part 1
.....
sesekali mata aku melirik pada jam tangan..
" eh asar dah masuk lama ni.. aku belum solat lagi.." aku bermonolog sendirian..
nak balik solat kat hostel.. aku rasa macam cuak nak menjejakkan kaki ke aras 3.. dibuatnya datang lagi gegaran besar mahu luruh jantung aku gamaknya.. aku minta permission daripada lecturer aku untuk pulang menunaikan solat sekejap.. aku minta member aku budak lelaki dari Indonesia untuk teman aku pulang ke hostel.. sampai ke depan pintu bilik aku ajak dia teman.. dengan pantas aku capai tudung dan kain telekung beserta sejadah.. aku bawak peralatan solat semua ke aras satu aku solat di bilik aras satu berdekatan dengan pintu keluar.. kalau ada gegaran kuat pun senang nak melarikan diri..
masa aku solat tu pun sesekali datang gegaran membuatkan aku kurang khusyuk dalam solat.. aku baca yang wajib je.. seriusly takut aku tadi masih belum hilang.. ketakutan tu agak lama berbekas dalam diri aku..
seusai solat aku pun kembali ke bilik kuliah tadi.. lepas tu kami semua diarahkan berkumpul di dewan kuliah besar.. salji yang makin lebat turun membuatkan kami menggigil kesejukan.. so bila semua berkumpul kat dalam dewan tu kurang la skit sejuk..
aku rasa sedikit tenteram apabila rakan-rakan aku yang terkandas di bandar dapat pulang ke kolej lewat jam 12 tengah malam lebih kurang.. pada masa tu kami 6 orang pelajar malaysia seorang pelajar vietnam dan seorang indonesia.. 3 perempuan dan yang lainnya lelaki..
pada malam tu kami lihat berita di televisyen (guna generator mcm kat pasar malam utk nyalakan tibi).. baru aku tahu apa sebenarnya yang telah berlaku.. melihat rakaman video kejadian tsunami serta gempa bumi itu menyebabkan hati aku tidak tenang.. keluarga dan sahabat handai di tanah air pasti risaukan keadaan kami disini.. namun aku tak dapat berbuat apa-apa memandangkan line telefon dan juga internet terputus.. pegawai kedutaan juga pasti cuba untuk menghubungi kami yang berada di tempat kejadian..
ada jugak pelajar yang kelihatan sangat risau.. nak2 mereka yang tinggal berdekatan dengan pantai.. entah maca mana nasib family mereka.. yang pastinya seorang member sekelas dengan aku hanya tinggal sehelai sepinggang kerana rumahnya lenyap ditelan tsunami.. namun dia bernasib baik kerana ahli keluarga dia semua selamat.. mujur diorang tiada di rumah semasa kejadian berlaku..
bangunan kolej ni lebih kukuh berbanding bangunan hostel.. memang dibina tahan gegaran..so pada malam kejadian tu kami semua tidur di bilik kuliah.. satu bilik menempatkan pelajar lelaki dan satu lagi pelajar perempuan.. ada jugak mereka-mereka yang terkandas di separuh jalan untuk pulang ke rumah dari pejabat tumpang tidur di tempat kami.. tidur pun tidur-tidur ayam je.. gegaran masih lagi tidak henti-henti..
aku tidur pun dengan tudung masih lagi dikepala.. risau jugak buatnya masa tengah tidur tiba-tiba ada gegaran kuat.. jenuh jugak nak meraba mencarik tudung gelap-gelap tu.. dalam keadaan panik benda depan mata pun boleh tak nampak kan..
tiba-tiba.. sebelum aku nak lelapkan mata aku terdengar telefon aku berbunyi !!! panggilan dari encik bf !! aku sempat bercakap beberapa minit dengan dia sebelum panggilan terputus.. aku cuba kol family lepas tu tapi tak boleh.. line tak kuat untuk aku membuat panggilan.. nasib je panggilan dari encik bf dapat menembusi talian.. tapi aku sempat pesan kepada encik bf.. mintak dia tolong inform mak aku yang aku selamat.. alhamdulillah aku bersyukur.. at least family aku xde la risau sgt.. malam tu aku dapat la tidur dalam sejam dua.. mungkin aku keletihan sangat kot sampai terlena.. terasa macam tidur dalam buaian je..
beberapa hari lepas tu talian telefon dan internet dah pulih... selepas menghubungi pihak kedutaan, masing-masing pun sibuk berhubung dengan keluarga di tanah air..
kami terpaksa menghadapi hari-hari yang mencabar selama seminggu sebelum dibawa ke kedutaan di Tokyo.. dalam masa seminggu tu agak pedih jugak la.. bekalan makanan semakin berkurang.. bekalan air yang tertakung pun makin kering.. kami terpaksa kumpul salji then cairkan.. guna air tu untuk buang air.. untuk dapatkan bekalan makanan pulak.. hanya beberapa pasaraya je yang buka.. setiap customer dihadkan 3 items ja.. itupun kami terpaksa beratur selama 3,4 jam..
selama seminggu jugak kami tak mandi.. memang la salji turun dan cuaca sejuk, tak berpeluh.. tp kulit kering.. aku punya kulit kering sampai berdarah.. pedih tahu.. time tu aku lap badan dengan towel basah then sapu losyen pelembap je la.. nak gi klinik, klinik pun tak buka..
dalam masa seminggu tu jugak gegaran masih lagi tak henti2.. kalau tak silap aku gegaran susulan still ada even dua bulan lepas kejadian.. kegawatan bertambah bila disiarkan di dada-dada akhbar tentang berita tentang plan nuclear di Fukushima.. memandangkan sendai terletak bersebelahan dengan Fukushima maka kami diberi warning agar tidak mendedahkan diri kepada hujan.. nak keluar pun kena pakai mask.. sebab angin yg bertiup kuat mungkin membawa kesan radiasi..
seminggu lepas tu.. bus dari embassy sampai untuk bawak kami ke kedutaan.. perjalanan memakan masa yang agak lama berbanding biasa memandangkan salji turun dengan lebatnya.. driver terpaksa pasang rantai pada tayar bus untuk langkah keselamatan.. bayangkan dekat tayar bus pasang rantai besi.. pening jugak la kepala aku dok bergegar beberapa jam dalam bus tu..
yang menghairankan.. cuaca tersangatlah pelik.. sebab selalunya bulan 3 salji dah nak abes.. dah tak turun lebat dah lagi.. tapi sejak kejadian tsunami dan gempa tu salji turun mencurah2..
*****
di Tokyo kami tumpang umah pegawai kedutaan Malaysia.. hari 1st kat Tokyo kami diarahkan untuk settlekan visa serta re-entry permit.. sampai saja di depan bangunan imigresen Tokyo.. masyaAllah.. ramainya orang !! sampai ke luar banguna org beratur.. padahal masih awal lagi time tu.. pejabat pun belum buka.. tapi urusan kami mudah sebab disediakan kaunter special untuk warga Sendai.. maklum la kami datang dengan passport semata-mata tanpa sebarang dokumen dari pihak kolej and so on.. alhamdulillah.. selesai sahaja urusan visa dan re-entry permit kami lepak-lepak dekat Tokyo sementara menunggu pihak MAS dan embassy menguruskan tiket untuk menghantar kami pulang ke tanah air..
betapa leganya aku bila dapat berita kami akan dihantar pulang ke tanah air.. tiket balik ke Malaysia disponsor oleh Majlis Keselamatan Negara.. manakala tiket untuk pulang kembali ke Jepun disponsor oleh JPA sendiri.. thanks buat kedua-dua pihak !
lama jugak la aku bercuti dekat Malaysia.. 2 bulan.. bila aku tengok balik berita-berita tentang tsunami yang disiarkan di Malaysia.. aku terkejut.. pihak media hiperbola sangat ! padahal kami kat Jepun alhamdulillah ok je.. padanlah family kat Malaysia risau.. kesian pihak Wisma Putera yang terpaksa melayan panggilan-panggilan dari pihak family.. bukan seorang dua student malaysia dekat jepun ni.. jenuh jugak la kalau nak menjawab panggilan setiap family..
apa-apa pun aku bersyukur sangat.. sebab tak ada pelajar Malaysia yang terkorban.. ahamdulillah.. syukur ya Allah..
aku rasa setakat ni sahaja coretan aku tentang tragedi tsunami dan gempa bumi ni.. di lain entry aku akan cerita apa yang aku kagum mengenai masyarakat jepun setelah bencana besar melanda negara mereka..