:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Friday, February 26, 2010

Fakta hari ni

Peminat fanatik drama bersiri penyiasatan CSI: Crime Scene Investigation pasti teruja memerhatikan setiap gerak langkah penyiasat-penyiasat forensik dalam menjejaki penjenyah sesuatu kes.

Mcm best kn jadi penyiasat forensik ni..tp mcm takot pn ada gak..haha..pape pn xde kaitan ngn karier aku yg bakal bergelar engineer..insyaAllah...

Aku terbaca kt paper sal DNA..so aku nk kongsi keratan akhbar ni ngn korg...


"DNA merupakan molekul dalam sel asid nukleik utama yang terkandung di dalam kromosom. Ia sangat unik dan penting kepada manusia serta organisma hidup.

DNA yang terbina daripada unit nukleotida terdiri daripada tiga juzuk utama iaitu deoksiribosa, fostat dan bes bernitrogen ibarat kad pengenalan diri kerana tiada manusia mahupun organisma mempunyai DNA serupa di muka bumi ini kecuali mereka adalah kembar seiras.

DNA juga amat penting dalam biologi manusia kerana ia merupakan bahan menghasilkan gen yang membawa maklumat pewarisan.

Gen merupakan satu segmen pada rantaian DNA yang mengawal pembentukan protein tertentu sekali gus bertindak memberi bentuk kepada kromosom.

Bahagian anggota tubuh manusia yang manakah DNA boleh ditemui? "Dalam semua sel yang mempunyai nukleus di seluruh tubuh manusia mempunyai DNA kecuali sel darah merah matang."

Kata Zafarina, antara bahagian manusia yang mempunyai DNA termasuklah helaian rambut, darah, air liur, peluh, air mani, tulang dan beberapa lagi."


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...