Assalamualaikm..
okeh.. entry ni adalah kesinambungan daripada entry ini
ramai yang bertanya itu ini tentang perihal open campus tu..
actually open campus ini diadakan pada October setiap tahun.. kalau kat sekolah dulu ala-ala Hari Kantin gitu haa.. masa open campus ni, kitorang bukan sahaja menjual makanan, malah turut membuat pameran hasil daripada research yang dibuat oleh semua pelajar tahun akhir.. ada jugak persembahan, pertunjukan robot dan sebagainya..
apa yang istimewanya.. open campus ini merupakan satu platform buat student2 dari luar negara untuk memperkenalkan serba sedikit tentang budaya negara masing-masing kepada masyarakat Jepun.. pada hari tu bukan saja pelajar malah waris-waris serta orang ramai turut datang bagi memeriahkan lagi open campus..
so kitorang ambil peluang itu untuk memperkenalkan makanan Malaysia
seperti dalam entry lepas tahun lepas kitorang jual karipap dan juga roti jala + kari ayam ..
untuk tahun 2009 kitorang jual sate dan cucur udang bersama kuah kacang ..
satay + kuah kacang menu dua tahun lepas
sambutan memang hangat.. aku pun tak menjangka orang Jepun suka dengan makanan Malaysia.. siap ada yang mintak resepi lagi.. aku ubah suai sket la resepi kuah kacang dan jugak kari ayam tu supaya tak terlalu pedas memandangkan lidah orang jepun tak tahan pedas.. alhamdulillah diorang suka..
actually masa first time nak buat tu.. aku pun tak tau nak anggarkan berapa banyak kuantiti makanan yang perlu aku sediakan.. nak buat banyak takut tak mendapat sambutan kan.. so aku buat biasa2 ja.. start jual pukul 10 lebih kurang pukul 12 makanan semua habis dijual.. tak disangka!!
memang penat tapi sangat berbaloi.. bukan nak kaut untung sangat sebenarnya.. niat hanyalah untuk suka-suka untuk kenalkan makanan Malaysia saja..
itulah first time aku buat satay sendiri.. dari sediakan ayam, perap ayam untuk buat satay dan juga masak kuah kacang.. dari mana aku belajar ?? internet je lah.. nak masak cucur udang, roti jala dan kari ayam tu orang tua-tua kata celah gigi je..
so untuk tahun ni, aku serahkan kepada junior-junior aku plak.. aku nak pantau and tolong sket2 je kali ni.. sekarang ni kitorang tengah mencari idea..
menu apa pulak kitorang nak jual tahun ni ?? any idea ??
16 comments:
kagumnya jat!buatlah satay lagi!hihi
pwh. hari kantin je rupanya.
tapi terbaik r kau mampu buat satay. nanti aku boleh order ngan kau. ;)
menu tahun ni, try r buat laksa johor ngan pau sambal. sedap tu. hehe :p
buat laksa peneng ok jgk..hehe
mengidam nak makan laksa peneng ni.hihi
randang maman ngan ayam kampung.... terbaik la...
popia...
raya nk dekat dah ni, so buat ketupat ng rendang..hahaha
wahh,
taun ni kau jual lemang dengan rendang lah.
bukan setakat lidah orang jepon, lidah gua ni pon tak tahan pedas... maybe gua ni ade darah campuran darah nippon
peh peh. buat rendang weh.
nak sate kajang..kih kih kih..
my open campus dulu suh jr2 tolong sediakan makanan...
muahahaa
laksa penang arr..wahahaa
aku plak suka makanan jepong..sushi..haha
wow belajar melalui internet.. anda sangat hebat.. lepas ni try masak tomyam lak..
wahhhh...hebatlah fatin ni..tu yg untung dok jauh2 ni, jd pndai msk sbb nak cr mknn msia bkn senang, kene pndai2 la msk sndiri kan..buatla laksa penang pulak ke, tp kalo x pedas x umph lah pulak kan..buat pedas sgt kang, menangis org jepun nk habiskan nt
waa caylahhh lahhh..
semua habis dijual..
nk rasa jugakkk huh
Post a Comment