:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Saturday, November 30, 2013

:: Crochet rug ::

Assalamualaikum

tadi tersinggah dekat satu laman DIY yang memaparkan macam-macam benda menarik yang boleh dibikin sendiri dan aku tertarik dengan idea dimana dia menggunakan tshirt yang dh tak nak pakai untuk dikait dijadikan rug !!

nak tengok macam mana dia buat?


tshirt yang dah xnak pakai tu dia gunting bagi jadi panjang2 selebar 1.5 inch


pastu dia gulung2 jadi mcm ni. so benang untuk crochet is ready now !

dan hasilnya.....



boleh la combine color macam2 ikut kreativiti masing2.

idea ni sangat best kot. Daripada kau buang je tshirt2 terpakai tu baik kau crochet lagi bagus kan. boleh buat jadi something new ! benang yang korang buat dari tshirt ni bukan saja boleh crochet buat rug saja tau. boleh buat beg jugak. crochet la pape yang korang rasa sesuai !

bagi pattern crochet rug yang dalam gambar ni korang boleh ikut step dibawah :

1st round: 6 SC
2nd round: 2 SC in each stitch (12 stitches)
3rd round: *1 SC in next stitch, 2 SC in next stitch, repeat from * (18 stitches)
4th round: * 1 SC in next 2 stitches, 2 SC in next stitch, repeat form * (24 stitches) and so on.
dan kalau korang nak tengok lagi idea-idea best untuk DIY boleh la ke http://www.usefuldiy.com/


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 12, 2013

:: 巻き寿司 ::


Assalamualaikum.

Semalam aku malas masak. Layan movie Korea dekat viki. Sejak aku install apps viki dekat ipad ni pantang free je mesti layan movie Korea sambil berbungkus dalam futon. Gara-gara asyik melayan movie Korea aku pun turut terjebak untuk cuba buat sushi cara Korea. Orang Korea panggil kimbap orang Jepun panggil 巻き寿司/maki zushi. 


Ini lah dia rupa kimbap hasil sentuhan kreatif dari aku.

Nak buat dia senang saja.
Korang memerlukan

1. Seaweed
2. Telur( telur dadar then potong panjang2 lebar 1 inchi)
3. Isi ketam
4. Tuna
5. Timun(potong panjang2)
6. Carrot(potong panjang2 and goreng kejap tanpa minyak)
7. Nasi panas gaul dengan minyak bijan dan garam( pakai beras jepun memang mantap)
8. Sushi maki/penggulung sushi

Dah ready bahan-bahan tu semua. Boleh la gulung.
Tempek nasik atas seaweed tu bagi rata penuh seaweed tu. 
pastu letak timun,carrot dan semua isi2 yg lain then gulung.



Gulung macam ni. Pastikan gulung ketat-ketat dan kemas supaya jadi cantik and dapat bentuk yg firm bila potong nanti. 

Dah siap gulung potong la agak2 tebal setengah inchi. Then sedia untuk dimakan !
Simple kan? Selamat mencuba !! 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, November 10, 2013

:: Autumn 2013 at 抱き返り渓谷 ::

Assalamualaikum

4 November 2013. Isnin. Cuti umum. Macam rugi je kalau tak keluar jalan2 nikmati pemandangan yang indah time musim luruh kan. So aku and da geng berpakat nak 紅葉/kouyou dekat satu tempat yang bernama 抱き返り渓谷/dakigaeri keikoku. Masih terletak dalam Akita Prefecture. Lebih kurang 1 jam naik kereta dari rumah.

Tak nak cakap banyak. Tengok ja hasil tangkapan aku disitu.

Subhanallah ! Superb kan pemandangan dia. 


Kebetulan ada 祭り/festival so ramai orang berbanding hari biasa.


Cair hati wehh. Autumn mmg terbaik ! Dalam 4 musim yang ada aku paling suka autumn. Warna warni, meriahhnyaa hidup ni :)


Macam comel je. Macam comel je. Mereka kelihatan seronok berselfie disitu. :D


On the way nak balik singgah dekat sini. Solat zuhur and asar kat sini sebelum meneruskan perjalanan pulang. 


Berjalanlh di muka bumi dan lihatlah dengan mata hati akan betapa indahnya ciptaan Dan aturanNya. :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 5, 2013

:: Resepi Bread Balls ::

Assalamualaikum

Usai solat maghrib tadi perut terasa lapar pulak.
Mulut terasa nak mengunyah something.
Lalu jari jemari laju menekan keyboard mencari idea.
Mata tersinggah pada resepi di blog terkenal abm
Resepi yang ringkas dan menarik.
Sesuai untuk habiskan bekalan roti yang bakal expired.
So jom ! Check out the recipy style campak2 aku.
Mana bahan yang ada ja aku campak.
Korang boleh ubah suai ikut citarasa masing2 jugak.


Nampak sedap kan? Memang sedap pun ! Haha
Nak cuba?
Resepi ada di bawah


Cara-caranya
1. Buang tepi2 roti yang hitam tu then potong kecik-kecik
2. Bawang besar dan fishcake pun kasik cincang saja.
3. Campur semua bahan(kecuali minyak) plus serbuk pati ayam secukup rasa(sorry lupa nk letak kt list bahan2).Gaul rata.
4. Bentukkan bulat2 then boleh goreng hingga warna brown.

P/s : kalau ada daun bawang/sup boleh masukkan jugak.
P/s : kalau rasa serbuk pati aym tu xcukup masin boleh tambah sedikit garam.pandai2 la perasakan ya.

Selamat mencuba !


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...