morning semua.. :)
ari ni nak bebel cerita ari sabtu lepas..
冬 = Fuyu = Winter
祭り = Matsuri = Festival
冬祭り = Fuyu Matsuri = Winter Festival
Fuyu Matsuri ni dah jadi acara wajib pada bulan December setiap tahun bagi kami-kami yang menetap di hostel.. mari menjamu mata tengok beberapa keping gambar yang aku sempat snap ea..
acara bermula seawal jam 10 pagi.. alhamdulillah cuaca cerah walaupun sejuk.. kalau tak silap dalam 4 or 5 darjah celcius..
**orang Jepun memang tak mandi pagi.. kebiasaannya diorang akan masuk ofuro sebelum tidur.. ofuro ni macam bath tab yang diisi dengan air panas dlm 40 darjah celcius.. berendam dalam air panas ni bagus untuk kesihatan katanya.. nanti aku cerita di lain entry bab ofuro ni ea.. *kalau aku rajin ! keh3
ini dalam proses nak buat mochi (rice cake kata Google).. mula-mula sekali masak beras mochi macam masak nasik.. pastu lepas masak, masa tengah panas-panas tu masukkan beras tu dalam lesung kayu macam kat dalam gambar kat atas ni..
hasil soal selidik aku.. beras mochi ni macam beras pulut la.. bila dimasak dia jadi macam melekit-lekit gitu..
pastu acara tumbuk menumbuk.. alaa lebih kurang macam orang-orang kampung dok tumbuk kerisik masa nak kenduri kawin tu.. tiba-tiba aku teringat kampung.. ngee
aku pun sempat jugak try tumbuk.. berat jugak kayu penumbuk tu.. plus mochi tu melekit-lekit kat lesung penumbuk.. kalau tumbuk sorang-sorang mau tergeliat urat.. so pakat-pakat bergilir la tumbuk sampai lumat..
tapi tukang tengok lagi ramai daripada tukang tumbuk.. keh3..
taraaaa.. ini mochi yang dah siap !! mochi bila dah lumat ditumbuk jadi macam tepung beras yang kita bancuh ngan air pastu bentukkan bulat-bulat.. lebih kurang macam tu la.. tapi rasa dia lagi fresh la.. dan melekit-lekit macam pulut..
macam gambar kat atas ni.. ada 4 ketul kan.. yang sebelah kiri bawah tu mochi disalut dengan kacang merah.. favourite aku.. yang kiri atas pulak disalut dengan goma (bijan).. yang tu pun sedap jugak.. yang warna hijau tu zunda (refer gambar kat bawah ni).. pun sedap.. yang last skali tu kinako (toasted soybean flour).. pun sedap jugak.. pendek kata semua aku suka !! ngeee
4 ketul ni nampak macam sikit je.. tapi sangat mengenyangkan tahu..
korang tau tak kacang ni ?? korang panggil apa ya? kacang hijau ke? aku lupa lak nama dia..
kat jepun, kalau pi makan dekat Marumatsu (family restaurant) aku mesti order kacang ni.. kat sini dia rebus pastu salut garam skit.. sedap wehh !.. ka aku mmg spesies kuat makan ?? semua pun sedap !.. hahaha
pas makan mochi tu kami dihidangkan dengan sup sayur.. sedap wehh hirup sup sayur panas-panas time sejuk-sejuk gini.. aku xsure la sup apa ni.. yg pastinya aku suka.. aku tanya member jepun aku, dia pun taktau apa nama sup ni.. yang dia tau makan ja.. kih3.. tapi dalam sup ni ada macam-macam sayur.. rasanya tak pekat tapi sedap..
no wonder la kulit orang jepun ni licin and cantik je.. makanan diorang tak berminyak.. banyak sayur-sayuran pulak.. so kalau nak kulit cantik macam awek jepun, kurangkan makanan berminyak dan berkolestrol ya kawan-kawan.. :)
sekian sahaja bebelan untuk hari ini..
***
psttt.. pagi tadi aku email sensei cakap aku tak sihat.. then sensei aku yang baik hati tu bagi aku cuti hari ni.. dia suruh aku rehat.. nasib baik hari ni takde kelas.. aku dah rasa ok sket dari semalam tapi still sakit-sakit satu badan.. so aku nak rehat sambil layan running man.. tata~