macam tu.. kalau la batang tu tinggi macam gerek tua tok wan aku, kena celah kangkang mmg sedap ! tak kencing seminggu woo.. haha


tapi kat sini ada satu undang-undang.. tak boleh bawak orang kat pelantar belakang tu.. kena naik sorang ja.. kalau buat jugak terserempak dengan polis memang kena denda.. 


yang jenis ni pun ada jugak.. kalau kanak-kanak boleh bonceng kat belakang tp letak tempat duduk macam dalam gambar kat atas ni.. 

bercakap pasal gerek ni.. teringat pulak aku pengalaman mak sedara aku naik gerek kat jepun waktu malam.. gerek kan ada lampu pakai dinamo kan.. makin laju kayuh makin terang la lampu gerek kan?..

 cerita dia macam ni.. ada satu malam tu.. mak sedara aku keluar ke convenience store berdekatan untuk beli telur ayam.. perjalanan pergi ke convenience store selamat tanpa sebarang masalah.. nak dijadikan cerita.. time nak balik tu.. 10 biji telur yang telah dibeli diletakkan dalam raga gerek.. maka dia pun kayuh la gerek nak balik.. 

lorong untuk gerek dengan jalan besar dipisahkan dengan divider kecik.. mak sedara aku kayuh gerek pelan time tu sbb tak cam sangat jalan kan.. so lampu gerek pun malap2 ja la.. skali terlanggar benteng lalu jatuh.. bagun2 tengok kiri kanan takde orang nampak terus cek keadaan telur yang dibeli tadi.. daripada 10 bijik hanya 1 bijik ja yang terselamat.. ok lah tu kan daripada xdak langsung.. haha kesian betul.. itulah pengalaman yang paling manis semasa berada di jepun katanya..

aku pun penah jugak jatuh gerek.. gatai sangat naik gerek time musim salji.. memang padan la muka aku kan.. sakit woo punggung aku.. so aku dah serik nak merempit time winter..

bye !

psttt.. ok tak dengan wajah baru ni ? mmg simple gila2 but i really love it.. isn`t it cool and nice?..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, September 18, 2011

:: Permainan suatu ketika dulu ::

Assalamualaikum..
aku nak imbau kenangan masa aku kecik - kecik dulu

.....

** masak - masak **

salah satu permainan yang memang digemari gegurl masa kecik2 dulu bukan ?
aku pun tak terkecuali..
aku rembat la belanga(kuali) kecik nenek aku satu dengan spatula satu..
macam besa la kutip la apa yang ada sekeliling.. abes pokok bunga mak sedara aku kerjakan.. keh3
ntah apa yang seronok aku pun tak tau la..
kalau pikir2 balik bukan boleh makan btul2 pun kan..
tapi suka sangat main masak - masak..
nasib baik la dah besar ni rajin masuk dapur..

** kawin - kawin **

lagi satu permainan yang aku ingat ialah main kawin-kawin..
pengantin nek buaian pastu hayun lelaju..
ntah ape-ape kan.. 
sekarang bila jumpa balik ngan kawan-kawan sepermainan jadi malu plak..
nak2 budak laki yang penah nek buaian ngn aku tu..
cek malu la.. keh3 *gedikk

** tuju tin/selipar **

ini memang permainan yang aku paling suka !!
nak2 bila boleh baling selipar tepat kena belakang member !!
keh3.. kejam gila !
tapi budak2 dulu setakat kena baling ngan selipar takde hal la..
budak sekarang mau meraung kan ! lembik !!

** tuju guli **

yang ni aku surrender sebab tak terer !!
aku tukang sorak ja.. keh3
seingat aku la..
member hat paling terer tu guli penuh tin !!
mana taknya setiap kali menang semua guli dia bedal kan..
hat tak terer ni nganga ja la.. haha

** polis sentri **

ini pun pebret aku jugak nih !!
mak sedara aku kata aku pecut smpai kecik kepala !
apa kaitannya aku pun tak tau..
tapi aku seronok bila turn aku jadi polis..
aku akan target hat badan besar2 dulu..
lari sket dah hup hap hup hap.. keh3
seronok ! seronok ! seronok !

.....

tu la yang aku ingat pun..
permainan budak -budak kampung..
seriusly seronok !!
dulu mana kenai lagi computer game segala..
computer game tak mencabar langsung !!
ape kerlass kan ?.. keh3

ada lagi tak permainan lain selain dari yang aku sebut kat atas tu ??
sila share jangan malu jangan segan ea.. >.<

.....

pstttttt


in the making !!! bau tak bau tak ?? keh3


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 21, 2011

:: Kenangan itu ::


Assalamualaikum.. (",)


korang rasa ini potrait aku ke adik aku ??
ce teka ce teka.. hihi 

ishh.. aku nak suruh korang teka tapi aku tak sabo nak cakap kat korang..
ni adalah lukisan potrait aku yang pertama tau..
bukan aku yang lukis la tapi.. 

ini adalah hasil lukisan ex-bf aku..
celah mana dia lukis aku pun tak tau..
tapi aku rasa sangat2 terharu + gembira..
sebab sebelum ni takde sape penah lukis gambar potrait aku..

walaupun aku dah jarang contact ngn dia..
aku nak ucap terima kasih untuk lukisan ni..

memang kitorang dah clash.. tapi aku tak penah nak buang semua barang2 yang penah dia bagi..
sebab itu semua adalah kenangan.. 

tak berbaloi kalau putusnya sebuah persahabatan gara2 putus cinta..
aku harap dia akan jumpa teman hidup yang terbaik..
aku doakan semoga dia berjaya dalam setiap bidang yang diceburi..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, June 30, 2011

:: Angkat kain tinggi2 la.. tunggu apa lagi !! ::

Assalamualaikum..

ohh.. aku usha gambar member-member aku kat fb..

ayu je masing-masing dengan blouse, skirt bagai.. gaya feminin gitu..

aku ?? ahaha t-shirt + jean mmg menjadi kesukaan aku..

kadang-kadang tu saruk selipar je.. nak lari pun senang kan.. kih3
mana tau kot2 kena kejar dgn makhluk hitam ke kan..


ohh aku teringat kisah kena kejar lembu masa hari raya dulu..

time tu aku rasa aku baru darjah 1 ke 2 camtu kot..masa tu dekat kampung sebelah abah aku..aku ngan sepupu sepapat plan nak pi kutip duit raya..so dah dapat permission mak abah kami pun pi la jalan..

aku pakai selipar ja.. cousin aku ni bukan main.. dari atas sampai ke bawah merah menyala !! kasut tumit tinggi kelepup kelepap bunyi bila jalan..

masa tengah syok-syok dok jalan tu..tiba-tiba aku macam dengar bunyi tapak kaki kat belakang.. bunyi tu lagi kuat dari bunyi kasut cousin aku tu..
aku pun toleh la belakang.. tengok ja belakang aku angkat kain terus pecut lari sambil mulut dok jerit kuat-kuat !!..

lembu ligan ( kejar ) kami woiii !!! dah la tanduk melengkoi semacam ja.. cuak gila.. kami lari sampai satu umah ni.. mula2 pakat lari pusing pokok besar depan rumah sape ntah.. pastu da penat men masuk je ntah umah sape ntah.. naseb baik tuan rumah tu tolong halau lembu tu.. kami pun hentam la kuih raya dan minum berjug2 air setelah penat masing2 lari dari lembu gila tu..

" hang la ni adik not pakai baju warna merah !! kan dah kena ligan .. " aku marah cousin aku..

" nasib baik lembu tu tak serondoi aku.. kalau tak.. "

blablabla..

masa nak balik kasut tumit tinggi kaler merah cousin aku takda.. dia baru sedar yg dia lari tadi berkaki ayam.. angkat kain tinggi tak mau mau.. lari tak laju mana pun.. adoii laa.. kelakar.. 

bila fikir-fikir balik betul la orang tua-tua cakap.. lembu suka warna merah.. kan ??? haha





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, June 24, 2011

:: Pantang larang org tua-tua ::

Assalamualaikum.. ohayou (",)

ehem2.. betapa indahnya dunia pabila mulut tengah mengunyah sambil menikmati kelazatan popia goreng di pagi hari.. suatu yang special dihadiahkan kepada perut kesayanganku di pagi Jumaat yg indah ini dgn diiringi hujan renyai-renyai.. (",)  hujan rahmat mungkin..

haa.. mak aku kata kalau makan jangan bercakap.. tak sopan.. pastu mak aku kata lagi.. jangan duduk atas bantal nanti naik bisoi kat punggung!.. dan mak aku masih berkata lagi.. lagi.. dan lagi..

hurmm macam2 pantang larang orang tua-tua dulu-dulu kn.. ada satu pantang larang ni yang masih menjadi tanda tanya buatku.. 

masa cuti musim bunga tahun ni.. aku baru lepas mandi.. then macam biasa la belai rambut ikal mayang aku yg serabut kalah hantu kak limah ni.. jenuh jugak la nk leraikan belit-belit rambut aku tu.. sampai terpatah satu bilah mata sikat tu.. dh lama sebenarnya mata bilah sikat tu patah.. alah setakat patah 1 still boleh guna lagi kan.. tapi mak aku marah.. dia kata..



" ishkk jangan dok guna sikat yang dah patah tu.. tak elok.. pi buang amik sikat lain.. berlungguk lagi sikat kat dalam bilik tuh !.. "

aku dok berfikir sampai sekarang.. kenapa ya orang tua-tua dulu larang kita guna sikat yang dah patah ?? apa tujuan sebenar disebalik larangan tu ?? sape tahu ?? kasi tahu lah sama aku dong.. hihi 



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, May 15, 2011

:: Gigi dan Hammer ::

Assalamualaikum..


pg2 lagi da dikejutkan dgn gegaran magnitud 3.. terus terbangun.. panic punya pasal hilang terus rasa mengantuk.. bagus jugak kn.. kl tak mesti smbung tdo lg.. hihi teruk betul anak dara sorg ni..


tadi blogwalking ziarah teman2.. and entry ini mengingatkan aku tentang suatu kisah ketika aku zaman kanak2 dulu.. dlm lingkungan umur 4,5 tahun cmtu la..


ada satu hari tu aku sakit gigi.. ye la suke sangat mkn coklat tp malas berus gigi kl xde ubat gigi kodomo lion perisa strawberry tu.. haha kecik2 da pandai demand.. sakit gigi mmg xsng duduk la kn.. aku gtau la datuk aku.. then...


" mai sini tok wan nak tengok.. " datuk aku panggil


aku pun berlari2 anak gi kt datuk aku tu.. nganga luas2 datuk aku belek gigi aku yg sakit tu.. then...


" amik mai mertun (penukul) tu kat aku.. " arah datuk aku pada mak sedara aku


dengar je perkataan mertun tu terus meremang bulu roma aku.. aishh tok wan ni nk wt ape ngn mertun ni.. xkn nk ketuk gigi aku kot.. sakit laa.. dan2 aku lari.. maka terjadilah aksi kejar mengejar dikeliling umah.. dh kna tangkap menangis bkn sbb sakit gg tp sebab takut.. aku pun tak ingat ape tok wan buat ngn gigi aku guna mertun and paku.. tp yg aku ingat sakit gigi aku terus hilang.. 


bila fikir2 balik.. org zaman dulu pndai sbnrnya.. mcm2 rawatan ade.. xperlu alat canggih2 pn.. sampai skrg aku tertanya2 apa yg tok wan aku buat guna penukul and paku utk hilangkan sakit gigi aku.. nak tanya pun tok wan aku dh xde da.. time kasih tok wan.. :)







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 27, 2011

:: Tujuh Kupang ::


Assalamualaikum

semalam aku dgr berita dekat radio.. dok bising2 tak bagi kantin sekolah jual nasi lemak sebab dikatakan menjadi punca obesiti kepada pelajar sekolah.. erkkk mcm tak logik =.= .. orang dulu2 makan ok jek xde pape masalah pun.. tak pasal2 nasi lemak plak kena tuduh.. nih yg aku marah ni.. nasi lemak tu sedap kot..

macam mane budak2 sekarang tak gemuk.. kat skolah tu macam2 fast food ade jual.. nak ape?.. burger.. fries.. serba mak nenek ade.. tak berkhasiat langsung.. kat sekolah dah telan benda2 kolestrol mcm tu.. balik umah dok depan komputer main game sampai bengkak bijik mata.. aktivti tak sihat langsung.. keluar peluh pun tak.. dah tu mcm mna tak naik berat badan ?.. huhh
.....

dulu2.. masa zaman sekolah rendah dulu.. mak aku bagi duit belanja ke sekolah tujuh kupang (70 sen) jekk..


Air gelas kecik sekupang (10sen)
kalau gelas besar baru dua kupang (20sen)
air yg femes adlh air sirap and air oren

laksa or nasi ayam 1 pinggan kecik baru tiga kupang (30sen)
kalau pinggan besar lina kupang (50sen)


Selalunya aku bawak bekal air ke sekolah.. time rehat pukul 10 tu aku just beli nasi ayam or laksa.. 70 sen - 30sen = 40 sen.. baki lagi empat kupang tu balik umah masuk tabung.. kdg2 tu balance tiga kupang je sebab aku beli kacang yg dibungkus paket2 kecik harga sekupang.. kalau sekarang apa boleh beli dgn wang sebanyak tujuh kupang ?? air pun tak lepas kan..


hasil duit yg aku kumpul lebihan belanja sekolah tiap2 hari tu masuk dlm bank simpanan aku.. aku rasa ada la dalam rm500 aku simpan start dari darjah 1 sampai darjah 6.. budak2 sekarang ?? duiit lebih buat main game kat cyber cafe.. celah mana nk simpan ??


aku pi sekolah naik basikal jekk.. jarak dari rumah ke sekolah hampir 3 km.. ulang alik lah setiap hari dgn beskal.. sebab tu aku slim kot.. terlebih exercise gamaknye.. kihkih .. dulu kereta pun xde.. kl hari hujan tu mewah sket la abah antar pi sekolah naik motor kapcai.. abah hantar sampai ke koridor sekolah.. naseb baik tak terus masuk ke kelas.. hihi


tu lah serba sikit cerita zaman sekolah rendah aku dulu.. korang plak macam mana ??



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...