:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Thursday, February 7, 2013

:: skill memasak ::

Assalamualaikum...

Lately aku mengidam nak makan macam-macam.. Paling tip top sekali aku rasa nak makan pulut durian. Aku kalau makan pulut durian, aku suka letak santan cair yang diletak faram sikit kasi naik lemak.. Perghh memang terbaik dari ladang lah.. Hahah

Kat tempat aku ni payah nak jumpa buah durian.. Kalau ada pun sebijik yang besaq bola sepak tu berharga RM40.. Entah sedap entah tidak.. Aku penah jumpa dekat supermarket dulu.. Aku try cium tengok memang xberbau langsung.. Aku dok fikir-fikir jugak nak beli time tu tapi memandangkan tak berbau langsung so aku batalkan aja niat nak beli.. Tunggu balik malaysia ja la.. Tu pun kalau durian ada time aku balik..

Ohh dah panjang sangat pulak intro nya.. Back to the topic.. Skill memasak aku memang improved setelah 4 tahun aku merantau jauh ni.. Maklumlah tekak melayu tak jumpa belacan tak kenyang.. So nak tak nak kena la masak sendiri setiap hari.. Kalau tak masak pun boleh tapi 'kebuluq' la bak kata orang Kedah..

Boleh dikatakan setiap hari la aku memasak.. Selalunya aku masak 1 menu untuk makan malam dan lunch keesokan harinya sekaligus.. Weekday tak sempat la nak masak untuk makan tengahari kan.. So masak siap-siap malam ni untuk makan tengahari esok..

Baru aku faham macam mana perasaan mak aku dok fikir resepi apa nak masak setiap hari..patut la mak selalu tanya

"Abahnya nak makan apa hari ni?"

Esok pulak

"Hang nak makan apa hari ni adik?"

Kalau setiap hari 1 menu..seminggu dah 7 menu.. Darab 30 hari darab 12 bulan.. Mau pecah kepala otak ni dok fikir nak masak menu apa kan.. Kadang-kadang tu aku main hantam aja.. Campak ja dalam kuali apa yang aku rasa nak campak buat menu sesuka hati..

Mak aku pesan.. Nak masak apa pun bagi cukup rasa mesti sedap.. So berbekalkan nasihat mak aku dan jugak hasil kajian ( geledah menu dekat my resepi,blog bagai ) aku pun mula mencungkil bakat terendam dalam diri ini..

Tik tok tik tok dah 4 tahun.. Skill memasak pun makin hebat ! Cewahhh. Setakat nak masak kat suami nanti tu insyaAllah tak ada masalah dah kot.. Hahahahahh lagipun aku memang suka memasak.. Salah satu hobi aku jugak la.. Dan aku rasa sangat beruntung datang study oversea jauh-jauh ni.. Aku rasa kalau aku study dekat Malaysia, tak improved skill memasak aku.. Nak makan beli ja kat kedai makan. Semua ada nasi padang, kuih-muih..lagipun duduk hostel mana ada dapur untuk memasak kan..

So kesimpulannya kalau nak improved skill memasak datang la duduk oversea.. Duduk kat tempat yang xdak makanan Malaysia especially makanan halal.. Pasti korang yang tak penah pegang senduk pun boleh jadi terer memasak tau !.. Hahah

Dah la tu.. Bebel panjang-panjang pun bukan ada orang nak baca sampai abes pun.. Hahaha

P/s: semua kat bawah ni hasil air tangan aku.. Bangga2 :D haha




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 comments:

NasQ said...

kalau skill dah ada, dah boleh dah tu... dah boleh sangat kawen dah tuh!

ash said...

jom kawen jom .hhehe

ct kektus said...

betul weh cakap kau. aku dok utm tu, makan tak payah risau. beli je. mana nak berkembang skill masak. setakat masak maggie je lah weh. hehe


aku sihat je weh. berat pon dah bertambah. haha

Hanamiko Sakura said...

belajo kat u mesia ni asyik makan kt kedai je.. sebulan dekat u, sebulan jugak tak masak.. bila balik rumah mak suruh masak.. cakap dah lupa masak la.. hahaha

Abu Bagi said...

aku suka ayat ni "Setakat nak masak kat suami nanti tu insyaAllah tak ada masalah dah kot" hahaha

smua dlam gambar tu ko yg masak? wah hebat dowh..blh buka kedai tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...