:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Sunday, March 11, 2012

:: Setahun berlalu ::

Salam readers

hari ni 12 Mac 2012 kan ? pejam celik pejam celik dah setahun berlalu..
masih segar di ingatan aku kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Japan tanggal 11 Mac 2011..

untuk dapat gambaran yang jelas keadaan before and after bencana boleh klik link di bawah ni..


pengalaman yang takkan aku lupakan sampai akhir hayat aku..

kalau ada yang tertinggal boleh klik link di bawah ni

pengalaman yang tak dapat kulupakan part 1
pengalaman yang tak dapat kulupakan part 2
pengalaman yang tak dapat kulupakan part 3

aku ingat lagi..
malam kejadian tu aku tidur2 ayam dalam keadaan bersedia..
pakai cukup lengkap.. tudung letak kat sebelah..
takut2 gempa besar datang lagi.. senang nak lari bila semua dah siap sedia tinggal nak sarung tudung je..

memang pengalaman yang sangat menakutkan..
but then.. aku rasa bertuah.. sebab terpilih untuk merasai pengalaman yang tak semua orang dapat..

banyak benda yang aku belajar daripada pengalaman ni..
dan aku kagum sekali apabila aku melihat kanak-kanak kecil masih mampu tersenyum  girang walaupun kediaman mereka musnah dipukul ombak.. ada yang kehilangan ahli keluarga.. lagi aku kagum dengan sikap penduduk Jepun.. apa yang aku kagum ialah..

sikap masyarakat jepun yang berdisiplin.. serta kerjasama antara satu sama lain..


lokasi : supermarket

diorang tengah beratur untuk dapatkan bekalan makanan.. macam ular dah line.. 


yang bawa anak kecil pun ada..

bayangkan.. mereka boleh beratur berjam-jam tanpa mengeluh.. tak ada pun orang yang bising2 menjerit segala.. 

kalau tak silap aku.. masa tu kami beratur lebih kurang 3 jam untuk beli barang.. masa tu bekalan makanan terhad kan.. so setiap orang pun dihadkan beli 3 item sahaja.. 

bayangkan.. 3 jam beratur tapi dapat beli 3 item sahaja.. walaupun macam tu xde pun yang mengeluh atau marah-marah..

aku perhatikan je gelagat mereka ni.. dalam hati aku kagum sekali.. kenapa ?

sebab..

mereka tak beragama tetapi mereka beradab.. ada disiplin yang tinggi.. ada sikap saling menghormati.. jadi tak hairan lah kalau diorang boleh bangun semula dengan cepat walaupun ditimpa bencana yang besar.. 

rasa malu tak pada mereka kalau kita tak beradab ? tak ada disiplin ? tak tahu nak hormat orang sedangkan kita beragama ???

 ini hanyalah sebahagian daripada pemerhatian aku sepanjang aku merantau di bumi matahari terbit ni.. 
renung-renungkanlah..




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

11 comments:

aReLaN said...

memang kagum ngan japanese.kadang2 terpikir gak,in certain things,diorang lagi islamic dari orang islam sendri.hmmmm

Mun said...

btol tu.... kagum dgn mereka.. sgt berdisiplin..

zati embong said...

jat tgk tv,dia cakap,ada 1 tempat kena tsunami bleh membangun semula tnpa bantuan drpd kerajaan pun.

Hanamiko Sakura said...

sebab tu saya minat sangat2 dengan penduduk warga jepun serta negaranya sendiri... ^^

Juliet_iRa~" said...

ira xpnh ke sn..

tp sll dgr japannese ni mmg disiplinnya sgt tinggi..hormat org..

teringin nak ke sana..:)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

tempat uols lg teruk khen
berharga kenangan ituew uols

Munn Jaafar said...

betul kan..sy pun kagum dgn diorang, cpt btul negara mereka pulih, n lebih cntik lagi..kagum2

Asmara said...

tak boleh tengok bangumi pasal tsunami, genpatsu semua tu, mesti sedih dan kesian. huhu..

Kamalia said...

so true fatin..eventhough mereka tak beragama, mereka memang sungguh beradab dan sangat menghormati orang lain kan..

semutsengal said...

"beza orang kita dengan orang luar, mereka tak kondem bangsa sendiri-zackzuhairi =)"

YouSOF said...

Copy komen ayat semutsengal "beza orang kita dengan orang luar, mereka tak kondem bangsa sendiri-zackzuhairi =)"

Bertuah kau Fatin dapat rasa pengalaman macam tu..

Banyak yang kita boleh tingkatkan.. kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...