:: Nak hadiah cute2 klik la sini (",) ::

Monday, February 14, 2011

:: Dia kekasih Allah ::


Assalamualaikum semua.. (",)

Sahabat2 yang aku sayangi sekalian.. marilah kita luangkan sedikit masa untuk memperingati baginda Rasulullah SAW.. tidakkah kita menyayangi baginda sepertimana baginda menyayangi kita umatnya?..




 marilah kita sama2 menghayati kisah ini.. kisah yang membuktikan betapa sayang dan kasihnya pada kita semua ummatnya.. 




*************************************************************************************************************

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:


"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.


"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.


Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii" – "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW
*************************************************************************************************************
Ya Allah.. betapa kasihnya baginda kepada kita.. sempena menyambut Maulidur Rsaul pada esok hari.. sama2 lah kita perbanyakkan selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

16 comments:

Hakimi Reza said...

nice posting~~nakai suka~~bnyk pengajaran dan iktibar~~

Hafriz Mohamad said...

Rasulullah brbangga d akhirat kelak krn mmpunyai umat paling ramai..
jom bce citer bez.. lahirnya mrk mramaikn lg umat Muhammad. ^_^

Cik TeN10 said...

Encik Nakal

kalau suka boleh like.. haha :)

Cik TeN10 said...

Hafriz Mohamad

umat nabi Muhammad.. umat akhir zaman..

Anonymous said...

sedih..banyak ngan ilmu cite ni..
hijazz,rindu nak nasyid lagu ni

Cik TeN10 said...

cik ayin

=) best kn lagu ni.. sy suka..

KUREKURE COMEL said...

sedih....ramai ramai kite semua sedekahkan al fatihah kepada baginda...

Sca Ndx said...

salam maulidur rasul :)

IMANSHAH said...

bila tanya murid tadi apa makna maulidur rasul??

cuti lah cekgu..adey

Imran nyambek said...

alhamdulillah...bakal isteri gua.haha

Raji and Yeen said...

huhu sedihnya T.T
Nabi Muhammad sebelum mati pun masih risaukan umat beliau..
perginya seorang Rasul yg mulia
namun bukan bermakna hilangnya ajaran beliau di muka bumi ini
salam maulidur Rasul

Cik TeN10 said...

kurekure comel

=)

Cik TeN10 said...

Sca Ndx

salam maulidur rasul :)

Cik TeN10 said...

imanshah

haha..banyak akal budak2 ni..

Cik TeN10 said...

Imran nyambek

erkkk ?????

Cik TeN10 said...

Raji

betul2..ditinggalkan sunnahnya utk kita ikuti.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...