:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Sunday, December 12, 2010

:: Mengapa aku berhenti merokok?? ::


Sejak kebelakangan ni aku sering sakit2 kepala..
ada byak sebab nye...
aku akn sakit kepala kalau tak cukup tito..
or mata aku terlalu letih mengadap laptop..

dan..

paling aku tak tahan..
sakit kepala sebab hidu Asap Rokok !!!
mmg aku sangat2 sensitif dgn bau asap rokok nih!..
nasib baik abah dan adik lelaki aku tak merokok..
dan kalau boleh aku nak pasangan yang tidak merokok!

cakap pasal rokok ni..
aku nak kongsi 1 pengalaman seorang perokok tegar..
yang aku baca kat iluvislam.com

************************************************************

"Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan," - Surah al-Baqarah, ayat 195

************************************************************

Bagi saya ayat ini terpakai bukan sahaja untuk yang merokok, bahkan jika kita memandu laju di jalan raya dengan mengundang celaka kepada nyawa dan orang di sekeliling kita, ianya juga satu larangan keras dari agama.

Saya berjinak dengan rokok, sewaktu berusia 15 tahun ketika gelodak jiwa dan perasaan dihambur seribu macam masalah yang bertimpa.

Kononnya dengan merokok dapat menyelesaikan atau sekurang-kurangkan mengurang beban di fikiran. Begitulah dangkalnya minda yang belum matang.
Ternyata rokok sebagai teman duka lara tidak banyak membantu, bahkan menambahkan lagi satu masalah baru, iaitu ketagihan.
Dengan harga yang mahal, sebagai pelajar seperti saya, sering mencari akal dan alasan untuk meminjam atau meminta duit daripada sang ayah untuk memenuhi kehendak nafsu itu.
Ianya sesuatu yang 'luxury' (mewah) dan sering digambarkan sebagai seorang yang mempunyai 'gaya dan keunggulan' dan dipandang hebat di mata ramai.
Itu dari sisi pandang seorang perokok. Bagi yang memandang, pasti menyampah!
Saya menjadi 'social and regular smoker' pada usia 20an, ketika bertugas sebagai pengemaskini data dan sijil saham di sebuah syarikat saham di ibu kota.
Kerja adakalanya melangkaui, lewat masa dan tamat sehingga subuh hari. Mata kadang-kadang terpejam celik.
Justeru, kononnya untuk menahan mata menjadi 'terang', rokok dijadikan ubat penawar.
Seperti biasa, ubat yang disangka penawar hanyalah dongengan semata tetapi menambah bala, apabila mula batuk tak berhenti pula.
Yang disangka teman atau penawar, rupanya racun berbisa, tak bermata.
Tidak mudah berhenti merokok
Itulah sebabnya, saya simpati dengan si perokok dan sebenarnya tidak mudah untuk berhenti rokok.
Kalau sudah terjebak, cukup perit untuk berjuang meninggalkannya.
Saya berusaha berhenti merokok tiga kali sepanjang hidup ini. Fasa pertama ketika berusia 22 tahun. Berazam tekad dengan cara berdikit-dikit.
Dari 10 batang sehari, berkurang menjadi tujuh, kemudian tiga, seterusnya sebatang sehari. Akhirnya saya berjaya berhenti selama sebulan.
Terkejut juga badan. Tiga hari saya demam dan menggelisah. Macam orang ketagih dadah lagaknya.
Apatah lagi bila tengok kawan-kawan berkepul asap di depan mata.
Ada pula yang tidak menyokong, bahkan memberi rokok percuma berbatang-batang, supaya saya terus bersama seiring sejalan dengan mereka.
Kemudian, saya kembali semula menghisap. Kali ini lebih 'advance'. Dua kotak sehari. Satu rokok jenis biasa dan satu rokok jenis kretek.
Fasa kedua, saya cuba cara tradisional. Ambil kelapa muda, belah dan kemudian tembakau rokok di rendam di dalam air kepala itu. Lepas itu minum.
Cukup teruk rasanya dan cukup dramatiklah gayanya, apabila saya kemudiannya muntah!
Ya, bertahanlah saya selama 30 hari sahaja. Bau dan asap rokok cukup tidak menyenangkan.
Tetapi lama kelamaan, ketagihan itu melebihi daripada perasaan tidak mahu merokok.
Rupanya, bukan cara berhenti yang menjadi pokok pangkalnya, tetapi keazaman yang kuat.

************************************************************
Alhamdulillah..at least dia telah belajar sesuatu daripada pengalaman dia sendiri..
fikir2kan lah..
merokok bukan sahaja membahayakan diri anda saja tau..
malahan org kat sekeliling anda juga turut mendapat tempiasnye..
so..ingatlah orang yang terSAYANG..(",)
kepada sesiapa yang nak cuba berhenti merokok tu wish you all the best!
kuatkan azam anda!
insyaAllah..





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

12 comments:

NurWahidah Abdullah said...

hmm....mmg x suka org sgt org merokok..b'syukur gak coz ayah x merokok..bukan apa..kita yg hidu ni dpt effect lebh cpt dr org yg merokok..

Cik TeN10 said...

najihatussolehah : yup..perokok pasif akn dpt effect lebih..

Unknown said...

tajuk gempak giler.. ingatkan fatin yg berhenti merokok. huhu

merokok hanya merosakkan organ dlm tubuh. banyak kempen anti merokok kat tv tapi pelik kenapa kerajaan tak haramkan terus penjualan rokok. setakat tampal gambar ngeri kat kotak rokok tu apa kesannya. perokok bukan hirau pun gambar2 tu.

saya hisap rokok daun jer..huhuhu

Cik TeN10 said...

Mata hati : hahahh..jatuh la saham kalau sy merokok!ilang la ayu..hihi

tu la pasal..buang tenaga ja buat kempen macam2..selagi rokok dijual selagi tu la rokok dibeli..

ermm..rokok daun..tringat arwah datuk sy..

Raji and Yeen said...

betul2
they should know about the passive smoker..
bukannya dia sorg yg boleh mati o.O"

ubatnya blogging je xD
mcm main game gak =.="
kalau ketagih kita blogging lah gerenti xketagih
huahua

Ain Atika Zailani said...

i memang nak tumbok orang yang merokok depan i...hihihi

sekadar satu coretan said...

kak ain mmg tak suke betul kalau org merokok ni...

nasib baik la hubby tak merokok...

Hanys Najib said...

mula2 ingat tuan blog yg hisap rokok, sbb tajuk. haha..
btw, hanys geram kalau certain orang merokok depan public, nak sakit, sakit sorang2 la..huhu
eh,jgn tekejut kalau hanys kata, hanys dah 2 kali jmp perempuan bertudung merokok!alahai..

Cik TeN10 said...

Raji : (^.-)

Cik TeN10 said...

Ain Atika : uihh...sabar2..hehe

Cik TeN10 said...

ainnoraini : bagus la dpt husband tak merokok (",)

Cik TeN10 said...

hanYS : ahaha..jgn tertipu dgn tajuk!

tu lah..benci bau asap rokok!

kt jepun ni perempuan merokok tu perkara biasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...