:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Wednesday, October 27, 2010

::Langkahku::


salam..(",)
borink2 td...amik pensel sebatang kertas sehelai..
inilah hasil contengan ku..
conteng2 ada makna tau..
can you all guess?
what i am trying to tell?..

langkahku...
segala-galanya bermula dari 1 langkah...
langkah yang membawa aku ke negara matahari terbit ini...
beruntungkah aku?...
dapat sambung belajar di oversea..
fully supported by government lagi..
bukan semua orang dapat peluang macam ni kan...
ohh betapa beruntungnya aku..

"seronok gila dapat belajar kat oversea wehh!..jeles aku!.."

"mewah gila sebulan dapat RM4000..mengalahkan gaji cikgu sebulan!.."

haha..orang yg belajar oversea mesti da biasa dengar benda2 nih..
memang seronok..memang best..memang mewah...

huhhhh..tidak semudah yang korang sangkakan sebenarnya...
biasiswa rm4000 sebulan tu bukan untuk suka2...
datang oversea bukan semata2 untuk berseronok melancong sana sini..
sebenarnya berat amanah dan tanggungjawab yang dipikul..

langkahku bermula dengan....

April 2007

Dengan berbekalkn keputusan SPM2006 aku pi temuduga untuk Program Ijazah Luar Negara tajaan JPA kat Sungai Petani,Kedah pada 03 April 07 kalau xsilap..time pi temuduga tu tak yah cakap la..dup dap dup dap jantung aku..mana taknya..tengok semua orang yang dtg untuk temuduga semua smart2 ada yang siap pakai blazer lagi..macam ahli korporat dah..muka genius2 belaka...aku hanya berbaju kurung je..ayu la katakan..haha

beberapa minggu lepas tu cek lah keputusan temuduga kat internet kan..xsangka aku dapat!!!aku pun heboh2 la kat family yang aku dapat sambung blajar kat Korea kan...skali bila aku nak buat pengesahan yang aku terima tawaran tu aku terkejut!!!aitt...kenapa aku apply lain tp lain yang aku dapat..jeng3...nak tau?...aku dihantar ke jepun???aku cek balik no ic semua..yess semua maklumat betul..then bila fikir balik..baru aku ingat...

"Awak memang nak amik engineering ke?"

"Ya..."pendek aku jawab dengan yakinnya..

"So awak xkisahla kat negara mana pun?.."dia duga aku...

"Ya..asalkan engineering.."

Patut la dia tanya aku macam tu kan..(",)...haha..tapi kalau nak dibandingkan jepun dan korea..mesti la jepun lagi canggih kan..okay aku bersyukur aku ditakdirkan belajar di jepun yang jauh lebih baik berbanding korea...kat Malaysia sekarang pun banyak syarikat yang dikelola oleh Jepun..peluang untuk kerja tu lebih cerah..insyaAllah mudah-mudahan kan..

Dah terima tawaran tu aku pun bersiap sedialah untuk buat foundation selama 2 tahun..

May 2007

Aku mendaftarkan diri di Pusat Persediaan Kajian Teknikal Jepun yang pada masa tu dibuat di Universiti Teknologi Malaysia International City Campus Kuala Lumpur..

Kat situ lah aku mengenal bahasa Jepun..aku rsa cam kat tadika masa kecik2 dulu..macam masa mula nak kenal ABC...haa cam tu lah aku start blaja Bahasa Jepun...susah?..memang susah la..tahun 1st tu kepala otak aku memang penuh dengan bahasa jepun ja..pendek kata Bahasa Jepun ni complicated!..Tengok balik gambar kat atas tu..tulisan jepun sahaja dah ada tiga jenis..bermula dengan hiragana..then katakana yang biasa digunakan untuk bahsa asing yg diciluk ke bahasa jepun..then ada kanji..paling susah nak hafal skali kanji lah..1 karakter ada banyak sebutan dan maksud..perghhh..naik bintang jugak la aku dok hafal benda2 tuh!..

Naik tahun ke dua plak aku da start belajar Math,Fizik and Kimia dalam bahasa Jepun..perghh!!bayangkan..masa SPM dulu belajar dalam bahasa Melayu pun susah nak skor..ni plak dalam Bahasa Jepun..nek pinau mata aku tau!...mana nak kena faham content lagi,bahasa tu lagi..double!!

tapi pelan2 kayuh la..dalam masa dua tahun tu aku da boleh tulis essay dalam bahasa jepun..aku da boleh faham Math,Fizik and Kimia dalam Bahasa Jepun..boleh la nak cakap bodo2 kan..okay la tu kan..bukan senang woo kat sekolah belajar Bahasa Arab tetiba tukar karier!..macam xpercaya kan..aku belajar English dah bertahun2 tapi dok bodo jugak!haha...xpa2..aku perempuan MELAYU terakhir okay..bukan ORANG UTAN PUTIH..

2 tahun buat preparation tu xbermakna aku leh suka2 ja ceroboh Jepun!..kena amik exam dulu..kalau lepas baru boleh terbang!...hurmm exam dia bleh tahan la susah..risau kott..kalau xlepas sia2 la usaha aku dok belajar Bahasa Jepun tunggang langgang selama dua tahun kan..alhmdllah usaha aku berbaloi...aku ditakdirkan untuk melanjutkan pelajaran kat negara yang berteknologi tinggi ni...maka terbang lah aku ke jepun naik takekopta doraemon!..haha..

kesimpulannya,
untuk dapat apa yang kita impikan xsemudah yang kita sangkakan..
orang kata biarlah bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian..

cukup la dulu setakat ni..
perjalanan yang seterusnya aku sambung lain hari k..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

~aLiYa~ said...

berakit-rakit ke hulu~~ =))

aqmar said...

chaiyok2!!!
u can do it fatin =)
"setiap kesenangan dimulakan dgn kesusahan.."

Cik TeN10 said...

::Aliya::(",)berenang2 ke muara,bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian...pray for me ya..

::Aqmar::arigatou!!..haittt!..ganbarimasu!..yoshhh(",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...