:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Tuesday, July 7, 2015

:: Biskut mazola ::

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah 20 hari berpuasa. Kejap je masa berlalu kan. Lagi 10 hari je nak berpuasa. Kalau pi shopping mall sana sini berkumandang lagu raya kan.

So bagaimana dengan persiapan raya anda ? Baju raya dah beli ? Kuih raya ?

Kuih raya belum buat ? Tak tau nak buat kuih ape ?
Meh sini aku kongsikan resepi yang sangat ringkas dan mudah sebab tak memerlukan bahan-bahan yang banyak dan senang jugak untuk dibuat.

Resepi biskut mazola turun temurun dari mak aku. Mana mak aku dapat aku tak pasti. Tapi aku tengok buku resepi mak aku masa zaman dia muda-muda dulu. Buku tu pun dah macam nak reput dah so aku cepat-cepat salin segala resepi yang tercatat kat dalam buku tu dan aku kongsikan jugak disini. Mana tau kot2 buku yg aku salin tu pulak hilang kan. Hehe


Bahan-bahan

1 cawan kacang tanah yang telah dikisar halus
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula icing
Minyak jagung secukupnya
Kuning telur (boleh tambah pewarna kuning sikit)

Cara-cara

1. Campur semua bahan-bahan kering dan gaul rata.

2. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit. Gaul hingga menjadi doh seperti dalam gambar di bawah.


3. Terapkan mengikut acuan kesukaan masing-masing. Aku bulat-bulatkan aje macam kat bawah ni.


4. Penyetkan sikit dan susun atas dulang pembakar. Sapukan kuning telur.


5. Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 10 minit. Senang cerita nampak biskut bertukar warna perang tu kira masak dah la tu. 

6. Sejukkan sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

Senang aje kan? Aku buat 3 adunan kali ni. Separuh untuk bawak balik rumah mertua dan lagi separuh untuk bawak balik kampung aku. 1 adunan aku dapat dalam 100 bijik. Ikut saiz lah. Kalau korang buat besar-besar dapat sikit lah. 

Selamat mencuba :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 5, 2015

:: Prawns Aglio Olio Recipe ::

Assalamualaikum.

Apakah menu berbuka anda hari ini?

Hari ini si kecik dalam perut ni request nak makan Prawn Aglio Olio. Makanya jari jemariku ligat menari-nari atas keyboard mencari resepi yang menarik.


# tips mencari resepi mudah, simple dan sedap ialah :
search images dekat google. Then tengok randomly gambar yang nampak macam sedap ja...macam sedap ja yang ni.. Pilih la beberapa gambar then browse link dia. Bandingkan those recipe and method. Pilih la mana yang paling senang bagi korang.

So, untuk Prawn Aglio Olio ini, aku telah memilih resepi dari website << INI >>

Untuk tujuan rujukan di masa hadapan aku nak rekod sket lah kat sini resepinya. Ada aku olah sikit-sikit ikut suka hati aku. haha. Nak resepi asal sila rujuk kat link di atas ya :)

Bahan-bahan
Pasta
3 sudu besar olive oil
udang
bawang putih dicincang halus
cili padi (ikut tahap kepedasan masing2)
garam
black pepper

Cara-cara

1. Didihkan air didalam periuk bersama 1 sudu besar garam. Masukkan pasta rebus sampai masak. Setelah masak, toskan dan ketepikan.

2. Bersihkan udang. Kopek kulit dan kepala udang. Masukkan kulit dan kepala udang yang telah dikopek ke dalam periuk kecil. Masukkan sedikit air dan renehkan selama 5 minit untuk mendapatkan stok udang.

3. Panaskan olive oil di dalam frying pan. Masakkan udang. Seafood seperti udang tak perlu nak masak lama-lama sangat2. agak2 dah bertukar warna udang tu dah boleh angkat dan ketepikan.

4. Dengan menggunakan frying pan yang sama, tumiskan bawang putih bersama cili padi yang telah dipotong. Tumis hingga bawang putih bertukar jadi warna kekuning-kuningan.

5. Perlahankan api tahap minimum. Masukkan pasta, udang, dan stock udang secukupnya. Perasakan dengan garam dan black pepper. Gaul sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

p/s : Boleh tambah hirisan daun parsley untuk menambah lagi keenakan hidangan anda. Sebab aku xdak so so aku tak masukkan kali ni.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

:: Ramadhan tahun ini ::

Assalamualaikum

Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur untuk bertemu lagi sekali dengan Ramadhan tahun ini. Ramadhan tahun ni sangat berlainan dengan Ramadhan yang lepas-lepas. Sebabnya ;

1. Dah bertukar status sebagai isteri orang

Dah jadi isteri orang ni kena jadi mak mak la ye dak. Bangun awal pagi siapkan sahur untuk encik suami. Petang-petang lepas solat asar siapkan juadah berbuka. Aku rasa bersyukur sangat sebab dapat suami yang tak banyak kerenah. Masak je ape pun dia makan ja. Katanya sedap bini dia masak. Ikhlas sedap or just nak jaga hati tu aku  tak pasti. Yang pastinya aku cuba untuk siapkan juadah yang terbaik untuk encik suami. Ikhlas tau aku masak dengan penuh kasih sayang. Hehe 

2. Puasa berbadan dua

Buat mereka-mereka yang tak tahu lagi tu, sebenarnya aku dah mengandung 7 bulan dah. Agak mencabar jugak ye puasa berbadan dua ni. Tapi alhamdulillah aku masih kuat dan sihat untuk terus berpuasa. Ramadhan tahun ni la aku nak rebut peluang puasa penuh. Nanti tak payah kalut pikir nak ganti puasa. Hehehe jangan jelous tau buat adik-adik aku yang kena ganti puasa nanti tu. korang berlumba la dua org sapa ganti habis dulu nanti. :p

3. Duduk di rumah sendiri

Aku baru ja berpindah ke Johor last week, 26 Jun hari Jumaat lepas. Bukan rumah sendiri pun. Rumah kerajaan. Keadaan aku yang berbadan dua ni membataskan pergerakan aku untuk membersihkan sendiri rumah yang sangat luas ni. Luas la bagi aku ngn suami. Kami berdua je. Rumah 2 tingkat. Jenuh la kalau nak sental and mop lantai seluruh rumah berdua dengan encik suami je. Nasib baik la encik suami angkut 4 orang anak buah dia untuk datang sental lantai luar dalam rumah. Nak hidang air dah bulan puasa pulak so encik suami bagi la upah sket kt diorang. Puas hati diorang sental lantai. Alhamdulillah :) senang kerja aku. Heheh

4. First time nak sambut raya di rumah mertua

14 hb ni aku dan encik suami akan berangkat pulang ke terengganu. Tahun ni turn beraya di rumah mertua. Sedih la tak dapat bersama family di pagi raya tapi dalam masa yang sama excited jugak nak menyambut raya bersama family mertua. Mesti lain suasananya nanti. Satu pengalaman yang baru buat aku. So, aku plan nak buat kuih sikit nak bawak balik kampung nanti. Nak buat dua jenis je. Baby la ni teringin nak makan kuih cornflakes madu and biskut mazola. Kena buat kuantiti yang banyak la sbb nak bawak balik kampung mak mertua pastu nak bagi dekat mak aku jugak. Walaupun xdapat balik beraya kuih raya tetap kukirim. Kirim kuih raya uolss bukan kad raya. Kad raya xleh makan kuih raya bleh makan. Hahaha kira nak makan je mak buyung sorang ni ;p

Tu ja cerita Ramadhan aku tahun ini.
Macam mana dengan Ramadhan korang pulak?
Beraya kat mana tahun ni?
Pape pun di kesempatan ini aku nak minta maaf pada semua sekiranya ada silap dan salah. Terlebih tekurang kata tu minta dimaafkan ya. Panjang umur kita update cerita raya pulak. InsyaAllah. Selamat hari raya aidilfitri in advance uolss :D



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 30, 2015

:: Buku merah ::

Assalamualaikum :)

Aku tengah bosan ni menunggu kereta diservis. Nak layan asam pedas untuk dia episod last kt youtube line macam kura-kura pulak kat sini.

Last week husband aku buat kejutan tetiba dapat cuti seminggu tengah2 dok operasi kat sabah tu. Dah cuti maka beliau pun terbang la balik kedah jumpa wife comot dia ni. Alang-alang beliau balik aku pun heret la dia ke klinik kesihatan untuk buka buku merah. Aku memang xleh nak drive time tu. Badan lembik sungguh sebab tak lalu makan. Pastu asyik muntah-muntah. 

Pukul 9 pagi kami dah sampai kat klinik. Orang tak ramai lagi so cepat la. Buat urine test, amik darah, isi details buku merah semua ada la dekat 1 jam kat situ. Aku dapat sticker hijau sebabnya berat aku kurang dari 45 kg. nak tahu berapa berat aku??? 37.8 kg sahaja !!! Aku memang tak terkejut pun malah beuk pun rileks je sebab dah memang tak lalu makan plus muntah-muntah kan. Tak hairan la berat turun.



Hadiah dari klinik dapat la sebakul ubat. 4 jenis ubat je pun yang biasa orang pregnant makan tu tapi 4 jenis ubat bagi aku macam sebakul ubat tau. Maklum la aku ni jenis yang liat makan ubat. Dulu masa sekolah asrama penuh dulu. Ubat yang mak aku hantar ke asrama kat aku, hanya sebiji je aku telan. Tu pun sebab mak aku paksa suruh makan siap-siap sebelum dia balik rumah. Lepas tu memang tak terusik sampai aku habis tingkatan 5 semunya aku angkut bekalan-bekalan ubat tu balik rumah. Kantoi la dengan mak yang aku tak makan ubat ! Hahahaha

Ohhh sekarang usia kandungan aku 12 minggu. Mengikut kiraan nurse aritu aku punya due date insyaAllah 11 october 2015. Nak bersalin kat mana? Cadangnya dekat kedah la. Mau kelam kabut suami aku kalau aku beranak kt Johor. Silap-silap pergi keja pun lupa pakai seluar. Maklum la masing-masing xde pengalaman kan. Hahaha.. Merapu sudahh..

Selang beberapa hari lepas tu, aku dan beliau menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kawan sekolah aku yang juga merangkap kawan beliau masa di upnm. Balik dari kenduri member kami dekat Jitra terus ke Alor Setar pi makan kenduri lagi satu. Balik ja kenduri tu kepala aku dah ngap ngap ngap sakit. Memang xleh bangun. Mungkin cuaca yang terlampau panas kot. Rasa macam kepala aku berasap. Maka kesian beliau malam tu. semalaman beliau dok jelum kepala aku dengan air asam jawa. Kepala ni pun macam tau-tau je cik husband ada dia pun meragam. Kekeke  Sekali sekala dimanjakan husband best jugak kan. 

Next check up 31 mac ni. Nak kena ambil darah la pulak.. Aku fobia tengok jarum nih. Aduiiiii harap-harap aku xde masalah pape sepanjang kehamilan ni. Doakan ya :) Excited sebab pengalaman pertama tapi dalam masa yang sama aku takut nak beranak nanti. Dengar cerita dari cousin aku macam seram jerrr.. Moga dipermudahkanlah insyaAllah :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 16, 2015

:: Crochet baby blanket ::

Assalamualaikum :)


Inilah projek aku sekarang. Korek-korek balik kotak yang aku pos dari Jepun dulu. Aku tengok masih ada stock yarn yang masih tersimpan elok. Pantas jari jemari aku google apa benda yang aku nak buat  dengan yarn yang ada tu. Maklum la sekarang ni aku jadi surirumah sepenuh masa sementara menunggu suami pulang dari sabah. So cari punya cari last2 aku decide nak kait selimut untuk baby.

Kalau ada yarn lebih aku plan nak buat baby headband untuk kasi hadiah dekat biras aku yang baru melahirkan baby girl baru-baru ni. Baby aku masih belum tau jantinanya lagi. Baby girl or boy aku tak kisah as long as baby membesar dengan sihat. InsyaAllah :) doakan ya...



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 21, 2015

:: Di hari perkahwinanku ::

Assalamualaikum.

Lama benar aku tak mencoret sesuatu disini. Pastinya ada yang sedia maklum dan ada jugak yang belum tahu aku sudah sah bergelar seorang isteri pada tanggal 26 dec 2014. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.

Nah aku selitkan sekeping dua gambar buat tatapan korang. Doakan kami bahagia dunia dan akhirat. :)


Dan lagi 1 berita gembiranya....aku sendiri pun macam tak percaya aku bakal jadi seorang ibu !! Alhamdulillah lagi sekali. Usia kandunganku baru 6 minggu. Harap2 baby membesar dengan sihat. Doakan ya :)

Alahan tu biasa la. Muntah2 itu biasa la. Aku xde pulak ngidam benda bukan2. Baby faham kot ayah dia jauh so dia tak demand pelik2 la. :D Just aku xboleh bau ikan goreng je. Kalau mak goreng ikan kat dapur aku seharusnya melarikan diri sejauh yg mungkin. Hihi

Agak mencabar jugak ye nak jadi seorang ibu ni. Kalau dulu mak aku susah payah mengandungkan aku, melahirkan dan membesarkan aku, kini giliran aku pulak untuk melalui pengalaman tu. Semoga aku dapat menjadi ibu yang baik. Doakan ya :)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...