:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Saturday, February 23, 2013

:: Hoii bersalin ::

Assalamualaikum.. :)

Saat ni jam menunjukkan pukl 4.53 pagi.. Azan subuh tengah berkumandang menandakan masuknya waktu subuh dekat Akita.. Ya, aku sedang memerhati Hoii dan anak-anaknya sementara menunggu waktu subuh..

So entry kali ni aku nak ceritakan first time pengalaman aku jadi bidan terjun bersama housemate aku,aimi..

Hoii start bleeding seawal jam 8 pagi tadi (22 Feb 2013).. Start dari tu dia dah tak tentu arah.. Kehulu kehilir.. Dari malam sebelum tu lagi dia asyik keluar masuk toilet.. Aku memang dah agak dah dia nak beranak.. Maybe dia rasa macam nak terberak padahal anak nak keluar..

Letak dia dalam kotak, dia lompat keluar.. Xnak duduk dalam kotak.. Last2 dia masuk dalam oshire/almari doraemon dok berehat.. Mungkin time tu hilang kejap rasa sakit dia... Lama jugak la dia dok termenung dalam oshire tu.. Memandangkan aku ngan housemate dah lapar dan hoii pun macam bertenang je so kami pun mengambil kata putus untuk keluar makan dan settle sewa rumah dan jugak bil-bil rumah.. Kami keluar dalam pukul 2 petang lebih kurang..

Kami balik rumah dah pukul 4 petang.. Time tu hoii dah start gelisah.. Contractions dah makin kerap.. Lebih kurang 1 jam 30 minit lepas tu dah nampak kepala anak terkeluar dah.. Nak keluar anak first tu take time jugak la.. Lebih kurang 30 hingga 40 minit.. Mungkin bukaan tu tak cukup luas so terpaksa tarik baby keluar..

Keluar je baby first tu dia pecahkan uri then dia jilat2, bersihkan anak dia pastu dia makan uri tu.. Lepas tu keluar pulak lagi sekor.. Anak yang kedua ni senang sangat keluar.. Tup-tup dah ada kt luar.. Aimi cepat-cepat pecahkan uri sebab takut anak lemas.. masa tu hoii masih sibuk dok jilat anak first dia yang nampak agak lemah..


Anak first dia macam lemah sket berbanding anak kedua.. Tapi bila diorang dah start jerit-jerit tu rasa lega sangat.. Tunggu pulak next baby sebab masa scan haritu doctor cakap maybe dalam 3 or 4 ekor kan.. Tekan, tekan perut dia rasa macam keras maknanya ada lagi la anak dalam perut tu.. Tapi tunggu punya tunggu sampai jam 10 malam tak jugak keluar2 next baby.. Aku dengan aimi dah start panic.. Takut anak lemas.. Mula cari klinik haiwan yang buka 24 hours malangnya tak ada klinik berdekatan yang buka.. Kitorang pun dah buntu tak tau nak buat macam mana..


ini anak first dia.. setakat ni kami panggil dia panjang..


ini anak kedua dia.. kami panggil bulat.. asyik menyusu je keja dia padan la badan bulat.. hihi

Sementara tu kitorang bagi anak-anak dia menyusu.. Anak kedua ok tapi anak first dia xnak menyusu.. Risau jugak takut xleh survive tapi alhamdulillah dua2 pun ok.. Jam 12 malam kami masih belum dinner so keluar makan jap.. Sebelum tu bagi hoii makan and minum dulu.. Kasi dia tenaga untuk push next baby..


Terserlah sifat keibuan hoii terhadap anak-anak dia.. Bila angkat anak dia dari kotak, terus bangun meow-meow.. marah, takut orang curi anaknya mungkin.. Betapa sayangnya dia dekat anak dia..


Lebih kurang pukul 1 pagi kitorang sampai rumah.. Nampak macam hoii sakit-sakit nak beranak next baby.. Lebih kurang jam 1.46 pagi keluar next baby.. Malangnya umur dia tak panjang.. Mungkin sebab dah lemas dalam perut.. Sayu hati tengok hoii dok membersihkan anak ketiga dia yang dah tak mampu nak survive tu.. Badan dia pun tak sempurna macam babies sebelum ni.. Xpe lah.. Rest in peace ya sayang..


Masa ni hoii bangun gi makan and minum.. Masuk toilet skali.. Seronok tengok dua beradik ni tidur :)) comel sangat.. Harap-harap diorang membesar dengan sihat.. Doakan ya.. :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 comments:

ct kektus said...

hoii dah bertukar status ! ibu2 dah hoii sekarang. :)


alaa, nape tak putih macam hoii. mesti bapak dia ni kaler hitam ni. tu yg banyak hitam. hehee

ankeljonni said...

wooooo... dah bersalin dah si hoi...
hoi plak namanya eh? ...

anaknya bagi ah nama hait!!

kehkehkehkeh

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

McM org bersalin ekk
Sugouiiiii uols mampu jd bidan terjun
Ai penakut darah
Lepaih ni meriah la Umah ekkk

♥ p a a n i ♥ said...

kesian anak ketiga tu.. :(

takpelahh.ada dua dah..hehe jaga diorang baik2!! :D

Abu Bagi said...

wah bestnya entry ni..aku ingt kucing tak nak kalo kita tengok dia time bersalin.. ni siap korng jadi bidan lagi hahaha

tahniah biat hoii, dah jadi ibu..kasihan anak dia yg last..

semoga yg dua tu membesar dgn sihat, kuat dan tangkas..:)

NIA SI DRUMSTICK said...

alololo..comellnyee ank2 dia..
btw nice entry dear..nia jrg nk bace entri smpai habis..but i read urs dear.ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...