:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Showing posts with label Study Oversea. Show all posts
Showing posts with label Study Oversea. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

:: 送別会秋田2012/2013 ::

Assalamualaikum :)

Tahniah diucapkkan kepada semua seniors yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang,gemilang dan terbilang ! yeahh ! alhamdulillah setelah mengharungi ombak tsunami bagai akhirnya berjaya jugak korang sampai ke garisan penamat.. buat yang nak balik Malaysia tu selamat pulang ke tanah air.. buat yang akan bekerja di nihon tu selamat bekerja ! jangan dilupakan adik-adik comels anda di Akita ni ya :D

ohh untuk makluman semua.. students kat Jepun grad bulan 3.. so semalam bagi meraikan seniors yang grad tahun ni, maka kami meng-organize kan satu majlis perpisahan.. terpaksa la buat majlis awal sket sebab cuti dah start so semua pun dah tak sabar nak bercuti.. ada yang balik bercuti di Malaysia. aku ler tu ! keh3 so marilah kita sama-sama melihat kemeriahan majlis ang berlangsung semalam ya :) enjoy!

inilah backdrop yang tak seberapa..


ini menunya.. untuk main menu ada nasi minyak dengan ayam masak merah dan jugak acar timun.. thanks kepada Alin sebagai main chef dan adik-adik junior yang membantu.. dessert plak ada triffle, puding limau dan tart gulung.. itu aku ngan aimi punya kerja.. bhahahaa maaf la ye kalau ada terkurang kat mana-mana.. harap semua enjoy makanan semalam :)


persembahkan.. team kami sebagai organizer majlis semalam :) terasa comel plak berbaju kurung sebab dah lama tak pakai baju kurung kot.. ke dah memang comel ? hahahaa


sementara dok menunggu ketibaan senpai maka kami pun bergambar ! hahaha
dar kiri nisa, aimi, ermi, me!, alin dan ain.. perut dok bergendang dah sebenarnya.. sibuk sangat sampai tak sempat nak makan pun.. majlis patutnya start pukul 5.30 tapi disebabkan salji lebat dan faktor-faktor lain so lambat sket la.. pape pun alhamdulillah sebab majlis berjalan lancar :)

kat bawah ni sesi fotografi.. macam-macam hado ! hahaha


inilah dia senpai-senpai yang diraikan .. :) 







gambar tak bape elok sangat sebab snap pakai ipong ja.. pape pun majlis semalam best sangat ! kepada senpai sume ganbatte.. jangan lupa kitorang kat sini.. thanks atas segala bantuan anda selama disini :) 



inilah kami.. warga Akita :)

tak larat dah nak menaip.. cukup sampai sini saja.. :D


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 4, 2012

:: Spring 2012 ::

Assalamualakium.. cikten10 kembali !! 

kali ni nak tempek gambar sakura banyak2.. 
last week kitorang berhanami dekat Iwate.. Kitakami nama tempat tu.. 
enjoy la gambar kitorang yang ntah pape ni ehh ^^


mee goreng.. popia goreng.. karipap menjadi menu pilihan untuk hanami kali ni :)


selain makan.. men gitar nyanyi2..



amik gambar ^^


bergambar.. ce teka mana aku ? hehehhh


makan ice cream.. namanya babahera.. ice cream ni kira trademark untuk akita la.. famous ni. first time jumpa ice cream cantik mcm ni.. time musim bunga, tulip kembang memang banyak la ice cream ni.. cantik kan :)


sakura warna pink.. warna pink  xbanyak sangat.. tapi cantik !!


jenis ni banyak.. warna putih.. :)


kasik close up sket.. :)





sakura road.. :)


abaikan model yang tak bertauliah itu ya .. keh3




bia dah gila melompat macam2 gaya ada ^^


time melawat tulips pulak.. :)


ok.. cukup ! kang rabun plak mata korang tengok gambar banyak sangat.. insyaAllah aku akan cari masa and rajinkan diri mengupdate blog dan jugak blogcrawling.. ngeh3.. daa~






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, April 6, 2012

Salam readers..

semalam 入学式/nyuugakushiki/hari pendaftaran aku dan rakan-rakan seangkatan.. =)


sebahagian dari kami.. ce teka mana aku ? keh3


nah.. aku post gambar ni kat fb.. siap ada yang cakap macam muka budak kecik la.. muka tembam la.. ape2 je la.. yang pastinya saya baru daftar tadika semalam.. keh3 =p

ohh.. untuk pengetahuan korang.. tahun baru kat Jepun ni bermula pada 1 April.. so hari pendaftaran tadika, sekolah, universiti and so on memang berlaku pada bulan April.. makanya bulan March 2014 kalau xde aral melintang insyaAlah aku grad.. hopefully =)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 23, 2012

:: Biasiswa JPA ke Jepun ::

Salam readers.. =)

seperti yang dijanjikan.. hari ni aku nak cerita sket la pasal permohonan untuk mendapatkan biasiswa bagi sesiapa yang nak sambung belajar kat Jepun..

harapnya post ni sedikit sebanyak dapat la membantu adik-adik yang tengah pening kepala dok pikir nak sambung belajar kat mana..  

kalau korang berminat nak sambung dalam bidang engineering di Jepun so boleh usha-usha ea..


so sesiapa yang rasa beminat boleh baca artikel tu..

untuk pengetahuan korang.. biasiswa kerajaan Jepun Monbukagakusho ni dah lama dah ada..
tak sure la ramai ke tak budak Malaysia yang sambung belajar kat Jepun atas tajaan Monbukagakusho ni.. tapi yang aku tau.. mostlynya setudent Malaysia kat sini under tajaan JPA.. aku xsure la sekarang sistem dia macam mana..

seingat aku.. dulu aku apply Program Ijazah Luar Negara.. aku xingat plak bila aku apply.. yang pastinya semua tu dibuat secara online sahaja.. so korang kena alert la.. kena selalu check dekat website rasmi JPA.. boleh klik sini.. korang kena selalu cek la tengok pengumuman/info terbaru.. nanti kalau tawaran dah dibuka memang dia akan iklan/umum dekat situ ..

selamat mencuba ya adik-adik =)

ohh kat sini nak pesan sket la.. korang kena pikir betul-betul sebelum buat keputusan nak sambung belajar dalam bidang apa.. sebabnya kalau korang TERsalah pilih bidang yang korang tak minat/lemah.. berat untuk korang survive nanti..

lagi satu.. kalau korang nak apply biasiswa macam ni.. korang nak stop tengah jalan tu boleh tapi kena bayar balik duit biasiswa yang korang terima tu.. bukan sikit nak bayar balik tu.. so nak tak nak korang terpaksa abeskan pengajian dengan jayanya even korang tak suka/minat.. memang minat tu boleh dipupuk tapi lebih elok kalau kita amik bidang yang kita suka/minat bukan ? so that kita lebih enjoy mempelajari bidang tu.. apa-apa pun jangan lupa tanya pendapat parents.. jumpa kaunselor.. yang penting solat sunat istikharah.. semoga anda semua dapat buat keputusan yang terbaik untuk diri dan masa depan anda.. insyaAllah =)






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, September 17, 2011

:: Malam raya versi perantau ::

Assalamualaikum..

pejam celik pejam celik..
dah 19 syawal hari ni.. betul tak ??
raya sebulan kan.. ape kisah..
open house pun masih banyak sana sini ye tak?..

walhalnye aku nak cite..
kisah malam raya versi perantau..
layan je la gambar yang aku sempat snap ye..


kul 6 petang kitorang turun padang..
acara bbq di malam raya..
bakar ayam + daging salai..
itulah juadah berbuka kitorang..


masing2 tengah mencekik..


lepas mencekik time untuk bermain bunga api !!
banyak kan ?.. aku sungguh teruja sebab kat jepun ni ada macam2 jenis bunga api !!
korang tengok la sendiri tu haa..


pilih jangan tak pilih !!
aku pun pening jugak nak pilih..
last2 semua jenis aku try !! *tipu tak sempat nak men semua banyak sgt tak larat


aku snap pakai iphone je nih.. maap la kualiti kureng sket.. 
ini yg aku rasa paling cantik yg aku main lah..


ini ape nama ntah..
bunga api ni ikut nasib lah..
kalau dia berapi lama sket kira umur org yang main tu panjang lah..
itu kepercayaan orang jepun lah..
kalau dah ajal tu mati jugak kan.. keh3


ni yang besar punya ! cantik !

itu je lah kisah malam raya aku..
family aku kt umah ngah sibuk rebus ketupat masak rendang..
aku kat sini main bunga api je..
seronok jugak la dari tak buat hape2 kan..

*****

macam mana pulak dengan malam raya korang ??

*****



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, August 27, 2011

:: Secebis ucapan ::

Assalamualaikum..



di kesempatan ini..
aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca blog seposen ini..
sepuluh jari ku susun sebagai tanda mohon maaf andai terkasar bahasa tersalah bicara..

kepada yang akan pulang ke kampung..
hati-hati di jalan raya.. aku doa semoga kalian semua selamat sampai ke kg halaman..

buat yang dah berada dia kampung tu..
nikmatilah detik bahagia anda disamping keluarga tersayang..
raya nanti makan ketupat lemang jangan lupa aku kat sini ea.. ^^ 

buat mereka yang senasib dengan aku yang nun jauh di perantauan tu..
jangan sedih-sedih ea.. korang sedih aku pun sedih jugak..
hari raya nanti ramai-ramai pakat serbu embassy okeh.. ! kasik meletup umah pegawai JPA tuh.. haha

sekian sahaja ucapan dari bumi matahari terbit.. wassalam =)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, August 10, 2011

:: Di sebalik tabir ::

Assalamualaikm..

okeh.. entry ni adalah kesinambungan daripada entry ini

ramai yang bertanya itu ini tentang perihal open campus tu..

actually open campus ini diadakan pada October setiap tahun.. kalau kat sekolah dulu ala-ala Hari Kantin gitu haa.. masa open campus ni, kitorang bukan sahaja menjual makanan, malah turut membuat pameran hasil daripada research yang dibuat oleh semua pelajar tahun akhir.. ada jugak persembahan, pertunjukan robot dan sebagainya..

apa yang istimewanya.. open campus ini merupakan satu platform buat student2 dari luar negara untuk memperkenalkan serba sedikit tentang budaya negara masing-masing kepada masyarakat Jepun.. pada hari tu bukan saja pelajar malah waris-waris serta orang ramai turut datang bagi memeriahkan lagi open campus..

so kitorang ambil peluang itu untuk memperkenalkan makanan Malaysia
seperti dalam entry lepas tahun lepas kitorang jual karipap dan juga roti jala + kari ayam ..
untuk tahun 2009 kitorang jual sate dan cucur udang bersama kuah kacang ..

satay + kuah kacang menu dua tahun lepas

sambutan memang hangat.. aku pun tak menjangka orang Jepun suka dengan makanan Malaysia.. siap ada yang mintak resepi lagi.. aku ubah suai sket la resepi kuah kacang dan jugak kari ayam tu supaya tak terlalu pedas memandangkan lidah orang jepun tak tahan pedas.. alhamdulillah diorang suka..

actually masa first time nak buat tu.. aku pun tak tau nak anggarkan berapa banyak kuantiti makanan yang perlu aku sediakan.. nak buat banyak takut tak mendapat sambutan kan.. so aku buat biasa2 ja.. start jual pukul 10 lebih kurang pukul 12 makanan semua habis dijual.. tak disangka!!

memang penat tapi sangat berbaloi.. bukan nak kaut untung sangat sebenarnya.. niat hanyalah untuk suka-suka untuk kenalkan makanan Malaysia saja.. 

itulah first time aku buat satay sendiri.. dari sediakan ayam, perap ayam untuk buat satay dan juga masak kuah kacang.. dari mana aku belajar ?? internet je lah.. nak masak cucur udang, roti jala dan kari ayam tu orang tua-tua kata celah gigi je.. 

so untuk tahun ni, aku serahkan kepada junior-junior aku plak.. aku nak pantau and tolong sket2 je kali ni.. sekarang ni kitorang tengah mencari idea..

menu apa pulak kitorang nak jual tahun ni ?? any idea ??



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 19, 2011

:: Pelangi indah ::

Assalamualaikum..


korang ingat tak aku penah cite aku gi << akita >> beberapa minggu lepas ??

result baru je keluar 40 minit yang lalu..

keputusannya.. alhamdulillah.. (",)



aku 604..yang aku bulat tu semua member2 aku..student Malaysia.. 
tahun depan aku ade geng la nak gi kelas.. semangat sket nk belajar !! yeayyy !!
lepas ni dah kena cari rumah kat akita pulak..

thanks kepada semua yang wish untuk aku hari tu.. 
sayang korang ketat2.. (",)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 18, 2011

:: Me Myself and I ::

Assalamualaikum..

ermm.. pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan 8 dah..
rasa macam baru je kita melangkah ke tahun 2011 kan.. haiii cepatnya masa berlalu..
lagi dua minggu kita bakal menyambut bulan Ramadhan..

sebagai persediaan untuk menyambut Ramadhan tahun ini..
aku tengah berusaha mencari buah kurma ni haa..
aku usha dekat on9 shop yang selalu aku beli makanan halal tu tapi tak jumpa pulak..
kalau takde jugak terpaksa la susahkan sape2 untuk poskan..

sedih laa.. tak dapat nak menyambut Ramadhan bersama keluarga tahun ni..
lagi sedih bila dengar takbir raya sorang2 kat bilik nanti..
ini la nasib bila study jauh2.. takpe la.. berkorban skali skala kan.. (",)

alamak.. sebenarnya aku nak share benda lain.. tapi tercerita pasal lain pulak dah..
yang betulnya aku nak tunjuk video ni kat korang semua..


maaflah ye.. sampai senget kepala korang.. haha
aku tak tahu cane nak rotate.. aku kuno sket bab2 video ni..

gara-gara seronok bersembang time tu..
aku sampai terlanggar kon oren yg tersusun kat tepi jalan.. haihhh malu2..! haha

terima kasih kepada watak sampingan dalam video ni iaitu aimi dan syidah..
kalau korang rasa korang hebat.. ce teka mana satu aku dalam video tu??



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 14, 2011

:: Padan muka aku ::

Assalamualaikum..

alhamdulillah dah langsai hutang puasa..(",)
tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi Ramadhan bakal menjelma..
sape yang belum langsai tu cepat2 la ea..



tart nenas !! 
ini lah kuih raya yang paling aku suka..
tiap-tiap tahun mmg aku tak kan miss untuk buat kuih ni..
tapi tidak untuk tahun ni.. huaaa tahun ni merupakan julung kalinya aku terpaksa beraya di perantauan.. huhu

" hang balik tak raya ni ? "

" kalau balik pun aku tak dan raya.. "

" takpa la.. balik puasa dh la.. hang buat la kuih raya siap-siap.. kalau hang tak balik sapa nak buat kuih raya?.. "

amboi3.. pandai adik aku mengatur.. dia suruh aku balik semata-mata nak suruh buat kuih raya je ?? kejam bangat !! huhu

sedih ooo.. kalau rajin aku hantar la gambar dan ucapan kat Berita Harian punya Salam Perantauan tu.. korang usha2 la nanti kot2 terselit gambar aku kan.. haha ^^

aku dok bebel panjang2 ni.. actually aku nak cakap yang aku lapaq tart nenas !!!!!

p/s : ini lah antara salah satu pengorbanan bila study kt oversea.. padan muka aku !! wakaka


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 22, 2011

:: Best ke study oversea ?? ::


Assalamualaikum..

baru-baru ni ada senior2 aku dan member2 1 batch aku buat program Jejak Bestari untuk adik2 junior Form 4 kt sekolah aku dulu.. ohh aku dulu sekolah kt kedah jugak.. Sek Men Sains Pokok Sena a.k.a SAINA.. 

apa yg aku tau tujuan program tu ialah nk bg pendedahan kt junior2 tentang kos2 yg ditawarkan di universiti.. so program ni kira nk tlg budak2 ni la utk depa pilih jalan bila dh lepas SPM nanti.. scra tak langsung nasihat apa yg patut la.. 

aku masa Form 4 dulu tak pk kot sal benda2 ni.. yg aku tau pi prep aku tdo.. takpun aku baca paper.. tak penah stay up pn.. tak sempat nk light off lg aku dh pejam mata dh.. kui3.. jgn contohi aku ya.. ^^

ada jugak junior2 tanya aku.. best ka study kat oversea ni?.. 

bukan kira best ka tak best.. korang kn pk sedalam2nya.. aku dulu pn pening kepala jugak nk buat keputusan.. mcm2 aku pk dlm kepala otak.. so kat sini aku nak bg garis panduan kpd adik2 yg ada angan2 utk smbung belajar di luar negara.. 

.....

tak semua org dapat peluang utk smbung bljr di luar negara.. kl korang dpt korg dikira bertuah la.. dlm beribu2 student korg terpilih utk smbung bljr di luar negara dgn tajaan sepenuhnya.. korang dah tak payah fikir pasal nak dptkan PTPTN and scholarship bagai.. tak payah susahkan mak bapak utk kasik duet poket korang.. tp korang nye result pn mesti power lah kn.. result mau maintain je.. jgn ingt korang dtg oversea leh main2 sronok2 je.. tanggungjawab dan amanah yg korang pikul tu amat berat sbnrnya..  

seronok bukan ? dpt pergi oversea tanpa keluarkn 1 sen pn.. tp korang kena ingat.. kt oversea nanti takde sape yg nk tlg korang.. korang terpaksa berjauhan dengan family.. segala hal korang kena uruskan sendiri.. korang kena berdikari.. kdg2 korang akan rasa sunyi sgt.. homesick.. nak2 time sakit.. kl kt umah or hostel dulu ada mak, ada member tlg tgk2kn.. tp kl kt perantauan xde org yg nk tgk2kn korang.. xde orang nk control ape yg korang buat.. semuanya terletak pd diri sdri.. segala keputusan berada di tangan korang..

culture shock adlh satu perkara biasa kpd mereka2 yg bru menjejakkan kaki ke oversea.. budaya, masyarakat, life, cuaca, persekitaran.. segala-galanya berbeza.. korang akan perlukan masa utk sesuaikan diri dgn persekitaran baru.. itu terpulang pada individu.. ada yg kejap je dh leh sesuaikn diri dgn suasana life yg baru, buat kwan seramai yg mungkin.. tp ada jugak yg take time utk sesuaikan diri.. apa2 pun mental kena kuat.. selain dari persiapan fizikal, persiapan mental juga amat penting..

macam2 cabaran sebenarnya bila merantau di ngra orang ni.. tp disebalik cabaran dan rintangan tu korang akan jd lebih matang.. jauh perjalanan luas pemandangan.. korang punya pemikiran akan lebih luas terbuka.. sbb bila korang dh keluar dr kancah persekitaran yg berbeza korang punya pemikiran pun agak berbeza drpd selalu.. tak hairan la kl korang nmpak budak2 yg belajar oversea ni lebih matang dan berketerampilan.. 

korang juga akan jd lebih independent.. sedikit sebanyak keyakinan diri korang akan meningkat.. kalau di negara org korang boleh survive apatah lg di negara sdri kn?..  kalau dulu korang takut2 segan2 nk bertanya tp tidak lagi sekarang.. campak lah korang kt mna2 pun korang still akan boleh survive punya !.. wlpn seorang diri.. berbekalkan keyakinan dan daya saing yg tinggi setiap masalah korang dpt atasi dgn jayanya.. bukan senang nk fight dgn student2 kt oversea ni.. usaha mesti berlipat ganda.. 

lagi satu.. korang akan amik masa utk habiskan pengajian sebab preparation dh makan masa 2 tahun.. jangan rasa menyesal plak nanti bila tgk member2 kat M'sia dh grad and dh bekerja tp korang masih terkemut2 belajar lg.. xpe.. korang abes lambat sket je.. tp pulangan yg korang akan dpt nanti pun lumayan lah.. berbaloi dgn usaha korang selama ni..

masa aku mula2 masuk kelas dua tahun lalu.. lecturer ckp bahasa jepun bkn men laju lagi.. kdg2 tu ada yg ckp pelat la.. buku teks semua bahasa jepun.. 2,3 bulan pertama serius aku nganga.. tak paham apa langsung.. aku sekadar pi kelas dgr lecturer bebel.. balik kelas buat homeweork hentam apa yg patut.. dh lama2.. bru la aku boleh catch up ape yg lecturer ckp.. kl budak jepun study content yg lecturer ajar.. aku kna faham dua benda dlm msa yg sama.. kena faham bahasa Jepun dlu then baru fahamkan apa  isi kandungan yg lecturer ckp td.. penah ada rasa nak give up.. tapi aku dh xleh patah balik.. ape2 pn aku tetap kena teruskan.. so aku tanamkan azam dlm diri utk terus berusaha sebab aku sendiri yg pilih jalan ni.. takkan senang2 nk give up kn?.. malu la.. nk ckp ape kt parents nanti?..so never give up !! sekali kau dh melangkah jgn penah berfikir untuk berpatah balik..! yoshhhh

aku harap perkongsian aku yg tak seberapa ni dpt membantu sape2 yg tengah pening kepala utk buat keputusan sama ada nak study oversea ataupun smbung kt M'sia ja.. belajar kt mana2 pun sama ja.. ade baik ada buruknya.. apa2 pun usaha dan tawakkal itu penting.. jgn lupa berdoa pada yang Esa memohon petunjuk.. kerana Dia ja yg tahu apa yg terbaik buat hamba2Nya.. :)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...