:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Thursday, October 13, 2011

:: KENAPA TAK ROGOL SAYA ??? ::

aku nak share sebuah kisah yang penuh pengajaran yang aku baca kat fb..
hope that you all sudi luangkan masa untuk membaca kisah ni..

*****

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambilnya pula agak tersorok dan sunyi.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di lorong yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba di satu lorong, dia ternampak ada seorang lelaki berkulit putih bersandar di dinding ditepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia pada saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan melihat wajah lelaki itu. Rasa lega apabila lelaki itu tidak mengendahkannya dan dia selamat sampai ke rumahnya.

Keesokan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki dekat lorong yang dia lalu semalam hanya sepuluh minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Wanita ini yakin benar lelaki berkulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Suspek dapat dikenalpasti selepas polis membuat siasatan dan jangkaanya benar.  Terbukti memang lelaki tersebut adalah saspek yang dicari.

Tapi wanita ini hairan juga kenapa lelaki itu tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan pada masa tu, tapi lelaki tadi merogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini masih tidak berpuas hati dan ingin tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran untuk bercakap dengan perogol tadi.

Dia pun bertanya.

" Why don`t you do anything to me on that night even though you know that I`m alone ? "

Perogol tu jawab.

" No, you are not alone. That night I saw two man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim. "

Wanita ini amat terkejut mendengar penjelasan peerogol itu. Dia bersyukur sangat kerana Allah memelihara dia pada malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca pada malam itu.

*****



*****

semoga kita mendapat pengajaran dari kisah ni..
sebagai hamba kita harusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu doa



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

12 comments:

budak penjara said...

betul tu..doa usaha dan tawakkal

arituarini said...

ermm betul.yakin..

Anum said...

besarnya hikmah allah turun kan
jadikan amalan ayat kursi

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

dh lama bc cherita ni
alhamdulliah org baik selalu di lindugi olehNYA insyaAllah

NasQ said...

penah baca dah... hoho...

Hanamiko Sakura said...

pernah dengar cerita ni dalam satu buku.. terbitan pts one... cerita tu mengesahkan seorang adik yang ingin mencari abangnya di luar negara.. dia pergi berseorangn tnpa ditemani sesiapa pn.. satu hri.. dia kluar dari hotel ada sorg mat salleh terlnggar ngn nya.. laki tu dlm kadaan ktakutan apabila melihtnya.. esoknya satu brita tntng kes rogol..cm crita sama kat atas.. rupa2nya... progol tu mmg ada hti nk buat ssuatu kat dia tu.. disbb kn progol tu nmpak 2 lelaki brseblahan dgn dia tu.. progol tu jdi tkut...

cm tu je lah critanya kot.. da lupa la..hehe.. mf.. trlbih cloteh kt sini lak.. skdar nk brkongsi..^_^

Anonymous said...

ya pernah baca post ni sebelum ni..

tu la orng yg baik sentiasa dilindung olh Allah..

Anonymous said...

abu
http://www.ashgive.com/

♥ p a a n i ♥ said...

subhanallah... :)
pernah terbaca jugak sebelum ni.

YouSOF said...

SubhanAllah...

zati embong said...

jat kan kalau blik ganu sorg2,awal2 da baca ayat kursi,terus rasa yakin walaupun redah jalan snyi sorg2.

ct kektus said...

itulah kuasa Allah kan. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...