:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Tuesday, November 12, 2013

:: 巻き寿司 ::


Assalamualaikum.

Semalam aku malas masak. Layan movie Korea dekat viki. Sejak aku install apps viki dekat ipad ni pantang free je mesti layan movie Korea sambil berbungkus dalam futon. Gara-gara asyik melayan movie Korea aku pun turut terjebak untuk cuba buat sushi cara Korea. Orang Korea panggil kimbap orang Jepun panggil 巻き寿司/maki zushi. 


Ini lah dia rupa kimbap hasil sentuhan kreatif dari aku.

Nak buat dia senang saja.
Korang memerlukan

1. Seaweed
2. Telur( telur dadar then potong panjang2 lebar 1 inchi)
3. Isi ketam
4. Tuna
5. Timun(potong panjang2)
6. Carrot(potong panjang2 and goreng kejap tanpa minyak)
7. Nasi panas gaul dengan minyak bijan dan garam( pakai beras jepun memang mantap)
8. Sushi maki/penggulung sushi

Dah ready bahan-bahan tu semua. Boleh la gulung.
Tempek nasik atas seaweed tu bagi rata penuh seaweed tu. 
pastu letak timun,carrot dan semua isi2 yg lain then gulung.



Gulung macam ni. Pastikan gulung ketat-ketat dan kemas supaya jadi cantik and dapat bentuk yg firm bila potong nanti. 

Dah siap gulung potong la agak2 tebal setengah inchi. Then sedia untuk dimakan !
Simple kan? Selamat mencuba !! 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedap

Tukang Karut said...

nak rasa yang ko buat!

Juliet_iRa~" said...

mcm best jee heee

kat daiso ada jual y penggulung tu rs hihihi

nk la try :p

KUREKURE COMEL said...

Assalam...fatin...nk pi jepun bln 4 thn dpn...tp turun kat nagoya...nk tau detail lah...blh share x

ct kektus said...

huiiiii. lama x jengah kau wehhh. sihat ? hihii :)

aku selalu je teringin nak buat, tapi tak pernah terbuat. sebab takut x jadi. hihii last2 beli je yg jus

ct kektus said...

*beli yang jusco punya.

KUREKURE COMEL said...

fatin plesss email...hihihi...nak upah fatin jgk...pergi 17 mac- 21 mac...turun di osaka...alaaa nnti blh fatin tambah duit kan..kan...hihihi...ktorng nak tgk pemandangan je...mcm kat kyuto...nagoya ke...takmo pegi tokyo..bwk mak abah dlm 8 org...email kat mamatrizal80@gmail.com...hihihi...:)

♥ p a a n i ♥ said...

nakkkkkkkkkkkkk!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...