Salam readers !!
pagi-pagi makan chicken roasters, good morning to you readers ! =)
terima kasih sangat-sangat kepada semua yang memberi komen yang sangat membantu aku membuat pilihan..
so daripada komen dan jugak pandangan korang, aku dah macam ada pilihan dah..
yang ini..
ataupun yang ini..
aku masih tengah fikir lagi ni.. yang mana satu..
kenapa aku pilih yang dua ni ?
sebabnya aku lebih selesa kenaakan baju yang simple but nice..
kaler yang soft sebab xnak la baju kalahkan artis pulak kan..
lagi satu aku nak baju yang boleh aku pakai selalu.. bukan hanya boleh dipakai time ada event sahaja..
baru berbaloi kan.. =)
abes intro yang panjang lebar !! =p
**********
macam yang aku tulis kat tajuk entry aku tu..
aku ada seorang sahabat yang merangkap teman sepermainan tika aku kecik-kecik dulu..
aku dulu-dulu merupakan kanak-kanak yang lasak bangat !!
budak kampung kan.. tak panjat pokok tak terjun sungai bukan budak kampung lah namanya kan..
persahabatan aku dan dia dah berpuluh tahun la.. sekarang aku berusia 23.. dia pulak 24.. kami kawan sejak kecik-kecik lagi.. so kira sendirilah berapa tahun usia persahabatan kami..
antara ramai-ramai teman sepermainan tika kecil.. dia lah sorang-sorangnya yang rapat dengan aku sampai sekarang.. semua kisah dia aku tau.. kisah aku pun dia tau..
nak dijadikan cerita.. semalam aku kol dia..
sembang-sembang gelak-gelak.. tiba-tiba dia tersasul..
aku : ala ang bukannya nak ingat kat aku pun !!
dia : sapa kata aku xingat ? mesti la aku ingat sebab "aku sayang hang" !..
gulp !! aku macam tertangkap tiga perkataan tu..
aku : hahh ? apa dia ? ulang skali lagi weh
dia : xdak apa aih..
aku : hang jangan dok bohong lah.. baik hang cakap cepat !
then dia mula meluahkan isi hati dia pada aku..
seriusly aku tak sangka yang selama ni dia simpan perasaan terhadap aku..
ya la.. aku ada masalah bercinta dulu aku carik dia.. aku rasa nak menangis aku carik dia..
dia pulak selalu buat aku ketawa saat aku tengah bersedih.. saat aku dikecewakan..
so memang tak pernah terlintas dan terfikir pun dia suka dan sayang kat aku..
dia cakap dia menyesal tak luahkan isi hati dia awal-awal masa aku masih single dulu.. tapi dia kata dia percaya pada jodoh dan ketentuan.. asalkan aku bahagia dia dah cukup happy dah.. see ? betapa lembapnya aku bab2 ni. macam mana aku boleh tak sedar dia suka, sayang aku ???
kalau la dia tak tersasul cakap semalam.. sampai bila pun aku tak tau yang dia menaruh perasaan pada aku..
aku pun sayang dia sebagai seorang sahabat aku.. aku harap dia jumpa lah dengan jodohnya suatu hari nanti.. pape pun persahabatan kami tetap macam biasa.. insyaAllah sampai bila-bila =)