:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Saturday, June 22, 2013

:: Korea day 2 ::

Assalamualaikum..
27 Feb 2013

Pagi ni rasa lega sangat sebab dapat tidur atas katil yang empuk.. Dapat pulak breakfast free yang best dekat Yireh Design House memang membuatkan aku rasa bersemangat nak jalan-jalan hari tu..


see? betapa segarnya aku.. hahaah

Dari Cheonho Station kami naik subway ke Chungmuro Station. Dari Chungmuro Station kami naik bus ke Namsan Tower atau lebih dikenali sebagai N Seoul Tower. Dekat situ aku beli tumbler yang bertulis SEOUL. Aku memang suka kumpul tumbler ya kawan-kawan. :)



antara tempat wajib pergi kalau datang korea kan :p


kepada Hafiz and Husna semoga bahagia..cewahh buat ucapan macam kenai ja kah3


saranghae!

Dari Namsan Tower kami naik cabel car. One way tiket berharga 6,000 won. Untuk round trip berharga 8,000. Kami naik yang one way saja. Seronok sebab dapat tengok pemandangan bandar Seoul dari atas tapi rasanya waktu malam mungkin lebih cantik.


view waktu malam

Lepas naik cable car tu kami pun bercadang untuk mencari restoran seafood dekat Myeongdong tapi malangnya kami tersesat dan tak jumpa pun kedai makan tu. Last-last dah give up nak cari so kami pun ambil keputusan untuk ke Itaewon. Kat Itaewon ni banyak muslim dan kedai makanan halal. Memang famous la dikalangan pelancong-pelancong yang datang terutamanya pelancong muslim. Kami makan tengahari dekat Taj Palace. Menunya nasi beriani dengan butter chicken curry. Dapat free nan satu. Kongsi je sebab banyak kan makan sorang memang tak habis la. Total kami makan hari tu 26,000 won.. Lebih kurang je dengan harga makan dekat Jepun pun.

Lepas makan tengahari kami bertapak ke Seoul Mosque yang jugak terletak di Itaewon. Dekat situ terserempak dengan junior aku yang datang bershopping dekat Korea. Memang banyak dia borong clothes and shawls. Memang murah sangat la shopping kat sini nak dibandingkan shopping dekat Jepun.

Seoul Mosque


Terserempak dengan junior yang belajar kat Jepun jugak dengan member dia yang belajar kat Korea.

Lepas solat semua kami bergerak dari Itaweon ke Gwanghwamun. Kami naik Seoul Tour Bus untuk menikmati pemandangan malam di sekitar Seoul Downtown. Seoul City Tour Bus ni menyediakan 4 pakej iaitu Downtown Tour (10,000 won), Palace Cheonggye Tour (12,000 won), Night Tour 1 (5,000 won) dan Night Tour 2 (10,000 won). Kami memilih pakej Night Tour 1 yang melalui Gwanghwamun Gate, Cheonggya Plaza, Namdaemun Market, N Seoul Tower (10~15 min break), Seongsu Bridge, Hannam Bridge, Gangbyeon Expressway, Mapo Bridge, Seogang Bridge, Yeouido.

Lepas tu terus balik sebab dah penat sangat seharian berjalan.

to be continued...

p/s : hari first xde ape sgt nak cerita so skip hahahahh. boleh gitu


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 comments:

Waqheh said...

perhhhh sempoi...husna tu budak opis gua...belum kahwin masih bergetah..

YouSOF said...

Kenapa nampak hambar je trip kauorang ni?! hehehe (komen cemburu)

Warna-warna tu semua kunci mangga ke? banyakkk betul!

Letak gambar banyak² faten, belanja sikit view cantik² kat kawan yang tak pernah ke oversea ni ha ;D

aReLaN said...

memang syok la shopping untuk budak2 nihon bila gi jepun. tak terasa langsung sebab sume rasa cam murah je.hehehe..

NasQ said...

banyaknya kunci...

Abu Bagi said...

Hari tu member pegi korea..dia tunjuk gambar2 mcm ni lah.. cantik.. rasa mcm nyesal tak join diorng hari tu..

Hafizin Jamil said...

Dalam gambar je kan nampak best? Haha. Beki souvenir untuk aku ye. Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...